BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Showing posts with label aktiviti yb. Show all posts
Showing posts with label aktiviti yb. Show all posts

Saturday, January 31, 2009

Presiden PAS dan rombongan pimpinan serah dana RM 250,000, tinjau penderitaan Gaza


RAFAH, Mesir 31 Jan (Hrkh) - Bendahari PAS Dr Hatta Ramli memaklumkan kepada Penolong Pengarang Harakahdaily Azamin Amin melalui sistem pesanan ringkas (sms) bahawa Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan 20 anggota rombongan PAS telah berjaya menyampaikan sumbangan bantuan kemanusiaan PAS sejumlah RM250,000 untuk meringankan derita penduduk Gaza di Palestin.

Kata Dr. Hatta yang kini berada di sana, Ustaz Hadi dan rombongan termasuk sembilan ahli parlimen PAS mahu melihat sendiri kemusnahan yang dialami rakyat Palestin di samping menyumbangkan sedikit sebanyak bantuan kemanusiaan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung umat Palestin akibat serangan Zionis.
Rombongan pimpinan PAS yang berlepas ke Mesir 28 Januari lalu telah selamat tiba di Rafah semalam dan dalam usaha menuju ke Gaza, Palestin.
yb Roslan

"Rombongan Presiden PAS telah mendapat taklimat daripada Duta Malaysia di Mesir dan turut mendapat sokongan namun kerajaan Mesir tidak membenarkan kami memasuki Gaza, dan masih berada di Rafah," katanya melalui sms tersebut.
Sebelum itu katanya, mereka telah melawat Hospital Arish pada sebelah paginya untuk melihat mangsa serangan Israel ke atas Palestin.
"Ramai sukarelawan pelbagai bangsa kecewa kerana tidak dapat sumbang bakti di Gaza akibat peraturan ketat kerajaan Mesir,"katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Arish jauhnya 40 kilometer dari Rafah dan adalah bandar berhampiran dengan sempadan antara Mesir dengan Palestin.
Di hospital itu katanya Tuan Guru Presiden PAS telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa serangan Zionis Isreal.
"Selain itu, Presiden dan rombongan dalam rangka lawatan menemui para pemimpin Ikhwan di Mesir, kemudian Damsyik, Beirut dan Amman seterusnya berjumpa dengan pemimpin Hamas sendiri.
"Objektif utama selain menyalurkan pelbagai jenis bantuan, Presiden dan pimpinan PAS mahu berbincang dan merangka bersama-sama pemimpin tersebut mekanisme dan tindakan terbaik bagi mengatasi kesengsaraan yang dihadapi penduduk Palestin khususnya Gaza disamping menilai sendiri kemusnahan yang dialami untuk tujuan bantuan seterusnya ," katanya.
Keesokannya (31 Januari, hari ini), rombongan pimpinan PAS itu akan berlepas ke Damsyik untuk menemui pemimpin tertinggi Hamas, Khalid Meshaal bagi meneliti langkah-langkah selanjutnya untuk rakyat Palestin khususnya melibatkan pembangunan semula Gaza dari segi modal insan, pendidikan dan ekonomi.
"Kami seterusnya akan melalui jalan darat ke Beirut menemui pemimpin gerakan Islam termasuk Hamas dan Fathi Yakan untuk berbincang masalahummah dan tindakan terdekat. Destinasi terakhir ialah Jordan untuk menemui pimpinan Ikhwan Muslimin dan untuk dapat taklimat tentang Tebing Barat.
"Jumlah sumbangan PAS sebanyak RM250,000 yang diterima daripada pelbagai pihak dan masyarakat prihatin di Malaysia telah berjaya kita sampaikan," katanya.
Selain beliau dan Presiden, ahli parlimen yang turut serta dalam rombongan ialah Salahuddin Ayub (Kubang Kerian dan Ketua Pemuda PAS), Dr. Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Dr. Lo' Lo' Ghazali (Tititwangsa), Dr. Mujahid Rawa (Parit Buntar),Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap), Dr. Hayati Othman (Pendang), Roslan Shaharum (Bukit Gantang) dan beberapa akitivis yang lain.
"Terima kasih atas doa, sumbangan dan keprihatin orang ramai kepada rakyat Palestin dan semoga semangat perjuangan sentiasa disemarakkan dan doakan kami selamat kembali," kata Dr Hatta dalam sms ketujuh kepada Azamin lewat jam 10.00 malam semalam. - azm
(Bagi yang bersimpati sudikanlah menghulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298).
sumber:harakah daily
baspas:_

Saturday, December 27, 2008

Perasimian Kem Bina Sahsiah Remaja Islam


sedang berucap

26-12-08...jam 9.30 mlm...YB Roslan dalam majlis perasmian Kem Bina Sahsiah di Jebong mlm tadi..hampir 70 peserta..yuran cuma rm10.00.
para peserta......
baspas

Thursday, December 25, 2008

aktiviti YB Roslan



YB Roslan sebagai Ahli Parlimen merangkap Pengerusi Yayasan Perak ,telah menyumbangkan beg,baju,seluar/kain,dan kasut kepada seramai 60 org murid-murid dalam kawasan Parlimen.
Majlis tersebut telah diadakan didewan MPT (Bunga raya) changkat jering, jam 10.00 pagi.



11.30....selepas majlis penyerahan Beg sekolah,beliau telah merasimakan pertandingan Badminton anjuran pemuda kawasan didewan Rukun Tetangga kota jaya Simpang.


menyerahkan cenderahati...sdr efendi mat said...

jam12.30,hadiri kenduri majlis pernikahan adik cegu kahirul di Sg Mati...
selepas itu terus ke KL.....perjumpaan dengan T/presiden Ust Nasharuddin Mat Isa
baspas:

Monday, December 22, 2008

ahad..21.....aktiviti yb & seketeriat


ajk seketeriat mewakili YB ....
hadiri mesyuarat JKKK Kg Sg Lidin kali kedua...laaaaa kesiannya...dewan secantik ini...tiada sebuah bangku pun ..kenapa jadi gini...adakah Jkkk yang lepas tiada bangku untuk kegunaan dirumah-rumah mereka...atau memang tiada sebarang kelengkapan dibekalkan ke dewan ini... ...apa ceritanya...????..hubungi Pengerusi Jkkk yang baru Hj Mad Shah....selepas itu nilai sendiri.....para pemimpin Jkkk yang lama...
majlis perkahwinan anak Hj Ismail Yusof...turut kelihatan Pak Hashim. sebelah kanan MB....Pengerusi Jkkp Simpang /Sg Mati...oo ooo saudara Hj Ismail...rupanya...
hadiri kenduri kahwin ....Hj Ismail Yusof..
hadir kenduri kesyukuran UPU Air Kuning..di rumah sdr Jelani...
hadiri kenduri kahwin di Bt 8 rumah sdr Awang...
baspas:

sabtu & 20, dis....aktiviti YB Roslan....


bergambar bersama peserta-peserta dan ketua-ketua Kampung..

Pg 8.30..merasimikan program berkitan anjuran pusat khidmat dun Kuala Sepetang...seramai 20 orang terlibat...


seronak dimandikan YB....


11.00 pagi..merasmikan majlis penutup...Program Intensif Hafazan musim cuti sekolah anjuran Madrasah Tahfiz Ibnu Sina diKamunting...(Kg Kurnia Jaya)..
menyampaikan motivasi/ucapan


hadiri kenduri kahwin di Jln Station Kamunting....

2.00:hadiri kenduri kahwin di Kg Sentosa..


2.30:hadir kenduri kahwin di rumah cegu Samad N.YDP kawasan..


tak sempat merakam....mamai dalam kekenyangan.......


menyampaikan ucapan/motivasi..
6.30....menyampaikan ucapan /motivasi ..kursus Pengurusan Pentadbiran Parti di Markas Negeri Air Kuning...

YB Sedang berucap..
hadiri majlis dipoh lepas isyak.......bersambung esok di Par bkt Gantang..
baspas:

Saturday, December 6, 2008

Yb dan keluarga di Jamuan Kenduri Kahwin

06/12/08.

Cuti sekolah....kenduri kahwin ,

2 jemputan kenduri kahwin dalam Dun changkat jering, 1 dlm Dun K sepetang dan 1 di Dun Trong dihadiri YB Roslan Shahrum..(perstiwa bergambar saja.....no komen.....g makan...sampai pening kepala dibuatnya...)
PA YB nampak sibuk lebih aje.....dah makan?



YB berborak dengan tetamu....masuk sampai ke dapur..
baspas:

Saturday, October 18, 2008

aktiviti-aktivi YB //Jumaat.

Jumaat 17/10/08




  • Jumaat 17/08/08...Tazkirah dan seterusnya Khatib di masjid Sg Tinggi.

  • Jamuan makan t/hari di rumah Hj Mansor (ketua kampung Sg Tinggi).
  • 3.30 ptg program perubatan syifaq` di DOR Sg Tinggi.
  • 5.00 ptg.penyampain bantuan kepada mangsa ribut sekitar Kg Permatang Raja,sebanyak 18 buah keluarga .

menyampaikan bantuan,bersama sedikit kata-kata perangsang



  • mahgrib di Surau Taman Mewah,dan kuliah bulan YB Roslan.Kuliah berkenaan ,Manusia dan penyakit dalam konteks Islam dan atur-cara merawat secara Islam.

  • hadiri jamuan makan malam ,undangan bekas YDP PAS kaw Bkt Gantang Ust Ghazali di sg petai......

baspas: