BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Tuesday, April 22, 2008

Skendal Tanah Kilang Kicap Di Ipoh

Kenny KS Yap adalah tuan punya kilang kicap yang menumpang di 0.92ha tanah kerajaan di Pasir Pinji, Ipoh, beroperasi sejak 1953. Sudah beberapa kali, Yap memohon untuk mendapatkan tanah TOL tersebut dari kerajaan negeri Perak.Mengikut sumber yang dipercayai, pengerusi MCA Ipoh Timur, Chew Wai Khoon telah memohon untuk tanah seluas 2.18 ekar yang turut melibatkan tanah ‘TOL’ 0.92 ha yang menempatkan kilang kicap tersebut.MCA kawasan tersebut bercadang mahu membuat keuntungan mudah dengan menjual tanah yang melibatkan kilang kicap tersebut kepada pemilik kilang….Thong Fah Chong, salah seorang dari tiga penama pemegang amanah MCA kawasan Ipoh Timur telah mengesahkan perancangan tersebut dan dia enggan menandatangani dokumen jual beli yang bertarikh 24 Mac 2008 kerana beliau menganggap transaksi tersebut tidak bermoral dan tidak sepatutnya. Anda baca disini Macamana MCA dengan mudah boleh mendapat tanah seluas itu ketika Perak dibawah pentadbiran Umno yang konon katanya sangat prihatin untung nasib bangsa Melayu? Ah! Tembelang Umno pecah lagi kali ini! Encik Yap telah meminta bantuan MCA untuk mengatasi masalah tanah tersebut; MCA pun tolong mendapatkan tanah tersebut melalui pertolongan Umno dan kemudiannya menjualkan semula kepada Encik Yap (RM387,262) .Begitulah keikhlasan dan kemurnian pertolongan melalui Barisan Nasional.Dan bagaimana pula dengan bakinya yang seluas 1.2 hectares? Untuk projek perumahan atau bangunan komersil,nilai harganya RM80++ satu meter persegi=(1.2 x 10,000) x RM 80 = RM960K.Ah! Senangnya dapat duit buta!Maka 'satu untuk hang,satu untuk aku' berkira-kira antara MCA dan UmnoTetapi, kini Datuk Seri Nizar, Menteri Besar Pakatan Rakyat telah meminta Kenny Yap, tuan punya kilang kicap terbabit supaya membuat permohonan baru semula kepada jabatan Tanah dan Perlombongan untuk diluluskan.Nasib baik, kita telah mengundi kerajaan Pakatan Rakyat dan kini pentadbiran Pakatan Rakyat menyatakan kepada kita semua tentang erti sebenar kejujuran dan keikhlasan serta sebuah kerajaan yang cukup baik. Kita tidak membuat pilihan yang salah.
sumber:alhusseyn. http://alhusseyn51.blogspot.com/search?updated-max=2008-04-21T01%3A20%3A00%2B08%3A00
baspas

Saturday, April 19, 2008

MB Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin kini bergelar Dato' Seri

KUALA KANGSAR, 19 April (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin dikurniakan Pingat Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) oleh Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan dekat sini hari ini. -->-->
Beliau adalah di antara 46 orang kenamaan yang menerima Bintang Darjah Kebesaran Negeri Perak pada hari ini oleh Paduka Seri Sultan Azlan Shah sempena Sambutan Perayaan Keputeraan Baginda yang ke-80 tahun.
Senarai pertama penerima adalah Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato' Abdul Hamid Mohammad dengan Darjah Seri Paduka Curah Si Manja Kini (SPCM) dan dikuti Ketua Polis Negara Tan Seri Musa Hassan dengan Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS).
Juga tidak ketinggalan Exco Kanan Perak, Ngen Koo Ham menerima Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) dengan membawa gelaran Dato'.
Malam tadi, Paduka Seri Sultan telah berkenan berangkat ke Bandar DiRaja Kuala Kangsar untuk menyaksikan permainan bunga api di dataran Tebing Kg. Sayong berhadapan Bandar tersebut. - mns .sumber harkh daily.:baspas

Tuesday, April 15, 2008

JAWATAN KOSONG PEMBERITA SAMBILAN

Kemenangan Barisan Rakyat menerajui Negeri Perak telah sekaligus memerlukan pemberita-pemberita sambilan yang dapat menyumbangkan tenaga bagi menyiarkan lebih banyak berita dalam harakah dan harakahdaily.Sepuluh Exco Kerajaan Negeri tidak termasuk Menteri Besar memerlukan liputan berita untuk disampaikan kepada rakyat di seluruh negara dengan cepat dan betul.Memandangkan kepada keperluan tersebut pihak harakah dan harakahdaily mempelawa kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pemberita sambilan harakah di Negeri Perak. Keutamaan kepada ahli PAS dan anak ahli dan mempunyai asas pemberitaan serta memiliki sekurang-kurangan sjil di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) .Mereka yang berminat boleh menghubungi Johari Jaafar di talian 0165060568 untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan.
baspas:

Sunday, April 13, 2008

mentaliti umno/bn

http://www.youtube.com/watch?v=xSTLrNQIFn0&feature=related
beginilah mentaliti umno/bn..tengok betapa hina dan bodohnya,,apakata kalau sekarang selepas kita memerintah kita adakan lawatan kerumahnya ,,,

baspas:

Thursday, April 10, 2008

tazkirah


Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). Soorah Yaasin 36:9)
tq:sdr sabri
:baspas:

Still there: A photograph of Tajol Rosli still hanging on the wall of Ameer's shop

By RASLAN BAHAROM
NO DISRESPECT intended but shopkeepers in Taiping are still displaying the photographs of former Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali alongside those of the King, the Queen and Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Restaurant manager Ameer Ali said he was aware of the change in the state leadership following the outcome of the general election.
“However, we have yet to receive photographs of the new Perak Mentri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin,” he said.
A check at the Taiping Municipal Council showed that photographs of Tajol Rosli had been removed but yet to be replaced.
Council secretary Shahrom Datuk Abdul Malek said he had yet to receive the new Mentri Besar's photographs.
An officer from the district Information Office confirmed that Mohammad Nizar’s photographs were not available.
:baspas:

YB Bukit Gantang - Hj Roslan Shaharum

senyuman seorang YB ROSLAN SHAHRUM dengan posing istimewa petang tadi dipejabat Perhubungan PAS Negeri.

Roslan sewaktu di Majlis Bai`ah dan penyampaian Watikah Calun PAS perak pada 21/feb yang lalu.

Oleh alhusseyn"
.Saya berkesempatan berbual dengan wakil Parlimen Bukit Gantang, Perak, YB Roslan bin Shaharum petang tadi,.Dalam PRU ke-12 yang lalu, Roslan memperolehi 20,015 undi menewaskan Bendahari Umno Malaysia (calon BN), Abdul Azim bin Mohd Zabidi yang memperolehi 18,449 undi dan calon Bebas Mohganan A/l P.manikam dengan memperolehi 872undi.
Roslan menang dengan majoriti 1,566 undi manakala calon Bebas hilang deposit.Tahniah kepada calon PAS, Roslan bin Shaharum dan juga kepada para pengundi yang telah memberikan undi kepadanya.
Membelakangi kamera ialah PJ Perak, Ust Ahmad Awang.
Roslan, telah lama saya kenali dan kami pernah bersama dalam rombongan naik haji ke Mekah pada tahun 1997.Dia serupa sahaja walaupun sudah bergelar YB.Saya mengambil kesempatan bertanyakan kepadanya tentang apakah yang telah beliau lakukan setelah sebulan bergelar sebagai seorang Ahli Parlimen." Saya membantu ADUN dibawah kawasan Parlimen saya , DUN Sepetang, DUN Cangkat Jering dan juga DUN Trong."
Beliau menjelaskan, antara masalah yang sedang diambil perhatian ialah masalah banjir di Sepetang ; dimana pihaknya telah menemui JPS membincangkan tentang sistem saliran yang lebih berkesan perlu diadakan segera.
Beliau juga menceritakan tentang usaha yang sedang dilakukan untuk membantu seramai 22 orang penduduk di Air Kuning yang terlibat dengan pembinaan rel 'Keretapi Berkembar' dari Ipoh ke Padang Besar."Mereka telah tinggal disitu lebih 30 tahun yang lalu dan kini diarahkan keluar begitu sahaja tanpa memberikan pampasan atau pun menyediakan penempatan baru sebagai ganti," jelas Roslan dengan nada kesal.
Pihaknya akan terus mendesak KTM supaya mengambil langkah mesra rakyat dan tidak menzalimi pendududuk yang terlibat.
baspas:

Pelancaraan Tabung Prihatin Parlimen Bukit Gantang

Taiping- Skateriat Parlimen Bukit Gantang melancarkan Tabung Prihatin.Tabung Prihatin ini telah diluluskan dalam mesyuarat khas Ahlijawatankuasa PAS Kawasan Bukit Gantang pada hari Isnin ,7 April 2008.
Tabung Prihatin bertujuan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Parlimen Bukit Gantang. Antaranya bantuan untuk masyarakat yangt ditimpa musibah,ribut,banjir dan kebakaran. Di samping membantu mereka yang memerlukan seperti
mendapat rawatan perubatan,pendaftaran kemasukan ke universiti dan lain-lain lagi.
Sebarang derma boleh disalurkan melalui akuan Bank Islam Cawangan Taiping atas nama Bendahari Kawasan 8040010013314 .
Sementara dermawan boleh menghantar terus bekalan makanan ke pusat khidmat masyarakat YB Hj Roslan Shaharum bertempat di Markas Negeri, Air Kuning ,Taiping.
Untuk
rekod Tabung Prihatin sebarang derma bolehlah di SMS ke nombor 0125238483 atau telefon
pejabat o58551419.

sapas.

Wednesday, April 9, 2008

Adun DAP dakwa ditawar hingga RM80 juta jika sertai BN

KUALA LUMPUR, 8 April (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong, A. Sivasubramaniam (DAP) mendakwa menerima banyak panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menyertai BN dengan tawaran wang tunai cukup lumayan iaitu sehingga RM80 juta. -->-->
Dalam pada itu Bernama melaporkan, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis telah memulakan siasatan berhubung dakwaan seorang wakil rakyat DAP ditawarkan wang antara RM10 juta hingga RM65 juta oleh pihak tertentu supaya menyertai Barisan Nasional (BN).
Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran berkata beliau telah memberi keterangan kepada pegawai BPR semalam.
"Saya didatangi oleh pegawai BPR semalam selepas mereka dimaklumkan oleh polis berhubung kes tersebut dan saya memberi kerjasama sepenuhnya apabila disoal," katanya pada sidang akhbar di pejabat DAP Perak di sini hari ini.
Kulasegaran berkata polis juga telah mengambil keterangan daripada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V. Sivakumar semalam dan beliau akan memberi keterangan berhubung kes yang sama kepada BPR petang ini.
Isnin lepas, Sivakumar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh mendakwa ditawarkan wang tunai RM10 juta hingga RM65 juta untuk menyertai BN.
Menurut beliau, tawaran melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) itu bermula sejak BN tewas di Perak pada pilihan raya umum lalu dan berlaku semakin kerap menyebabkan beliau tertekan dan membuat laporan polis.
Jurucakap BPR ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara tersebut.
Sementara itu, Sivasubramaniam pula akan membuat laporan polis kerana mendakwa turut menerima tawaran yang sama.
Sivasubramaniam berkata cubaan memujuknya menyertai BN bermula sebaik sahaja beliau diumumkan memenangi kerusi Buntong pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.
"Saya menerima banyak panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajak menyertai BN dengan tawaran wang tunai cukup lumayan iaitu sehingga RM80 juta," katanya.
Katanya beliau akan membuat laporan di Balai Polis Buntong esok. -
:baspas

kenyataan kerjaan Negeri selangor mengenai Projek ternakan ----

Kenyataan Kerajaan Negeri Selangor Mengenai Projek Ternakan Babi 08 April 2008Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak yang begitu prihatin tentang kelulusan Projek Ternakan Babi Moden di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu. Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Datuk Seri Dr. Khir Toyo pada 30 Januari 2008. Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor. Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut. Pada masa yang sama, menerusi projek ini, tiada ladang-ladang khinzir baru akan diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindahkan operasi mereka ke Projek Modern Pig Farming. Ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa. Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar 'one stop' yang sama bagi penternakan yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih efisyen dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor. Kerajaan Negeri Selangor yang baru di bawah Pakatan Rakyat antara Keadilan, PAS dan DAP berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan meluluskan projek ini dan melaksanakan dengan adil dan saksama dengan mengambilkira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor. Isu Kampung Baru16,637 hak milik telah diberikan kepada penduduk Kampung Baru di Negeri Selangor. Langkah ini dilaksanakan bersama beberapa insentif bagi menggalakkan mereka memperoleh hak milik. Tanah-tanah yang belum mendapat hak milik merupakan tanah yang berada di dalam rizab pantai yang mana sememangnya dasar kerajaan negeri untuk tidak memberi hak milik pada mana-mana pihak.Pada masa yang sama, timbul masalah kilang tanpa lesen yang beroperasi di kawasan kampung baru. Kerajaan Negeri hanya akan memberikan hak milik untuk kegunaan kediaman dan bukannya industri atau perniagaan, dan berusaha mencari penyelesaian untuk kilang-kilang tanpa lesen di sana. Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan penduduk Kampung Baru untuk meningkatkan infrastruktur dan menjaga kebajikan mereka sepertimana penduduk Selangor yang lain. Pertindihan PemberimilikanIsu pertindihan pemberimilikan ini kebanyakannya berpunca dari masalah rekod tanah. Kebanyakannya berlaku di kawasan bandar atau separa bandar seperti Daerah Petaling dan Gombak. Sebanyak 21 hakmilik di negeri Selangor berada dalam siasatan polis dan mahkamah pada waktu ini, dengan keluasan yang dianggarkan sekitar 7 ekar. Kenyataan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo tidak membantu menyelesaikan masalah, kerana pegawai kerajaan rasa khuatir dan takut.Menteri Besar akan bertemu dengan Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pegawai-Pegawai Daerah untuk memastikan mereka meneruskan kerja mereka disamping membantu Kerajaan Negeri mengemaskinikan rekod tanah dan menyelesaikan masalah serius ini.Jika wujud sebarang bukti salahlaku, Kerajaan Negeri akan membuat laporan polis bagi membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Rizab HutanSejumlah 241,568 hektar di negeri Selangor diklasifikasikan sebagai rizab hutan. Jumlah keluasan negeri Selangor ialah 796,084 hektar. Rekod Pejabat Tanah dan Galian mendapati sejumlah 4,325.5 hektar yang telah dibatalkan statusnya antara 2000-2007.Pihak kerajaan negeri sudahpun mengarahkan Pejabat-Pejabat Tanah Daerah untuk mendapatkan senarai pihak yang memperoleh rizab tersebut dan siasatan mendalam akan dijalankan bagi memastikan tindakan tidak bertanggungjawab ini akan dapat diatasi segera.*** - ***JANGAN LUPA: HARI SABTU PAKAI KUNING!
baspas:

JAMINAN PKNP KEPADA PERNIAGA MESTI DITUNAIKAN


BUKIT GANTANG: 30 Mac. (hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum berharap:jaminan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang akan terus menjaga kepentingan 11 perniaga di Jalan Panggung Wayang di Taiping benar-benar menjadi kenyataan, tidak sebaliknya menzalimi perniaga-perniaga terbabit
"Kita mengucapkan terima kasih kepada PKNP dengan jaminan yang diberikan itu tetapi kita mahu jamiman itu dituruti dengan tindakan" ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan dengan wartawan harakah di sini sebagai reaksi kepada kenyataan Pengarah Pembangunan Projek (Wilayah Utara), Jaafar Baharin, yang telah memberikan jaminan untuk menjaga kepentingan perniaga -perniaga Merlayu di situ walaupun kawasan tersebut akan dimajukan oleh syarikat swasta tidak lama lagi.
Menurut Jaafar, PKNP telah menjual tapak perniagaan itu kepada sebuah syarikat pemaju bumiputera pada 2002 dan syarikat itu bercadang merancang untuk membina premis perniagaan yang lebih selesa di situ.
PKNP katanya dari awal lagi telah berunding dengan syarikat pemaju untuk mempastikan 11 perniaga berkenaan diberikan keutamaan memiliki lot perniagaan di premis baru itu.
Semalam Persatuan Penjaja dan Perniaga Kecil Melayu Cawangan Larut Matang dan Selama melahirkan kebimbangan dengan tindakan PKNP itu dan menyifatkannya tindakan itu seolah-olah mahu menutup `peruk nasi' perniaga perniaga di situ yang telah berniaga lebih 40 tahun dengan kadar sewa sebanyak RM60 sebulan
"Semua perniaga tidak perlu bimbang kerana PKNP sentiasa mengambil berat kepentingan dan masa depan mereka," kata Jaafar seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan. .
Roslan Shaharum yang pernah berkhidmat dengan PKNP mahu PKNP memberikan keutamaan kepada perniaga perniaga Melayu dan usahawan usahawan Melayu di negeri itu.sesuai dengan motif penubuhannya.
"Jika PKNP tidak menjaga kepentingan perniaga Melayu siapa lagi yang hendak menjaga kepentingan perniaga -perniaga Melayu, " ujar beliau.

OLEH :Johari Jaafar

Sunday, April 6, 2008

Usrah bulanan PAS Perak penuh dengan peserta

"TAIPING, 5 April:- Kedatangan peserta Usrah Bulanan yang diadakan pada malam tadi bertempat di Markaz Tarbiyah PAS Perak di Ayer Kuning mendapat sambutan luar biasa malam tadi. Kebiasaannya peserta hanya memenuhi ruang dewan utama yang boleh menampung sekitar 500 orang peserta. Namun untuk malam tadi pengunjung bukan sahaja memenuhi ruang utama tetapi memenuhi bahagian luar dan melimpah sampai di tepi jalan utama.Ledakan peserta usrah untuk kali ini dikaitkan dengan kemenangan di Perak apa tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat, yang Menteri Besarnya adalah dari PAS.
Peserta yang penuh di bahagian luar dewan disediakan sebuah skrin besar yang telah disediakan lebih awal bagi menampung jangkaan kehadiran yang ramai itu. Sepertilah sambutan luar dugaan berlaku untuk program Sambutan mauludur Rasul di Ipoh pada bulan lepas, demikianlah kejutan kehadiran peserta yang saya jangkan bertambah 5 kali ganda dari biasa.Progran seawalnya dimulai dengan sembahyang maghrib berjamaah diikuti oleh kuliah maghrib. Sesudah itu peserta disediakan makan malam secukupnya.Acara kemuncaknya adalah majlis ucapan dan amanat dari Pimpinan yang dimulai sesudah sembahyang Isya berjemaah.Ucapan dimulai oleh Ustaz Dahlan selaku setiausaha Lajnah Tarbiyah Negeri. Beliau mengucapkan berbanyak terimkasih dan menegaskan perhimpunan kali ini berlainan dari sebelumnya kerana kita berhimpun dalam keadaan sudah memerintah Perak.Permulaan majlis adalah doa wehdah secara beramai-ramai yang di ketua oleh YDP Kawasan Tanjung Malim yang juga SU Dewan Ulama Negeri, Ust. Zulqarnain Hassan.Selain itu peserta juga berkesempatan mendengar ucapan dari Wakil Ahli Parlimen yang menang iaitu diwakili oleh ahli Parlimen Parit Buntar,YB. Dr. Mujahid Yusuf Rawa, dan Ucapan dari Wakil ADUN diwakili oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.Kandungan ucapan mereka berdua berkisar mengenai pengisian kepada kemenangan dan wala kepada keputusan yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan.Ucaptamanya adalah oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. Hadirin sedikitpun tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing sehingga ucapan berakhir.http://idhamlim.blogspot.com

baspas: