BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Friday, November 14, 2008

BAJET 2009 PERAK BAJET KEBAJIKAN


IPOH : Bajet 2009 negeri Perak yang dibentangkan oleh YAB MB Perak dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pagi ini telah mengotai segala janji-janji manifesto pilihanraya. Bajet yang dibentang dengan tema Bajet Kebajikan Untuk Rakyat telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang mementingkan hal ehwal kebajikan rakyat.

Ia memaparkan kesungguhan dan komitmen kerajaan Negeri dalam hasrat membawa negeri Perak dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan sosioekonomi dan pembanguna insan yang seimbang. Dalam merangka dan melaksanakan Bajet 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadikan adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan sebagai asas dan prinsip utamanya.
YAB MB Perak telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen.Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009Apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini ?


1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM 10.00 sebulan.


2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.


3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.


4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.


5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.


6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan


7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.


8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.


9. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.


10. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.


11. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.


12. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.


13. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.


baspas:

Ceramah ......Mahfuz d dataran c,jering


yb Roslan sedang berucap

13/11/08......jam 9.30 mlm ,Yb roslan sebagai penceramah pertama....rahmat melimpah sejak pemerentahan PR yang diterajui oleh DS ir Nizar(Pas)....
hasil balak sebelum ini utk setahun RM32juta
Pemerentahan PR,bermula mac hingga okt ..Rm42 juta.

Ibu tunggal akan diberi bantuan Modal perniagaan tanpa riba semaksima hingga rm5 ribu bermula tahun2009.

Peningkatan Royaliti/zakat LAP kepada k`jaan negeri..

dan banyak lagi rahmat sejak pemerentahan diambilalih oleh PR,kita akan terus dengan konsep Berkebajikan,,limpahan rahmat Allah swt akan kita agihkan kepada yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik dan kaum.
YB Mahfuz bersama su kawasan
Yb mahfuz selaku ketua Penerangan Pas Pusat menyarankan ,kita seharusnya berfikir masa hadapan,masa hadapan anak cucu kita ,apa akan jadi dengan kedudukan mereka.
51 tahun pemerentahan Bn/umno....301,000 isi rumah melayu berpendapatan dibawah rm1ribu,pendatang lebih maju dari kaum melayu....umno merupakan punca utama.
Pemimpin pinggirkan kepentingan rakyaat khasnya kaum melayu hanya pentingkan kaum kerabat mereka.
Satu-satunya senjata yang mereka ada ..perkauman...mereka tiupkan sentiman perkauman..untuk tutup kelemahan/kerosakkan yang telah mereka lakukan selama ini..
Jangan terpengaruh dengan dakyah mereka...kita seharusnya mengekalkan keharmonian semua kaum.
Kaum-kaum lain juga tidak boleh sama sekali pinggirkan kepentingan-kepentingan kaum Melayu.
Umno juga selalu jadikan isu-isu remeh untuk meniup sentimen perkauman seperti bahasa sedangkan yang hapuskan bahasa melayu adalah mereka,contohnya siapa yang hapuskan bahasa Melayu dalam pelajaran matematik dan sains,umno yang jadi punca.
Politik umno tidak sama sekali membantu mana-mana kaum untuk menaikkan taraf hidup mereka,kecuali untuk kepentingkan mereka dan kaum kerabat mereka saja.
Masalah dalaman umno bagaikan penyakit cancer dalam stage4,tiada lagi ubat tiada lagi penawar kecuali kuburkan umno.
PR bertanggung jawab untuk menaikkan taraf hidup,membaik pulih kerosakkan-kerosakkan yang telah dilakukan umno,seharusnya tiada lagi pengundi-pengundi yang memilih BN/umno dalam PRU-PRU akan datang,andai ada perasaan kasih , sayang,prihatian pada generasi akan datang....jangan korbankan anak cucu kita dalam permainan politik yang berkepentingan pihak BN/Umno...
ceramah berakhir+- jam 11.40mlm.....
baspas:

Thursday, November 13, 2008

HARI ANUGERAH CEMERLANG PASTI ALBADAR AIR KUNING TAIPING KALI KE 9 MERIAH


Pelajar Pasti Air Kuning Taiping bergambar
kenangan bersama Shaharudin dan En Syukur
setiausaha PASTI

Ketua Kg Larut Tengah,Ustaz Badarudin Ali
sedang menyampaikan hadiah.

Ketua Kg Larut Ulu ,En Tajei Husein sedang
menyampaikan cenderamata

TAIPING- Pasti Al Badar,Air Kuning ,dalam kawasan Bukit Gantang telah mengadakan hari anugerah yang ke 9.Pengurus Unit Pasti, Shaharudin Ahmad Sani dalam ucapannya,menyatakan Pas menyediakan pendidikan prasekolah alternatif untuk dipilih oleh masyarakat. Pasti AlBadar Air Kuning ,yang menggunakan premis Markaz Negeri merakamkan jutaan terima kasih kepada Pas Perak yang membenarkan kelas berlangsung di Markaz Negeri Air Kuning.
'Selama ini kita banyak menggunakan dana Pasti untuk menguruskan pengendalian Pusat Tarbiyyah itu.' kata Shaharudin ,sewaktu ditemui. ' Terdapat individu yang menderma untuk membayar bil air ,kerana PASTI' tambah Shaharudin lagi.

Lawatan Ke parlimen.....

13/11/2008.Pegawai seketariat ,ketua Kampung bersama ahli-ahli Pas Kawasan Bkt Gantang telah mengadakan lawatan ke Parlimen pada hari rabu12/11/08.

Rombongan kami dijemput oleh YB Roslan Shaharum, ucapan-aluan didewan disampaikan oleh DatoKamaruddin Jaafar.....fuhhhhhh megah habis seluruh rombongan,khasnya uncle..aiiii nasib -nasib dah umur dekat 60tahun baru first time dapat masuk Parlimen.




bersama YB Salehudin,yb Khalid Samad

YB melayan kami makan dikantin Parlimen

kenangan diparlimen
yb sedang sign kad replika
Satu Majlis Memorandum Penyerahan Poskad Bantahan turut diadakan di ruang legar Parlimen.
Memorandum itu turut ditandatangani oleh YB Roslan. Sebanyak 50,000 kad yang telah ditandatangani oleh orang ramai akan diserahkan pada PM.(Mansuhkan ISA).
baspas:

Monday, November 10, 2008

HJ ROSLAN DENGAR RINTIHAN RAKYAT

Hj Roslan mendengar aduan penduduk.

HJ Roslan melihat surat perjanjian pembelian rumah murah
bernilai RM35,000

Taiping- HJ Roslan Shaharum telah melawat ke tapak perumahan Taman Kamunting Bakti,dalam DUN Kuala Sapetang.
Seramai 12 keluarga telah menduduki rumah dibawah Syarikat Pemaju PKNP,yang masih tidak mendapat surat kelayakan (CF).Projek yang sepatutnya telah siap ,tergendala sehingga kini. Rumah yang dibeli oleh seramai lebih kurang 235 orang tidak siap mengikut syarat perjanjian.
Menurut Rosli Bin Man ,perjanjian telah ditandatangani pada tahun 2000,sehingga kini masih belum mendapat CF. "Kami tidak mampu menyewa lagi" kata Rosli.
Para penduduk berharap mereka dibenarkan mendiami rumah yang dibeli." Kami mahu YB membantu kami ,memohon jasa baik PKNP meminta MPT memberi sijil kelayakan sementara" kata Rosli Man lagi.
Sementara itu para penghuni berharap LAP dan TNB membenarkan mereka menggunakan kemudahan air dan elektrik buat sementara waktu.
Haji Roslan yang ditemui berjanji akan cuba menyelesaikan masalah mereka.
sgi







Aktiviti Ahad YB Roslan.

09/11/2008.
9.00pagi .....hadiri majlis gotong royong penduduk Kuala Sepetang.
Majlis turut dihadiri oleh YB Tai adun Kuala sepetang.
bersama penduduk dan pasukan Bomba
11.00pagi...........merasmikan ihtifal pasti di Pasti Batu 8..


bantuan kepada yang memerlukan
12t/hari.........jamuan deepavali anjuran DUN Trong,jamuan turut dihadiri oleh Ust Norazlimusa dan En Nadarajah pembantu khas MB Perak (kaum India)


ust norazli sedang menyampaikan bantuan
K`jaa Negeri melalui Penyelia Dun telah menyediakan 50 bungkusan barang dapur sebagai bantuan kepada kaum india sempena Deepavali..yang lepas..


En Nadarajah mewakili MB Perak.
En Nadarajah turut melahirkan harapan agar dapat ahli kelab meningkatkan gerak kerja supaya dapat menambahkan sokong dikalangan kaum india dan menyebarkan maklumat-maklumat kepada penduduk setempat,dimana kita K`jaa PR di perak dinafikan sebaran maklumat oleh media-media tempatan,kita disekat....
sebagai contohnya K`jaan Negeri telah pun meluluskan hampir rm100 ribu kepada persatuan-persatuan kaum India untuk kemajuan dan sebagainya dalam masa pemerentahan PR hanya 6bulan.
Saya dan rombongan telah pun mengadakan lawatan ke Kubur (india) dijalan Kuala Trong,dan dalam masa terdekat kita mengharapkan kelulusan sejumlah wang dari K`jaan Negeri untuk menaiktarafkan kubur itu tambah beliau.
Saya percaya dan yakin K`jaan PR menjaga kepentingan semua kaum,bukan seperti yang dicanangkan oleh pembangkang,jangan percaya kepada tohmahan-tohmahan khasnya dari MIC dan sekutu seperti UMNO dll..
Marilah kita Kaum India bersama-sama bangkit mempertahankan K`jaan PR yang sedia ada dan bekerjalah lebih kuat agar dapat Dun Trong dan seluruh Parlimen Bukit Gantang khasnya jatuh ketangan PR dalam PRU yang 13 akan datang,tambah beliau.
baspas:

Tiada bekalan Air...



07/11/08,,dalam satu kampung satu kawasan masih ada lagi 6 buah rumah tiada bekalan Air bersih ,walau pun Paip Utama telah dipasang sebelum PRU yang lepas.


rumah berusia 15 tahun tiada bekalan Air.


Kg hadapan Sek Rendah Cina Sg Rotan,hanya Rumah-rumah bertentangan dengan sekolah dibekalkan dengan Bekalan Air bersih tetapi yang dibelakang dinafikan.
Ketua Kampung yang ditemui En ramli b Mat,mengatakan bahawa penduduk bertentang dengan sekolah adalah kaum puak bekas Ketua Kampung lama dan juga Orang Kuat Umno,mungkin beliau gunakan pengaruh beliau untuk mendapatkan bekalan Air,tetapi penduduk yang lain dinafikan.
Kami JKKK telah mengambil maklumat dan menghantar ke pejabat Penghulu Mukim Sg Tinggi untuk tindakan selanjutnyadan juga berharap dapat pihak Seketariat turut membantu untuk menyelasaikan masaalah ini tambah beliau.
baspas:

DOR Sg Rotan


YB sedang berucap

7/11/08 ..........Penduduk2 Kampung Sg Rotan telah mengadakan satu pertemuan/Dialog bersama YB dan Pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah bagi mencari jalan penyelesaian dalam urusan tanah-tanah yang telah mereka usahakan lebih dari 15 tahun,tetapi hak milik diberikan kepada orang-orang tertentu di masa kerajaan Bn sebelum PRU yang lepas.


penduduk dalam majlis

En Dhanodaran,En Kuppusamy,En Leong Woh Yong dan En Wai Toke Choe dengan sebulat suara dilantik sebagai wakil Jawatankuasa bertindak bagi mewakili penduduk untuk menguruskan urusan tanah tersebut.

Majlis dialog turut dihadiri oleh En Zainal Badri ,Pegawai Kanan urusan tanah PDT LMS.

ada yang telah usahakan tanah disini lebih dari 25 tahun,tapi malang nya hak milik dikeluarkan kepada individu-individu tertentu dimasa kawasan Sgrotan dalam jajahan Kuala Kangsar(thn2000),dan kami yakin ini adalah angkara Orang Kuat BN Kuala Kangsar kata En Dhanodaran.

Ramai Pemilik geran masih tidak mengetahui kedudukan tanah-tanah mereka,maklumlah Geran "Terkejut",kami peneroka asal dinafikan hak dan dijadikan mangsa permainan politik BN,tambah beliau.

Dalam ucapan YB Roslan ,kita akan adakan pertemuan dengan PDT dan Wakil penduduk untuk mencari jalan penyelesaian agar dapat masaalah penduduk diselesaikan secepat mungkin.

baspas:

Sunday, November 9, 2008

Perlantikan Jawatankuasa Kariah Masjid-Exco Agama Kita Sabar














Tuan Haji Zainudin Mohd Yus0f sedang menyampaikan
hadiah kepada adik Abdul Rahman Shaharudin

Taiping- Proses perlantikan Jawatankuasa Kariah Masjid dalam proses.Exco Agama ,Pendidikan Islam ,Wanita dan Kebajikan Hj Mohd Zainudin Mohd Yusof meminta kita bersabar. Kelewatan urusan perlantikan Jawatankuasa Kariah ,memerlukan beberapa prosedur yang perlu diikuti.
Tuan Haji Zainudin ditemui semasa ihtifal Pasti Al Hikmah dan Jamuan Hari Raya Pas Cawangan Ks Boyan.
"Hanya lima buah masjid yang belum selesai lagi',kata Haji Zainudin."Hanya satu daerah ,itu pun tertindih nama ataupun telah meninggal dunia.