BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Monday, November 17, 2008

ISU MB PERAK RAMPAS KAMERA WARTAWAN


IPOH : Seperti yang dijangkakan, media akan memainkan isu ini. Peluang untuk memberi penjelasan tidak pula diberi. Saya, bersama Setiausaha Akhbar, Anuar Hashim, Ust. Nor Azli Musa dan seorang lagi kebetulan ada di tempat kejadian.

Kami bersama MB sedang makan tengahari, bila seorang yang tidak dikenali menghampiri MB membawa surat meminta MB menandatangani. Beliau memperkenalkan dirinya dan MB membaca sepintas lalu dan seakan bersetuju menandatangani. Tetapi kami serentak mencelah, supaya tidak ditandatangani dulu dan meminta MB lihat keseluruhan isi surat tersebut terlebih dahuluDalam masa yang sama kami terlihat seorang jurufoto yang tidak dikenali sedang mengambil gambar.

Kami mengesyaki ini adalah suatu perangkap dimana nanti akan keluar gambar MB menandatangani sesuatu yang boleh di ambil kesempatan untuk memburuk imej MB yang menandatangani sekeping surat yang tidak diketahui latar belakangnya di kantin.Lantas MB panggil jurufoto tersebut lalu bertanya dari akhbar mana ; sama ada telah minta kebenaran atau tidak mengambil foto.Tetapi jurufoto tersebut semacam tidak ambil peduli .MB memanggilnya sekali lagi dengan nada yang agak kuat sikit, tetapi tidaklah sampai panggil 'Hoi' sebagaimana yang didakwa.MB minta rakaman foto tadi dibuang.
Untuk mempastikan foto tersebut dibuang, MB minta kamera tersebut diserahkan kepada Anuar Hashim,Setiausaha Akbarnya yang duduk di sebelah saya, dan meminta Anuar pastikan gambar tersebut dibuang.Kamera itu diserah semula kepada jurufoto itu dengan baik. Kami beritahu pembawa surat tersebut supaya dalam urusan seumpama itu, supaya datanglah ke pejabat, kami akan rekodkan surat tersebut, satu salinan kami simpan dalam fail, soal MB nak sain tak nak sain itu soal lainPembawa surat tersebut faham, dan ternyata dia menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Sulit MB di pejabat. Itu baru betul. Pagi esoknya, saya tengok surat tersebut sudah ada diatas meja MB.

Telahan kami tepat, tidak sampai pun beberapa minit kemudian, suara seorang ADUN Pembangkang yang sangat dikenali dari Kubu Gajah, tidak semena-mena membangkitkan isu ini di dewan dengan membuat pencelahan sewaktu seorang ADUN lain sedang membahaskan Bajet 2009. Saya tidak kenal pasti siapa ADUN yang sedang berucap ketika itu. Kubu Gajah menghentam MB Perak kerana kononnya bertindak kasar kepada wartawan sedangkan Kubu Gajah tidak berada di tempat kejadian.Walaupun ada beberapa orang ADUN BN di kantin sewaktu kejadian tersebut berlaku; saya amat pasti Kubu Gajah tidak ada di situ. Saya sangat mengenalinya kerana ia memang popular dengan sikap kurang ajarnya di Parlimen dan dibawanya ke DUN.

Saya akan semak dalam kertas minit dewan apa yang diucapkan oleh ADUN Kubu Gajah dan akan siarkan supaya para pembaca dapat menilai sendiri ucapannya ; bahawa inilah perangai UMNO BN, mengambil kesempatan apa sahaja yang boleh dijadikan isu untuk memburukkan MB dan kerajaan Pakatan Rakyat.
baspas:

Sunday, November 16, 2008

HJ ROSLAN SELAMI MASALAH RAKYAT DI LARUT TIN



Rakyat mengadu hal.
Taiping- Hj Roslan menghargai
peranan Ketua Kg Larut Tin yang berjaya mengadakan dialog rakyat.
Hj Roslan dalam ucapannya kita Kerajaan Pakatan Rakyat akan membantu menyelesaikan
masalah penduduk tanpa mengira kaum dan fahaman politik.Bagi masalah pemberian tanah kepada rakyat ,beliau menyatakan agar diberi masa untuk Pentadbir Tanah LMS menguruskannya.
Beliau berharap Pakatan Rakyat diberi peluang untukmemerintah.Jikalau gagal rakyat perlu mengubah kerajaan ,tidak perlu menunggu selama lima puluh tahun.
Terdapat lima masalah penduduk yang perlu diambil perhatian:
1. Masalah banjir kilat.
2 Masalah pengutipan sampah.
3. Masalah lampu jalan.
4.Masalah hak miliktanah.
5. Masalah Daging salai babi yang menjejas kehidupan masyarakat Kg Larut Tin.
Berkaitan masalah penduduk tempatan, harapan beliau Ahli Majlis yang hadir Encik Abdul Rani
akan mengemukakan kepada MPT untuk diambil tindakan.

Pada Hemat Hj Roslan Shaharum

Sudah lama tidak menulis,kesibukan persidangan Parlimen dan juga menyelesaikan tugas di Yayasan Perak, memerlukan komitmen yang tinggi.Harus diingat rakyat tidak dilupakan.
Namun begitu setelah 8 bulan menjadi Ahli Parlimen,banyak yang kita pelajari. Bertambah pula di peringkat parlimen kita masih pembangkang.
51 tahun merdeka masih banyak hak milik tanah rakyat tidak diselesaikan. Apabila kita adakan program "Dialog Rakyat" ,masalah hakmilik tanah tidak selesai.Rakyat yang meneroka tanah tidak mendapat hak milik tanah,mereka yang tidak berkenaan mendapat "habuan".
Kesabaran rakyat sebenarnya sudah lama,apabila kita memerintah mereka memerlukan perhatian segera.Sewajarnya Pegawai Kerajaan mempercepatkan proses permohonan rakyat
tanpa perlu tekanan wakil rakyat.
Dalam setiap permohonan kita perlu adil,tidak kira orang Melayu,Cina,India, Orang Asli dan Bumiputra Lain. Rakyat perlu disedarkan, semua kita ada hak dalam Perlembagaan Malaysia,sikap perkauman yang di bawa UMNO/BN perlu ditinggalkan.Contohnya satu dialog rakyat di DUN Changkat Jering masih ada guru terlalu bersikap perkauman.,mempertikaikan kerajaan Pakatan Rakyat memberi tanah kepada rakyat Malaysia lain.Apabila kita mengadakan dialog berhampiran surau dianggap mengganggu Islam. Pada hal kita boleh melihat itulah kebesaran Islam, yang sempurna.Kita boleh menerangkan solat jamak atau qasar kepada anak-anak . Apakah kita sudah terfikir yang sepatutnya kita berdakwah kepada mereka.
Harapan saya agar PAS FOR ALL menjadi sandaran rakyat.

Friday, November 14, 2008

BAJET 2009 PERAK BAJET KEBAJIKAN


IPOH : Bajet 2009 negeri Perak yang dibentangkan oleh YAB MB Perak dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pagi ini telah mengotai segala janji-janji manifesto pilihanraya. Bajet yang dibentang dengan tema Bajet Kebajikan Untuk Rakyat telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang mementingkan hal ehwal kebajikan rakyat.

Ia memaparkan kesungguhan dan komitmen kerajaan Negeri dalam hasrat membawa negeri Perak dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan sosioekonomi dan pembanguna insan yang seimbang. Dalam merangka dan melaksanakan Bajet 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadikan adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan sebagai asas dan prinsip utamanya.
YAB MB Perak telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen.Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009Apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini ?


1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM 10.00 sebulan.


2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.


3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.


4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.


5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.


6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan


7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.


8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.


9. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.


10. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.


11. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.


12. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.


13. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.


baspas:

Ceramah ......Mahfuz d dataran c,jering


yb Roslan sedang berucap

13/11/08......jam 9.30 mlm ,Yb roslan sebagai penceramah pertama....rahmat melimpah sejak pemerentahan PR yang diterajui oleh DS ir Nizar(Pas)....
hasil balak sebelum ini utk setahun RM32juta
Pemerentahan PR,bermula mac hingga okt ..Rm42 juta.

Ibu tunggal akan diberi bantuan Modal perniagaan tanpa riba semaksima hingga rm5 ribu bermula tahun2009.

Peningkatan Royaliti/zakat LAP kepada k`jaan negeri..

dan banyak lagi rahmat sejak pemerentahan diambilalih oleh PR,kita akan terus dengan konsep Berkebajikan,,limpahan rahmat Allah swt akan kita agihkan kepada yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik dan kaum.
YB Mahfuz bersama su kawasan
Yb mahfuz selaku ketua Penerangan Pas Pusat menyarankan ,kita seharusnya berfikir masa hadapan,masa hadapan anak cucu kita ,apa akan jadi dengan kedudukan mereka.
51 tahun pemerentahan Bn/umno....301,000 isi rumah melayu berpendapatan dibawah rm1ribu,pendatang lebih maju dari kaum melayu....umno merupakan punca utama.
Pemimpin pinggirkan kepentingan rakyaat khasnya kaum melayu hanya pentingkan kaum kerabat mereka.
Satu-satunya senjata yang mereka ada ..perkauman...mereka tiupkan sentiman perkauman..untuk tutup kelemahan/kerosakkan yang telah mereka lakukan selama ini..
Jangan terpengaruh dengan dakyah mereka...kita seharusnya mengekalkan keharmonian semua kaum.
Kaum-kaum lain juga tidak boleh sama sekali pinggirkan kepentingan-kepentingan kaum Melayu.
Umno juga selalu jadikan isu-isu remeh untuk meniup sentimen perkauman seperti bahasa sedangkan yang hapuskan bahasa melayu adalah mereka,contohnya siapa yang hapuskan bahasa Melayu dalam pelajaran matematik dan sains,umno yang jadi punca.
Politik umno tidak sama sekali membantu mana-mana kaum untuk menaikkan taraf hidup mereka,kecuali untuk kepentingkan mereka dan kaum kerabat mereka saja.
Masalah dalaman umno bagaikan penyakit cancer dalam stage4,tiada lagi ubat tiada lagi penawar kecuali kuburkan umno.
PR bertanggung jawab untuk menaikkan taraf hidup,membaik pulih kerosakkan-kerosakkan yang telah dilakukan umno,seharusnya tiada lagi pengundi-pengundi yang memilih BN/umno dalam PRU-PRU akan datang,andai ada perasaan kasih , sayang,prihatian pada generasi akan datang....jangan korbankan anak cucu kita dalam permainan politik yang berkepentingan pihak BN/Umno...
ceramah berakhir+- jam 11.40mlm.....
baspas:

Thursday, November 13, 2008

HARI ANUGERAH CEMERLANG PASTI ALBADAR AIR KUNING TAIPING KALI KE 9 MERIAH


Pelajar Pasti Air Kuning Taiping bergambar
kenangan bersama Shaharudin dan En Syukur
setiausaha PASTI

Ketua Kg Larut Tengah,Ustaz Badarudin Ali
sedang menyampaikan hadiah.

Ketua Kg Larut Ulu ,En Tajei Husein sedang
menyampaikan cenderamata

TAIPING- Pasti Al Badar,Air Kuning ,dalam kawasan Bukit Gantang telah mengadakan hari anugerah yang ke 9.Pengurus Unit Pasti, Shaharudin Ahmad Sani dalam ucapannya,menyatakan Pas menyediakan pendidikan prasekolah alternatif untuk dipilih oleh masyarakat. Pasti AlBadar Air Kuning ,yang menggunakan premis Markaz Negeri merakamkan jutaan terima kasih kepada Pas Perak yang membenarkan kelas berlangsung di Markaz Negeri Air Kuning.
'Selama ini kita banyak menggunakan dana Pasti untuk menguruskan pengendalian Pusat Tarbiyyah itu.' kata Shaharudin ,sewaktu ditemui. ' Terdapat individu yang menderma untuk membayar bil air ,kerana PASTI' tambah Shaharudin lagi.

Lawatan Ke parlimen.....

13/11/2008.Pegawai seketariat ,ketua Kampung bersama ahli-ahli Pas Kawasan Bkt Gantang telah mengadakan lawatan ke Parlimen pada hari rabu12/11/08.

Rombongan kami dijemput oleh YB Roslan Shaharum, ucapan-aluan didewan disampaikan oleh DatoKamaruddin Jaafar.....fuhhhhhh megah habis seluruh rombongan,khasnya uncle..aiiii nasib -nasib dah umur dekat 60tahun baru first time dapat masuk Parlimen.




bersama YB Salehudin,yb Khalid Samad

YB melayan kami makan dikantin Parlimen

kenangan diparlimen
yb sedang sign kad replika
Satu Majlis Memorandum Penyerahan Poskad Bantahan turut diadakan di ruang legar Parlimen.
Memorandum itu turut ditandatangani oleh YB Roslan. Sebanyak 50,000 kad yang telah ditandatangani oleh orang ramai akan diserahkan pada PM.(Mansuhkan ISA).
baspas:

Monday, November 10, 2008

HJ ROSLAN DENGAR RINTIHAN RAKYAT

Hj Roslan mendengar aduan penduduk.

HJ Roslan melihat surat perjanjian pembelian rumah murah
bernilai RM35,000

Taiping- HJ Roslan Shaharum telah melawat ke tapak perumahan Taman Kamunting Bakti,dalam DUN Kuala Sapetang.
Seramai 12 keluarga telah menduduki rumah dibawah Syarikat Pemaju PKNP,yang masih tidak mendapat surat kelayakan (CF).Projek yang sepatutnya telah siap ,tergendala sehingga kini. Rumah yang dibeli oleh seramai lebih kurang 235 orang tidak siap mengikut syarat perjanjian.
Menurut Rosli Bin Man ,perjanjian telah ditandatangani pada tahun 2000,sehingga kini masih belum mendapat CF. "Kami tidak mampu menyewa lagi" kata Rosli.
Para penduduk berharap mereka dibenarkan mendiami rumah yang dibeli." Kami mahu YB membantu kami ,memohon jasa baik PKNP meminta MPT memberi sijil kelayakan sementara" kata Rosli Man lagi.
Sementara itu para penghuni berharap LAP dan TNB membenarkan mereka menggunakan kemudahan air dan elektrik buat sementara waktu.
Haji Roslan yang ditemui berjanji akan cuba menyelesaikan masalah mereka.
sgi







Aktiviti Ahad YB Roslan.

09/11/2008.
9.00pagi .....hadiri majlis gotong royong penduduk Kuala Sepetang.
Majlis turut dihadiri oleh YB Tai adun Kuala sepetang.
bersama penduduk dan pasukan Bomba
11.00pagi...........merasmikan ihtifal pasti di Pasti Batu 8..


bantuan kepada yang memerlukan
12t/hari.........jamuan deepavali anjuran DUN Trong,jamuan turut dihadiri oleh Ust Norazlimusa dan En Nadarajah pembantu khas MB Perak (kaum India)


ust norazli sedang menyampaikan bantuan
K`jaa Negeri melalui Penyelia Dun telah menyediakan 50 bungkusan barang dapur sebagai bantuan kepada kaum india sempena Deepavali..yang lepas..


En Nadarajah mewakili MB Perak.
En Nadarajah turut melahirkan harapan agar dapat ahli kelab meningkatkan gerak kerja supaya dapat menambahkan sokong dikalangan kaum india dan menyebarkan maklumat-maklumat kepada penduduk setempat,dimana kita K`jaa PR di perak dinafikan sebaran maklumat oleh media-media tempatan,kita disekat....
sebagai contohnya K`jaan Negeri telah pun meluluskan hampir rm100 ribu kepada persatuan-persatuan kaum India untuk kemajuan dan sebagainya dalam masa pemerentahan PR hanya 6bulan.
Saya dan rombongan telah pun mengadakan lawatan ke Kubur (india) dijalan Kuala Trong,dan dalam masa terdekat kita mengharapkan kelulusan sejumlah wang dari K`jaan Negeri untuk menaiktarafkan kubur itu tambah beliau.
Saya percaya dan yakin K`jaan PR menjaga kepentingan semua kaum,bukan seperti yang dicanangkan oleh pembangkang,jangan percaya kepada tohmahan-tohmahan khasnya dari MIC dan sekutu seperti UMNO dll..
Marilah kita Kaum India bersama-sama bangkit mempertahankan K`jaan PR yang sedia ada dan bekerjalah lebih kuat agar dapat Dun Trong dan seluruh Parlimen Bukit Gantang khasnya jatuh ketangan PR dalam PRU yang 13 akan datang,tambah beliau.
baspas:

Tiada bekalan Air...



07/11/08,,dalam satu kampung satu kawasan masih ada lagi 6 buah rumah tiada bekalan Air bersih ,walau pun Paip Utama telah dipasang sebelum PRU yang lepas.


rumah berusia 15 tahun tiada bekalan Air.


Kg hadapan Sek Rendah Cina Sg Rotan,hanya Rumah-rumah bertentangan dengan sekolah dibekalkan dengan Bekalan Air bersih tetapi yang dibelakang dinafikan.
Ketua Kampung yang ditemui En ramli b Mat,mengatakan bahawa penduduk bertentang dengan sekolah adalah kaum puak bekas Ketua Kampung lama dan juga Orang Kuat Umno,mungkin beliau gunakan pengaruh beliau untuk mendapatkan bekalan Air,tetapi penduduk yang lain dinafikan.
Kami JKKK telah mengambil maklumat dan menghantar ke pejabat Penghulu Mukim Sg Tinggi untuk tindakan selanjutnyadan juga berharap dapat pihak Seketariat turut membantu untuk menyelasaikan masaalah ini tambah beliau.
baspas:

DOR Sg Rotan


YB sedang berucap

7/11/08 ..........Penduduk2 Kampung Sg Rotan telah mengadakan satu pertemuan/Dialog bersama YB dan Pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah bagi mencari jalan penyelesaian dalam urusan tanah-tanah yang telah mereka usahakan lebih dari 15 tahun,tetapi hak milik diberikan kepada orang-orang tertentu di masa kerajaan Bn sebelum PRU yang lepas.


penduduk dalam majlis

En Dhanodaran,En Kuppusamy,En Leong Woh Yong dan En Wai Toke Choe dengan sebulat suara dilantik sebagai wakil Jawatankuasa bertindak bagi mewakili penduduk untuk menguruskan urusan tanah tersebut.

Majlis dialog turut dihadiri oleh En Zainal Badri ,Pegawai Kanan urusan tanah PDT LMS.

ada yang telah usahakan tanah disini lebih dari 25 tahun,tapi malang nya hak milik dikeluarkan kepada individu-individu tertentu dimasa kawasan Sgrotan dalam jajahan Kuala Kangsar(thn2000),dan kami yakin ini adalah angkara Orang Kuat BN Kuala Kangsar kata En Dhanodaran.

Ramai Pemilik geran masih tidak mengetahui kedudukan tanah-tanah mereka,maklumlah Geran "Terkejut",kami peneroka asal dinafikan hak dan dijadikan mangsa permainan politik BN,tambah beliau.

Dalam ucapan YB Roslan ,kita akan adakan pertemuan dengan PDT dan Wakil penduduk untuk mencari jalan penyelesaian agar dapat masaalah penduduk diselesaikan secepat mungkin.

baspas:

Sunday, November 9, 2008

Perlantikan Jawatankuasa Kariah Masjid-Exco Agama Kita Sabar














Tuan Haji Zainudin Mohd Yus0f sedang menyampaikan
hadiah kepada adik Abdul Rahman Shaharudin

Taiping- Proses perlantikan Jawatankuasa Kariah Masjid dalam proses.Exco Agama ,Pendidikan Islam ,Wanita dan Kebajikan Hj Mohd Zainudin Mohd Yusof meminta kita bersabar. Kelewatan urusan perlantikan Jawatankuasa Kariah ,memerlukan beberapa prosedur yang perlu diikuti.
Tuan Haji Zainudin ditemui semasa ihtifal Pasti Al Hikmah dan Jamuan Hari Raya Pas Cawangan Ks Boyan.
"Hanya lima buah masjid yang belum selesai lagi',kata Haji Zainudin."Hanya satu daerah ,itu pun tertindih nama ataupun telah meninggal dunia.