Taiping- Selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172),Laporan RKK Kawasan Warisan Bandar Taiping 200 dipamerkan kepada orang awam untuk diperiksa dan mendapat pandangan serta maklumbalas bermula 12 September 2008 hingga 31 Oktober 2008 .
Masyarakat Taiping dan Kuala Sapetang boleh menyemak dan memberi maklumbalas dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang pada hari bekerja di Dewan Perbandaran ,Majlis Perbandaran Taiping.
Orang awam juga boleh melayari laman web berikut www.townplan.gov.my atau www mptaiping.gov.my untuk mengemukan pandangan ,bantahan atau cadangan.
Menurut Hj Roslan Shaharum Rancangan Kawasan Khas Taiping dan Matang merupakan pendekatan terbaru perancangan.Satu rancangan yang lebih terperinci diharap tidak merugikan rakyat dan tidak meminggirkan warisan sejarah serta alam semulajadi.
Hj Roslan berharap sekretariat Parlimen Bukit Gantang menyertai proses RKK . Hj Roslan
meminta kerajaan persekutuan dapat memberi kerjasama dan peruntukan kepada Majlis Perbandaran Taiping dalam menjayakan Rancangan Kawasan Khas ,kawasan warisan bandar
Taiping dan Kuala Sapetang.
Saturday, September 13, 2008
RANCANGAN KAWASAN KHAS -TAIPING-KUALA SAPETANG
Posted by
parlimen059
at
11:22 AM
0
comments
Thursday, September 11, 2008
MB Perak Umum Bonus
Pembayaran bonus tersebut akan diterima penuh sebelum hariraya ini. Pengumuman ini membuktikan kepekaan kerajaan PR kepada rakyatnya terhadap kesan kos hidup yang semakin tinggi.
Posted by
parlimen059
at
3:37 PM
0
comments
Labels: kaw bkt gantang, perak
Wednesday, September 10, 2008
AKHIRNYA SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)TERBELA.
Posted by
parlimen059
at
4:24 PM
0
comments
Labels: kaw bkt gantang
RAINGKAS BUKIT GANTANG
Trong-Berbuka bersama MB di Masjid Nurul Hidayah ,Sg Bemban pada 17 September. Dermawan dialu-alukan untuk menderma. Menderma di bulan Ramadhan Al mubarak,gandaan pahala.
Simpang- Pada 17 September (18 RAMADHAN) tazkirah MB di Masjid Ikhwaniah,Simpang.
Air Kuning Taiping- Ketua-ketua Kampung yang menjadi ahli Pas ,kursus atau bengkel anjuran Pas Kawasan Bukit Gantang pada 20 September 08, 9 pagi di Markaz Negeri. Penceramah Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas Pusat,Ustaz Idris Ahmad dan Hj Roslan Shaharum. Ketua Kampung yang berminat hubungi Pas Kawasan Bukit Gantang
05-8552249. Tingkatkan ilmu dan kualiti Ketua Kampung Pakatan Rakyat.
sisibukit.4.10pm
Posted by
parlimen059
at
4:00 PM
0
comments
Labels: kaw bkt gantang
Monday, September 8, 2008
Pada Hemat Hj Roslan Shaharum- Moga-moga kita bertakwa
Moga-moga di bulan Ramadhan ini kita menjadi orang yang bertakwa.Seterusnya kita bertakwa di bulan-bulan lain.
Hendaklah kita berpuasa bukan sebagai individu sahaja tetapi dalam bentuk organisasi. Setiap kita mempunyai tugas sebagai orang yang dituntut berpuasa semoga mudah-mudahan menjadi
organisasi yang bertakwa.
Yang berhormat ,Ketua Jabatan,Ketua Kampung atau pegawai kerajaan ,ibubapa,suami ,isteri berperanan untuk memperoleh ketakwaan. Kita hendaklah membentuk masyarakat di bawah pimpinan kita untuk menjadi rakyat yang baik dan taat kepada pemerintah.
Kita mesti bersikap memimpin,bukan kerana jawatan tetapi atas sikap bertanggungjawab. Jikalau tersilap kita boleh diseret ke neraka dan ditanya peranan kita nanti di akhirat.Jawatan bukan untuk mengejar dunia tetapi untuk mendapat keredhoan Allah s.w.t.
Dari sudut fekah ,setiap ahli masyarakat berbeza pendekatan politik. Contohnya Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Dato' Nik Aziz bangun malam untuk beribadah menjadi wajib bagi mereka,walaupun bagi kita itu sunat.Bagi Yang Berhormat menziarahi orang sakit menjadi wajib
dalam konteks politik.Begitulah sebaliknya bagi kita yang mempunyai jawatan.Namun bagi orang awam sekadar sunat atau harus.
Dalam konteks negeri Perak,kita hendaklah memberi sokongan kepada Menteri Besar Perak.Setiap program yang dilaksanakan perlu disokong. Contohnya Bulan Sembahyang yang dilancar pada bulan Rejab 1429 lalu,adalah untuk meminta masyararakat tidak meninggalkan solat.Tanggungjawab MB untuk menjaga rakyatnya.
51 tahun BN memerintah Perak,sedangkan kita baru 5 bulan mengurus negeri,jadi bantulah Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjaga kebajikan rakyat. Tunjukkan jalan yang lurus kepada pimpinan ,bukan hanya mempercayai akhbar atau media,lantas menghukum Menteri Besar.Sepanjang BN /umno memerintah apa yang mereka buat dengan sekolah agama rakyat dan sekolah pondok. Bukankah pendidikan untuk semua.
Marilah kita menjadi orang yang bertakwa. Jadi bulan Ramadhan Al mubarak sebagai permulaan untuk kita berjihad pada sisi Allah s.w.t.
Posted by
parlimen059
at
2:11 PM
0
comments
Labels: kaw bkt gantang