BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, June 7, 2008

LAWATAN KERJA MB PERAK DI LMS

abdulrahman

6 Jun 08

Friday, June 6, 2008

PEGAWAI KERAJAAN PERLU PROFESIONAL

6 Jun 08 Taiping


MB sedang meyampaikan Amanat:


Pegawai Kerajaan diharap bersikap profesional,menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

"Kita mesti ada kebersamaan dalam melaksana tugas" tegas Y.A.B Dato'Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin,Menteri Besar Perak.

"Jikalau DYMM Paduka Seri Sultan dan Perdana Menteri memberi sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir Perak,kenapa Pegawai Kerajaan tidak mahu memberi kerjasama kepada kita" kata Menteri Besar Perak lagi.

"Masih terdapat mereka yang tidak mahu mempunyai kebersamaan dengan kerajaan
kita,kita tidak mengiktiraf mereka." tegas Menteri Besar Perak.

Beliau berharap pekerjaan yang melibatkan teknikal diurus di peringkat jabatan masing-masing.Masalah-masalah rakyat perlu segera ditangani,tanpa perlu merujuk
kepada Exco Kerajaan Negeri.

"Ketua-ketua jabatan perlu membuat keputusan di peringkat Jabatan" ujar Menteri Besar. "Saya perlu minta maaf dengan penduduk kerana masalah mereka belum diselesaikan"
kata Menteri Besar lagi.

Y.A.B berharap Ketua Jabatan melakukan kerja dengan penuh keadilan dan ketelusan. Di samping itu mengharapkan tidak ada lagi projek berdasarkan kroni atau
kepentingan individu serta pengaruh wakil rakyat. Yang penting untuk rakyat berdasarkan keadilan dan ketelusan.

Merujuk kepada pemilihan ketua kampung,Kerajaan Perak melalui Menteri Besar
tidak mengeluarkan arahan untuk mendaftar pemilih. Cukup mereka tinggal di kariah masing-masing dan buat pemilihan mengikut kesesuaian kampung.

Beliau mengharapkan daerah LMS menyelesaikan masalah ini dengan profesional.Kerajaan Pakatan Rakyat tetap mahu penduduk kampung memilih ketua kampung masing-masing.


Turut hadir YB Roslan Shaharum ....................

Dalam taklimat kepada Ketua-ketua Jabatan Kerajaan ,di Pejabat Daerah LMS.
Turut hadir Exco Kanan Dato' Ngeh Koo Ham dan Exco Kerajaan Tuan Haji Zainuddin Yusuf
serta Haji Roslan Shaharum,Ahli Parlimen Bukit Gantang. Menteri Besar Perak berharap
pegawai kerajaan memberi sokongan dan dokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan rakyat.

"Masa sekarang adakah kita fikir kita telah melaksanakan tugas kepada rakyat, 10 tahun, 20 tahun lalu atau tiga puluh lalu" tegas Menteri Besar lagi. "Jika tidak marilah kita meningkatkan kerja kita ,sebagai satu amal soleh " kata Menteri Besar Perak .


Pegawai Kanan Kerajaan mendengar Amanat MB



abdrahman:

Thursday, June 5, 2008

PROTES BERI 5 MINGGU K`JAAN TARIK BALIK HARGA MINYAK

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) memberi tempoh lima minggu kepada kerajaan untuk menarik balik kenaikan harga minyak serta bertindak positif terhadap permintaan rakyat sebelum gabungan tersebut mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 12 Julai 2008 ini.
Amaran tersebut dilontarkan Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli melalui persetujuan yang dicapai melalui mesyuarat sekretariat Protes bagi mengambil tindakan dan langkah seterusnya bagi menyedarkan dan meminta kerajaan untuk menurunkan semula harga minyak.
Mesyuarat tersebut dihadiri beberapa orang wakil NGO dan parti politik yang bertempat di Pejabat Agung PAS, pagi tadi.
Hatta dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut berkata, perhimpunan di KLCC pada jam 3 itu dijangka menghimpunkan lebih 100,000 rakyat.
"Kami juga mempunyai masa lima minggu untuk merancang menggerakkan rakyat sepertimana menggerakkan himpunan Bersih tahun lepas. Tindakan kami tidak jauh beza sewaktu kenaikan harga minyak 30 sen yang lalu. Walaupun kami ditekan dengan pelbagai insiden termasuk 'Bloody Sunday' dalam siri-siri bantahan kami, namun ia akan tetap diteruskan.
"Ada yang mengatakan apa ada pada demonstrasi kerana menyusahkan rakyat, sehingga ada yang terpaksa menutup kedai mereka kerana tidak dapat berniaga pada hari tersebut. Tetapi kesannya ialah keputusan pilihan raya ke-12 lalu. Rakyat sudah faham akan isu ini dan mengambil tindakan pada pilihan raya," katanya.
Katanya, sebagai gerakan pertama bantahan Protes, satu perhimpunan akan diadakan di Seremban pada 14 Jun ini (Sabtu) diikuti 'road show' ke setiap negeri berdasarkan tarikh yang akan ditetapkan nanti.
Tambahnya pada setiap siri bantahan tersebut, Protes akan mengedarkan risalah yang mengandungi hujah-hujah bagi menangkis kenyataan kerajaan berkenaan kenaikan harga bahan api itu.
Dalam pada itu katanya orang ramai juga boleh melayari blog Protes,
' );
//-->\n
hargaminyak@blogspot.com
' );
//-->

Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
' );
//-->

yang akan mengemas kini tindakan yang diambil oleh Protes dari semasa ke semasa.
Selain itu katanya, Protes juga akan meminta Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mendapatkan sokongan daripada parti Pakatan Rakyat bagi mengadakan aktiviti bantahan kenaikan harga minyak ini di tempat masing-masing.
Jelasnya Protes juga akan menghubungi negeri-negeri yang dinaungi Pakatan Rakyat bagi tindakan bersama. Beliau percaya kelima-lima negeri tersebut mempunyai kuasa untuk mempengaruhi rakyat dan boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat kerajaan pusat.
Sementara itu katanya, Protes juga menggalakkan sebarang organisasi bagi melaksanakan bantahan kerana isu ini bukan hanya melibatkan golongan tertentu tetapi melibatkan semua golongan masyarakat.
Selain itu katanya Protes juga mengalukan mana-mana pihak untuk mengadakan bantahan setiap minggu seperti selepas solat Jumaat di kawasan masing-masing.
"Kemarahan ini menyeluruh dan bukan tindakan politik semata-mata. Kesannya dirasai oleh semua, hinggakan kita dapat melihat bagaimana keadaan kelam kabut apabila rakyat agak terdesak dengan mengisi minyak sebelum tengah malam tadi.
"Jika kerajaan memikirkan masa depan politiknya, seharus kerajaan mengambil tindakan di atas bantahan rakyat ini. Jika kerajaan tidak prihatin juga dengan segala bantahan kita melalui siri ceramah dan demonstrasi, kami akan meneruskan tindakan selanjutnya selepas perhimpunan 12 Julai nanti," katanya.
Sehubungan itu katanya, jika kerajaan mengambil tindakan menolak segala hasrat rakyat, Protes akan akan mengorak langkah lagi bagi menganjurkan beberapa tindakan massa yang boleh memberi petunjuk kepada kerajaan.
Beliau menaruh keyakinan dengan kenaikan mendadak tersebut usaha yang dilakukan Protes itu akan memberi impak kepada kerajaan.
Kenaikan tersebut katanya sewaktu kerajan tidak bersedia melaksanakan polisi-polisi yang membantu rakyat terlebih dahulu untuk menyediakan mereka yang berdepan dengan suasana tidak mempunyai subsidi.
"Kerajaan tidak meluluskan tuntutan gaji minima yang dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) dan Pakatan Rakyat dengan memberikan pelbagai alasan. Kerajaan tidak menyediakan tahap gaji yang sama seperti negara maju yang lain. Contohnya Singapura sebelum berhujah bahawa harga minyak Malaysia lebih rendah daripada Singapura.
"Gaji kakitangan awam tidak setimpal dan kesan kenaikan bahan api yang tinggi ini tentu tidak akan dapat 'offset' dengan gaji yang sedia ada termasuk kenaikan harga barang sebelum ini yang menyusahkan rakyat. Tabung Pemberhentian Kerja yang dicadangkan MTUC juga ditolak, sedangkan ini merupakan salah satu cara membantu rakyat yang kehilangan kerja," katanya.
Jelasnya tindakan kerajaan menolak tuntutan rakyat ini, tidak memberi keadaan adil kepada rakyat apabila berlaku kenaikan harga minyak dan barang.
Sementara itu mengulas mengenai rebet yang disediakan oleh kerajaan, beliau berkata ia umpama 'umpan' pilihan raya untuk menakluk hati rakyat. "Setiap kali pilihan raya ada 'umpan' seperti ini untuk memujuk rakyat. Dengan RM50 mereka mengundi BN dan mereka menderita lima tahun hanya kerana 'umpan' RM50 itu. RM625 untuk menyelamatkan 800 liter minyak, dalam masa sebulan atau dua akan habis.
"Janganlah rebet ini digunakan untuk 'menggula-gulakan' seolah-olah kerajaan bersimpati dengan rakyat. Kami menganggap ini merupakan salah satu cara untuk memujuk rakyat supaya menerima 'malapetaka' yang lebih besar," katanya yang mengharapkan rakyat tidak terpukau dan tertipu dengan pemberian rebet tersebut. -
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=014994&Itemid=85

baspas:

DARI SISI BUKIT-BILAKAH PAKATAN PERINTAH MALAYSIA

Meneliti kembali manifesto Pakatan rakyat dalam PRU -12 ,hati semakin sejuk.Antara lain menawarkan beberapa perkara ke arah negara berkebajikan.

Intipati manifesto: turunkan harga minyak
-khidmat kesihatan percuma
-hapuskan tol
-pendidikan percuma sehingga ijazah pertama
-biasiswa untuk rakyat
-mansuhkan pinjaman PTPTN


Namun apabila melihat muka PM, Pak Lah, hati semakin meluat. Gelaran Pak Lah ,sudah tidak sesuai .Pak sepatutnya menjaga kebajikan anak ,tetapi sebaliknya.

Kini banyak yang tertanya-tanya bilakah pakatan rakyat hendak mentadbir Malaysia.Bulan September 2008 terasa lewat.

Ahli Parlimen BN yang prihatin, perlu bersikap terbuka,inilah masa terbaik membuat perubahan. Lupakan dunia mimpi masa lalu.Realitikan kehidupan,untuk masa depan agama,negara dan rakyat.

" Bolehkan kami naikkan harga durian apabila tiba musimnya." tanya Pemangku Ketua
Kampung Larut Ulu. Kami hanya diam membisu, rakyat semakin resah.

"Bilakah Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia, PRU -13 ,jauhnya?"

SOALAN PARLIMEN JAWAB LISAN.(BHG 2 )

4. Tuan Haji Roslan bin Shaharum (Bukit Gantang) minta Perdana Menteri menjelaskan mengenai pelaburan Tabung Haji di dalam syarikat Silver Bird (pengeluar roti High 5) yang meningkat dari 23% ke 29% (anggaran RM300 juta) sedangkan syarikat ini gagal mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP).

5. Tuan Haji Roslan bin Shaharum (Bukit Gantang) bertanya Menteri Pengangkutan:
a) Adakah kajian telah dibuat tentang bilangan pengguna keretapi akan meningkat apabila siapnya landasan berkembar.

b) Berapakah kos membeli gerabak dan lokomotif keretapi yang bakal digunakan oleh KTM Berhad.

bersamabung............

baspas:

Wednesday, June 4, 2008

HARGA MINYAK NAIK - 78 SEN DIESEL RM1

Perdana Menteri mengumumkan harga minyak,petrol dari RM 1.92 kepada RM 2.70.Sementara itu harga disel meningkat kepada RM 2.58 ,berbanding harga lalu RM 1.58 seliter.

Peratus kenaikan sebanyak 41 peratus bagi bahan api petrol dan 63.3 peratus bagi bahan api diesel berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Kerajaan persekutuan dijangka ke arah memansuhkan terus pemberian subsidi pada masa depan.

Bagi sekretariat wakil rakyat Parlimen Bukit Gantang kenaikan ini telah dijangkakan.Ini telah diterangkan kepada pengundi pada kempen PRU 12.

Walaupun rebet diberikan kepada mereka yang layak ,tetapi kesan kepada keseluruhan masyarakat amat besar.

Harapan kini kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia,agar janji untuk menurunkan harga minyak dapat dibuat.


abdulrahman. 7.15 ptg.

SOALAN PARLIMEN JAWAB LISAN.(BHG 1 )

SOALAN-SOALAN UTK PENGGAL KEDUA

1. Tuan Haji Roslan bin Shaharum (Bukit Gantang) meminta Menteri Kewangan menyatakan :-
Bilakah KWSP akan melaksanakan perancangan untuk memindahkan tabungan pencarum-pencarum yang beragama Islam ke dalam pelaburan yang berasaskan Syariah supaya dividen yang akan diperolehi oleh pencarum-pencarum adalah halal dan bersih ?

2. Tuan Haji Roslan bin Shaharum (Bukit Gantang) memohon Menteri Penerangan
menjelaskan:-
Sejauh mana kertas garis panduan hiburan dalam Islam yang dikeluarkan JAKIM dipatuhi oleh stesen-stesen penyiaran? Kenapa masih wujud persembahan-persembahan liar seperti oleh Faizal Tahir?

3. Tuan Haji Roslan bin Shaharum (Bukit Gantang) minta Menteri Luar Negeri jelaskan apakah langkah-langkah proaktif yang kerajaan sedang dan akan ambil bagi memastikan bahawa kedaulatan wilayah Malaysia tidak terjejas atau terancam sebagaimana yang berlaku ke atas Pulau Batu Putih.

>>>>>> bersambung...................

baspas:04.06

MINGGU BERSAMA HJ ROSLAN SHAHARUM

TAIPING-4 JUN. "Dalam negara demokrasi,wujudnya banyak parti perlu diterima."kata Roslan Shaharum. "Banyak parti,setiap parti berlumba-lumba melakukan kebajikan "ujar Hj Roslan.

"Akhirnya rakyat menerima perkhidmatan terbaik" hujah Roslan lagi.Ucapan beliau sewaktu berucap sempena 30 tahun sebuah persatuan Tionghua di KualaSapetang,pada 1 Jun .

Beliau menyarankan agar kita tingkatkan perpaduan,supaya semua masyarakat dapat menikmati pembangunan ,khususnya di Kawasan Parlimen Bukit Gantang."Tuan-tuan dan puan-puan,boleh meminta pertolongan dengan semua wakil rakyat,termasuklah YB Tan Lian Hoe,Timbalan Menteri Penerangan"tambah Hj Roslan lagi.

Sementara itu sewaktu berucap di Stadium Mini Guar Chempedak,Gurun
Kedah,Hj Roslan Shaharum menerangkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak,tetap kukuh.
"Perak,mempunyai keistimewaan tersendiri,semua wakil rakyat Pakatan Rakyat ,sebanyak 31
ADUN memberi surat akuan kepada DYMM Sultan Perak ,untuk menyokong IR Muhammad
Nizar menjadi Menteri Besar,tidak seperti negeri lain"hujah beliau.

Ketika mengikut Haji Roslan ke majlis perkahwinan,beliau bertemu dengan para tetamu untuk
bertanya khabar.Di samping itu terdapat masyarakat meminta Hj Roslan untuk berubat.
Bagi Hj Roslan itu merupakan tugas sebagai pemimpin masyarakat.

"Bagi kami Hj Roslan tetap mesra rakyat" kata Fadhil Idris.

Tuesday, June 3, 2008

Ceramah Perdana D Mini Stadium Guar Cempedak

2/06/08.jam9.30 mlm.
Ceramah Perdana Anjuran skreteriat Parlimen Jerai telah dihadiri oleh YB Roslan(Bkt Gantang) YB Firdaus (jerai) bersama 3 Lagi YB dari Parlimen dan Dun Kedah.
YB Roslan sdg berucap

Bersalaman dgn Ajk Kelab Penyokong Jerai

Bersalaman dgn para tetamu..

>>>>> soalan-soalan YB Roslan Ke Parlimen >>>>>akan disiarkan secepat mungkin (in`allah).

baspas:

Monday, June 2, 2008

Jamuan bersama Penduduk CINA K Sepetang

01/06/08 Kuala sepetang....majlis turut dihadiri YB Tai dan Timbalan Menteri Penerangan Datuk Tan Lian Hoe.


YB Roslan sedang mencatat kedatangan


Rombong YB turut bersama


tetamu menikmati jamuan, kelihatan Rombongan YB


YB Roslan bersama Timbalan Menteri Penerangan
Datuk Tan Lian Hoe (bekas Ahli Parlimen Bkt Gantang)


Bersama penduduk dalam majlis Kenduri di Kaw Bkt Gantang

1/06/08 Kenduri Perkahwinan sekitar bkt gantang .

YB di Rmh Mat Yusop



Bersama tetamu


YB bersama rombongan Di rumah US Harun
turut kelihatan TYDP Ust Zul



Malunya ahli-ahli nisa`
masih lagi tinggal 5 kenduri yg tak dapat dihadiri kerana jam3 ptg hujan lebat.YB mohon maaf pada tuan rmh-tuan rmh yg tak sempat beliau hadiri..............
bersambung 8 malam>>>>>>>>>>
baspas: