Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada muslimin dan muslimat . Kekangan masa menyebabkan terlalu lewat untuk menulis.
Namun begitu 1 Syawal berada di Masjid Pekan Bukit Gantang berkutbah dan beramah mesra bersama rakyat. Berhari raya bersama rakyat di Parlimen Bukit Gantang mengundang seribu makna . Masih terdapat rakyat yang miskin dan terpinggir,selama lima puluh tahun merdeka.
Bagi kami dapat bertemu rakyat setiap kali Jumaat,sudah membuat kami tersentuh . Pihak sektretariat Parlimen akan menyusun program untuk kami pergi ke setiap masjid sebanyak 28 buah .Dengan kehadiran Roslan Shaharum ,diharap dapat menyejukkan hati rakyat,jikalau boleh dapat memberi buah fikiran menyelesaikan masalah rakyat.
Kita perlu memecahkan minda orang Melayu,Pas juga boleh memerintah.Khurafat hanya UMNO sahaja boleh memerintah perlu dibuang jauh.
Kekuatan PAS bukan sekadar pada dasar perjuangannya yang jelas dan bertepatan dengan perjuangan sirah Nabawi,tetapi kekuatan PAS juga didokongi dengan kekuatan akar umbi yang
sekian lama tertanam dalam masyarakat.Kini kita semakin mendapat sokongan dan ini memperkukuhkan akar umbi yang insyaAllah akan menjadi akar yang lebih teras dan terus menunjangi tanahair kita.
Jadi disarankan Ketua Kampung menjadi agen pembaharuan masyarakat,ke arah pembentukan masyarakat yang amanah,adil dan berkebajikan. Kita bangunkan kembali jiwa merdeka.Maka tangan rakyatlah yang perlu kita gandingkan dengan tangan kita untuk menjunjung perjuangan Islam.
Saturday, October 11, 2008
Pada Hemat Hj Roslan Shaharum
Posted by
parlimen059
at
12:53 PM
0
comments
JAMUAN/RAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK
11/10/08.Jamuan Raya/Ramah mesra bersama penduduk Larut Tin anjuran Pas Cawangan dan Ketua Kampung dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Roslan .
sumbangan dihulur
Majlis bermula pukul 9 pagi,Yb Roslan turut menyampaikan tazkirah ringkas dikuti dengan sumbangan dan jamuan makan.
makan bersama rakyat
kanak-kanak turut diraikan
baspas:
Posted by
parlimen059
at
11:10 AM
0
comments
Labels: Jamuan, Selepas Raya
PROGRAM JUMAAT 10-08
AKTIVITI.YB ROSLAN SHAHARUM.Jumaat 10/10/08.
ceramah bersama Tn Hj Madu Sabu di Titiserong.
- 1.00 t/hari solat jumaat,khatib jumaat di msjid Taman Yayasan,kamunting.
- 4.00 Rawatan ssyifa` di Markas negeri Air Kuning.
- 9.00 malam berceramah di kg Dennistown Titi Serong.
- 12.30 melawat mangsa kebakaran di Kg Kurnia Kamunting.
abg Mad ....
melawat rumah terbakar di Kg Kurnia.
rumah seorang penduduk kgkurnia hangus dalam kebakaran sekitar jam 8 malam,tiada kemalangan jiwa,dipercayai akibat litar pintas,kata ketua kampung Yahya Sidik ,yang menghubungi kami sewaktu dalam perjalanan ke Titiserong.YB dan rombongan melawat mangsa selepas balik dari majlis ceramah,YB turut mengulurkan sedikit sumbangan.Mangsa yang masih bujang ditempatkan diBalai Islam berdekatan .Kita akan fikirkan cara dan bentuk sumbangan untuk disalurkan selepas penyiasatan pihak Berkuasa,tambah KK Yahya Sidik.
baspas:
Posted by
parlimen059
at
8:04 AM
0
comments
Labels: kebakaran
Tuesday, October 7, 2008
Jamuan Raya....Tiada Dendam Tiada Prasangka Buruk.
05/10/08.
Bergambar kenangan bersama YB Rosli
Posted by
parlimen059
at
12:10 PM
0
comments
Labels: Jamuan, Selepas Raya
Sunday, October 5, 2008
SELAMAT JALAN...MEMANDU DENGAN PENUH BERHEMAH
05/08/..AHAD.TOL CHANGKAT JERING.
Kakitangan Plus turut diraikan
Penguna-penguna lebuhraya yang balik kedestinasi masing-masing selepas seminggu dikampung menyambut Raya ,diraikan sekali lagi oleh Ahli Parlimen Yb Roslan Shaharum bersama Rombongan Pas Kawasan Bukit Gantang di Pondok Tol Changkat Jering.
Mereka dibekalkan dengan minuman dan risalah.. Memandu dibawah
Naungan Ilahi/Memandu secara Berhemah.
klik disini untuk baca risalah seterusnya
http://parlimen059.blogspot.com/2008/10/kempen-jalan-rayaahli-parlimen-bukit.html
sebanyak 600 bungkusan diagihkan
Yb sedang menyampaikan risalah.
gambar2 sila klik folder gambar
baspas:
Posted by
parlimen059
at
11:48 AM
0
comments
Labels: sekretariat, Selepas Raya