BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, June 28, 2008

Pemilihan Ketua Kampung Kg Menteri.


sabtu .28/06/08.

Sebilangan penduduk Kg Menteri tidak berpuas hati dengan kemenangan Yusuf bin Hassin sebagai Ketua Kampung..
Pagi tadi penulis telah melawat ke Kg Menteri.Kami tidak setuju Yusuf Hassin menjadi ketua kampung,dia membaca ,menulis jawi langsung tak boleh,,kemesjid tidak langsung..,perangai pun bukannya baik ,macammana nak jadi ketua kami,kata seorg penduduk yg tidak mahu dikenali..
Bila diterangkan ,yusuf memenangi pemilihan Ketua Kampung...dipilih ramai oleh penduduk...maka dia yang layak jadi ketua kampung...
ah cakap mmg senang yg undi dia pun kumpulan dia aje..kami ramai yg tak setuju.,dulu masa ust misbah ceramah kata nak jadi ketua kampung,mesti pandai baca ,tulis jawi,boleh jadi imam boleh baca khtubah......sekarang macam Yusuf apa pun tak tahu ,kenapa ambil calon tanpa di temuduga,celah seorang penduduk.
Menurut PakMid selaku wakil penduduk,mereka akan kemukakan Notis Bantahan kepada Pegawai Daerah dalam masa terdekat.
baspas:

Friday, June 27, 2008

SPEAKER DUN PERAK

Dalam mengikuti siaran langsung DUN.

  • Perlunya Speaker lebih tegas
  • Suarakan arahan2 dengan lebih efisyen
  • Tinggikan sikit suara dalam menghadapi si YB K Gajah dan juga YB Pangkor...nampak sangat mereka berdua cuba mempermainkan keadaan dan ujudkan suasana kecoh...
  • Tegas dalam perentah/arahan....
  • Benarkan ulasan/soalan saja jgn biarkan mereka melencong......
  • Khasnya YB KGajah bila dia cuba kawal dewan dengan meninggikan suara,speaker kena tegas dan padu dlm arahan ........

:jangan gentar dengan ugutan dan cemuhan mereka ......sepatutunya mereka yg takut dan kecut kerana mereka semua telah melakukan banyak nodaan2 di waktu pemerentahan mereka....YB YB PR perlu ada banyak bahan rujukan khasnya kesalahan2 yg telah mereka lakukan....

jadikan YB Husam Musa (kelantan) sebagai contoh..beliau dapat patahkan sebarangan komen pihak BN di dewan penuh dengan fakta dan bukti ditangan..

YB Titiserong dan YB Pantai Remis: salute...

(tambahkanlagi bahan rujukan).

sekadar nasihat dan cadangan ikhlas dari webmaster:

baspas:

YB KUBU GAJAH

28/06/08.kam 4 ptg.
lihat live sidang dewan negeri,
yb raja ahmad kurang belajar atau kurang ????.
pandai nasihat yb yb yg lain tapi dia sendiri perangai cukup teruk....kenapa??? ada agenda nak rosakkan sidang ke??
wahai penduduk2 kaw kubu gajah lihatlah adun anda...nilai perangai beliau...mahukah lagi anda mengundi beliau......
SAYANGILAH UNDI ANDA...DIMASA AKAN DATANG

baspas:

Thursday, June 26, 2008

TAJOL ROSLI- ISU BASI

Ipoh- Hujah yang dikemukan oleh Dato' Seri Tajol Rosli berkaitan isu salam bersama
MB Perak , bukan hujah yang menarik. Hujah yang kebudakan-budakan.

Y.A.B. Menteri Besar Perak ,maksudkan tidak ada penyerahan tugas secara rasmi dan tertib.
Negeri-negeri lain Menteri Besar yang kalah menyerah tugas secara rasmi. Perak langsung tidak
berbuat demikian.

Isu yang kedua di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, Tajol Rosli menyatakan
Pas mengkafirkan UMNO berkawan bersama MCA,MIC dan Gerakan. Kini PAS pula berkawan dengan DAP. Bagi Pas kita tidak pernah mengkafirkan UMNO,pemimpin yang mengkafirkan UMNO kini menjadi ahli UMNO.

ADUN-ADUN BN atau Pakatan Rakyat gunakan masa ini untuk berkhidmat kepada agama,negara dan bangsa Malaysia.

" Tahniah, Drs Khalil Idham Lim, ucapan menjunjung kasih amat menarik dan berkesan."kata Abdul Rahman.

Wednesday, June 25, 2008

ADUN SG RAPAT

Dlm mengikuti siaran langsung SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK................
YB Sg Rapat menyentuh ttg bantuan 1juta kpd pndk2 miskin tegar,dikawa beliau disampaikan oleh calon PAS yg kalah..kenapa tidak dia yg salurkan,,

wahai YB jgn jadi bagai kacang lupakan kulit....selama 50 tahun pemerentahan BN di perak....YB YB bukan BN dianaktirikan dari semua segi...ni ketua pembangkang diberi banyak kemudahan....
apalagi yg YB nak....kalau nak semua kemudahan masuk saja PR....kalau masih lagi dok dlm BN,,,,jadi lah pembangkang jgn nak jadi pemerentah.

baspas:

Awan payungi pesawat bawa jenazah ulama

Membaca majalah Mastika bulan Julai 2008 amat menarik. Bagaimana seorang Pilot memeluk
Islam setelah melihat jenazah seorang Ulama dipayungi awan sepanjang perjalanan Kapal Terbang dari Kuala Lumpur Ke Alor Setar.

"Ana dah saksikan,sepanjang penerbangan itu,ana takjub.Ana belum pernah lihat fenomena ajaib begitu. Ana tengok tempat lain panas,tapi pesawat ana dipayungi awan.Sepanjang perjalanan dipayungi awan seolah-olah ada awan mengekori kami.Langsung tak kena panas terik."

"Itulah ana paling takjub.Ana tanya kawan,mereka pun kata tak pernah alami kejadian macama itu.MasyaAllah,awan sentiasa payungi pesawat yang bawa almarhum daripada terkena terik matahari"

Kejadian itu,kata bekas pilot tersebut ,bukan sahaja disaksikan olehnya seseorang ,tetapi lain-lain krew penerbangan yang mengendalaikan pesawat.

Baru-baru ini selepas Forum Wacana Ilmu ,pada 21 Jun 2008 ,Ustaz Taib Azamudin ,Ahli Parlimen Baling menyatakan perkara yang sama.

Ustaz Taib Azamuddin ,maksudkan beliau ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor.

Alfatihah untuk almarhum Ustaz Fadhil Nor.Pejuang yang memberi bekas kepada kita.

Menurut Perlembagaan Malaysia


oleh Abdul Rahman

Menurut Perlembagaan,setiap kerajaan negeri berhak mendapat peruntukan berikut:

1. Bantuan peruntukan geran perkapita mengikut bilangan penduduk di sesebuah negeri.

2.Bantuan Federal Road Grant berdasarkan panjang jalan raya persekutuan yang ada
di setiap negeri.

3. Geran keseimbangan yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan negeri itu.

4. Growth Grant mengikut kadar pertumbuhan ekonomi setiap negeri.

5. Geran bagi mengimbangi kekurangan dalam belanjawan negeri.

Pihak sekretariat Parlimen Bukit Gantang berharap semua bayaran untuk negeri Perak
dapat dijelaskan pada tahun ini.

Bagi Negeri Kelantan pembayaran ini dilewatkan sehingga ke tahun berikutnya untuk
menghimpit kewangan negeri.

Justeru itu Kerajaan Persekutuan lebih demokrasi bukannya mengamalkan sikap
menganaktirikan. "Jangan anak tirikan negeri-negeri Pakatan Rakyat" kata Pegawai Khas
Hj Roslan Shaharum.

Tuesday, June 24, 2008

TAZKIRAH.................Pisangggggg

Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).


tq bro sabri..
baspas:

Monday, June 23, 2008

DARI SISI BUKIT- TAHNIAH

Pihak sekretariat Parlimen mengucapkan taniah kepada mereka yang terpilih sebagai
Ketua Kampung. Bagi yang kalah Alhamdulillah kerana amanah Allah s.w.t tidak tuan-tuan
peroleh. Bukan mudah hendak menjadi Ketua. Bagi Ketua Kampung,tuan-tuan ,memikul
tugas amanah rakyat,yang penting Ketua Kampung akan dipertanggung-jawab di sisi
Allah s.w.t jikalau gagal menyempurnakan hasrat Kerajaan Perak.
Sisi Bukit- Biarlah mereka tidak tahu siapa sisi bukit.?

Lawatan ke Jabatan Kerajaan amat berjaya,Hj Roslan Shaharum amat tenang dan ber"visi".
Harapan sekretariat Ketua Jabatan dan kakitangan bersikap profesional,terus bekerja dan ingat
tugas kita akan dipertanggungjawab di hadapan Allah Rabbul Jalil.Y.A.B Menteri Besar berpesan kepada kakitangan kerajaan ,mesti ada kebersamaan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Sisi Bukit- Tak perlu tanya di dahi kita ada cop BN? Tuntasnya kita perlu profesional.


Program Wacana Ilmu di Pekan Changkat Jering ada permitkah? Sekretariat menganjur program ikut lunas undang-undang ,mempunyai permit dan kebenaran pihak berkuasa.
Malah diperlukan membayar sewa kami akan menyelesaikannya.Tahniah Hj Roslan yang berpandang jauh, memberi ilmu bukan budaya kuning. Sekretariat berharap kemajuan fizikal
seperti Stadium Mini,menggantikan padang bola Changkat Jering dapat direalisasikan.
Sisi Bukit- Dahulu Zaman BN ,tak pernah mohon permit,malah berhutang pula?

Pengurusan Ilmu dalam Sekretariat Parlimen

Jika kita ada ilmu kita ada kuasa.Pengabaian terhadap pengurusan ilmu menyebabkan pergerakan aktiviti sekretariat Parlimen akan menjadi pincang dan tidak bermaya.

Justeru,bagi sekretariat pengurusan ilmu penting untuk menguruskan kemenangan.Pihak
sekretariat parlimen perlu menyelidik,mencipta,mengolah,menyusun,menyimpan dan menyebarkan ilmu serta menyebarkan untuk faedah rakyat.

Sekretariat parlimen yang mempunyai kelebihan daripada segi pengurusan ilmu pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran unit-unit dalam sekretariat akan berada jauh di hadapan.

Ahli politik sedar keperluan mempunyai pengalaman berdasar penyelidikan dan pengamatan
ke atas masyarakat. Kita mengurus manusia perlu bijak dan berhati-hati.

Kita perlu berkongsi ilmu,justeru kami menggunakan 'blogger' Hj Roslan untuk negeri Perak.

Dalam menghadapi PRU -13, sekretariat perlu meneruskan kecemerlangan. Bukankah kita ingin
mengekalkan Parlimen Bukit Gantang ?


sgi. 3.45 pm

WACANA ILMU D DATARAN CHGKT JERING

21/06/08.Pekan Changkat Jering.


nama (Pasar Minggu Ahad) amat terkenal didaerah LMS yg dikaitkan dengan pekan changkat jering,ujud berpuluh tahun dahulu....menempah sejarah bila dataran MPT bersebelahan pasar minggu diujudkan sebagai Dataran Ilmu...




para penelis

Dataran Mpt yg dibina atas padang bola menerima tentang dari peniaga2 tempatan kerana kedudukan yg tidak sesuai utk perniagaan ,berbagai cara dan pujukan telah dilakukan untuk memindahkan peniaga ke tapak itu menemui kegagalan....
Atas cadangan YB Roslan ahli parlimen Bkt gantang dan kerjasama seketeriat beliau dan dgn persetujuan MPT medan tersebut secara rasminya dijadikan DATARAN ILMU.....

Majlis Pelancaran D.Ilmu dengan mengadakan Forum , majlis pelancaran itu telah dirasmikan oleh YB Zainuddin(exco neg Perak)...Penelis utama YB Taib Azamuddin Ahli Parlimen Baling.

Majlis itu menarik minat peniaga dan pengunjung sekitar 300 org.

Dalam ucapan YB Roslan ,buat permualaan kita akan adakan majlis secara bulanan dan meyusun untuk menjadikan Majlis Mingguan...
Ini akan memberikan bnyk menafaat kepada peniaga dan juga pengunjung.





pengunjung memenuhi ruang

baspas:

Sunday, June 22, 2008

PENGUNDIAN KETUA KAMPUNG BERJALAN LANCAR...

22/06/08..kaw PAR BKT Gantang......
Proses pengundian Ketua Kampung disekitar Par Bkt Gantang berjalan lancar...walau pun pada awalnya terdapat sedikit kekecohan di KG Menteri......

AJK Seketeriat bersama YDP Kaw Ust Nordin melawat 13 dari 15 pusat pengundian KK.
Bermula dari matang ,kami dibawa oleh Penghulu Rosli ke KG Dew,kami bergegas ke KG Menteri bila menerima panggilan terdapat kekecohan disana...

Calon2 dan pengundi tidak berpuashati kerana adanya calon kaum tionghua di kaw mereka,setelah diberikan penerangan oleh pihak seketeriat,bahawa calon tersebut telah menarik diri pada jumaat lepas dan kerana masaalah teknikal nama calon tidak dapat dibuang dari kertas undi,mereka berpuas hati..pengundian diteruskan..

Rata2 penduduk yg ditemui melahirkan kegembiraan.
Sepanjang hidup ini adalah kali pertama kami diberikan hak utk memilih KK ,selama ini dinafikan oleh BN kata penduduk kg Mtg Gelugor.

Kami turut teruja melihat keaadaan di kg mtg gelugor ,bagaikan PRU yg lepas,Jumlah keluar mengundi dikebanyakan pusat pengundian diluar jangkaan.

  1. kg dew jam 9.15 pg = 70 o
  2. kg menteri 10 pg = 98 org
  3. jebong kiri 10.30 pg = 40 org
  4. mtg gelugor 10.50 pg =197 org
  5. bendang siam 11.30pg =97 org
  6. kg senduk 11.50 pg =230 org
  7. kuning sari 12.20pg =313 org
  8. spg halt 1.30 th =243 org
  9. air putih 1.55th =233org.



YDP Bersama Penghulu Tn Rosli di pusat pengundian mtg


penduduk sekitar pusat pengundian mtg gelugor..

baspas:

Perstiwa sekitar hari pengundian KK KAW BKT Gantang