BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Friday, May 22, 2009

Teruskan Kehidupan Seperti Biasa

Masyarakat Bukit Gantang diharap bertenang.Teruskan aktiviti dakwah dan penerangan.Program mendekati rakyat perlu diteruskan tanpa bermusim.Pusat Khidmat DUN dan Lajnah Kebajikan perlu digerakkan semaksima mungkin.Program mendekati pengundi Islam dan Bukan Islam perlu diharmonikan.

BUBAR DUN HARAPAN RAKYAT

Kini rakyat berharap MB Zamri memohon perkenan DYMM Tuanku Sultan Perak untuk membubarkan DUN.Bagi kita keputusan mahkamah sebentar tadi terdapat hikmah sebaliknya.Jentera kita perlu bergerak untuk menentukan suara rakyat .Ayuh kita terus bekerja untuk kesejahteraan rakyat dan Selamatkan Perak.

ALFATEHAH- ADUN MANEK URAI HJ ISMAIL YAACOB KEMBALI KE RAHMATULLAH

Pas Cawangan Air Kuning dan Unit Peti Undi Air Kuning merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Hj Ismail Yaacob ,Adun Manek Urai dan Pas Kawasan Kuala Krai.Allahyarham telah kembali ke rahmatulllah pada pukul 5.55 pagi tadi di Hospital Raja Perempuian Zainab 2
Walaupun Allahyarham tidak dapat bertugas di UPU Air Kuning,Dun Changkat Jering,namun dengan berkat doa beliau jua PAS menang di parlimen Bukit Gantang.
Untuk makluman Pas Kuala Krai membantu UPU Air Kuning dalam PRK 059.

Thursday, May 21, 2009

ALLAH S.W.T JUA YANG MAHA MENGETAHUI

Esok ,22 Mei keputusan bicara Hj Nizar lawan Zamri akan diketahui.Selepas solat jumaat dan rakyat solat hajat minta yang terbaik buat mereka.
Bagi kita sesiapa sahaja yang menang ,pilihanraya negeri Perak perlu.Kes Perak satu kes akademik ,satu kes yang akan dikaji dalam abad 21.Zaman penjajahan Inggeris 1850 an ,kita ada dua Sultan dan dua MB. Kini 2009 kita ada 2 MB 2 Speaker 2 Kumpulan Exco dan dua kumpulan UBN dan PR.
Rakyat kita matang dan terbuka,52 tahun kita boleh menerima kerajaan dan perubahan kerajaan,mengapa kita tidak boleh menunggu pilihanraya negeri.Kita berharap agensi kerajaan tidak berpolitik ,jagalah kepentingan rakyat dan awam.
Esok kita menunggu penuh sabar untuk keputusan yang tepat .Keputusan memberi kuasa kepada rakyat untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil. Kita merupakan rakyat.Rakyat Perak yang sememangnya mencipta sejarah.

11.10 am-21 Mei Belum Ada Keputusan

11.10 am- 21 Mei 2009

SMS dari Pegawai Khas MB Sdr Amran Harun memaklumkan bahawa mahkamah sedang bersidang.
SMS dari Hj Amin teman Hj Nizar memaklumkan sedang berhujah

Wednesday, May 20, 2009

Esok 21 Mei-Hari Penting Untuk Rakyat Perak

Esok 21 Mei ,MB Hj Nizar dan rakyat Perak mendapat keputusan.Keputusan biarlah berpihak kepada rakyat.Bagi kita harapan "Raja Berperlembagaan " perlu dilaksana.DYMM Sultan Perak,raja untuk semua,bukan raja untuk orang Melayu sahaja.Justeru itu harapan kita,keputusan Mahkamah Rayuan 21 Mei 2009 akan membolehkan suara rakyat didengar.Kembalikan kuasa rakyat untuk memilih wakil rakyat,lantas Pembentukan Kerajaan Rakyat dapat dibuat.
Pas Kawasan Bukit Gantang ,memohon rakyat terus solat hajat dan baca surah yasin untuk kesejahteraan rakyat dan "SELAMATKAN PERAK".
Kita sama-sama tunggu keputusan esok,esok akan memberi sinar kepada Perak.Perak Darul Ridzuan negeri mengajar sejarah kepada Malaysia dan dunia negara Komanwel.

JENTERA PILIHANRAYA PAS BUKIT GANTANG SIAP SEDIA PILIHANRAYA NEGERI

BN telah mula mengatur kerja di Perak untuk menghadapi pilihanraya negeri Perak.Justeru itu Penanti tidak perlu dinantikan.Penantian suatu penyiksaan di Penanti. Penanti bukan boleh menggugat kerajaan Pulau Pinang.Perak merupakan tempat yang menentukan jatuh bangun nyaUMNO. Jatuhnya UMNO di Perak,PRU 13 memberi harapan baru kepada Pakatan Rakyat.
Bukit Gantang perlu menjadi contoh gerakerja pilihanraya negeri Perak.Pengalaman yang ada perlu dikongsi bersama jentera pilihanraya di tempat lain.Pas kawasan perlu memikirkan strategik yang lebih ampuh untuk menghadapi UBN di Dun Trong.
Kaedah yang lebih harmoni dan tidak keras perlu dilaksanakan untuk mendekati pengundi dan masyarakat. Program syoksendiri tidak perlu di uar-uarkan.Kata-kata tutup bilik gerakan tidak perlu dituturkan.Pimpinan kawasan perlu diraikan.Calon mesra pengundi perlu dikemukakan.
Menurut teman bukan Melayu. Calon mesti seperti YB Tuan Sivakumar dan Utayakumar ,menurut kata teman India. Bagi teman Cina mereka mesti seperti Nijar(MB HJ NIZAR) baru kita boleh menandingi Cikgu Rosli Husein di DUN Trong.
Menurut rakan SB , UMNO di Dun Trong bukannya kuat,tetapi kerana YB mesra pengundi,rakyat sukakan mereka. Menurut jentera parti dari luar semasa PRK 059.Pas perlu kuasai masjid dan surau .Disamping membuat satu program lekat dihati untuk pengundi muda.
PRK 059 memberi banyak pengalaman dan erti perjuangan.PRK 059 mengajar erti persahabatan. PRK 059 membuat Bukit Gantang terkenal sekali lagi dalam sejarah pada abad 21. Jumpa lagi di PRN Perak 2009.InsyaAllah...

Tuesday, May 19, 2009

PIMPINAN BARU PAS KAWASAN BUKIT GANTANG 2009/2011

Alfadhil Ustaz Mohd Nordin mempertahankan jawatan untuk penggal ketiga menewaskan Ustaz Mustafa Wahab,bekas Timbalan Ketua Pemuda Negeri Perak.Ustaz Mohd Nordin mendapat 178 undi ,Ustaz Mustafa 25 undi dan 16 undi rosak

Yang Dipertua : Ustaz Mohammmad Nordin Bin Jaafar
Timbalan Yang Dipertua : Ustaz Abdullah Husein
Naib Yang Dipertua: : Haji Abdul Samat Abdul Ghani
Ahli jawatankuasa 1 : Rahim Ismail
2 :Mohamad Fadhil Idris
3 :Dr Jamnul Azhar Mulkan
4 :Hj Hasan Salleh
5 :Khairul Anwar Ismail
6 :Ahmad Nizam Abdullah
7 : Shaharudin Ahmad Sani
8 :Zainuddin Hamzah
9 : Mohd Lotfi Halim
10 : Mohd Idris Zakaria
11 : Hj Abd Rahman Adam
12 : Cik Norsimah Megat Kassim
13 : Hj Abdullah Sani
14 :Ustaz Zulkifli Ahmad
15 : Roslan Talib
16 : Khairul Said

Sunday, May 17, 2009

USTAZ NORDIN JAAFAR YDP BUKIT GANTANG

YB Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa merasmikan Mesyuarat Agung Kawasan Bukit Gantang kali ke 42
Ustaz Ghazali Abdullah perwakilan Sg Petas Atas sedang membahaskan laporan tahunan.Bendahari "Haji Abdul Rahim Ismail" Bendahari Kawasan membentangkan Laporan Kewangan

Pas Kawasan Bukit Gantang yang mengadakan mesyuarat agung kali 42 kelmarin (16 Mei).Mesyuarat dirasmikan Timbalan Presiden Pas Malaysia,Ustaz Nasharudin Mat Isa.YDP kawasan terus dipegang AlFadil Ustaz Nordin untuk penggal ketiga.16 Mei hari bertuah banyak AJK yang terpilih merupakan guru.Sementara itu Timbalan disandang oleh Ustaz Abdullah Husin merupakan bekas Ketua Pemuda Bukit Gantang.

Friday, May 15, 2009

JADUAL MB -HJ NIZAR HARI INI 15 MEI 2009

InsyaAllah Hj Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang akan memenuhi Program Aktiviti Bertemu Rakyat di Parlimen Bukit Gantang bersama isteri.

Aktiviti DS bermula dengan program berikut:
15 Mei 2009
12.00 Tgh -Tazkirah Jumaat dan Solat Jumaat di Masjid Kg Cheh,Bukit Gantang
2.30 Petang -Jamuan kesyukuran UPU Kg Changkat Ibol.
3.00 Petang -Program Ziarah Datin Seri Di Dun Trong
5.00 Petang -Bertemu dengan Petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen
7.30 Mlm -Kuliah Maghrib Di Surau Kg Kurnia Jaya
9.00 Mlm -Ceramah Isu Semasa DUN PERAK/2 MB

16 Mei 2009

6.00 pagi - Kuliah Subuh di Masjid Pengkalan Aor,Tmn Kaya
8.30 pagi - Ke Perasmian Mesyuarat Agung Kawasan Kali 42 di Markaz Negeri Air Kuning

Thursday, May 14, 2009

PILIHANRAYA NEGERI PERAK MUNGKIN AWAL JUN

Changkat Jering.14 Mei 2009

Kemungkinan Pilihanraya Negeri Perak tidak dapat dielakkan.Jikalau kita membaca kenyataan PM Dato Najib.Pilihanraya negeri Perak satu option,ini menunjukkan suara rakyat akhirnya didengar. Kita berharap DYMM Sultan Perak akan memperkenankan pembubaran DUN.
Sehubungan itu Pas Kawasan Bukit Gantang berharap jentera parti semua peringkat akan mula bekerja setelah berehat selama sebulan .Unit Peti Undi dan Majlis Tindakan Dun perlu bersedia.Gunakan pengalaman yang ada untuk bekerja dan mendekati pengundi serta masyarakat.
Mood rakyat perlu segar dan digerakkan

PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN

No 3,Tingkat 1,Lorong Damai 1,Taman Damai 2,34700 Simpang,Perak Darul Ridzuan.
Tel/Fax:05-8483950.

Pusat Khidmat ini Sekretariat Parlimen telah mula menyewa mulai 1 Februari 2009.Pusat ini asalnya untuk kegunaan Allahyarham Hj Roslan Shaharum sebagai Pusat Khidmat.Namun Allah s.w.t lebih menyayangi Allahyarham Hj Roslan Shaharum,dengan menjemputnya pada 9 Februari 2009(Isnin).PrK p059,dijadikan Bilik Gerakan Majlis Tindakan Dun Changkat Jering.
Alfatihah untuk Allahyarham Hj Roslan Shaharum