TAIPING-Kerajaan Negeri Perak akan bersikap adil dengan semua pihak.Setiap projek yang dilaksanakan tidak akan membazirkan wang pembayar cukai."Kita tidak mahu menggunakan wang rakyat sesuka hati "kata Ustaz Misbah.
Beliau memberi contoh kenapa Menteri Besar Perak, tinggal menetap di rumah kediaman rasmi Menteri Besar ,tidak seperti Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat
tidak menetap di rumah rasmi. "Kos menyelenggara rumah rasmi pun hampir RM10,000 duduk atau tidak kos selenggaraan kena bayar"jelas Ustaz Misbah.
Ustaz Misbahul Munir menjelaskan lagi, ini dapat menjimatkan elaun sewa rumah MB RM 4000. Dalam keadaan politik kini,PAS Negeri Perak mengambil keputusan Dato Seri
IR Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar perlu duduk di rumah kediaman rasmi untuk langkah keselamatan." Dengan syarat tidak ada ubahsuai rumah,samada karpet ,perabut dan langsir' tegas Ustaz Misbah.
"Kini terdapat kira-kira 300 ratus fail yang perlu diteliti oleh MB."kata Ustaz Misbah
yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar.Kesemua fail itu hasil peninggalan kerajaan lama."Kita akan proses ikut kesesuaian dan keutamaan,yang penting keadilan dan kebajikan rakyat diutamakan" tegas Ustaz Misbahul Munir sewaktu berucap di Markaz Negeri ,
Air Kuning,Taiping.
Saturday, April 26, 2008
Kita akan adil
Posted by
parlimen059
at
2:21 PM
0
comments
Friday, April 25, 2008
ziarah jenazah...............
TAIPING: Pelajar dan guru sebuah sekolah menengah di Bukit Gantang dekat sini, gempar apabila 13 pelajar diserang histeria sekembali mereka menziarahi jenazah seorang guru wanita, pagi semalam. Pelajar tingkatan tiga dan lima itu menjerit-jerit seperti orang gila ketika mengikuti pembelajaran di kelas kira-kira jam 11.30 pagi.Berikutan itu, lima bomoh dipanggil ke sekolah berkenaan bagi memulihkan pelajar terbabit yang kebanyakannya perempuan.Menurut bomoh terbabit, mangsa mungkin terkena gangguan makhluk halus kerana ada yang menjerit seperti orang gila.
“Mereka berjaya dipulihkan menggunakan ayat suci al-Quran,” katanya.
Insiden itu mengejutkan pengetua, guru dan kira-kira 900 pelajar lain yang mengikuti pembelajaran.Seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang enggan namanya disiarkan, berkata ketika kejadian, beberapa rakan sekelasnya menjerit-jerit dan ada antara mereka kelihatan tidak bermaya dan ketakutan.“Ia berlaku secara tiba-tiba dan begitu menakutkan. Saya bersama beberapa rakan cuba menenangkan mereka tetapi gagal,” katanya.Dia berkata, 13 pelajar itu menziarahi guru wanita yang meninggal dunia jam 8.30 pagi sebelum menyambung semula pembelajaran.Guru wanita itu meninggal dunia, kelmarin.Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum yang dimaklumkan pihak sekolah mengenai kejadian itu, segera memanggil lima bomoh ke sekolah berkenaan.“Kelima-lima bomoh yang datang berjaya meredakan keadaan dan memulihkan semangat semua pelajar yang diserang histeria itu.“Mereka membaca ayat suci al-Quran bagi memulihkan semangat pelajar terbabit dan alhamdulillah, keadaan mereka stabil.“Bomoh memberitahu, pelajar berkenaan mungkin terkena gangguan makhluk halus. Pihak sekolah akan mengadakan majlis bacaan surah Yasin esok (hari ini),” katanya.
sumber:Harian Metro.25/04/08
baspas.
Posted by
parlimen059
at
11:00 AM
0
comments
Majlis Dialog bertukar jadi Majlis Aduan
24/04/08 jam 5 ptg:
Kelab penyokong pas (Dun Trong) dengan kerjasama PAS cawangan Pdng Gajah(penaja) telah menganjurkan satu majlis dialog bersama YB Ahli Par Bukit Gantang Tn Hj Roslan Shaharum,akhirnya Majlis tersebut bertukar menjadi majlis pengaduan penduduk tempatan.Saudara Vijay ,dalam ucapan beliau telah melahirkan kekesalan bahawa selama 50 tahun BN memerintah tidak pernah mencuba untuk merapatkan hubungan Pemimpin dan penduduk setempat,dimana dikawasan itu masih terdapat ramai penduduk berpendapatan sekitar Rm250 sebulan dengan tanggung sebanyak 4 org dalam sesebuah keluarga......Sdr Vijay turut merakamkan jutaan terimakasih kepada YB dan Rombongan beliau yang prihatin.Akhirnya YB memberi jaminan insyallah akan cuba menyelesaikkan masaalah yg dihadapi penduduk tersebut,khasnya dari segi berpendapataan rendah,yang mana masaalah ini akan dipanjangkan kepada JKM,dengan bantuan petugas beliau.
baspas:
Posted by
parlimen059
at
10:37 AM
0
comments
Wednesday, April 23, 2008
Ahli Parlimen PAS dan Blog
Faktor teknologi maklumat telah diakui merupakan salah satu faktor utama yang membantu kemenangan Pakatan Rakyat di dalam PRU12 yang lalu. Di dalam keadaan di negara ini dimana media massa arus perdana (media cetak dan media eletronik) telah diperkosa dengan sedemikian rupa sehingga bukan sahaja melaporkan secara berat sebelah dan diskriminasi, tetapi dengan wewenangan memutarbelitkan berita dan kenyataan para pemimpin Pakatan Rakyat, rakyat mengharapkan alam siber sebagai alternatif bagi mendapatkan berita-berita semasa yang dengan kadar yang lebih cepat, adil dan meluas.Peranan portal-portal dan blog-blog yang melapor, membawa dan mengulas sesuatu isu dan peristiwa telah menjadikan alam siber sebagai satu wadah baru penyampaian maklumat.
Di negara kita, tiada siapa yang dapat menafikan tentang peranan portal-portal dan blog-blog ini yang telah memberikan impak yang amat besar terhadap keputusan pilihanraya umum ke 12 yang lalu.Di beberapa hari semasa kempen pilihnanraya berjalan, kunjungan ke lamanweb-lamanweb akhbar online, portal dan blog memuncak sehingga terdapat limpahan kunjungan yang memaksa para pemilik pemilik portal menaik-tarafkan server msing-masing disamping mengubahsuai portal supaya menjadi lebih "ringan" dengan tidak melibatkan pengaksesan pengkalan data yang tingi.Blog adalah penting untuk seorang Yang Berhormat. Masyarakat tidak merasa kekok untuk berinteraksi dengan wakil rakyat mereka di blog.Seringkali seorang wakil rakyat akan menjadikan "kesibukan melawat kawasan" sebagai alasan lantaran tidak mempunyai masa mnengemaskinikan blog. Sedangkan rakyat yang ingin menemuinya di rumah seringkali pula kecewa dan gagal kerana "YB seringkali tidak ada di rumah". Waktu malam pula YB "sibuk dengan ceramah" atau "jangan ganggu, YB baru nak bersama dengan ahli keluarganya atau dengan orang rumah!"Dengan sebab itu rakyat mengharapkan malah lebih selesa YB-YB ini "ditemui" di blog mereka. Jika tidak kenapa wujudkan blog? - tanya mereka. Dan sementelah lagi jika tidak di blog bagaimana lagi hendak menghubungi YB ini yang sering sahaja sukar untuk di temui di alam nyata?Yang ingin kita tonjolkan di sini ialah sejauhmana wakil-wakil rakyat yang terpilih terutama ahli-ahli parlimen menggunakan internet sebagai wadah untuk berinteraksi dengan rakyat di kawasannya.Dan skop pembicaraan di sini hanya kepada ahli parlimen PAS yang 23 orang itu.Daripada 23 ahli parlimen darpada PAS ini, hanya 8 orang yang mempunyai blog iaitu 34.8%. Dan daripadanya pula hanya dua orang wakil rakyat (8.7%) yang ada mengemaskinikan blog masing-masing iaitu Hj Roslan Shaharum (Bukit Gantang) dan Dr Lo'lo Mohd Ghazali (Titiwangsa) sementara yang lain tidak pun dikemaskini lebih dua bulan.Mendukacitakan apabila pelayar web mendapati blog Ketua Pemuda dan Ketua Penerangan PAS (Salehuddin Ayob dan Mahfuz Omar) telah dibiarkan bersawang sejak beberapa tahun lamanya!Tiada kesungguhan di kalangan ahli parlimen yang telah menang ini untuk memperdalami bidang yang telah memberikan mereka kemenangan!Jika menteri-menteri dan ahli parlimen parti pemerintah sering dijadikan sasaran kerana buta dan malas pula belajar IT, kita berharap YB-YB dari PAS ini tidak sedemikian sifat dan sikap mereka.Kita tidak menafikan kemungkinan masing-masing sibuk dengan urusan lain seperti ceramah dan sebagainya tetapi mengabaikan blog di alam siber akan mengundang pelbagai persepsi negatif di kalangan masyarakat yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka melalui blog masing-masing.Justeru itu sebarang sikap yang mengabaikan blog oleh YB-YB PAS ini perlu diperbetulkan segera sebelum mereka dihukum oleh rakyat di dalam pilihanraya yang akan datang. Lajnah Teknologi Maklumat parti perlu lebih proaktif di dalam membantu YB-YB ini. Mereka harus disedarkan dari lamunan. Kita tidak mampu untuk mempunyai YB yang hanya pandai berbicara mengenai kepentingan IT sedangkan mereka sendiri tidak serius menggunakan IT sebagai uslub berdakwah dan wadah perjuangan. Lebih buruk lagi jika mereka menciptakan alasan-alasan untuk menutup kelemahan diri dan bersikap malas pula untuk belajar bidang tersebut.Menjadi ahli parlimen seharusnya peka terhadap perkembangan hal-ehwal komptemporari dan maklumat ini hanya akan berada di hujung jari jika para ahli parlmen ini tidak mengabaikan kepentingan teknologi maklumat. Apresiasi kepada IT ialah dengan mempunyai blog yang sentiasa dikemaskini supaya rakyat melihat ahli-ahli parlimen PAS memang perkasa ilmu pengetahuan "perangnya" dengan tidak mengabaikan bidang IT ini. Mengenepikan sedikit bahagian dari gaji dan elaun untuk IT samada dengan mempelajarinya atau mengupah pakar IT untuk membina blognya adalah satu pelaburan yang wajib yang tidak boleh dipandang remeh.sumber http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9263
baspas:
Posted by
parlimen059
at
10:41 AM
0
comments
Tuesday, April 22, 2008
Skendal Tanah Kilang Kicap Di Ipoh
Kenny KS Yap adalah tuan punya kilang kicap yang menumpang di 0.92ha tanah kerajaan di Pasir Pinji, Ipoh, beroperasi sejak 1953. Sudah beberapa kali, Yap memohon untuk mendapatkan tanah TOL tersebut dari kerajaan negeri Perak.Mengikut sumber yang dipercayai, pengerusi MCA Ipoh Timur, Chew Wai Khoon telah memohon untuk tanah seluas 2.18 ekar yang turut melibatkan tanah ‘TOL’ 0.92 ha yang menempatkan kilang kicap tersebut.MCA kawasan tersebut bercadang mahu membuat keuntungan mudah dengan menjual tanah yang melibatkan kilang kicap tersebut kepada pemilik kilang….Thong Fah Chong, salah seorang dari tiga penama pemegang amanah MCA kawasan Ipoh Timur telah mengesahkan perancangan tersebut dan dia enggan menandatangani dokumen jual beli yang bertarikh 24 Mac 2008 kerana beliau menganggap transaksi tersebut tidak bermoral dan tidak sepatutnya. Anda baca disini Macamana MCA dengan mudah boleh mendapat tanah seluas itu ketika Perak dibawah pentadbiran Umno yang konon katanya sangat prihatin untung nasib bangsa Melayu? Ah! Tembelang Umno pecah lagi kali ini! Encik Yap telah meminta bantuan MCA untuk mengatasi masalah tanah tersebut; MCA pun tolong mendapatkan tanah tersebut melalui pertolongan Umno dan kemudiannya menjualkan semula kepada Encik Yap (RM387,262) .Begitulah keikhlasan dan kemurnian pertolongan melalui Barisan Nasional.Dan bagaimana pula dengan bakinya yang seluas 1.2 hectares? Untuk projek perumahan atau bangunan komersil,nilai harganya RM80++ satu meter persegi=(1.2 x 10,000) x RM 80 = RM960K.Ah! Senangnya dapat duit buta!Maka 'satu untuk hang,satu untuk aku' berkira-kira antara MCA dan UmnoTetapi, kini Datuk Seri Nizar, Menteri Besar Pakatan Rakyat telah meminta Kenny Yap, tuan punya kilang kicap terbabit supaya membuat permohonan baru semula kepada jabatan Tanah dan Perlombongan untuk diluluskan.Nasib baik, kita telah mengundi kerajaan Pakatan Rakyat dan kini pentadbiran Pakatan Rakyat menyatakan kepada kita semua tentang erti sebenar kejujuran dan keikhlasan serta sebuah kerajaan yang cukup baik. Kita tidak membuat pilihan yang salah.
sumber:alhusseyn. http://alhusseyn51.blogspot.com/search?updated-max=2008-04-21T01%3A20%3A00%2B08%3A00
baspas
Posted by
parlimen059
at
8:05 PM
2
comments
Saturday, April 19, 2008
MB Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin kini bergelar Dato' Seri
KUALA KANGSAR, 19 April (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin dikurniakan Pingat Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) oleh Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan dekat sini hari ini. -->-->
Beliau adalah di antara 46 orang kenamaan yang menerima Bintang Darjah Kebesaran Negeri Perak pada hari ini oleh Paduka Seri Sultan Azlan Shah sempena Sambutan Perayaan Keputeraan Baginda yang ke-80 tahun.
Senarai pertama penerima adalah Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato' Abdul Hamid Mohammad dengan Darjah Seri Paduka Curah Si Manja Kini (SPCM) dan dikuti Ketua Polis Negara Tan Seri Musa Hassan dengan Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS).
Juga tidak ketinggalan Exco Kanan Perak, Ngen Koo Ham menerima Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) dengan membawa gelaran Dato'.
Malam tadi, Paduka Seri Sultan telah berkenan berangkat ke Bandar DiRaja Kuala Kangsar untuk menyaksikan permainan bunga api di dataran Tebing Kg. Sayong berhadapan Bandar tersebut. - mns .sumber harkh daily.:baspas
Posted by
parlimen059
at
1:21 PM
0
comments
Tuesday, April 15, 2008
JAWATAN KOSONG PEMBERITA SAMBILAN
Kemenangan Barisan Rakyat menerajui Negeri Perak telah sekaligus memerlukan pemberita-pemberita sambilan yang dapat menyumbangkan tenaga bagi menyiarkan lebih banyak berita dalam harakah dan harakahdaily.Sepuluh Exco Kerajaan Negeri tidak termasuk Menteri Besar memerlukan liputan berita untuk disampaikan kepada rakyat di seluruh negara dengan cepat dan betul.Memandangkan kepada keperluan tersebut pihak harakah dan harakahdaily mempelawa kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pemberita sambilan harakah di Negeri Perak. Keutamaan kepada ahli PAS dan anak ahli dan mempunyai asas pemberitaan serta memiliki sekurang-kurangan sjil di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) .Mereka yang berminat boleh menghubungi Johari Jaafar di talian 0165060568 untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan.
baspas:
Posted by
parlimen059
at
11:54 AM
0
comments
Sunday, April 13, 2008
mentaliti umno/bn
http://www.youtube.com/watch?v=xSTLrNQIFn0&feature=related
beginilah mentaliti umno/bn..tengok betapa hina dan bodohnya,,apakata kalau sekarang selepas kita memerintah kita adakan lawatan kerumahnya ,,,
baspas:
Posted by
parlimen059
at
9:08 AM
0
comments
Thursday, April 10, 2008
tazkirah
Posted by
parlimen059
at
3:49 PM
0
comments
Still there: A photograph of Tajol Rosli still hanging on the wall of Ameer's shop
NO DISRESPECT intended but shopkeepers in Taiping are still displaying the photographs of former Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali alongside those of the King, the Queen and Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Restaurant manager Ameer Ali said he was aware of the change in the state leadership following the outcome of the general election.
“However, we have yet to receive photographs of the new Perak Mentri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin,” he said.
A check at the Taiping Municipal Council showed that photographs of Tajol Rosli had been removed but yet to be replaced.
An officer from the district Information Office confirmed that Mohammad Nizar’s photographs were not available.
Posted by
parlimen059
at
2:12 PM
0
comments
YB Bukit Gantang - Hj Roslan Shaharum
senyuman seorang YB ROSLAN SHAHRUM dengan posing istimewa petang tadi dipejabat Perhubungan PAS Negeri.
Roslan sewaktu di Majlis Bai`ah dan penyampaian Watikah Calun PAS perak pada 21/feb yang lalu.
.Saya berkesempatan berbual dengan wakil Parlimen Bukit Gantang, Perak, YB Roslan bin Shaharum petang tadi,.Dalam PRU ke-12 yang lalu, Roslan memperolehi 20,015 undi menewaskan Bendahari Umno Malaysia (calon BN), Abdul Azim bin Mohd Zabidi yang memperolehi 18,449 undi dan calon Bebas Mohganan A/l P.manikam dengan memperolehi 872undi.
Roslan menang dengan majoriti 1,566 undi manakala calon Bebas hilang deposit.Tahniah kepada calon PAS, Roslan bin Shaharum dan juga kepada para pengundi yang telah memberikan undi kepadanya.
Membelakangi kamera ialah PJ Perak, Ust Ahmad Awang.
Roslan, telah lama saya kenali dan kami pernah bersama dalam rombongan naik haji ke Mekah pada tahun 1997.Dia serupa sahaja walaupun sudah bergelar YB.Saya mengambil kesempatan bertanyakan kepadanya tentang apakah yang telah beliau lakukan setelah sebulan bergelar sebagai seorang Ahli Parlimen." Saya membantu ADUN dibawah kawasan Parlimen saya , DUN Sepetang, DUN Cangkat Jering dan juga DUN Trong."
Beliau menjelaskan, antara masalah yang sedang diambil perhatian ialah masalah banjir di Sepetang ; dimana pihaknya telah menemui JPS membincangkan tentang sistem saliran yang lebih berkesan perlu diadakan segera.
Beliau juga menceritakan tentang usaha yang sedang dilakukan untuk membantu seramai 22 orang penduduk di Air Kuning yang terlibat dengan pembinaan rel 'Keretapi Berkembar' dari Ipoh ke Padang Besar."Mereka telah tinggal disitu lebih 30 tahun yang lalu dan kini diarahkan keluar begitu sahaja tanpa memberikan pampasan atau pun menyediakan penempatan baru sebagai ganti," jelas Roslan dengan nada kesal.
Pihaknya akan terus mendesak KTM supaya mengambil langkah mesra rakyat dan tidak menzalimi pendududuk yang terlibat.
Posted by
parlimen059
at
12:54 PM
0
comments
Pelancaraan Tabung Prihatin Parlimen Bukit Gantang
Taiping- Skateriat Parlimen Bukit Gantang melancarkan Tabung Prihatin.Tabung Prihatin ini telah diluluskan dalam mesyuarat khas Ahlijawatankuasa PAS Kawasan Bukit Gantang pada hari Isnin ,7 April 2008.
Tabung Prihatin bertujuan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Parlimen Bukit Gantang. Antaranya bantuan untuk masyarakat yangt ditimpa musibah,ribut,banjir dan kebakaran. Di samping membantu mereka yang memerlukan seperti
mendapat rawatan perubatan,pendaftaran kemasukan ke universiti dan lain-lain lagi.
Sebarang derma boleh disalurkan melalui akuan Bank Islam Cawangan Taiping atas nama Bendahari Kawasan 8040010013314 .
Sementara dermawan boleh menghantar terus bekalan makanan ke pusat khidmat masyarakat YB Hj Roslan Shaharum bertempat di Markas Negeri, Air Kuning ,Taiping.
Untuk
rekod Tabung Prihatin sebarang derma bolehlah di SMS ke nombor 0125238483 atau telefon
pejabat o58551419.
sapas.
Posted by
parlimen059
at
11:57 AM
0
comments
Labels: tabung


