BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Friday, May 22, 2009

Teruskan Kehidupan Seperti Biasa

Masyarakat Bukit Gantang diharap bertenang.Teruskan aktiviti dakwah dan penerangan.Program mendekati rakyat perlu diteruskan tanpa bermusim.Pusat Khidmat DUN dan Lajnah Kebajikan perlu digerakkan semaksima mungkin.Program mendekati pengundi Islam dan Bukan Islam perlu diharmonikan.

BUBAR DUN HARAPAN RAKYAT

Kini rakyat berharap MB Zamri memohon perkenan DYMM Tuanku Sultan Perak untuk membubarkan DUN.Bagi kita keputusan mahkamah sebentar tadi terdapat hikmah sebaliknya.Jentera kita perlu bergerak untuk menentukan suara rakyat .Ayuh kita terus bekerja untuk kesejahteraan rakyat dan Selamatkan Perak.

ALFATEHAH- ADUN MANEK URAI HJ ISMAIL YAACOB KEMBALI KE RAHMATULLAH

Pas Cawangan Air Kuning dan Unit Peti Undi Air Kuning merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Hj Ismail Yaacob ,Adun Manek Urai dan Pas Kawasan Kuala Krai.Allahyarham telah kembali ke rahmatulllah pada pukul 5.55 pagi tadi di Hospital Raja Perempuian Zainab 2
Walaupun Allahyarham tidak dapat bertugas di UPU Air Kuning,Dun Changkat Jering,namun dengan berkat doa beliau jua PAS menang di parlimen Bukit Gantang.
Untuk makluman Pas Kuala Krai membantu UPU Air Kuning dalam PRK 059.

Thursday, May 21, 2009

ALLAH S.W.T JUA YANG MAHA MENGETAHUI

Esok ,22 Mei keputusan bicara Hj Nizar lawan Zamri akan diketahui.Selepas solat jumaat dan rakyat solat hajat minta yang terbaik buat mereka.
Bagi kita sesiapa sahaja yang menang ,pilihanraya negeri Perak perlu.Kes Perak satu kes akademik ,satu kes yang akan dikaji dalam abad 21.Zaman penjajahan Inggeris 1850 an ,kita ada dua Sultan dan dua MB. Kini 2009 kita ada 2 MB 2 Speaker 2 Kumpulan Exco dan dua kumpulan UBN dan PR.
Rakyat kita matang dan terbuka,52 tahun kita boleh menerima kerajaan dan perubahan kerajaan,mengapa kita tidak boleh menunggu pilihanraya negeri.Kita berharap agensi kerajaan tidak berpolitik ,jagalah kepentingan rakyat dan awam.
Esok kita menunggu penuh sabar untuk keputusan yang tepat .Keputusan memberi kuasa kepada rakyat untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil. Kita merupakan rakyat.Rakyat Perak yang sememangnya mencipta sejarah.

11.10 am-21 Mei Belum Ada Keputusan

11.10 am- 21 Mei 2009

SMS dari Pegawai Khas MB Sdr Amran Harun memaklumkan bahawa mahkamah sedang bersidang.
SMS dari Hj Amin teman Hj Nizar memaklumkan sedang berhujah

Wednesday, May 20, 2009

Esok 21 Mei-Hari Penting Untuk Rakyat Perak

Esok 21 Mei ,MB Hj Nizar dan rakyat Perak mendapat keputusan.Keputusan biarlah berpihak kepada rakyat.Bagi kita harapan "Raja Berperlembagaan " perlu dilaksana.DYMM Sultan Perak,raja untuk semua,bukan raja untuk orang Melayu sahaja.Justeru itu harapan kita,keputusan Mahkamah Rayuan 21 Mei 2009 akan membolehkan suara rakyat didengar.Kembalikan kuasa rakyat untuk memilih wakil rakyat,lantas Pembentukan Kerajaan Rakyat dapat dibuat.
Pas Kawasan Bukit Gantang ,memohon rakyat terus solat hajat dan baca surah yasin untuk kesejahteraan rakyat dan "SELAMATKAN PERAK".
Kita sama-sama tunggu keputusan esok,esok akan memberi sinar kepada Perak.Perak Darul Ridzuan negeri mengajar sejarah kepada Malaysia dan dunia negara Komanwel.

JENTERA PILIHANRAYA PAS BUKIT GANTANG SIAP SEDIA PILIHANRAYA NEGERI

BN telah mula mengatur kerja di Perak untuk menghadapi pilihanraya negeri Perak.Justeru itu Penanti tidak perlu dinantikan.Penantian suatu penyiksaan di Penanti. Penanti bukan boleh menggugat kerajaan Pulau Pinang.Perak merupakan tempat yang menentukan jatuh bangun nyaUMNO. Jatuhnya UMNO di Perak,PRU 13 memberi harapan baru kepada Pakatan Rakyat.
Bukit Gantang perlu menjadi contoh gerakerja pilihanraya negeri Perak.Pengalaman yang ada perlu dikongsi bersama jentera pilihanraya di tempat lain.Pas kawasan perlu memikirkan strategik yang lebih ampuh untuk menghadapi UBN di Dun Trong.
Kaedah yang lebih harmoni dan tidak keras perlu dilaksanakan untuk mendekati pengundi dan masyarakat. Program syoksendiri tidak perlu di uar-uarkan.Kata-kata tutup bilik gerakan tidak perlu dituturkan.Pimpinan kawasan perlu diraikan.Calon mesra pengundi perlu dikemukakan.
Menurut teman bukan Melayu. Calon mesti seperti YB Tuan Sivakumar dan Utayakumar ,menurut kata teman India. Bagi teman Cina mereka mesti seperti Nijar(MB HJ NIZAR) baru kita boleh menandingi Cikgu Rosli Husein di DUN Trong.
Menurut rakan SB , UMNO di Dun Trong bukannya kuat,tetapi kerana YB mesra pengundi,rakyat sukakan mereka. Menurut jentera parti dari luar semasa PRK 059.Pas perlu kuasai masjid dan surau .Disamping membuat satu program lekat dihati untuk pengundi muda.
PRK 059 memberi banyak pengalaman dan erti perjuangan.PRK 059 mengajar erti persahabatan. PRK 059 membuat Bukit Gantang terkenal sekali lagi dalam sejarah pada abad 21. Jumpa lagi di PRN Perak 2009.InsyaAllah...

Tuesday, May 19, 2009

PIMPINAN BARU PAS KAWASAN BUKIT GANTANG 2009/2011

Alfadhil Ustaz Mohd Nordin mempertahankan jawatan untuk penggal ketiga menewaskan Ustaz Mustafa Wahab,bekas Timbalan Ketua Pemuda Negeri Perak.Ustaz Mohd Nordin mendapat 178 undi ,Ustaz Mustafa 25 undi dan 16 undi rosak

Yang Dipertua : Ustaz Mohammmad Nordin Bin Jaafar
Timbalan Yang Dipertua : Ustaz Abdullah Husein
Naib Yang Dipertua: : Haji Abdul Samat Abdul Ghani
Ahli jawatankuasa 1 : Rahim Ismail
2 :Mohamad Fadhil Idris
3 :Dr Jamnul Azhar Mulkan
4 :Hj Hasan Salleh
5 :Khairul Anwar Ismail
6 :Ahmad Nizam Abdullah
7 : Shaharudin Ahmad Sani
8 :Zainuddin Hamzah
9 : Mohd Lotfi Halim
10 : Mohd Idris Zakaria
11 : Hj Abd Rahman Adam
12 : Cik Norsimah Megat Kassim
13 : Hj Abdullah Sani
14 :Ustaz Zulkifli Ahmad
15 : Roslan Talib
16 : Khairul Said

Sunday, May 17, 2009

USTAZ NORDIN JAAFAR YDP BUKIT GANTANG

YB Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa merasmikan Mesyuarat Agung Kawasan Bukit Gantang kali ke 42
Ustaz Ghazali Abdullah perwakilan Sg Petas Atas sedang membahaskan laporan tahunan.Bendahari "Haji Abdul Rahim Ismail" Bendahari Kawasan membentangkan Laporan Kewangan

Pas Kawasan Bukit Gantang yang mengadakan mesyuarat agung kali 42 kelmarin (16 Mei).Mesyuarat dirasmikan Timbalan Presiden Pas Malaysia,Ustaz Nasharudin Mat Isa.YDP kawasan terus dipegang AlFadil Ustaz Nordin untuk penggal ketiga.16 Mei hari bertuah banyak AJK yang terpilih merupakan guru.Sementara itu Timbalan disandang oleh Ustaz Abdullah Husin merupakan bekas Ketua Pemuda Bukit Gantang.

Friday, May 15, 2009

JADUAL MB -HJ NIZAR HARI INI 15 MEI 2009

InsyaAllah Hj Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang akan memenuhi Program Aktiviti Bertemu Rakyat di Parlimen Bukit Gantang bersama isteri.

Aktiviti DS bermula dengan program berikut:
15 Mei 2009
12.00 Tgh -Tazkirah Jumaat dan Solat Jumaat di Masjid Kg Cheh,Bukit Gantang
2.30 Petang -Jamuan kesyukuran UPU Kg Changkat Ibol.
3.00 Petang -Program Ziarah Datin Seri Di Dun Trong
5.00 Petang -Bertemu dengan Petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen
7.30 Mlm -Kuliah Maghrib Di Surau Kg Kurnia Jaya
9.00 Mlm -Ceramah Isu Semasa DUN PERAK/2 MB

16 Mei 2009

6.00 pagi - Kuliah Subuh di Masjid Pengkalan Aor,Tmn Kaya
8.30 pagi - Ke Perasmian Mesyuarat Agung Kawasan Kali 42 di Markaz Negeri Air Kuning

Thursday, May 14, 2009

PILIHANRAYA NEGERI PERAK MUNGKIN AWAL JUN

Changkat Jering.14 Mei 2009

Kemungkinan Pilihanraya Negeri Perak tidak dapat dielakkan.Jikalau kita membaca kenyataan PM Dato Najib.Pilihanraya negeri Perak satu option,ini menunjukkan suara rakyat akhirnya didengar. Kita berharap DYMM Sultan Perak akan memperkenankan pembubaran DUN.
Sehubungan itu Pas Kawasan Bukit Gantang berharap jentera parti semua peringkat akan mula bekerja setelah berehat selama sebulan .Unit Peti Undi dan Majlis Tindakan Dun perlu bersedia.Gunakan pengalaman yang ada untuk bekerja dan mendekati pengundi serta masyarakat.
Mood rakyat perlu segar dan digerakkan

PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN

No 3,Tingkat 1,Lorong Damai 1,Taman Damai 2,34700 Simpang,Perak Darul Ridzuan.
Tel/Fax:05-8483950.

Pusat Khidmat ini Sekretariat Parlimen telah mula menyewa mulai 1 Februari 2009.Pusat ini asalnya untuk kegunaan Allahyarham Hj Roslan Shaharum sebagai Pusat Khidmat.Namun Allah s.w.t lebih menyayangi Allahyarham Hj Roslan Shaharum,dengan menjemputnya pada 9 Februari 2009(Isnin).PrK p059,dijadikan Bilik Gerakan Majlis Tindakan Dun Changkat Jering.
Alfatihah untuk Allahyarham Hj Roslan Shaharum

TIGA SAHABAT -ORANG KUAT HJ NIZAR

Tiga sahabat mewakili PAS Kawasan Bukit Gantang,mereka menjadi nadi sewaktu PRK P059.
Dari kiri Hj Hasan Saleh sebagai penyokong, Sdr Mohamad Fadhil Ejen Pilihanraya dan Sdr Rahim Ismail sebagai pencadang. Gambar kenangan pada 29 Mac 2009

PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN

KENANGAN BERSEJARAH DUA PIMPINAN SOLAT HAJAT DI MARKAZ NEGERI AIR KUNING,TAIPING SEMPENA PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG PADA 29 MAC 2009. Semoga mereka yang mewakafkan wang,tenaga dan benda untuk membangunkan Markaz Tarbiyyah Air Kuning mendapat ganjaran disisi Allah s.w.t.

Wednesday, May 13, 2009

SUJUD SEORANG TOK GURU

Sujud Tok Guru Haji Hadi,mengharapkan kemenangan Hj Nizar pada 29 Mac 2009.Hari Penamaan CalonPrK Bukit Gantang.Sebelah kanan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa.

6 JAM TAHAN KERUSI RAKYAT

Inilah YB Tuan Sivakumar yang mempertahankan hak rakyat.Sanggup duduk 6 jam di kerusi Speaker.Turut kelihatan YDP Kawasan Bukit Gantang,Ustaz Mohd Nordin Jaafar.
Selepas mesyuarat Exco Kerajaan Pakatan Rakyat,di Rumah MB,Kg Sg Rokam.Banyak keputusan dibuat,antaranya kekalkan Ketua Kampung dan JKKK.

Monday, May 11, 2009

SYUKUR -Penduduk Bukit Gantang

Changkat Jering- Pas Kawasan Bukit Gantang berrharap rakyat Perak bertenang dan menerima keputusan mahkamah yang memihak kepada MB Nizar dengan penuh rasa syukur kehadrat Allah s.w.t.
Menurut YDP Kawasan,Ustaz Nordin Jaafar,kita hendaklah terus bermunajat kehadrat Allah s.w.t."'Ahli Pas digalakkan puasa sunat dan sujud syukur" .
Ustaz Nordin menyarankan kita terus bekerja dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan PRN.

Saturday, May 9, 2009

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA DI U.K.



Fadhil Idris sedang mengemaskini fail-fail dalam komputer sumbangan rakyat Malaysia dari U.K

Terima kasih atas sumbangan sahabat kita dari United Kingdom.Dua Komputer ,Satu Laptop dan Satu Printer Pelbagai Guna telah disumbangkan oleh Rakyat Malaysia.
Terima kasih juga kepada Ku Is yang membantu Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang. Terima kasih daun keladi,jika ada tolong lagi.
Pihak Sekretariat Parlimen mengalu-alukan sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu Pusat Khidmat.

Wednesday, May 6, 2009

Selamatkan Perak

Changkat Jering-

Pas Bukit Gantang akan mengadakan satu Majlis Munajat Rakyat pada 6 Mei 2009.Program bermula dengan Solat Maghrib Berjamaah,Solat Hajat,Bacaan Yasin,Zikir dan Solat Isyak.
.YDP Kawasan Ustaz Nordin Jaafar berharap semua penduduk Bukit Gantang dapat hadir ke Markaz Negeri ,Air Kuning untuk Program Selamatkan Perak.

Tuesday, May 5, 2009

JOM PI SOLAT HAJAT

MUNAJAT RAKYAT

Hari: Selasa dan Rabu
Tarikh: 5 MEI dan 6 MEI
Tempat: Markaz Pas Negeri,Air Kuning Taiping
Masa: Solat Isyak Berjamaah(8.30 pm)
Anjuran: Pengurusan Markaz Negeri/Pas Bukit Gantang
Objektif: SELAMATKAN PERAK

Monday, May 4, 2009

Dari Sisi Bukit- Fikir-fikirkan

Catatan 1.
Menurut pandangan Ustaz Ahmad Awang- Mengikut Usul Fiqh,setiap perkara yang ditelingkahkan kembali kepada asal.Justeru itu MB Haji Nizar tetap MB yang sah.

Catatan 2.
YB Salehuddin Ayob menyatakan dalam PAS ada tiga kumpulan, kumpulan Ulamak,Profesional dan Aktivis. Beliau mengharapkan kumpulan aktivis yang ikhlas tidak dipinggirkan,mereka berjuang tanpa mengharapkan balasan.

Catatatan 3.
Perlukah Hj Nizar bertanding jawatan tertinggi parti.Pandangan saya biarlah difikir masak-masak.,minta pandangan sahabat.Bagi saya jikalau ditakdirkan Allah s.w.t untuk menjadi pemimpin,kita akan diberi ruang secukupnya oleh ahli PAS.

Catatan 4.
Pemilihan PAS Kawasan Bukit Gantang masih dingin.Pencalonan untuk Pimpinan Kawasaan masih tidak sampai kepada Jawatankuasa Pemilihan (Pas Taiping).Cawangan perlu menghantar pencalonan sebelum 10 Mei 2009

Tuesday, April 28, 2009

HJ NIZAR LAIN HAJI ROSLAN LAIN

Kini kami masih meneruskan usaha Sekretariat Parlimen Bukit Gantang.Satu tempat yang menarik perhatian ramai.Hampir dua puluh hari bersama Hj Nizar .Hj Nizar mempunyai kelainan dan perbezaan dengan Hj Roslan.Namun kedua-duanya meminta kita untuk membantu rakyat.,mendengar masalah rakyat dan cuba menyelesaikan masalah rakyat.
Bagi kami,selagi dipilih untuk bertugas bersama Sekrtetariat kami akan terus menyumbang tenaga,tetapi jika tidak terpilih ,kami boleh membantu parti melalui cawangan masing-masing.
Dengar cerita Pas Kawasan Bukit Gantang mempunyai pertandingan,pertandingan yang sihat untuk meneruskan usaha dakwah dan politik.Moto Kekalkan Kemenenangan Untuk Rakyat perlu direalisasikan melalui usaha mendekati masyarakat tanpa mengira waktu,tenaga dan wang ringgit.
Keikhlasan biarlah Allah s.w.t menentukan ,mereka yang berjuang mengharapkan habuan akan ditinggalkan ahli dan rakyat. Terbukti kini lambakan duit dan projek tidak dipedulikan pengundi.
Bila kita ada kuasa kerajaan negeri,ramai yang datang,kini yang sudah dapat serba sedikit kekayaan negeri senyap,derma untuk rakyat terus senyap ,apa lagi untuk parti."Tak cukup,cikgu" itu yang diberitahu si penerima projek.
Sampai kini masih terkenang Allahyarham Hj Roslan Shaharum. Banyak baiknya,banyak sabarnya,banyak lembutnya, banyak pemurah..Alfatihah.

Tuesday, April 21, 2009

TERIMA KASIH BUAT SEMUA

Pas Kawasan Bukit Gantang mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan pengorbanan serta tugas semasa menjayakan MAJLIS KESYUKURAN PRK 059.
YDP Kawasan Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar mengharap kerja buat kita diterima oleh Allah s.w.t.
"Perjuangan menegakkan keadilan perlu diteruskan" kata Ustaz Nordin ."Slogan PAS FOR ALL perlu diterjemahkan melalui tenaga dan usaha kebajikan" tambah Uztaz Nordin lagi.

Thursday, April 16, 2009

MAJLIS KESYUKURAN 19 APRIL 2009

Changkat Jering- Pas Negeri Perak bersama Pas Kawasan Bukit Gantang akan menganjurkan Majlis Kesyukuran pada ketentuan berikut:
Agenda 1:
Jamuan Makan
Hari: Ahad
Tarikh: 19 April 2009
Masa: 12 tgh - 4 petang
Tempat: Tapak Expo,Dataran Tok Guru Nik Aziz.Jln Simpang-Changkat Jering
Agenda 2:
Ceramah Kesyukuran
Hari: Ahad
Tarikh: 19 April 2009
Masa 9.00 mlm
Tempat: Tapak Expo.Dataran Tok Guru Nik Aziz.Jln Simpang-Changkat Jering
Tetamu: Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang.

Semua dijemput hadir.

Friday, April 10, 2009

SABAR- MAJLIS KESYUKURAN TETAP DIBUAT

Changkat Jering- 10 April.

Majlis kesyukuran untuk semua akan dibuat. Pas Kawasan akan bermesyuarat untuk menyusun jadual majlis kesyukuran bersama Hj Nizar.
Peringkat Unit Peti Undi atau melalui Ketua Kampung terus berjalan.Majlis kesyukuran telah brlangsung.
"Jumaat tadi Hj Nizar menjadi Imam Solat Jumaat,di Masjid Simpang"kata Ketua Penerangan Kawasan Bukit Gantang.

KASIHAN SAMA MEREKA

1. Seorang bekas murid,bertemu dengan penulis.Beliau menyatakan T.Murugiah beri RM 250.00.Pengundi juga diberi RM 300.00 untuk keluar mengundi.Ini berlaku di Larut Tin.Anak murid itu menyatakan janji undi BN.Anak murid itu menyatakan lagi lagi besar orang itu,lagi banyak duit masuk.Sebab itu calon bebas setakat dapat 63 undi. Anak murid itu menyatakan Ketua Kampung pun dapat,mereka senyap saja bila dapat."Cikgu tengok di mana ada perjanjian dua pihak,UMNO ATAU PAS , PAS akan kalah".

2. Pengundi bandar lebih terbuka dan matang.Mereka dapat sumber terus.Justeru itu pengundi Melayu ,di daerah mengundi Larut Tin,JKR Bt 2 1/2,Pengkalan Aor,Jln Simpang. tetap terus undi PAS.

3.Kasihan mereka,duit belum dapat lagi.Kalah pula,ketua sudah masuk banyak ,rakyat kampung tertanya-tanya. Di manakah bahagian kami? Ini bukan penulis kata.Ini anak murid penyokong BN yang cakap. .

4. Cikgu ,masih bertugas sama ,YB Hj Nizar ? Soalan yang sering ditanya."Bukan saya ,lagi? jawab penulis. "Dulu sama YB Hj Roslan,ya!"

TERIMA KASIH PENGUNDI DAN PETUGAS

Alhamdulillah,kita berjaya. Dalam tempoh begitu singkat kita berjaya meminta pengundi untuk keluar mengundi. Pada 7 April. pukul 3 petang kita masih ketinggalan 400 undi. Di DUN Trong peratus pengundi BN begitu banyak keluar mengundi,sedangkan kita pada masa itu,masih bekerja.
Kita terpaksa SMS ,kita kalah untuk U.P.U. semua daerah mengundi ,.memberi tekanan kepada pengundi . Pada masa itu pukul 3 petang peratus keluar mengundi setakat 38 %.Kerisauan semakin ketara apabila kesesakan jalanraya."Jalan jem" kata Ketua Unit Peti Undi.Pengkalan Aor.
Jentera BN pada masa itu yakin telah menang.Kita berjaya memperlahankan jentera UMNO/BN. Jam 6 petang ,kita yakin kita telah mendahului. Gerak saraf kita berjaya.
Terima kasih pengundi .Kita diterima semua kaum. Pas For All.

Tuesday, April 7, 2009

KITA KETINGGALAN 400 UNDI

Pecutan akhir perlu untuk PR menang di Parlimen Bukit Gantang. Setakat pukul 4 ptg kita masih ketinggalan 400 undi .
Kita berharap dengan kerja buat kita dan doa kita bersama , Pas boleh mendahului BN, pada pukul 5 ptg.
Setakat pukul 4.30 ptg tadi 58 % baru keluar mengundi. Pengundi kita masih terus mengundi selepas selesai bekerja,kerana mereka tidak diberi pelepasan oleh majikan,

PERATUS PENGUNDI MASIH RENDAH

Isteri penulis, Wan Nor Ashikin Bt Wan Abdullah sedang menunggu giliran untuk mengundi.

Sentuhan akhir Perayu Muslimat .Undilah Hj Nizar!

Pondok Panas UPU Simpang Lama Simpang Baru.


Setakat pukul 1 tgh ,peratus keluar mengundi masih rendah sekitar 45 %. Kesesakan kereta menghalang pengundi keluar mengundi. Petugas -petugas luar diminta memberi kerjasama supaya tidak keluar ke pusat mengundi.
Petugas-petugas kita diminta mengangkut pengundi dengan motosikal .Pastikan semua pengundi PR turun mengundi.

UNDI LANCAR-

1.Sebentar tadi penulis pergi mengundi bersama isteri dan ayah. Di pusat pengundian amat meriah.Banyak pengundi yang sempat ditemui memberi isyarat undi BULAN.
Penulis yang pernah bekerja dengan Allahyarhan Hj Roslan Shaharum ,disapa mesra. Mereka tersenyum dan memberi isyarat bagus.
Penulis kini mengundi di SK Changkat Jering,sempat bertanya khabar kepada Jins Shamsudin.yang dulunya penulis amat minat dengan lakonan beliau.Apabila ditanya tahun ini jangan lupa undi PAS. "Undi rahsia" jawab Dato' Jins.Isteri penulis ketawa ,kerana orang sudah kenal Jins ahli UMNO ,yang anaknya semuanya di namakan dengan Hang...Jins tahu siapa yang derhaka.
2.Kenalan di Balai Polis Simpang menelefon,Sri Kandi cuba dilondehkan seluar mereka oleh ahli tua Umno. Kenalan itu menyatakan Sri Kandi itu dikepung di rumah kedai dan cuba ditakutkan. AMK sempat menyelamatkan keadaan.
3.Seorang petugas Pas Kuala Neros,ditumbuk oleh ketua cawangan Umno di UPU Air Kuning.Banyak saksi melihat.Petugas itu sabar orangnya,tidak mahu melaporkan kepada polis.Kalau Pak Ngah tahu ,sudah lama ketua itu meringkok dalam lokap.
4.Pengundi hantu kini sudah banyak yang tiba.Mereka berminat untuk jadi kuda UMNO.Ada kes seorang peniaga ditahan kerana menjual topeng Altantuya.. Jangan lupa mayat alTantuya sedang diarak oleh pengundi hantu.

5. Peratus keluar mengundi di saluran satu dan dua tinggi,Saluran tiga dan empat agak perlahan.Minta-minta dapat pelepasan keluar mengundi.Undi itu hak.

Monday, April 6, 2009

GAMBAR MEMBAWA MAKNA

Ustaz Idris Ahmad ,menerangkan siapa derhaka kepada Raja Melayu kepada TVPas



Inilah UMNO dulu,kini dan selamanya


Sunday, April 5, 2009

DARI SISI BUKIT- UMNO OH UMNO

1UMNO guna polis untuk gagal program.Terdapat anggota polis datang berjumpa petugas sedang memasang khemah di Dewan Orangramai Kg Air Kuning. Program Anwar ada permit ke?Sedangkan program esoknya(5 April).Tanyalah orang yang berkenaan!

2. SB berjumpa sebentar tadi ,menyatakan PAS kena kerja keras. DUN Trong Pas kalah.Majoriti 3000. Bagi Kuala Sapetang dan Ckt Jering, keadaan memihak PAS. Beliau juga menyatakan rasuah politik semakin ketara. Awas, dan terus bekerja.Terima Kasih SB ..

3. Anwar ada aura,Pengerusi Masjid ahli UMNO boleh hadir dalam dialog bersama Anwar Ibrahim.,di Kg Air Kuning.Seterusnya ahli pekat UMNO ,pun turut hadir dalam dewan.Peluang Pas semakin kuat untuk menang. Ada masa untuk tambah majoriti.

UMNO DERHAKA DAHULU,KINI DAN SELAMANYA

1.Pengasas UMNO Dato'Onn Jaafar telah mengecam Sultan Johor secara terbuka,akibatnya dia dibuang ke Singapura.
2. UMNO secara terbuka menghina Sultan Kedah(Tunku Badlishah) dalam isu Malayan Union 1948.
3. Lebih dasyat lagi penderhakaan UMNO apabila Presiden UMNO menuduh Sultan Kedah lupakan kulit.
4.Pada tahun 1983 dan 1993 UMNO meminda perlembagaan yang membuang kuasa dan kekebalan raja-raja.
5.Tan Sri Muhd Taib MB Selangor berkahwin dengan anak Sultan Selangor di Siam,Selatan Thailand
6.Kepimpinan UMNO yang diketuai Pak Lah menolak Ahmad Said sebagai MB Terenganu.Penyokong UMNO mengadakan demontrasi .Satu banner "Kami nak Idris,natang" yang ditujukan kepada Sultan Mizan
7.Januari 2009, Pemuda UMNO Kedah membuat fitnah jahat kononnya ada Exco Kedah menghina Sultan

Saturday, April 4, 2009

Jaga-jaga unsur SABOTAJ.

1. Datuk Mustapa Ali menyatakan beliau mendapat maklumat terdapat usaha bakar kereta buruk berdekatan balai polis, lantas pihak BN menuduh Pakatan Rakyat cuba mencetuskan huru-hara.
Beliau meminta pihak Polis bersikap adil dan telus.

2.Osman Jailu bersama guru wanita. Mereka masih mahu memfitnah Hj Nizar dengan guru gatal ahli Umno Pokok Assam. Diploma pendidikan pun tak ada nak jadi cikgu. Kaki MC pula.

3. 14 guru dalam parlimen Bukit Gantang dipanggil,diberi nasihat supaya jangan lupa dan lalai sebagai pendidik.14 guru itu semuanya lulus PTK dan dapat hadiah galakan . Merekalah guru berprestasi cemerlang di sekolah. Guru ahli Umno ,disiplin pelajar pun buat tak peduli.

LAGI-LAGI UMNO

Jom pi mengundi. Jangan takut dengan kumpulan samseng. Kita mempunyai cukup polis untuk menghalang samseng. Kita difahamkan terdapat satu pertemuan dengan kumpulan samseng berlaku.Namun begitu kumpulan samseng berjanji akan membela rakyat tertindas. Mereka ingin menjadi Robin Hood.
Sementara itu satu sumber menyatakan 20 bas pengundi jelmaan akan muncul di Dun Trong. Lagi-lagi Umno.........

PERISTIWA BERGAMBAR-PRK 059

Hj Nizar bersama warga emas ,kerusi roda sumbangan dermawan dari Kelantan
Hj Nizar beramah mesra dengan penduduk Kg Kubu Bukit Gantang,yang bertudung kuning susu sedang mengupas kentang kakak Ismail Sapian .'Sampaikan salam saya kepada Ismail 'kata Hj Nizar

SIAPA NAJIB-NAJIB LULUS 10 LESEN JUDI

Oktober lepas kerajaan secara senyap-senyap telah meluluskan 10 lesen perjudian cabutan bertuah.Dalam Dewan Rakyat "Sejumlah 10 cabutan bertuah khas special draw telah dibenarkan oleh kerajaan pada tahun 2008.Jumlah kutipan cukai yang diperolehi daripada cabutan khas tersebut adalah sebanyak RM 77,026,026,171.o4," kata Menteri Kewangan dalam jawapan lisannya kepada soalan oleh Ahli Parlimen Machangg,Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut Laporan dari Business Times Singapore Lesen tersebut diberi kepada tiga Syarikat; Magnum,Tanjong dan Berjaya Sport Toto. Laporan itu menyatakan kerajaan bergantung kepada pendapatan hasil judi untuk meringankan beban ekonomi berikutan kemerosotan harga petrol dan minyak sawit di pasaran dunia.

ANDA CIKGU JOM PI DIALOG SAMA ANWAR IBRAHIM

5 April 2009, satu dialog bersama DSAI di Dewan orang Ramai Kg Air Kuning .Program bermula pada pukul 11.00 pagi.
Program Anwar Ibrahim sehari bersama pengundi Parlimen Bukit Gantang dijangka mendapat sambutan hebat masyarakat.Pada sebelah malamnya Anwar berceramah di Tapak Expo Tuan Guru Nik Aziz Simpang dan di Pasti Taman Mewah,Kamunting.
Menurut kodinator Tn Hj Nordin dijangka 500 orang guru LMS dan sekitar akan turut serta. "Guru kini semakin berani" tambah Hj Nordin lagi.

Friday, April 3, 2009

GAMBAR PENUH MAKNA

USTAZ MUJAHID YB PARIT BUNTAR BERSAMA DATO ROSLI HUSEIN.TURUT KELIHATAN USTAZ NORDIN. MUNGKIN ROSLI SURUH UNDI HJ NIZAR . TURUT KELIHATAN YB KAMARUDIN JAAFAR DAN USTAZAH JAMILAH IBRAHIM
POLIS KAWAL UMNO PASANG POSTER DI CHANGKAT IBOL
APA YANG NAK DIKAWAL MEREKA?

BANYAK SANGAT JADI PENYAMAR

1.
SMS dan telefon,semuanya nak tahu tentang aktiviti Calon dan PAS. Sehingga tak terlayan.Apabila program tidak seperti yang didapati ,mereka marah kenapa program berubah. Mereka bukan pengundi,tetapi banyak sangat mengaku pengundi. Sehingga ke sekolah mereka hantar surat layang,surat tanpa nama menyuruh sokong BN. Tergamak memburukkan Nizar.
2. Seorang rakan yang bekerja di Bukit Aman ,mendakwa polis di Bukit Gantang mencecah 10000 orang.Bagi kita terkawallah Parlimen Bukit Gantang,sekurang-kurangnya tiada merempit dan kejadiaan pecah rumah.Namun begitu rumah YDP Taiping dipecah masuk pada 3 April ,pukul 2 pagi,hilang dua laptop dan Rm 300.00. Mungkinkah pencuri itu diupah/? Banyak maklumat ,jentera operasi?

3.Penulis dari dahulu tak pernah mengundi BN, dahulu semasa di Ipoh ,mengundi DAP.Ipoh membangun dari dulu lagi,tiada yang terpinggir. Tapi apabila duduk di Bukit Gantang,miskin tegar,kemudahan air dan eletrik masih terdapat rakyat yang tidak menikmatinya.Kami di Pusat Khidmat Parlimen amat mengetahuinya.

4. Umno mula guna bomoh,itu yang diberitahu oleh seorang rakan dari UMNO.Pejabat Pak Lah,PM dulu pun ada tangkal apalah sangat Umno Bukit Gantang..

5. Keputusan kita setakat ini,insyaALLAH mendahului. Kayu pengukur penulis di Sekolah. Semua budak India dan Cina menyatakan bapa mereka UNDI PAS.. "Cikgu undi apa" BN, ? Saya undi BN. "BN sudah tak laku cikgu?. Itu jawapan pelajar sekolah,. generasi muda .. Jumpa esok. .esok cuti,nak kempen untuk Hj Nizar ,lepas kempunan,untuk merayu undi. "PAS FOR ALL"

Thursday, April 2, 2009

Terima Kasih Masih Ada Yang Sudi

1.Timbalan Presiden Pas bertanya kenapa pasukan polis mengawal UMNO memasang bendera.Jikalau polis boleh dibayar untuk mengawal petugas umno ,Berapa pasukan Polis sanggup terima untuk mengawal petugas PAS.? petikan sidang media di Bilik Operasi ,PAS Bukit Gantang.

2.Semasa mendengar Ceramah Penerangan,Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng,beliau menyatakan ingin mengikut gaya pemerintahan Khalifah Umar ibn Abdul Aziz. Lim Guan Eng menerangkan UMNO tidak suka. Kini Pulau Pinang bebas kemiskinan tegar mulai 30 Mac 2009.

3.Semasa membeli ikan di pasar Taiping , Penjual Ikan menyatakan Pas akan menang majoriti 5000 ke atas. Saya masih tak setuju,masih ingal lima hari menuju ke 7 April. "Cikgu percayalah cakap gua"? Terfikir semasa PRU 12,penjual ikan yang sama bercakap Hj Roslan akan menang! Lalu saya menyatakan INSYAALLAH.

4. Terima kasih kepada pelayar ke laman kami. Kami berharap kita akan menerima kebenaran dan menolak kebatilan.

5. Jangan lupa ceramah ANWAR IBRAHIM DI PEKAN TRONG DAN SG TINGGI pada 2 April 2009. Jom pukul 9.30 malam ini.Kita mendapat permit ,Ceramah dengan permit. Permit Polis Permit Isteri Permit Suami. Jom kita pi ceramah.

Wednesday, April 1, 2009

OSMAN NAK GUNA PEREMPUAN FITNAH NIZAR

Umno kian terdesak menggunakan perempuan untuk fitnah Hj Nizar.Perempuan itu dari Pokok Assam,dikatakan mengajar di SM Hua Lian Tinggi. Emak kepada perempuan gila kawin ini orang kuat UMNO Taiping.
Difahamkan mendapat rawatan Hospital Taiping. Kerja bukannya ada kualiti,selalu MC.

Dari Hj Nizar menjadi MB ,perempuan ini menyatakan akan berkawin dengan Nizar.MB boleh memberi jawatan guru tetap di mana-mana dia suka. Star ,Seratas atau MRSM boleh mana satu. Punya goreng ,tahu semua program MB tetapi apabila pengundi bertanya kita ,pecah tembelang, sikit punya banyak goreng cikgu perrempuan pokok assam.

Silap-silap kita saman malu kepada perempuan ini. Politik baru politik matang. Ayuh kita pengundi KEKALKAN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT

JAGA-JAGA MACAM-MACAM BOLEH BERLAKU



1.  Petugas PR perlu mendekati pengundi.Izin Allah ,kena caranya pengundi Melayu UMNO dan atas pagar akan undi kita.Pengundi bukan Melayu berdasarkan pemerhatian di tempat kerja penulis amat memberansangkan. Mereka menjanjikan undi yang banyak.

2.Raja Ahmad Bola,kempen di Tmn Kuning Sari. Ceramah Syok sendiri. Tak suka peniaga .Tak suka kita wujud expo,sambil menolong orang Melayu

3.Main isu 999 tahun. Tak langsung terfikir kita rakyat Malaysia perlu bersatu padu. Mereka ingat Sultan  untuk orang Melayu,kita orang India dan Cina tak layak dapat naungan Raja Melayu.Jaga-jaga macam-macam boleh berlaku. BN buat hal,nak menang. Kita terus mendekati rakyat.

Tuesday, March 31, 2009

Ringkas PrK p059

1. Wujud tiga kem dalam UMNO kini,setelah terdapat calon bebas bertanding.Nampak mesra tetapi penyokong Dato Rosli Husein ,menyatakan akan mengundi HJ Nizar, kerana tidak mahu
Ismail Sapian menjadi Ketua Bahagian .

2. Dato Jins Shamsudin ,menyatakan jangan jadi macam Singapura,Cina menguasai Singapura.Kalau undi PAS ,rakyat akan menderita, tidakkah mereka ,mengetahui kita ini dijadikan untuk saling kenal-mengenali. Isu Kampung Baru,dijajakan oleh perayu undi UMNO.Jikalau didapati menghasut,diharap para pengundi membuat laporan polis. Kita semua rakyat Malaysia ,yang miskin wajar dibantu. Perak Cement/Perak Hanjoong kepunyaan YTL,dahulu tanah rezeb Melayu sampai sekarang tak berganti.

3. Boikot media arus perdana nasihat Tok Guru Nik Aziz. Teruskan boikot TV3, Utusan dan Berita Harian.

Sayu Tak Dapat Ikut Kempen Hj Nizar


Ir Hj Nizar menyerah borang pencalonan kepada Pengurus Pilihanraya Dato' Mahmod Morsidi.
Turut kelihatan Rahim Ismail dan Hj Hasan Salleh

Tiba-tiba hati menjadi sayu,pertama terkenangkan pilihanraya UMUM 12,mengikuti Hj Roslan kempen dari rumah kerumah.Kini tidak sempat dan terpaksa duduk dalam bilik operasi menyebabkan diri terasa seba tak kena. Jadi apabila Sdr Nizam meminta tolong ,pasti saya akan muncul di Dataran Tok Guru Nik Aziz Simpang.

Namun banyak maklumat yang diperoleh.Baru sebentar tadi sewaktu pergi ke kedai motor di Pekan Taiping, seorang rakan Cina menyatakan Pas menang majoriti 5000.Saya menyatakan sebaliknya Cina mungkin undi BN ." Cikgu percaya sama gua" kata rakan Cina itu.

Seorang pengundi ,wanita di Batu 2 1/2 Jln Simpang menelefon ,beliau begitu terkejut apabila Hj Nizar pergi melawat pasar malam BT 2 1/2, pada 31 Mac.Apa yang beliau terkejut selesai sahaja Hj Nizar bertemu dengan perayu undi Puteri UMNO,mereka melaungkan Hidup BN,Hidup BN.Pengundi itu menambah Hj Nizar membalas Hidup Rakyat! Spontan sahaja pengungjung membalas kembali Hidup Rakyat. Menurut beliau satu pasar malam menyahut Hidup Rakyat dan takbir. Perkara ini disahkan oleh Ketua Kampung Larut Tin. En Bad Ali.

Sementara pengundi Cina menyatakan Program Menteri ,di Pekan Kuala Sapetang tidak mendapat sambutan. Saya menambah ,jangan" over confident"

Monday, March 30, 2009

Tinggal 7 Hari Rakyat Membuat Keputusan

Calon kita HJ Nizar ,calon BN Ismail Sapian dan Calon bebas Kamarul Ramizu 670421085237

CALON KITA IR NIZAR JAMALUDIN SELESAI MENYERAHKAN BORANG PENCALONAN
Pencadang Rahim Ismail,Bendahari Kawasan dan Hj Hasan Saleh,Ketua Kampung Jelutong.




Gambar Rahim Pencadang Pihak HJ Nizar



DILUAR DEWAN MPT HJ ASMUNI AWI MENENANGKAN PENYOKONG





CALON RAKYAT IR NIZAR JAMALUDIN PADA 29 MAC 2009


Umno kini menggunakan jentera kerajaan. Duit pembayar cukai digunakan untuk membantu kempen UMNO. Mengikut Sdr Fadhil Idris Ejen Pilihanraya HJ Nizar, tiga gambar sahaja boleh digunakan Tuan Guru Nik Aziz,Tuan Guru Haji Hadi dan Hj Nizar,sementara UMNO ,Dato Najib ,Muhyiddin dan Ismail Sapian tetapi sebaliknya gambar Zamri yang dipamerkan?



Isu derhaka ,isu tanah ,putar belit maklumat itu yang dimainkan media arus perdana .Contohnya isu kenapa Nizar tidak menulis jawatan MB dalam borang penamaan.Jikalau ditulis mereka akan buat bantahan untuk Pegawai Pengurus Pilihanraya menolak kertas pencalonan Hj Nizar.


Kini mereka terdesak meminta rakyat tidak keluar mengundi ,jikalau tidak keluar mengundi mereka BN akan menang,analoginya DUN Trong peratus keluar undi rendah menyebabkan Rosli Husein menang.

Wednesday, March 25, 2009

HJ NIZAR RASMI TAPAK EXPO DI DATARAN TOK GURU SIMPANG

CHANGKAT JERING-

PAS Kawasan Bukit Gantang melalui Lajnah Ekonomi akan mengadakan expo di Dataran Tuan Guru Hj Nik Aziz mulai 25 Mac 2009 sehingga 8 April 2009.
Expo akan dirasmikan Ir Mohd Nizar Jamaluddin MB Pakatan Rakyat pada 25 Mac 2009 , 9.00 malam.Turut hadir untuk memberi ucapan Dato' Mahfoz Omar Ketua Penerangan Pas Malaysia.Orang ramai dialukan untuk turut hadir pada malam ini.

Tuesday, March 24, 2009

MB CALON KITA- 23 mac 2009

MB SEDANG BERUCAP MENYATAKAN KESYUKURAN ATAS PEMILIHAN SEBAGAI CALON PAKATAN RAKYAT SATU AMANAH

TUAN GURU HJ HADI MENGUMUMKAN HJ NIZAR CALON PAS
HJ NIZAR MEMELUK TUAN GURU HAJI HADI

KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT SATU HATI KITA BERSAUDARA
WARTAWAN DAN BLOGGERS DUDUK DI BARISAN DEPAN PENTAS

Monday, March 23, 2009

Rencah PrK p059

1.
Hari ini 23 Mac 2009,diminta berjumpa Timbalan Ketua Polis LMS,perihal ceramah pengisytiharan Calon Kita Pakatan Rakyat.Antara yang dibincangkan diminta ceramah setakat pukul 11.00 malam.Terdapat dua/tiga trak polis dengan anggota berdekatan tempat ceramah. Minta untuk merakam program malam ini.
Kami hanya menjawab pihak negeri yang akan mengurus semua program itu,saya sekadar wakil kawasan.
2.
Calon, kami tak tahu setakat ini. Banyak sangat yang ingin tahu. Pihak polis,akhbar,profesor ,pihak bebas, Calon kita dapat diterima semua orang. Sesuai Pas For All.

3.
Isu ,UMno -isu perkauman cuba lagakan Melayu dan Bukan Melayu,isu derhaka,sedangkan merekalah derhaka kepada ketuanan rakyat. PPSMI membunuh Melayu. Saya mendengar orang kampung minta penceramah UMno berucap dalam Bahasa Inggeris?

Sunday, March 22, 2009

KEKALKAN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT-

Changkat Jering- Pas akan isytihar calon mengikut ketentuan berikut:


Tarikh: 23 MAC 2009
Tempat: Padang Taman Kota Jaya Simpang,Taiping
Agenda: 7.30 malam Solat Magrib & Solat Hajat Perdana
(Bawa Sejadah dan Air Wuduk)
9.00 malam Ceramah Pelancaran Tuan Guru Haji Hadi Awang
(Presiden Pas Malaysia)

Friday, March 20, 2009

UMNO KIAN TERDESAK

UMNO kian terdesak menggunakan isu hina raja.Mereka sebarkan risalah yang tidak tergamak untuk kita paparkan .Contoh digambarkan DYMM Sultan dan Dato' Mufti sebagai an...g.Banyak risalah disebarkan khususnya semasa umat Islam sedang bersolat Jumaat pada 20 Mac.
Banyak risalah disebarkan menyatakan MB Nizar gadai tanah Melayu kepada Cina.DVD disebarkan semasa orang sedang nyenyak tidur ,berkaitan ,betapa kita benci orang Cina dan India.
Banyak lagi....

Thursday, March 19, 2009

CERAMAH ANWAR DAN NIZAR TUKAR KE BUKIT CEMPEDAK

Ceramah Perdana DSAnwar dan MB Hj Nizar ditukarkan ke Bukit Cempedak. Menurut Ustaz Nordin Jaafar ceramah terpaksa diadakan di sana kerana Pihak Polis tidak memberikan permit .Setelah rayuan dan berbincang dengan Raja Musa ,Ketua Polis Daerah Taiping memberi alasan gangguan lalulintas dan mengganggu ketenteraman awam.
Ceramah Dato Seri Anwar dan Dato Seri Nizar akan berlangsung di Pejabat Pas Kawasan Bukit Gantang di Bukit Cempedak,Bukit Gantang.
19 MAC 2009
Bukit Cempedak,Bukit Gantang.
9 .00 Malam

Pihak Urusetia Pakatan Parlimen Bukit Gantang berharap masyarakat bertenang dan tidak mengganggu undang-undang.Pihak Urusetia meminta jentera pilihanraya terus bekerja tanpa rasa takut dan gentar berdasarkan undang-undang.

Wednesday, March 18, 2009

Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat


Pas akan mengisytihar calon pada 23 Mac 2009.Pengisytiharan akan dilakukan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di Dataran Pakatan Rakyat Jalan Changkat Jering-Simpang (tepi Petronas).

Sementara itu Mesyuarat Jawatankuasa PasPusat akan berlangsung pada 2.30 petang di Markaz Tarbiyyah Pas Air Kuning,Taiping untuk membuat pemilihan calon Pas bagi Prk 059 Bukit Gantang. Menurut YB Ustaz Nasharudin Mat Isa mesyuarat itu akan dipengerusi Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang untuk memilih calon Pas .

Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat ,dengan itu jentera operasi kita jangan terlalu" over confident" ,perlu bekerja keras untuk meneruskan kemenangan rakyat di Perak dan seluruh Malaysia .Pesanan kita jangan terlalu yakin disampaikan oleh YB Nasharudin Mat Isa dalam pertemuan dengan jentera PAS di Air Kuning.

UMNO akan buat apa sahaja untuk memastikan BN menang dan memastikan Najib dapat menjadi Perdana Menteri. Seorang rakan SB menyatakan UMNO akan guna duit dan bukan projek mi segera.Beliau juga menyatakan ugutan akan digunakan untuk menakutkan pengundi bukan Melayu.Rakan juga menyatakan mereka gunakan kaedah di Kuala Terengganu menakutkan pengundi Cina. Di sini Pas perlu menarik pengundi Melayu yang akan mendapat habuan yang sedikit.

Tuesday, March 17, 2009

23 MAC 2009 Jangka Umum Calon Pas Bukit Gantang

Changkat Jering- Pas Pusat diangka mengumumkan calon pilihanraya PRK 059,pada 23 Mac di Dataran Pakatan Rakyat Simpang(tepi Stesen Petronas) Jalan Changkat Jering-Simpang.Menurut sumber yang boleh dipercayai pengisytiharan dijangka akan diumumkan oleh Presiden Pas Tuan Hj Abdul Hadi Awang.
Lima nama menjadi pilihan akhir Pas Kawasan Bukit Gantang.Antaranya Ustaz Idris Ahmad,Ustaz Ahmad Awang,Hj Mohd Sabu,Ustaz Nordin Jaafar dan Hj Asmuni Awi.

Pengundi Bukit Gantang telah buat keputusan undi PAS

Almarhum Hj Roslan sering dipanggil ke hospital oleh keluarga pesakit untuk membantu mereka.Almarhum sedang membantu seorang pesakit di Hospital Taiping.

Hj Roslan sewaktu hayatnya tidak pernah menolak membantu mereka yang memerlukan rawatan Shifak tanpa mengira kaum



Bukit Gantang kini banyak dikunjungi orang. Sebagai petugas UMNO /PAS ,tidak kurang juga pihak SB.Bagi mereka yang biasa dengan kita, mereka juga melaporkan banyak perkara dan memberi banyak cadangan.


Sebentar tadi seorang guru ahli UMNO meminta calon Pas lebih baik daripada Ismail Sapian. Beliau berjanji mereka sekeluarga akan mengundi PAS.Namun begitu jikalau Ustaz Idris Hj Ahmad,biarlah beliau mesra pengundi,banyakkan senyum dan ramahkan diri. "Mengapakah Nizar sering turun Bukit Gantang? kata cikgu A. "Mungkinkah Nizar calon PAS ?" tambah Cikgu A. Saya hanya tersenyum.


Seorang kenalan bertugas "SB" memberitahu PAS kini sedang mendahului.Pengundi bukan Melayu sudah menetapkan untuk undi PAS.Beliau menyatakan hanya pengundi Melayu agak sukar.Kenalan itu menyatakan bagi DUN Trong, Permatang Raja dan Sg Tinggi agak sukar ,kerana di situ terdapat Pekida. Untuk Changkat Jering, Peti undi Larit Tin dan Air Kuning perlu digempur.Itu kawasan putih untuk UMNO.


SB yang mesra tapi tak rapat itu menyatakan imej Hj Roslan Shaharum perlu diketengahkan.Calon BN Ismail Sapian bukan calon popular..Beliau akan kehilangan pekerjaan., undi tak dapat YB dalam khayalan. Itu kata SB bukan kata saya.

Sehari bersama MB Hj Nizar Di DUN Changkat Jering.

MB sedang berucap di hadapan Ketua Kampung dan JKKK Parlimen Bukit Gantang di Dewan Orangramai Air Kuning

MB Hj Nizar memberi ucapan menjelaskan perkembangan terkini Negeri Perak


16 Mac Wartawan interview MB selepas dialog rakyat bersama Ketua Kampung dan JKKK di Dewan Orangramai Air Kuning MB Hj Nizar mengambil kesempatan ziarah Pak Uda Suria yang dipotong kaki kerana penyakit kencing manis 5.30 petang- 16 Mac



MB memberi tazkirah di Masjid Pengkalan Aor,Jln Taman Kaya




Saturday, March 14, 2009

Rakyat semakin hampir membuat keputusan

COUNT DOWN -Tinggal 23 hari lagi.

Bilik operasi induk PRK P059 Bukit Gantang bertempat di Markaz Tarbiyyah Pas Perak Air Kuning Taiping

TERIMA KASIH PENGUNDI- ALMARHUM HJ ROSLAN SHAHARUM

Almarhum Hj Roslan tidak melupakan ucapan terima kasih kepada rakyat setelah dipilih sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Bukit Gantang. 8 Mac 2008

NAJIB UMUM ISMAILSAPIAN CALON BN

Perang sudah bermula Ismail Sapian menjadi calon BN di Parlimen Bukit Gantang.Ismail Sapian menjadi calon BN dengan jaminan tidak melawan Cikgu Rosli Husein sebagai Ketua Bahagian Bukit Gantang. Kita difahamkan penyokong-penyokong Timbalan Ketua Bahagian Bukit Gantang ,Kamarulail tidak bersetuju Ismail Sapian menjadi calon. Pengundi kini berubah untuk bersama rakyat mengundi calon kita PAS. Pas Bukit Gantang menuju kecemerlangan.

Friday, March 13, 2009

PRINSIP KITA

Menarik mendengar ucapan YB Osman Jailu di Kampung Air Kuning pada 12 Mac 2009.Walaupun bebas menyokong BN.
Kami antara mereka yang membantu Osman Jailu kempen dari rumah ke rumah.Mana taman yang tidak kami pergi bersama Almarhum Hj Roslan Shaharum.Mendengar kandungan ucapannya,seolah-olah ada penulis skrip untuk beliau. Osman bukanlah seorang pemidato yang baik.Bukan juga seorang yang boleh menarik pengundi berdasarkan ucapan .Apabila disuruh berucap akan mengelak.Hj Roslan yang banyak membantu.
Semasa dinamakan sebagai calon ,kami mengingatkan calon mestilah bermoral dan berakhlak.Calon bukan kaki judi bukan juga kaki karoeke.Namun itulah realitinya.Menurut satu sumber .Beliau menjadi Pengerusi Syarikat Pelancongan Kerajaan Perak,sementara isteri muda pula menjadi pengurus syarikat.Bukankah ini bukti sememangnya beliau tidak boleh bekerja.Dakwa pemberi sumber lagi ,masa mesyuarat exco ,tidak bersedia. dan kini mencari salah Ir Nizar.

BERITA BERGAMBAR -PRK 059 BUKIT GANTANG

9 MAC ,BUKIT CEMPEDAK,BUKIT GANTANG TUAN GURU HJ NIK AZIZ BERDOA UNTUK KEMENANGAN ISLAM DI MALAYSIA KHUSUSNYA PARLIMEN BUKIT GANTANG

MUSLIMAT JUGA TELAH BERSEDIA

9 MAC WALAUPUN HUJAN PETUGAS TETAP MENDENGAR AMANAT PIMPINAN


ENCIK RAVI TIMBALAN PENGERUSI KELAB PENYOKONG PAS BUKIT GANTANG BERSAMA TOK GURU



RAKYAT MENDENGAR AMANAT TOK GURU NIK AZIZ 8 MAC 2009




YAB TOK GURU DATO' NIK AZIZ NIK MAT BERUCAP MELANCARKAN JENTERA PRK 059 KELANTAN 8 MAC 2009

YB AZMIN ALI MELANCARKAN JENTERA PKR BUKIT GANTANG

KELAB PENYOKONG PAS BERKETURUNAN INDIA BERSEDIA UNTUK BERJUANG UNTUK RAKYAT