BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Sunday, November 16, 2008

HJ ROSLAN SELAMI MASALAH RAKYAT DI LARUT TIN



Rakyat mengadu hal.
Taiping- Hj Roslan menghargai
peranan Ketua Kg Larut Tin yang berjaya mengadakan dialog rakyat.
Hj Roslan dalam ucapannya kita Kerajaan Pakatan Rakyat akan membantu menyelesaikan
masalah penduduk tanpa mengira kaum dan fahaman politik.Bagi masalah pemberian tanah kepada rakyat ,beliau menyatakan agar diberi masa untuk Pentadbir Tanah LMS menguruskannya.
Beliau berharap Pakatan Rakyat diberi peluang untukmemerintah.Jikalau gagal rakyat perlu mengubah kerajaan ,tidak perlu menunggu selama lima puluh tahun.
Terdapat lima masalah penduduk yang perlu diambil perhatian:
1. Masalah banjir kilat.
2 Masalah pengutipan sampah.
3. Masalah lampu jalan.
4.Masalah hak miliktanah.
5. Masalah Daging salai babi yang menjejas kehidupan masyarakat Kg Larut Tin.
Berkaitan masalah penduduk tempatan, harapan beliau Ahli Majlis yang hadir Encik Abdul Rani
akan mengemukakan kepada MPT untuk diambil tindakan.

3 comments:

matdeboq said...

Saya OKU tinngal kat Perumahahan Awam Batu 2 1/2, Jln. Simpang, Taiping.

Masalah nya..baru2 ini saya ingin mendapatkan "chop akuan bersumpah" !! Tetapi tak tahu di mana Pejabat ke...wakil ke di kawasan sekitar kat Perumahan saya,...sapa ke sesiapa ke yang patut saya hubongi.

Selepas PRU12 tempoh hari !! Langsung tak dak khabar berita tentang pejabat dan alamat wakil-wakil atau YB sediri di sikitar tempat tinggal saya.Kalau dulu saya ke bandar Taiping...pergi saja ke pejabat Wakil Datuk Kayveas..!! Wakil nya akan terus mengechop 'chop ajaib' tersebut tanpa banyak kerenah.

Tetapi..baru-baru saya kena bayar RM 4.00# untok mendapat kan 'cop pengesahan-angkat sumpah' itu di Jln.Barrack Taiping.!!

Kepada YB Bukit Gantang yang sesangat Perihatin TOLONG lah bagi tahu dimana kah Perjabat wakil YB tersembuyi, kat mana kah letak nya. Kalau alamat kat Markas Air Kuning..seperti di siar kan dalam laman ini...terima kasih saja lah !!! Dengan tambang dan kos-kos lain saya terpaksa lah gukan perkidhamatan Berbayar RM 4.00 itu demi nak dapat "chop ajaib" itu.

Seperti yang saya kata kan saya ini OKU dan ramai lagi orang-oarang yang tak berapa bernasib baik disekitar tempat saya yang memerlu kan pembelaan seperti yang di war-warkan.

Mungkin Pihak atau wakil YB terlepas pandang..jadi sekarang saya ingin "high lite"kan.Terima kasih.

Saya dengan rendah hatinya ingin Memohon Maaf jika ada kata atau apa yang saya luah kan dari hati saya ini Menyinggung YB yng Perihatin. Lagi sekali saya mohon berbanyak-banyak Maaf zahir mahu pun batin.

Sekian Wassalam

Anonymous said...

ini macam tuan nak perli aje kenapa..berfikiran lebih terbuka...kalau nak pegi Air kuning kena bayar,camna kalau nak g Taiping.takperlu bayar ke?.Markas Air Kuning kalau masuk ikut jalan PPRT dekat aje...kalau setakat cop aje...boleh jumpa K Kampung Bad Ali Notel: 017-4118451//berhadapa dgn perumahan di kg pak darus boleh jumpa dgn KK HJ mat Shah.masalah oku boleh terus adu pada ketua kampung.....saya yang pernah berhubung dgn YB dan petugas beliau..cadang agar penduduk bersikap lebih terbuka..buang dendam kesumat..petugas-petugas YB mesra melayani tanpa mengira parti dan bangsa.
selamat berurusan ....

penduduk batu 2 1/2 ..

Anonymous said...

Assalam-mualaikum yang berkenaan.

Jutaan Terima Kasih kepada Anonymous, kerana menyampai kan maklumat tentang wakil YB. tersebut.

Mungkin saudara matdeboq menghadapi masalah pergerakan yang kronik ataupun terhad.

Mungkin dimasa akan datang masalah 'comunication break-down' dapat di atasi dengan lebih baik lagi.Kita manusia sebaik macam mana pun dilakukan ... pasti ada yang tercicir dan orang pandang pada yang salah saja.

Lakukan lah yang terbaik mungkin pasti ramai yang akan merestuinya.

Sekian wassalam .Selamat berjuang.

Hamba Allah...Batu 2 1/2.