BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, September 6, 2008

Menteri Besar Berbuka Puasa di Bukit Gantang

Bukit Gantang-YAB Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Bin Jamaluddin akan datang ke Parlimen Bukit Gantang pada 17 September 2008,hari Rabu.

YAB Dato'Seri Menteri Besar akan berbuka puasa bersama Ketua -ketua Jabatan Kerajaan ,Penghulu,Ketua -ketua Kampung dan rakyat sekitar parlimen Bukit Gantang,Taiping dan Beruas. Majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar akan berlangsung di Masjid Nurul Hidayah Sg Bemban,Kuala Trong.

Menurut Setiausaha Sekretariat Parlimen Bukit Gantang ,Shaharudin Ahmad Sani ,acara akan bermula pada pukul 6 petang. "Majlis berbuka puasa ini merupakan satu peristiwa bersejarah
untuk penduduk Parlimen Bukit Gantang" tegas Shaharudin.Beliau berharap penduduk tempatan akan hadir beramai-ramai ke majlis berbuka puasa dan solat tarawikh.

"Bagi yang berminat untuk bersama-sama menderma dan menjayakan program berbuka puasa
bolehlah menyalurkan sumbangan melalui akaun PAS Kawasan Bukit Gantang BIMB 0840010013314 "kata Shaharudin lagi.

Sebarang maklumat boleh didapati melalui Pejabat Khidmat Masyarakat ,05-8552249 atau telefon beliau 012-5238483.Pihak sekretariat mengalu-alukan sebarang sumbangan dan derma.Di samping kita boleh mengambil kesempatan di bulan Ramadhan Almubarak untuk melakukan kebajikan.

YAB Menteri Besar pula pada sebelah malamnya akan bersolat isyak dan bersolat tarawikh
di Masjid Ikhwaniah,Simpang untukbertemu rakyat di DUN Kuala Sapetang dan Changkat Jering. "YAB,Menteri Besar dijangka akan menyampaikan tazkirah " ujar Shaharudin lagi.


abdulrahman 6 ramadhan 11am

Thursday, September 4, 2008

DOKTOR PUSRAWI MUNCUL KEMBALI,AKUI AKUAN SUMPAH.

baspas:

Tuesday, September 2, 2008

Malaysia Baru - Janji Anwar 16 September ini.jadi tak??


PERMATANG PAUH, 2 Sept (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya akan menurunkan harga petrolium serta membebaskan kesemua mereka yang merengkok dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sekiranya kepimpinan kerajaan bertukar tangan pada 16 September ini.
Menurutnya, tarikh keramat itu diambil sempena kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Pakatan rakyat memerlukan 30 ahli parlimen berhijrah daripada Barisan Nasional (BN) ke gagasan baru untuk membentuk 'Malaysia Baru' yang lebih bergaya.
"16 September akan tercipta satu lagi lingkaran sejarah negara apabila Malaysia baru dibentuk dengan kemasukan Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
"Matlamat itu penting demi maruah negara yang telah berkecai ekoran tangan kotor kepimpinan negara yang berkuasa, " jelasnya lantang dalam majlis makan malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man dan ramai lagi kepimpinan parti peringkat negeri.
Beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta beliau tidak merampas proses demokrasi bagi penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Kata Anwar, bagi Abdullah, demokrasi yang ada sudah cukup menyelamatkan negara daripada dijajah kembali.
"Sekarang kita bercakap soal demokrasi yang tempang bukan dijajah. Demokrasi yang ada kini bukan membela rakyat pertengahan dan bawahan tapi saudagar atau kroni terdekat lagipun jika benar demokrasi menjadi teras negara kenapa ramai lagi di bawah ISA, " terang beliau.
Di mana letaknya demokrasi yang dimaksudkan, suara rakyat di sekat, kebebasan akhbar dan kepada individu yang rajin membatu Pakatan Rakyat ditakut-takutkan.
Bagaimana pun bagi rakyat Permatang Pauh segala dakwaan atau fitnah tidak langsung memberi kesan sebaliknya mereka menghadiahkan keputusan yang mengejutkan.
"Umno memang terkejut bilamana mendapati keputusan sebaliknya berlaku. Saya terhutang budi pada pengundi di Permatang Pauh kerana mereka sanggup memberi ruang kepada saya untuk mengubah langskap politik Malaysia," ujarnya.

sumber :harakahdaily
baspas