BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, June 14, 2008

FORUM PERDANA>>MELAYU :KEMANA ARAH TUJU

Simpang 13/06/08 jam 9.30 mlm:

Panelis YB Zainuddin,YB Roslan,YB Khalil Idham dan Pengerusi DR Azhar..

Forum perdana dgn tajuk Melayu :kemana arah tuju mendapat sambutan yg menggalakan dimana panelisnya terdiri dari YB HJ Zainuddin (exco Agama &Belia negeri Perak),YB Roslan shaharum AP Kaw Bkt Gantang dan YB Khalil Idham Lim YB Adun Titi serong.

Ini adalah Program yg pertama seumpama ini di Pekan Simpang yg berjaya diadakan.
Mutu PA system menjadi rungutan para hadirin,dicadangkan agar diberikan perhatian yg sewajarnya dimasa akan dtg, segala hujah dan cadangan penelis yg padat memberikan kepuasan kpd para hadirin keseluruhanya....
.

Diantara kupasan YB Idham ,Perjuangan bangsa tidak kemana-mana berakhir dlm kekecewaan
Berjuanglah sebagai umat Islam kerana baik sesuatu kumpulan bukan kerana bangsa tapi baiknya kerana Agamanya.....jadikan Islam sebagai cara hidup..pemimpin yg dulu atau pun UMNO merosakan minda rakyat, ditanamnya minda seolah2 Islam itu Melayu,Melayu itu Islam sedangkan Islam diturunkan Oleh Allah SWT untuk seluruh umat dimuka bumi ini,dibawanya berbagai-bagai isu dgn kemenangan Pakatan Rakyat seperti isu babi sdngkan babi dibela dimakan dari dulu lagi ....merekecerita isu babi ini bila mana PR mula memerintah....Allah jadikan berbagai bangsa utk kita kenal mengenali.....Kembalilah pada Islam yg sebenarnya ,sesuaikan cara hidup ikut cara hidup Islam bukanya sesuaikan Islam ikut cara hidup bangsa.....

Raja Perlis,Perak dan Terengganu mengunakan kuasa sepenuhnya dlm perlantikkan MB di 3neg dlm PRU yg lepas.Walaupun diperak DAP memenangi lebih kerusi tapi soal perlantikkan MB secaranya totalnya adalah kuasa Raja dimana YAB IR Mohamed Nizar dilantikan MB walaupun PAS hanya memenangi 6 kerusi....ulas YB Zainuddin.

PAS bersama Pakatan Rakyat perlu disokong oleh seluruh rakyat msia kerana tiada pilihan lain kerana BN dan kuncunya membawa fahaman sempit yg pentingkan kebangsaan dimasa yg sama mempergunakan bangsa untuk kepentingan diri,Bahasa 2 dihadkan dlm sek diagungkan bhs asing,agama dipesongkan dgn ujdkan islam hadahari,utamakan rukun2 islam yg membawa kepentingan, keuntungan utk mereka seperi zakat diperbesarkan dlm semua iklan sdngkan solat diabaikan........Kembali lah kepada Islam yg sebenar Islam yg Syumul sebagaimana yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bukannya islam hadhari yg dibawa oleh puak2 umno..ulas YB Roslan.


hadirin penuhi gerai2 jualan

baspas:

Friday, June 13, 2008

DARI SISI BUKIT- DEMOKRASI

BUKIT GANTANG- Ketua Kampung, terdapat proses pengundian Ketua Kampung. 6 kampung di Mukim Taiping, 6 kampung di Mukim Matang dan 2 kampung di Mukim Bukit Gantang.

Sementara itu tiada pertandingan langsung di Mukim Sg Tinggi dan Mukim Trong.-
Sisi Bukit mengucapkan selamat bertanding,calon-calon hendaklah bertanding secara sihat. Tahniah Kepada Tuk Ketua Rahim Ismail,Ketua Kampung Batu Teguh yang menang tanpa bertanding.

Harapan kami,kerajaan melantik orang India dan Cina sebagai Ketua Kampung.Mereka memahami budaya masing-masing. -
Sisi Bukit cadangkan pemilihan di kalangan mereka,demokrasi katakan.


5o tahun dah merdeka, rupa-rupanya banyak rakyat yang miskin,tiada tapak rumah, jadi peneroka bandar dan tiada bekalan air bersih. 5000 RAKYAT Perak masih miskin tegar.

Sisi Bukit mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat, yang baru memerintah
telah sedikit sebanyak meringankan masalah rakyat.



sgi 3.25

Thursday, June 12, 2008

Bantuan Gempa Bumi SICHUAN

Kuala Sepetang.09/06/08

AJK skreteriat menyampaikan Sumbangan mewakili YB...



satu program anjuran penduduk K,sepetang untuk Bantuan mangsa gempa SICHUAN di Cina telah diadakan malam tadi.

AJK Seketeriat Parlimen mewakili YB Roslan turut menyampaikan bantuan.
AJK skereteriat diberikan tepukan gemuruh oleh para hadiran majlis kerana kesudian wakil PAS menghadiri majlis itu.........

Kutipan dianggarkan sejumlah +-rm33 ribu kata ketua wakil kaum cina sdr AH SANG...


hadiran majlis sedang melihat cek yg disampaikan AJK PAS.

baspas:

Wednesday, June 11, 2008

Roslan Shaharum- Cinta Perpaduan

Bukit Gantang- Hj Roslan Shaharum berharap perpaduan rakyat semakin mantap.Beliau berharap cinta perpaduan,antara pelbagai bangsa dapat dicapai.

"Bapa saya Melayu dan emak saya orang Cina,melahirkan saya Roslan Shaharum" kata Roslan Shaharum.


Hj Roslan menyatakan setelah 50 tahun kita merdeka,perpaduan ala BN
tidak lagi sesuai.

Justeru beliau mengemukakan cadangan agar kerajaan melantik Penghulu atau ketua kampung dalam kalangan kaum Tionghua atau India.

"Mereka lebih memahami masalah dan keperluan sendiri" tegas Hj Roslan.

"Kami akan menunaikan janji manifesto,namun begitu tuan-puan diharap bersabar"ujar Hj Roslan Shaharum Ahli Parlimen Bukit Gantang.




abdulrahman. sgi

Gambar gambar aktivi Mingguan

KETUA KAMPUNG PENEMPATAN PENDUDUK CINA

Pokok Assam 11/06/08.jam10.30 pg

Satu Penyataan Akhbar telah dikeluarkan oleh YB Roslan Shaharum pagi tadi berkenaan perlunya Ketua Kampung dari kalangan org-org Tianguha untk kaw-kaw majoriti penduduk cina.

YB ROSLAN bersama2 pemberita akhbar.

Penyataan Penuh Beliau:

Saya Hj. Roslan b. Shaharum, Ahli Parlimen Bukit Gantang amat bersetuju dengan saranan daripada penduduk-penduduk Parlimen Bukit Gantang kaum Tioghua yang berhasrat untuk mendapatkan seorang Ketua Kampung daripada kaum Tionghua di petempatan penduduk Cina yang padat seperti Kuala Sapetang dan Kg. Telok Kertang. Saya berjanji akan memperjuangkan hasrat ini kerana pelantikan Ketua Kampung daripada kaum Tionghua yang mewakili masyarakat Tionghua kerana banyak memberi manfaat iaitu :
1. Membolehkan segala nikmat pembangunan dan kemajuan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Perak yang diterajui oleh Pakatan Rakyat dapat disalurkan kepada semua rakyat yang memerlukan tanpa mengira perbezaan kaum.
2. Memudahkan hubungan antara pihak pentadbiran kerajaan terutama kerajaan negeri dengan penduduk kaum Tionghua.
3. Sebagai ejen tempat masyarakat setempat menyampaikan aduan dan mendapatkan perkhidmatan.
4. Memudahkan komunikasi kerana selama ini banyak kekeliruan dan prasangka berlaku akibat daripada salah faham disebabkan masalah komunikasi.
5. Memenuhi janji Pakatan Rakyat yang akan memberi perkhidmatan terbaik kepada semua rakyat tanpa ada unsur diskriminasi disebabkan perbezaan kaum.

Saya juga berasa amat yakin dan percaya dengan corak pemerintahan yang ditunjukkan oleh YAB Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin akan merealisasikan hasrat ini kerana tidak ada sebarang kekurangan atau kerugian yang akan diperoleh dengan pelantikan Ketua Kampung Kaum Tionghua bagi mewakili kelompok kaum Tionghua. Perkara ini bukan suatu yang baru kerana Kerajaan Pimpinan YAB Tuan Guru Dato’Hj Nik Abul Aziz Nik Mat telah lama melaksanakan program ini.

Kuala sepetang mempunyai +-10,000ribu penduduk cina hampir 95% dari jumlah penduduk dan telok kertang +-4000 85% dari jumlah penduduk kata beliau respon pada soalan yg diajukan pemberita..

Kita turut cadangkan utk kaw2 yg majoriti penduduk india seperti diTrong dsb kata beliau bila ditanya bagaimana dgn kaw majoriti India..

YB bersama AJK skereteriat PAS dan DAP.

baspas:

Tuesday, June 10, 2008

GAMBAR -PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

Taiping 6 jun 08

Haji Roslan Shaharum menandatangani buku pelawat.


Tn Haji Zainudin Yusuf bersama Ketua Polis Daerah Taiping


Menteri Besar Perak mendapat penjelasan
Pegawai Daerah LMS



Pakatan Exco Kerajaan Perak ,turut hadir
melawat Pejabat Daerah LMS





abdulrahman

WARTAWAN -WAWANCARA TN HAJI ZAINUDIN MOHD YUSUF


HJ ZAINUDDIN YUSOF (EXCO KERAJAAN NEGERI PERAK)MENERANGKAN PERKEMBANGAN LAJNAH PERPADUAN NASIONAL

KELAB PEYOKONG PAS KINI BERKEMBANG DAN MEMBANTU KEMENANGAN PAS DI PERAK



Abdulrahman 7 jun 08

Monday, June 9, 2008

Sepetang bersama Penduduk kuala Sepetang

08/06/08/jam 4 ptg.
Kuala Sepetang.


Pejumpaan dgn penduduk majoritinya cina anjuran AJK Kuil HOCK CHUAN KONG .


YB ROSLAN SDG BERUCAP.

Kenaikan minyak adalah satu kezaliman,akan menyebakan semua brg keperluan turut dinaikkan oleh peniag2 kata beliau.

Beliau turut mengingatkan bahawa kita Pakatan Rakyat adalah pemerentah di Perak bukan lagi pembangkang, k`jaan negeri akan memperkenalkan program2 utk kelesesaan rakyat,baru2 ini ada bantuan utk rakyat miskin tegar dgn kos 1 juta.

Beliau turut berjanji akan cuba menyelesaikan masaalah2 asas yg dihadapi rakyat dgn bantuan ADUN YB Tai.


Penduduk berbaris mengadu masaalah kpd YB.

Beliau turut melahirkan kekesalan,selepas 51 tahun BN memerintah terlalu banyak masaalah yg ditinggalkan merujuk pada aduan penduduk2 ,berkenaan kebajikan dan keperluas asas yg dihadapi oleh mereka.

Masih ramai penduduk yg telah menduduki tanah lebih 50 tahun belum lagi menerima sebarang geran walau pun sebelum ini mereka telah diberi akur janji setiap kali PRU....

Dulu itu org BN manyak kali janji mau kasi itu gran tanah abis undi,kita somua sudah takda percaya itu org BN, sikalang ini Datok2 semua baru kita org harap dapat boleh tolong kita dapat itu gran.....rungutan salah seorang AJK Kuil bila diaju kenapa ramai yg tak bergeran..

baspas:

Sunday, June 8, 2008

Seminar Memperkasakan Kelab Penyokong PAS

07/06/08 Air Kuning.
Markaz PAS Negeri.


YB Mohd Zainuddin bersama YB DR Mujahid

Seminar memperkasakan kelab penyokong diadakan disini jam3 ptg.


YB Parit Buntar DR Mujahid dlm ucapan, beliau mencadangankan sudah sampainya ahli kelab diterima menjadi ahli PAS .

Ini akan memudahkan bukan muslim menyertai PAS.


Perkara tersebut telah pun dibincangkan dlm mensyuarat pimpinan PAS pusat dan syura,majoriti bersetuju dgn cadangan itu.

Seterusnya beliau turut cadangakan agar mereka2 yg berkelayakan diberi peluang utk menjadi calon PRU dan jawatan-jawatan yg sesuai dgn kelayakan mereka.

Turut hadir dlm majlis YB HJ Mohd Zainuddin merangkap Exco K`jaan Negeri Perak.



AJK Lujnah Perpaduan Nasional Pas Kaw-kaw

KEMESRAAN YB ROSLAN TURUT DICONTOHI PA BELIAU SDR FADIL

07/06/08.
KG KUBU BUKIT GANTANG.


SDR FADIL SENYUM MENYAPA KAMI AJK.....



SDR FADIL TURUT BERSAMA KAMI MENJAMU SELERA....

baspas:

Ceramah Mesra Rakyat Di Simpang

06/06/08 Taman Kota Jaya Simpang.


Pengerusi Ust Zul dlm ucapan alu-aluan,kelihatan YAB MB,YB Roslan dan YB Tai (adun k,sepetang).


K`jaan Pakatan Rakyat Neg Perak adalah k`jaan pilihan Rakyat
k`jaa yang diperkenankan oleh DYMM sultan Perak,tidak perlunya perasaan takut ,gusar,risau atau tidak perlu melayan sebarang tohmahan,ugutan pihak2 yg mempunyai agenda disebaliknya.Kami KERAJAAN RAKYAT memberi jaminan akan adil,telus,efisyen tanpa mengira kaum,bangsa,agama atau pun parti dan memberikan Hak kepada yg Berhak.....dlm ucaptama YAB Dato Seri ir HJ Nisar di ceramah mesra rakyat mlm tadi.

Hampir 3000 org menghadiri ceramah tersebut.
Sambutan meriah diberikan oleh penyokong2 pakatan rakyat,pukulan gendang ,taburan bunga dan alunan kompang memeriahkan lagi majlis ..

hadirin berbagai Ras dan Agama memenuhi padang

T/pengerusi Kelab memberi pengormataan pada MB.

baspas: