BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Tuesday, April 28, 2009

HJ NIZAR LAIN HAJI ROSLAN LAIN

Kini kami masih meneruskan usaha Sekretariat Parlimen Bukit Gantang.Satu tempat yang menarik perhatian ramai.Hampir dua puluh hari bersama Hj Nizar .Hj Nizar mempunyai kelainan dan perbezaan dengan Hj Roslan.Namun kedua-duanya meminta kita untuk membantu rakyat.,mendengar masalah rakyat dan cuba menyelesaikan masalah rakyat.
Bagi kami,selagi dipilih untuk bertugas bersama Sekrtetariat kami akan terus menyumbang tenaga,tetapi jika tidak terpilih ,kami boleh membantu parti melalui cawangan masing-masing.
Dengar cerita Pas Kawasan Bukit Gantang mempunyai pertandingan,pertandingan yang sihat untuk meneruskan usaha dakwah dan politik.Moto Kekalkan Kemenenangan Untuk Rakyat perlu direalisasikan melalui usaha mendekati masyarakat tanpa mengira waktu,tenaga dan wang ringgit.
Keikhlasan biarlah Allah s.w.t menentukan ,mereka yang berjuang mengharapkan habuan akan ditinggalkan ahli dan rakyat. Terbukti kini lambakan duit dan projek tidak dipedulikan pengundi.
Bila kita ada kuasa kerajaan negeri,ramai yang datang,kini yang sudah dapat serba sedikit kekayaan negeri senyap,derma untuk rakyat terus senyap ,apa lagi untuk parti."Tak cukup,cikgu" itu yang diberitahu si penerima projek.
Sampai kini masih terkenang Allahyarham Hj Roslan Shaharum. Banyak baiknya,banyak sabarnya,banyak lembutnya, banyak pemurah..Alfatihah.