BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Sunday, November 16, 2008

Pada Hemat Hj Roslan Shaharum

Sudah lama tidak menulis,kesibukan persidangan Parlimen dan juga menyelesaikan tugas di Yayasan Perak, memerlukan komitmen yang tinggi.Harus diingat rakyat tidak dilupakan.
Namun begitu setelah 8 bulan menjadi Ahli Parlimen,banyak yang kita pelajari. Bertambah pula di peringkat parlimen kita masih pembangkang.
51 tahun merdeka masih banyak hak milik tanah rakyat tidak diselesaikan. Apabila kita adakan program "Dialog Rakyat" ,masalah hakmilik tanah tidak selesai.Rakyat yang meneroka tanah tidak mendapat hak milik tanah,mereka yang tidak berkenaan mendapat "habuan".
Kesabaran rakyat sebenarnya sudah lama,apabila kita memerintah mereka memerlukan perhatian segera.Sewajarnya Pegawai Kerajaan mempercepatkan proses permohonan rakyat
tanpa perlu tekanan wakil rakyat.
Dalam setiap permohonan kita perlu adil,tidak kira orang Melayu,Cina,India, Orang Asli dan Bumiputra Lain. Rakyat perlu disedarkan, semua kita ada hak dalam Perlembagaan Malaysia,sikap perkauman yang di bawa UMNO/BN perlu ditinggalkan.Contohnya satu dialog rakyat di DUN Changkat Jering masih ada guru terlalu bersikap perkauman.,mempertikaikan kerajaan Pakatan Rakyat memberi tanah kepada rakyat Malaysia lain.Apabila kita mengadakan dialog berhampiran surau dianggap mengganggu Islam. Pada hal kita boleh melihat itulah kebesaran Islam, yang sempurna.Kita boleh menerangkan solat jamak atau qasar kepada anak-anak . Apakah kita sudah terfikir yang sepatutnya kita berdakwah kepada mereka.
Harapan saya agar PAS FOR ALL menjadi sandaran rakyat.

0 comments: