BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Monday, May 5, 2008

Urus Kemenangan Dengan Baik

Taiping- "Penduduk Parlimen Bukit Gantang kini seperti orang Kelantan"kata Ketua UPU
Ayer Kuning,DUN Changkat Jering.
Pengundi Bukit Gantang boleh menerima sesiapa sahaja wakil mereka.Malah pengundi memilih Haji Roslan Shaharum tidak Bendahari UMNO Malaysia ,Dato Seri Azim Zabidi atau pun calon BEBAS M.Murganan.

"Bagi kami, calon luar tidak penting, yang penting pemberian perkhidmatan,tawaran perkhidmatan dan merasai kepayahan hidup rakyat." kata Ketua UPU Air Kuning lagi.Pengundi
Bukit Gantang merangkumi nelayan,petani,pekerja swasta,peniaga,penjaja dan kakitangan kerajaan.

Mengurus kemenangan amat sukar ,berbanding sewaktu kita tidak ada apa.Justeru itu kita sebagai petugas parti perlu bergerak mengikut bahasa semasa. " Guna bahasa semasa" kata Ustaz Nasharudin semasa merasmikan Muktamar Muslimat Negeri Perak baru-baru ini.


" Harapan kami ,agar Hj Roslan berperanan penting di Sidang Parlimen". ujar Shaharudin."Mulakan perbahasan dari mula,jikalau tidak susah untuk berhujah pada bila-bila masa di parlimen"kata Shaharudin, yang juga Setiausaha JPK Kawasan Bukit Gantang.


abdulrahman 5.10pm

YDP Jangan tinggal Bukit Uhud

Bukit Gantang- "Jangan tinggal Bukit Uhud" Ustaz Nordin Jaafar mengingatkan petugas parti.
Beliau menyatakan kita sebagai petugas parti perlu meneruskan kerja membantu masyarakat dan mendekati mereka.


"Tuan-tuan merupakan tenaga dan jentera parti,perlu kuat dan bergerak" tegas Ustaz Nordin semasa memberi taklimat kepada Jentera Pilihanraya Kawasan Bukit Gantang.

"Biar kerajaan menyelesaikan masalah kerajaan dan rakyat,kita sebagai ahli harus taat dan memberi kerjasama kepada kerajaan" kata Ustaz Nordin lagi.Beliau mengulas berkaitan
pemilihan Ketua Kampung dan Jawatankuasa Masjid.

"Semua Ketua Kampung Di Parlimen Bukit Gantang telah meletak jawatan" dakwa
jurucakap Sekretariat Parlimen.


abdulrahman 3.15pm.

Sunday, May 4, 2008

Dialog bersama YB TAI SING NG & AHLI PAR HJ ROSLAN

Jebong(Dun Sepetang).04/05/08 jam9 pagi.
Satu dialog penduduk bersama YB,YB telah dianjurkan oleh Caw Pas Matang Road/UPU Jebong.

YB Tai bersama s/u beliau Sdr Kahirul dengan diiringi oleh N/YDP Pas Kaw Bkt Gantang Ust Zul bersama dengan Ketua Dewan Ulamak Ust Basiron,turut diwakil oleh sdr Fadhil selaku Pembantu Khas YB Roslan Shaharum.

Dlm ucapan Ust Zul beliau mengikatkan bahawa perlunya sering diadakan program-program seperti ini,untuk merapatkan lagi perhubungan rakyaat dan YB,YB,kerana kita dibawah PAKATAN RAKYAAT,sentiasa bersedia,menjalankan tugas sebagai WAKIL RAKYAT yg dipilih oleh rakyaat,bukan sebagai YB,YB yg lepas hanya nampak muka selepas 4 tahun dimenangi...

YB Tai ,minta rakyaat keluarkan idea,idea atau sebarang cadangan kalau ada,walau pun k`jaan telah mula menyusun program-program yang menafaatkan rakyaat.
Respon kepada solan yang dibangkitkan oleh penduduk ,beliau berjanji akan cuba menyelesaikkan masaalah air yg dihadapi oleh penduduk sekitar itu walau pun masaalah itu telah dihadapi oleh mereka lebih dari 20 tahun.

Dalam satu soalan yg dibangkitkan, mengenai masaalah Jenayah yang semakin meningkat dikaw Matang dan sekitarnya,beliau juga mengatakkan akan cuba ujudkan lebih banyak kursus2 utk pemuda/i sekitar supaya dapat mereka menjadi Rakyaat yg lebih bertangungjawab,beliau juga akan berbincang dengan OCPD daerah ,untukmengadakan satu pondok Polis di kaw Matang(sekarang Balai POLIS yang terdekat di Kuala sepetang).
Selaku Exco Industri,Penerangan & NGO,YB TAI juga akan cuba ujudkan industri-industri kecil
yang kelak akan memberi menafaat kepada penduduk sekitarnya...

Susulan dari soalan berkenaan AIR,YB bersama rombongan telah melawat ke Jebong kiri,beliau telah melihat sendiri,dan berbincang dengan para petugas Parlimen YB Roslan.Petugas Parlimen telah berjanji akan bekerjasama dengan s/u beliau sdr Khairul,untuk menyelesaikkan masalah AIR yg dihadapi lebih dari 20 tahun.
majlis berakhir pada jam 11.30 pg.

baspas