BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Friday, August 1, 2008

RINGKAS -BUKIT GANTANG


Ust Basiron Hj Lat

Kaunselor MPT
Ustaz Basiron Hj Lat Pesara Guru Cemerlang MRSM, berjanji akan menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Kaunselor Majlis Perbandaran Taiping dengan berkesan.
"Saya akan bekerja bersama-sama dan harap pihak Pas Kawasan akan membantu " ujar Ustaz Basiron Hj Lat,lulusan BA UKM Syariah,Ketua Urusan Ulamak Pas Kawasan Bukit Gantang sebaik ditemui selepas Majlis angkat sumpah Ahli Majlis.



Hj Ramli Tusin
60%
ADUN Gunung Semanggol,Ustaz Hj Ramli Tusin menyatakan masih terdapat pegawai kerajaan negeri tidak memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat. 60 % kakitangan kerajaan negeri seolah tidak mahu bekerjasama,malah sering melambatkan perkhidmatan untuk rakyat ,dakwa Ustaz Hj Ramli.

MUQABALAH
Majoriti ahli dan penyokong Pas Kawasan Bukit Gantang tidak bersetuju Pas menerima tawaran perbincangan."Kita tahu tipu muslihat UMNO" kata Pak Man .



sisibukit.


edit: baspas

Perak Buat Perubahan- Misbah

31/07/08 Mesjid Changkat Ibol,Bukit Gantang
Kerajaan Perak telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam tempoh 5 bulan pemerintahan negeri. "Dalam tempoh 50 tahun BN tak buat,kita buat" ujar: Misbahul Munir Setiausaha Politik Menteri Besar Perak.

Antara perubahan itu pemilihan Ketua Kampung,melalui pemilihan rakyat di kampung-kampung. Ketua-ketua kampung akan diberi taklimat dan kursus berkaitan dasar atau polisi kerajaan negeri. " 7 Ogos 2008 ini akan diadakan kursus sehari suntuk untuk ketua kampung"tegas Misbah.

Sementara itu bagi ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) satu pertiga daripada kalangan NGO dan profesional. "Dua pertiga sahaja dari kalangan parti Pakatan Rakyat" kata Misbah lagi.

Untuk meningkatkan hasil negeri ,tender terbuka untuk balak hutan simpan akan dibuat.Menurut Misbah untuk 7000 hakter satu tahun negeri hanya menerima hasil RM30 juta,jikalau tender terbuka mungkin boleh bertambah sehingga 300 juta ringgit.

Premis kerajaan boleh digunakan oleh semua pihak termasuk parti politik .Beliau menjelaskan
Pakatan Rakyat apabila mereka menggunakan Stadium Perak,berbayar bukannya percuma.

Bagi hak milik tanah, kerajaan memberi hak milik berdasarkan pajakan 30 tahun ,60 tahun,99 tahun dan pegangan bebas. " Bagi mereka yang mampu boleh meminta pajakan lebih lama,namun perlu bayar premium lebih tinggi" tegas Misbah.

Misbah menjelaskan lagi kampung tersusun akan bertambah sementara kampung baru tetap tidak berubah. Dahulu kita tidak mendapat hasil melalui cukai tanah ke atas kampung baru,tetapi dengan pemberian hak milik ,kerajaan negeri akan berjaya mendapat hasil.

Kerajaan Perak telah menyalurkan 1.3 juta ringgit kepada 10 buah sekolah agama rakyat. Untuk guru Kafa ,gaji mereka telah dinaikkan RM 75.00

Dalam pada itu beliau berharap agensi kerajaan dan swasta dapat memberi perkhimatan terbaik kepada rakyat tanpa perlu menerima tekanan wakil rakyat.Di samping, mengharapkan rakyat memahami tugas wakil rakyat sebagai pembuat dasar.

"Tidak ada perjanjian Pangkor 2,3,4 atau perjanjian Changkat Jering,itu semua tohmahan dan fitnah BN dan UMNO" jelas Ustaz Misbahul Munir dalam satu program Munajat Rakyat ,anjuran Pas Kawasan Bukit Gantang.



abdulrahman.a.k.

Wednesday, July 30, 2008

Upacara Mengangkat Sumpah Menerima Jawatan Sebagai Ahli Majlis MPT.

Seramai 23 orang dari Larut Matang Selama, Mengangkat sumpah menerima Jawatan sebagai Ahli Majlis MPT pagi tadi.
Majlis tersebut diadakan di Bangunan MPT tingkat 7 jam 9 pagi tadi.(30/07/08).



Barisan Ahli Majlis MPT bersama YB Pokok Assam dan Aulong ,selepas Upacara .


Ust Basiron,En Mustaffa bersama Tn Hj Yahya

Ust Basiron,En Mustaffa bersama En Muhammad Apardi sdg mengikrar sumpah.

Ustaz Basiron dan En Mustaffa masing2 mewakili Kawasan Pas Bkt Gantang manakala En Muhammad Apardi mewakili Kawasan Pas Taiping.
baspas:

Monday, July 28, 2008

SEMINAR PENERANGAN-JAIP-BKT GANTANG

28/07/08.
Seminar penerangan Enakmen Jenayah Syariah Perak dan Undang-undang Keluarga Islam Peringkat Mukim Bukit Gantang telah diadakan didewan Org Ramai Bukit Gantang jam 9 pagi tadi.
Seminar tersebut anjuran Pejabat Penghulu Mukim Bukit Gantang bersama JAIP bhg Penguatkuasan Undang-undang Syarie,YB Roslan Shaharum selaku Ahli Parlimen Bkt Gantang diberi pengormataan sebagai Perasmi Penutup Seminar tersebut.




Diantara ucapan YB Roslan:

  • Budayakan Solat dikalangan kaki tangan kerajaan.
  • Solat menyelesaikan banyak masaalah.
  • Ibu-bapa lebih professional dalam menghadapi kerenah anak-anak.

Beliau turut menyentuh ttg MB ,Yab MB akan memulakan setiap mesyuarat dengan surah Fatiha,selalu akan menyentuh ttg kewajipan,keperluan solat dikalangan kaki tangan kjaan Negeri dan juga rakyat.

baspas

sementara itu...mangsa-mangsa banjir tempoh hari yang terlibat dengan projek landasan berkembar,diberitakan menerima wang pampasan RM1000 + rm300 sebagai sewa bulan pertama t/hari tadi.
Bila pulak mereka nak pindah dari dewan org ramai......???wallahualam.





BICARA RINGAN- BUKIT GANTANG

BAH
Terdapat 4 keluarga yang masih menumpang di Dewan Orang Ramai Kg Air Kuning sejak 17 Julai 2008. Kita berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat mengambil berat ,jangan lepas tangan.

KONVENSYEN
Konvensyen Pas baru sahaja berlangsung pada 26 dan 27 Julai. Pimpinan Pas Kawasan sudah tentu mempunyai semangat baru untuk menggerakkan Pas Kawasan.Kita perlu sedar mengurus
kemenangan amat sulit ,justeru itu perwakilan PAS dapat menerangkan isu muzakarah kepada
ahli bawah .

DERMASISWA
Tahniah kepada mereka yang berjaya memasuki menara gading. Hadiah tidak seberapa Roslan Shaharum perlu digunakan, bukannya ambil hadiah, IPTA tak pergi. Pihak sekretariat tahu terdapat mereka mengambil kesempatan.

KETUA KAMPUNG
Ketua Kampung ahli Pas perlu diberi pendedahan ilmu pentadbiran dan pengurusan manusia.Tok Ketua berharap Pas Kawasan mengambil inisiatif mengadakan kursus.


abdulrahman