BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Thursday, January 22, 2009

JANGAN DENDAM- PAS KAWASAN BUKIT GANTANG

Changkat Jering- Pas Kawasan Bukit Gantang berharap Ketua Kampung dan JKKK melayani rakyat dalam Parlimen Bukit Gantang dengan penuh mesra dan sentiasa bersedia membantu rakyat.
"Kita santuni rakyat dengan mesra ,layan rakyat tanpa pilih kasih" ujar Hj Roslan sewaktu mengulas arahan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Ketua kampung buat kerja untuk rakyat,biarlah kerja kita dikira sebagai amal soleh,jangan peduli dengan arahan Datuk Zahidi"tambah Hj Roslan.
"Kita teruskan kerja kita,cawangan dengan cawangan, UPU dengan UPU,ketua kampung dengan ketua kampung,kita kerja untuk rakyat dan Islam"tegas Shaharudin Admad Sani,Ketua Penerangan Kawasan Bukit Gantang.
Pas kawasan Bukit Gantang berharap tiada politik balas dendam.Bagi kita Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Gantang gandakan usaha,lipatkan tenaga dan munajat kehadrat ALLAH s.w.t untuk terus dipercayai rakyat menguruskan manusia.
"Biarkan Tadika Kemas beroperasi di Dewan Orangramai dalam parlimen kita,jangan ganggu pendidikan anak-anak" kata YDP Pas Kawasan Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar.
Biarlah Datuk Zahid berpolitik balas dendam, biarkan kerana UMNO sudah sesak nafas.



sgi 09.

Wednesday, January 21, 2009

20 &21 hb jan....bungkusan limau dan kad SELAMAT TAHUN BARU CINA diagihkan kepada masyarakat Cina dalam Parlimen Bukit Gantang.
Pihak Seketeriat bersama Pas kawasan dan dengan Bantuan Jkkk telah mengahikan lebih dari 1500 bungkusan limau dan kad ucapan kepada masyarakat Tionghua dalam kawasan Bukit Gantang.Kuala Sangga dan juga Pasir Hitam dilawati untuk pengagihan.
Sambutan Masyarakat Tionghua amat baik sekali,rata-rata yang ditemui ucapkan terima kasih diatas keperihatinan YB dan Parti PAS.
Kuala Sangga:Lim....ini kali pertama ada orang kasi ini macam....saya umur 50 tahun takda org bagi....mari cakap mau undi....menang sudah hilang.....manyak thank you......Bulan manyak bagus... ..ucapan sepontan seorang penduduk K,sangga...Mr Lim..


kad rekaan exclusive...dari ridzuan fast print...(nizam:012-5072399)


Kad Rekaan Khusus untuk Tahun Baru Cina

wartawan .. china press

bersama ketua kampung..ke Kuala sangga
tiada kelinik di Kuala Sangga..
jururawat dari K.sepetang
Pengerusi PIBG menerima sumbangan Yayasan
ke Pasir Hitam..21/01
muslimat dan Halwa turut membantu
yb ....kena angkut limau bersama


penduduk Pasir Hitam
ramah mesra .
baspas:

Monday, January 19, 2009

tahun baru cina menjelang tiba...


Tahun Baru Cina menjelang tiba pada 26hb jan,,,seketeriat bersama Pas kawasan dengan bantuan ketua-ketua kampung akan menghadiahkan buah limau bersama kad ucapan kepada lebih dari 1500 org kaum tionghua dalam parlimen Bukit Gantang.
bermula di Pasar Simpang pd:20hb jam8 pagi
20hb jam 2.30 petang di kuala sepetang
21 hb jam 9 pagi di Dun Trong.
maklumat lanjut akan menyusul selepas program...
baspas:

Sunday, January 18, 2009

prk.................17/01/2009 kuala terengganu

seperti yang diketahui..Pas berjaya merampas kerusi Parlimen K,Terengganu dgn majoriti 2631 undi..
Tetapi persoalan saya masih banyak lagi ,lebih dari 30 ribu pengundi ,lebih dari 70% dari mereka berbangsa melayu dan masih lagi mengaku diri mereka Islam ,, menyokong BN..apakah mereka tidak dapat menghidu atau pun buat-buat tak faham dengan kerenah-kerenah/tindakan-tindakan pemimpin BN yang bertindak mengikut sedap hati perut mereka,bertindak untuk mengekalkan kepentingan diri mereka dengan mengabaikan kepentingan rakyat dan masyarakat.
Penyokong-penyokong ini juga hanya digula-gulakan dengan satu habuan yang amat sedikit,dari serendah rm 50 hingga rm ribuaan ringgit...dan mereka ini sanggup menjadi alat dalam rangkaian menghancurkan agama dan bangsa...tanpa ada kesderaan dalam diri mereka.....kenapa ini terjadi atau memang sudah menjadi nasib badan diri mereka,yang mana hala tujunya di pilih oleh diri mereka sendiri...????
.
perstiwa-persitiwa...........muslimat khususnya dari perak dilarang membaca surah Yasin di Masjid tengku Zaharah (masjid terapung)oleh AJk...solat sunat dibenarkan ,membaca yasin tidak dibenarkan.....apakah membaca Quran dalam masjid ini dibenarkan atau tidak? tak dapat dipastikan...


akhir nya kumpulan muslimat tadi mengambil keputusan membaca surah Yassin di tepi Laut
saja...lagi nyaman ,aman dan khusyuk.

abg Ali: jalan yang kelihatan digambar ini di buat pada 16hb pagi..sebelum ini jalan ini lorong tanah....tidak terfikir ke oleh penduduk-penduduk sekitar projek seumpama ini adalah sogokkan..duit yang digunakan untuk membuatnya bukan nya duit kepala bapak pemimpin BN itu,tapi adalah duit kita bersama,duit rakyat,,kenapa tiada sebarang perancangan....kalau pun betul jalan ini diperlukan kenapa hanya menjadi kenyataan pada 16hb.....????
Kumpulan Muslimat tanpa mengharapkan sebarang imbuhan hanya Berserah Kepada Allah ..siap sedia walau dimana tenaga mereka diperlukan...perbelanjaan dan kos ,ditanggung sendiri,hanya sedikit sumbangan dari kawasan atau pun cawangan...bukan sumbangan atau keuntungan yang dicari tapi keredahan Allah swt yang diharap,dengan satu harapan ..agar dapat Islam ditegakkan di muka bumi ini..
mesej muslimin: cukup jelas...duit/wang kertas diikat dilambai-lambaikan .....rasuah/duit tidak dapat dipisahkan dari BN....perayu BN gadaikan diri dan maruah hanya kerana duit yang tak seberapa..harga maruah dan diri serendah ini.....(tanggapan pemimpin BN)
Seloka Tok Guru: Rasuah oh Rasuah,Beri Salah,Tak Beri Kalah,Buat Umno serba salah....
//tambahan sikit=....BERI PUN KALAH,BUAT UMNO TAMBAH GILO...
DUA ekor ini melampau gilo..sampai menjerit-jerit dan semburkan kata-kata lucah kepada perayu-perayu undi Pas (rupa macam mat stim aje)
hasil asakan-asakan dari perayu undi Pas dua org perayu BN mengalirkan air mata dan akhirnya lari meninggalkan tempat itu...(rm tak cukup untuk menahan asakan Pas)..
Baspas: kesian..diharap kesedaraan dlm diri mereka selepas ini...walau pun kesian tapi asakan dari perayu Pas tiada yang bohong semuanya benar dan berfakta....cuma mungkin Perayu Bn yang tersintak dgn hujah-hujah yang dikeluarkan oleh Perayu Pas..lari meningalkan perjuangan mereka...perjuangan wang..
hasil usaha mereka berakhir disini....bendera yang mereka kibarkan,,ahkirnya dikutip dan pijak oleh mereka sendiri....tidak seperti petugas-petugas Pas,turun dan dibawa kembali ke markas,,,duit org ramai dihargai..
baspas:

Saturday, January 10, 2009

perstiwa Bergambar sekitar penamaan calon dan hari seterusnya....

05------08/01/09



Friday, January 9, 2009

JENTERA PAS BUKIT GANTANG GEMPUR KUALA TERENGGANU

Changkat Jering- 9 Januari

Pas Kawasan Bukit Gantang menghantar 40 orang tenaga penting PRU 12 ke Kuala Terengganu.
Jentera Pilihanraya Kawasan Bukit Gantang diberi tugas sebagai tenaga pembantu di Unit Peti Undi Gong Tok Nasik dalam DUN Batu Buruk.
Ketua Penyelaras Sdr Ali Jaafar Sidek. Pas Kawasan Bukit Gantang menghantar seramai lima tenaga muslimin dan tiga tenaga Halwa untuk setiap kali mengikut giliran,
"Kita telah menghantar dua pasukan setakat ini" kata Sdr Khairul Ismail,Pengarah Jabatan Pilihanraya Kawasan Bukit Gantang.
"Sementara itu, mulai 10 hingga 11 Januari , Jentera Sekretariat Parlimen akan turun membantu di Kuala Terengganu".tambah Sdr Khairul Ismail.
Ahli Parlimen Bukit Gantang,Hj Roslan Shaharum telah mula membantu sejak 8 Januari lagi.Beliau dijangka memberi rawatan percuma Pengubatan Darul Shifak.
Pas Kawasan Bukit Gantang berharap petugas dapat menimba pengalaman berguna di Kuala Terengganu seterusnya menggunakan ilmu itu untuk mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di Parlimen Bukit Gantang.

sgi 09

Thursday, January 8, 2009

Pengerusi Yayasan - Yang Kaya Jangan Mohon Dermasiswa.

Ketua Kg Matang Merbau,Encik Nordin Abdul Rahman menerima sumbangan kasut untuk pelajar miskin di kampung beliau.


Changkat Jering- 7 Januari 09

Yayasan Perak diperuntukkan RM 6 juta untuk dermasiswa bagi tahun 2009."Yayasan berharap,anak tuan-tuan dan puan belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan cemerlang" tegas Hj Roslan Shaharum sewaktu berucap di Majlis Penyampaian Dermasiswa Rakyat di Markaz Pas Negeri Perak.
" Kita membantu semua bangsa yang layak, keluarga berpendapat RM1500.00 "tambah Hj Roslan Shaharum,Pengerusi Yayasan Perak. "Yang kaya,yang senang tidak perlulah memohon" nasihat Hj Roslan Shaharum. "Kita tolong orang miskin" tegas Hj Roslan .
Menurut Pegawai Khas Hj Roslan , Sdr Fadhil Idris sebanyak 11 orang menerima sumbangan dermasiswa rakyat.
Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kubu Gajah menerima sumbangan Yayasan Perak RM10,000 untuk pelajar yang terlibat dengan banjir baru-baru ini. "500 pelajar itu ,kita bantu untuk meringgankan beban keluarga yang terlibat dengan banjir"Ujar Hj Roslan sewaktu ditemui.
Pegawai Khas ,Penyelia Dun Kubu Gajah,Encik Razali Ismail menerima sumbangan bagi pihak Penyelia Dun Kubu Gajah,Encik Nazri Din.






Wednesday, January 7, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMASISWA-PARLIMEN BUKIT GANTANG

Changkat Jering- Majlis Penyampaian Dermasiswa Rakyat peringkat Parlimen Bukit Gantang berlangsung pada 7 Januari 09,Rabu. Seramai 23 penerima dijangka hadir.
Majlis itu berlangsung pada pukul 2 ptg ,di Pejabat Khidmat Masyarakat,Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Tn Hj Roslan Bin Shaharum,selaku Pengerusi Yayasan Perak akan menyampaikan sendiri dermasiswa itu.Menurut Shaharudin Ahmad Sani,Setiausaha Sekretariat Parlimen Bukit Gantang"Tn Hj Roslan turut menyampaikan kasut sekolah kepada pelajar pada hari itu" Pihak Sekretariat mengalu-alukan kehadiran ibu-bapa ke program tersebut.

Thursday, January 1, 2009

TUKAR STATUS TANAH- PERAK JANGKA PEROLEH PREMIUM TANAH ANTARA RM300 HINGGA RM450 JUTA

Ipoh- Kerajaan negeri menjangka akan memperoleh premium tanah antara RM300 hingga RM450 juta jika semua 102,000 pemilik kediaman di 349 Rancangan Perkampungan Tersusun(RPT) dan 47,000 pemilik di 134 kampung baru di Perak menukar status tanah mereka daripada pajakan kepada pemilikan selama-lamanya.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam,Tenaga ,Air dan Hal Ehwal Bukan Islam,Dato' Ngeh Koo Ham berkata,ia berdasarkan unjuran peningkatan nilai hartatanah di RPT dan kampung baru dijangka melebihi RM1.5 bilion selepas pemilik kediaman dibenarkan menukarkan status tanah mereka kepada selama-lamanya.

"Tawaran kami berikan kepada penghuni RPT dan kampung baru adalah hak milik selama-lamanya dan bukan pajakan 99 tahun sebagaimana anggapan sesetengah pihak" kata Dato Ngeh Koo Ham.

Mengenai dakwaan status tanah itu,khususnya kampung baru bercanggah dengan Kanun Tanah Negara, YB Dato' Ngeh menyatakan ,kerajaan negeri sudah mendapat nasihat daripada bekas hakim dan panel penasihat undang-undang yang dianggotai 20-30 peguam.

Sementara itu menurut Hj Roslan Shaharum ,Ahli Parlimen Bukit Gantang jikalau tanah itu perlu untuk pembangunan ,Kerajaan boleh mengambil semula tanah berkenaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah tetapi perlu membayar pampasan mengikut nilai pasaran semasa.

sgi 09

Wednesday, December 31, 2008

MUNAJAT RAKYAT BUKIT GANTANG

Changkat Jering- Pas Kawasan Bukit Gantang melalui Lajnah Tarbiyyah dan Lajnah Penerangan menganjurkan Munajat Rakyat.Munajat rakyat itu akan berlangsung pada:

Tarikh: 2 Januari 2009
Hari : Jumaat
Tempat: Kg Kepala Bukit,Bt 9 Jln Trong
Agenda:- Solat Isyak Berjamaah
- Solat Hajat
- Ceramah Selamatkan Palestin / PRK Kuala Terengganu
1. Ustaz Idris Haji Ahmad- AJK Pas Malaysia
2. Tn Hj Zainuddin Yusuf- Exco Kerajaan Perak
3. Tn Hj Roslan Shaharum- Ahli Parlimen Bukit Gantang

Sehubungan dengan itu Pas Kawasan Bukit Gantang berharap masyarakat tempatan dapat menderma bagi menjayakan Kemenangan Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu . "Kita berharap dapat mengumpul seramai mungkin masyarakat tempatan dalam Program Munajat Rakyat itu" ujar YDP Pas Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Nordin Jaafar.

sumber- penerangan kawasan.

Pemindahan Kubur ..berusia 205 tahun

Bukit Gantang 31/12/08.............

2 kawasan kubur lama yang terlibat dalam pembinaan landasan berkembar....dialihkan ke kawasan perkuburan baru.....

Ketua Kampung Jelutong Hj Hassan dan Ketua Kampung Bukit Gantang En Abu Khalid bersama pembantu mereka telah menjalankan kerja-kerja pemindahan kubur yang dipercayai hampir 205 tahun,kerja bermula sekitar jam 8.30 pagi tadi.


dimasukkan dalam plastik sebelum pemindahan


batu nisan yang bertandakan tahun 1803....nama tidak jelas


tapak kubur baru


pengalian kubur kedua sedang berjalan,tiada batu nisan ditemui di tapak ini...

YDP Pas Kawasan Ust Nordin turut hadir...
mengikut HJ Hassan...Kubur lelaki yang bertanda tahun 1803,sementara kubur perempuan yang terdapat batu nisan beberapa minggu lepas telah dialihkan ,mungkin oleh penduduk yang lalu lalang disekitar itu.Mengenal pasti agar sukar,kita akan teruskan kerja ,....kata Hj hasan
baspas:

Lagi-lagi soal.....Menghina Islam




bila mana adanya sebuah blog menghina islam ,menghina peribadi Rasullah saw….riuh semalaysia…mengutuk penulisan tersebut yang tidak dikenali pun identiti penulis itu….suatu tindakan yang bagus dan bermaruah……tapi dimana ke mereka-mereka ini sewaktu….pemimpin dan bekas-bekas pemimpin mengeluarkan kenyataan rasmi yang disiarkan media-media utama….ucapan dalam majlis-majlis besar…..dimana pengirtik-pengkritik ini sewaktu kejadian tersebut….???? Adakah mereka tidak wujud di masa itu atau mereka membisu atau dibisukan??
Masing-masing ingin menjadi jaguh dlm soal mempertahankan agama….kenapa sifat dan tindakan sedemikian tidak ditunjukkan semasa kenyataan-kenyataan yang lebih biadab oleh pemimpin dan bekas-bekas pemimpin…..
  • "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)



  • 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)

  • 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'. ( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)

  • 'Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur'. (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)

  • "Hal-hal mengenai keagamaan (Islam), harus dipisahkan dari Sekolah Kebangsaan bagi membolehkan ibu bapa bukan Islam menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan (Bekas Presiden Gerakan, Lim Liong Sik, 2007)


Cuba renungkan salah siapa,kalau ada penulis-penulis blog atau individu-individu yang berani menghina,mempersoalkan islam….jika Pemimpin/Ketua yang mengaku Islam, lebih hebat dalam memperlekekan Islam.!

p..jem