24/01/2009.
Pas Kawasan Bukit Gantang bersama YB Tn Hj Roslan Shaharum telah memasak dan mengagihkan Bubur Asyura dalam satu Program `PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT`di dataran Changkat Jering,pada hari sabtu lepas.Program mendapat sambutan yang menggalakan dari pengunjung-pengunjung Pasar Sabtu Changkat Jering.
Program bermula jam 2.30 ptg, sebanyak 1000 bungkusan bubur diagighkan dikalangan pengunjung Pasar Sabtu,program tamat jam 6.30 ptg.
Monday, January 26, 2009
Posted by
parlimen059
at
11:42 AM
0
comments
Labels: bukit gantang
Sunday, January 25, 2009
ADUN BOTA UMNO MASUK PKR
YB Dato' Nasarudin Hashim Adun Bota,Perak telah menyertai Parti Keadilan Rakyat hari ini.
Menurut Hj Ismail Yusof,Pengarah Pilihanraya PKR Perak, YB Dato'Nasarudin Hashim itu menyertai PKR sebentar tadi.Beliau mengumum kemasukannya ke dalam PKR di Petaling Jaya. Nasarudin difahamkan mengambil tindakan dengan menyertai PKR setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya kehendak pengundi di DUN Bota.
YB Nasarudin berumur 58 tahun ,pernah menjadi Pengerusi Felcra Berhad pada tahun 2006.
Beliau mengalahkan Kapten Usaili Alias dengan majoriti 2068 undi, dalam PRU ke 12.
Kini Pakatan Rakyat menguasai 32 kerusi DUN dan BN tinggal 27.
Malam ini YB Nasarudin Hashim dijangka berceramah di Dewan Sivik ,Petaling Jaya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pas Kawasan Bukit Gantang mengalu-alukan penyertaan beliau dalam PKR. Sokongan rakyat akan terus bertambah .Kita berharap YB Dato' Rosli Husin ,Adun Trong akan bersama dengan kita pada suatu hari nanti.
Posted by
parlimen059
at
3:56 PM
0
comments
ceramah Ust Nazaruddin.....
23/01/2009
ust Nasa sedang berucap
sedang mengira wang sumbangan dana palestin.
baspas:
Posted by
parlimen059
at
11:54 AM
0
comments
Labels: ceramah
Thursday, January 22, 2009
JANGAN DENDAM- PAS KAWASAN BUKIT GANTANG
Changkat Jering- Pas Kawasan Bukit Gantang berharap Ketua Kampung dan JKKK melayani rakyat dalam Parlimen Bukit Gantang dengan penuh mesra dan sentiasa bersedia membantu rakyat.
"Kita santuni rakyat dengan mesra ,layan rakyat tanpa pilih kasih" ujar Hj Roslan sewaktu mengulas arahan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Ketua kampung buat kerja untuk rakyat,biarlah kerja kita dikira sebagai amal soleh,jangan peduli dengan arahan Datuk Zahidi"tambah Hj Roslan.
"Kita teruskan kerja kita,cawangan dengan cawangan, UPU dengan UPU,ketua kampung dengan ketua kampung,kita kerja untuk rakyat dan Islam"tegas Shaharudin Admad Sani,Ketua Penerangan Kawasan Bukit Gantang.
Pas kawasan Bukit Gantang berharap tiada politik balas dendam.Bagi kita Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Gantang gandakan usaha,lipatkan tenaga dan munajat kehadrat ALLAH s.w.t untuk terus dipercayai rakyat menguruskan manusia.
"Biarkan Tadika Kemas beroperasi di Dewan Orangramai dalam parlimen kita,jangan ganggu pendidikan anak-anak" kata YDP Pas Kawasan Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar.
Biarlah Datuk Zahid berpolitik balas dendam, biarkan kerana UMNO sudah sesak nafas.
sgi 09.
Posted by
parlimen059
at
11:33 AM
0
comments
Wednesday, January 21, 2009
20 &21 hb jan....bungkusan limau dan kad SELAMAT TAHUN BARU CINA diagihkan kepada masyarakat Cina dalam Parlimen Bukit Gantang.
Pihak Seketeriat bersama Pas kawasan dan dengan Bantuan Jkkk telah mengahikan lebih dari 1500 bungkusan limau dan kad ucapan kepada masyarakat Tionghua dalam kawasan Bukit Gantang.Kuala Sangga dan juga Pasir Hitam dilawati untuk pengagihan.
Sambutan Masyarakat Tionghua amat baik sekali,rata-rata yang ditemui ucapkan terima kasih diatas keperihatinan YB dan Parti PAS.
Kuala Sangga:Lim....ini kali pertama ada orang kasi ini macam....saya umur 50 tahun takda org bagi....mari cakap mau undi....menang sudah hilang.....manyak thank you......Bulan manyak bagus... ..ucapan sepontan seorang penduduk K,sangga...Mr Lim..
kad rekaan exclusive...dari ridzuan fast print...(nizam:012-5072399)
Posted by
parlimen059
at
3:53 PM
0
comments
Labels: raya cina
Monday, January 19, 2009
tahun baru cina menjelang tiba...
Tahun Baru Cina menjelang tiba pada 26hb jan,,,seketeriat bersama Pas kawasan dengan bantuan ketua-ketua kampung akan menghadiahkan buah limau bersama kad ucapan kepada lebih dari 1500 org kaum tionghua dalam parlimen Bukit Gantang.
bermula di Pasar Simpang pd:20hb jam8 pagi
20hb jam 2.30 petang di kuala sepetang
21 hb jam 9 pagi di Dun Trong.
maklumat lanjut akan menyusul selepas program...
baspas:
Posted by
parlimen059
at
1:09 PM
0
comments
Labels: raya cina
Sunday, January 18, 2009
prk.................17/01/2009 kuala terengganu
Penyokong-penyokong ini juga hanya digula-gulakan dengan satu habuan yang amat sedikit,dari serendah rm 50 hingga rm ribuaan ringgit...dan mereka ini sanggup menjadi alat dalam rangkaian menghancurkan agama dan bangsa...tanpa ada kesderaan dalam diri mereka.....kenapa ini terjadi atau memang sudah menjadi nasib badan diri mereka,yang mana hala tujunya di pilih oleh diri mereka sendiri...????
saja...lagi nyaman ,aman dan khusyuk.
Posted by
parlimen059
at
4:29 PM
0
comments
Labels: prk tngganu
Saturday, January 10, 2009
perstiwa Bergambar sekitar penamaan calon dan hari seterusnya....
Posted by
parlimen059
at
1:37 PM
1 comments
Labels: prk tngganu
Friday, January 9, 2009
JENTERA PAS BUKIT GANTANG GEMPUR KUALA TERENGGANU
Changkat Jering- 9 Januari
Pas Kawasan Bukit Gantang menghantar 40 orang tenaga penting PRU 12 ke Kuala Terengganu.
Jentera Pilihanraya Kawasan Bukit Gantang diberi tugas sebagai tenaga pembantu di Unit Peti Undi Gong Tok Nasik dalam DUN Batu Buruk.
Ketua Penyelaras Sdr Ali Jaafar Sidek. Pas Kawasan Bukit Gantang menghantar seramai lima tenaga muslimin dan tiga tenaga Halwa untuk setiap kali mengikut giliran,
"Kita telah menghantar dua pasukan setakat ini" kata Sdr Khairul Ismail,Pengarah Jabatan Pilihanraya Kawasan Bukit Gantang.
"Sementara itu, mulai 10 hingga 11 Januari , Jentera Sekretariat Parlimen akan turun membantu di Kuala Terengganu".tambah Sdr Khairul Ismail.
Ahli Parlimen Bukit Gantang,Hj Roslan Shaharum telah mula membantu sejak 8 Januari lagi.Beliau dijangka memberi rawatan percuma Pengubatan Darul Shifak.
Pas Kawasan Bukit Gantang berharap petugas dapat menimba pengalaman berguna di Kuala Terengganu seterusnya menggunakan ilmu itu untuk mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di Parlimen Bukit Gantang.
sgi 09
Posted by
parlimen059
at
9:17 PM
0
comments
Thursday, January 8, 2009
Pengerusi Yayasan - Yang Kaya Jangan Mohon Dermasiswa.
Posted by
parlimen059
at
10:28 AM
0
comments
Wednesday, January 7, 2009
MAJLIS PENYAMPAIAN DERMASISWA-PARLIMEN BUKIT GANTANG
Changkat Jering- Majlis Penyampaian Dermasiswa Rakyat peringkat Parlimen Bukit Gantang berlangsung pada 7 Januari 09,Rabu. Seramai 23 penerima dijangka hadir.
Majlis itu berlangsung pada pukul 2 ptg ,di Pejabat Khidmat Masyarakat,Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Tn Hj Roslan Bin Shaharum,selaku Pengerusi Yayasan Perak akan menyampaikan sendiri dermasiswa itu.Menurut Shaharudin Ahmad Sani,Setiausaha Sekretariat Parlimen Bukit Gantang"Tn Hj Roslan turut menyampaikan kasut sekolah kepada pelajar pada hari itu" Pihak Sekretariat mengalu-alukan kehadiran ibu-bapa ke program tersebut.
Posted by
parlimen059
at
10:22 AM
0
comments
Thursday, January 1, 2009
TUKAR STATUS TANAH- PERAK JANGKA PEROLEH PREMIUM TANAH ANTARA RM300 HINGGA RM450 JUTA
Ipoh- Kerajaan negeri menjangka akan memperoleh premium tanah antara RM300 hingga RM450 juta jika semua 102,000 pemilik kediaman di 349 Rancangan Perkampungan Tersusun(RPT) dan 47,000 pemilik di 134 kampung baru di Perak menukar status tanah mereka daripada pajakan kepada pemilikan selama-lamanya.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam,Tenaga ,Air dan Hal Ehwal Bukan Islam,Dato' Ngeh Koo Ham berkata,ia berdasarkan unjuran peningkatan nilai hartatanah di RPT dan kampung baru dijangka melebihi RM1.5 bilion selepas pemilik kediaman dibenarkan menukarkan status tanah mereka kepada selama-lamanya.
"Tawaran kami berikan kepada penghuni RPT dan kampung baru adalah hak milik selama-lamanya dan bukan pajakan 99 tahun sebagaimana anggapan sesetengah pihak" kata Dato Ngeh Koo Ham.
Mengenai dakwaan status tanah itu,khususnya kampung baru bercanggah dengan Kanun Tanah Negara, YB Dato' Ngeh menyatakan ,kerajaan negeri sudah mendapat nasihat daripada bekas hakim dan panel penasihat undang-undang yang dianggotai 20-30 peguam.
Sementara itu menurut Hj Roslan Shaharum ,Ahli Parlimen Bukit Gantang jikalau tanah itu perlu untuk pembangunan ,Kerajaan boleh mengambil semula tanah berkenaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah tetapi perlu membayar pampasan mengikut nilai pasaran semasa.
sgi 09
Posted by
parlimen059
at
12:19 PM
0
comments

