BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, February 28, 2009

WAKIL PAS DALAM AHLI MAJLIS PERBANDARAN TAIPING

4 Februari 2009. Tiga ahli Majlis Perbandaran Taiping.Ustaz Nordin Jaafar,Ustaz Basiron Lat dan Sdr Apardi Sharie

Ustaz Mohd Nordin ,Yang Dipertua Pas Kawasan Bukit Gantang menerima watikah perlantikan Ahli Majlis daripada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping pada 4 Februari 2009

Ustaz Basiron Lat ,Ketua Urusan Ulamak Pas Kawasan Bukit Gantang menerima watikah perlantikan Ahli Majlis Perbandaran Taiping daripada YDP MPT pada 4 Februari 2009


Sdar Apardi Sharie menerima watikah perlantikan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Taiping daripada YDP MPT 4 Februari 2009

Taiping- Majlis Perbandaran Taiping merupakan satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan yang berjaya mengadakan majlis angkat sumpah ahli majlis dan mesyuarat penuh kali pertama pada 4 Februari.Tiga wakil Pas telah dipilih,Ustaz Nordin Jaafar, Yang Dipertua Kawasan Bukit Gantang,Ustaz Basiron Lat,Ketua Urusan Ulamak Bukit Gantang dan Sdr Apardi Shaarie ,AJK Pas Kawasan Taiping.

Bagi YDP Pas Bukit Gantang,Ustaz Mohd Nordin Jaafar merupakan lantikan baru,beliau berazam akan membantu Majlis Perbandaran Taiping untuk meninggikan mutu perkhidmatan MPT untuk rakyat.

"Kita tetap bertugas sebagai ahli majlis " tegas Ustaz Mohd Nordin Jaafar,Yang Dipertua Pas Bukit Gantang ketika ditemui.




Friday, February 27, 2009

RINGKAS-PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG

Isu perkauman telah dimainkan oleh UMNO.Setelah 52 tahun kemerdekaan negara,isu lapuk dek zaman -isu perkauman mula didendangkan.Peti undi Melayu ,kritik Cina dan India,di peti undi Bukan Melayu hentam kaum Melayu.Edaran-edaran boleh berlakunya peristiwa 13 Mei telah mula kedapatan.Isu tidak selamat dan aman kini dijadikan momokan.

2. Calon Pas ,pengundi seramai lebih 55000 bolah menerima.Kita ada undi tegar lingkungan 16 ribu,kita dapatkan 10,000 undi ,insyaAllah BN mengalami mimpi ngeri sehingga PRU 13.Calon kita calon PAS FOR ALL.

3.Kedatangan Jentera negeri dan kawasan Pas semakin bertambah. Semuanya bersemangat untuk membantu 38 unit peti undi di tiga DUN.Negeri Selangor memimpin DUN Trong,Kelantan di Kuala Sapetang dan Terengganu di Changkat Jering.Jentera UPU taat setia dengan Jentera Operasi PrK Bukit Gantang yang dipimpin seorang pakar Hj Asmuni Awi.

Monday, February 23, 2009

MASUK UMNO DI BUKIT GANTANG

Heboh di kalangan orang UMNO Bukit Gantang ,tiga orang ahli PAS cawangan Changkat Ibol masukUMNO pada 22 Februari.Mereka itu pula diraikan oleh Dato' Zamrii Kadir.Kita ingin nyatakan siapakah mereka?: 1.Pak Teh Rahim
2.Pak Teh Zainol
3.Mat Rashid.

Bagaimana watak mereka,pilihanraya 8 Mac 2008 ,mereka tidak mengundi ,Tok Guru mereka yang menyebarkan fahaman Wahbi di Changkat Ibol menyatakan pilihanraya tidak sharie.Tahlil tidak sharie,talkin tidak sharie segala amalan Masyarakat Islam Malaysia semuanya haram.Kumpulan mereka yang cuba memukul Tuan Guru Ustaz Abdul Wahab (kini almarhum)Mereka tidak berminat solat jamaah di Masjid Changkat Ibol.Kumpulan itu apabila Tuan Guru Hj Hadi mengadakan Kuliah Subuh di Masjid Changkat Ibol tak hadir,jadi apa nak dihairankan 3 orang kuat bukan Pas kuat masuk UMNO.Osman Jailu pun terima apalah sangat 3 orang yang bukan mengundi kita pada PRU 12.
Lepas ini dikatakan penyokong Osman nak masuk UMNO,ditawarkan sesuatu ? Jadi betullah UMNO semakin hampir pupus.

Sunday, February 22, 2009

IKUT KEIKHLASAN ALMARHUM HJ ROSLAN SHAHARUM

23 Januari 2009,selepas ceramah bersama YB Ustaz Nasharudin Mat Isa ,sempat merawat seorang kanak-kanak perempuan.Itulah keistimewaan almarhum Hj Roslan Shaharum.

20 Januari 2009,masih sempat ziarah anak Ketua Kampung Air Putih Encik Shamsudin Tan yang OKU. Almarhum berjanji akan memberi sebuah komputer untuk anak Encik Shamsudin Tan.Siapalah agaknya yang dapat menunaikan hajat almarhum

Pada 20 Januari,sebagai Pengerusi Yayasan Perak,beliau menyumbang derma Yayasan Perak RM2000.00 untuk subsidi diesel, bagi SJKC Kuala Sanggar.

13 Januari 2009,bertemu pegawai PKNPK ,berkaitan rumah terbengkalai Taman Kamunting Bakti



Bertemu lagi,kami agak sibuk untuk menulis. Kerinduan kami terhadap Almarhum Hj Roslan begitu memuncak.,bertambah pula apabila terdapat mereka yang mengisahkan perjalanan hidup almarhum.Keikhlasan Hj Roslan tidak dapat ditandingi oleh kami.Betapa almarhum mengetahui kesusahan rakyat.Tidak pernah menolak permohonan rakyat ,keprihatinan almarhum susah untuk digambarkan.

Apabila bertemu rakyat dengan kekangan masa ,almarhum tetap ceria penuh bersemangat.

Aktiviti terakhir Hj Roslan ,bertemu masyarakat Cina di Kuala Sapetang dan Kuala Sanggar,dalam Dun Sapetang pada 20 Januari 2009. Paginya bertemu pengundi di Pasar Simpang.Sementara pada 21 Januari bertemu pengundi di Pulau Pasir Hitam.Semuanya program sempena tahun baru Cina.Teringat dalam satu dialog di Kg Benggali."Kita dijadikan berbilang kaum ,kenapa tidak boleh membantu semua manusia",sering disebut almarhum .

Ceramah tertakhir beliau bersama YB Ustaz Nasharudin Mat Isa,Timbalan Presiden Pas
Malaysia,pada 23 Januari dalam aktiviti wacana ilmu di Dataran Changkat Jering.Masih sempat melakukan pengubatan DarulShifak.Itulah ceramah terakhir,penulis menjadi pengerusi bersama almarhum. Dalam tepoh 24 Januari- 4 Februari beliau mempunyai aktiviti padat Ahli Parlimen Malaysia.Justeru dalam tempoh itu kami terasa rindu akan beliau.

Pada hari 09 Februari, 8.30 pagi sempat menelefon penulis ,bertanya program beliau.Penulis menjelaskan aktiviti tetap berjalan "Munajat Rakyat" . 11.45 pagi beliau diberitakan meninggal dunia. Alfatihah.
sgi 08.