BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, July 12, 2008

TAKLIMAT KETUA KAMPUNG ....


yb,yb dan penghulu2 mukim

12/07/08.
Majlis taklimat ketua kampung anjuran sekretariat parlimen Bkt Gantang dengan kerjasama Pejabat Daerah LMS,telah diadakan di dewan orang ramai Air Kuning.
En Meor Hezbullah selaku ketua penolong pegawai daerah (pembangunan)LMS,telah memberikan banyak maklumat,input kepada seluruh KK kaw Bkt Gantang yang hadir.Watikah perlantikan akan diadakan pada bulan ogos,sebelum itu pada 16hb /07 akan diadakan kursus yang akan dimaklumkan nanti tambah beliau.
Majlis turut dihadiri YB Roslan,YB Tai dan penghulu2 mukim.



Ketua kampung Mukim Bkt Gantang
Ketua Kampung Mukim Taiping
Ketua Kampung Mukim Matang
Ketua Kampung Mukim SgTinggi/Trong.
baspas:

Bantuan mangsa banjir kilat..

12/07/08.

Ahli Parlimen YB Roslan Shaharum telah menyampaikan bantuan peribadi kepada mangsa2 banjir kilat sekitar kg Bendang siam dan kg Batu9.


YB sedang menyampaikan bantuan


sedang menerima bantuan.



baspas:

Friday, July 11, 2008

Taklimat Ketua UPU.....


s/u seketariat sedang menjalankan taklimat

10/06/08
Pihak skretariat telah mengadakan satu taklimat gerak kerja untuk UPU dlm kaw Bkt Gantang.
S/U skretariat telah menerangkan cara2 gerak kerja dalam membantu penduduk dan ketua kampung dlm soal kebajikan dan sebagainya.
Solat hajat selepas taklimat telah diimamkan oleh Ust Basiron.


Petugas2 UPU dalam majlis.

baspas:

Thursday, July 10, 2008

SELAMATKAN KERAJAAN PERAK

Ipoh- Pesuruhjaya Pas Perak,Alfadhil Ustaz Ahmad Awang,merangkap Naib Presiden Pas ,Malaysia meminta ahli Pas, penyokong,pemimpin semua peringkat mengadakan
Solat Hajat.

Alfadhil Ustaz Ahmad Awang meminta rakyat yang cintakan keamanan dan kestabilan
politik memohon pertolongan ALLAH s.w.t agar memeliharakan Kerajaan Negeri Perak serta dijauhkan daripada usaha-usaha jahat musuh-musuh Islam.

Sehubungan dengan itu Jabatan Pilihanraya Pas Kawasan Bukit Gantang akan mengadakan
Solat Hajat pada malam ini,10 Julai di Markaz Negeri, Air Kuning ,Taiping.

Solat hajat selepas solat isyak pada 9.30 malam,dipimpin oleh Alfadhil Ustaz Basiron Lat.

"Semua pecinta Islam dijemput hadir" kata Shaharudin Ahmad Sani.



abdulrahman sgi .3.45 ptg

Wednesday, July 9, 2008

Telus dan Intergriti

Bukit Gantang- Dahulu lagi kita menghadapi karenah birokrasi Jabatan Kerajaan.

Apabila sekretariat mula beroperasi pada 17 Mac 2008,kita mendapat pelbagai aduan rakyat.

Setakat ini hampir 250 kes telah kita kendali ,ada yang berjaya diselesaikan.

Terdapat juga kes mengambil masa ,sehingga hari ini 9 Julai belum diselesaikan.Contoh satu
kes ,memohon bantuan bina rumah melalui sumbangan Pejabat Baitulmal LMS.

Terbaru sekretariat cuba membongkar satu isu mencuri pasir . Karenah jabatan yang berkaitan
melambatkan proses mengesan dan mencegah curi pasir.

Sehingga dibangkitkan perkara teknikal perlu diselesaikan di peringkat daerah,tanpa perlu merujuk Menteri Besar barulah hendak diambil tindakan.

Menurut Fadhil Idris" Isu ini akan meletup". Sementara itu menurut Shaharudin Ahmad Sani,
"Apa yang penting ketelusan dan mengikut peraturan."

"Kenapa doket tidak dikeluarkan untuk membawa keluar pasir?" tegas Shaharudin lagi.

Bagi penulis pihak kerajaan tidak rugi ,alam tidak tercemar.Tahniah pegawai-pegawai
Hj Roslan Shaharum , teruskan kecemerlangan memberi perkhidmatan kepada rakyat.



abdulrahman. 3.35 pm.

TAKLIMAT KETUA KAMPUNG

Satu majlis taklimat untuk Ketua Kampung Kaw Bkt Gantang akan diadakan didewan orang ramai Kg Air Kuning.

  • tempat :Dewan orang ramai Kg Air Kuning.
  • tarikh : 12/07/08
  • jam :10pagi
  • Peserta : semua ketua2 kampung dalam kaw Bkt Gantang.

Diantara lain dlm majlis tersebut akan diberikan taklimat cara dan kaedah pengurusan kampung..

Majlis anjuran Pihak Sekretariat Parlimen dengan kerjasama Penghulu2 Mukim dalam kaw Bkt Gantang akan turut dihadiri YB Roslan,YB Osman dan YB Tai.

baspas:

Tuesday, July 8, 2008

YB ROSLAN SHAHARUM dilantik Pengerusi Yayasan Perak


IPOH, 8 Julai (Hrkh) - Bekas Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Perak yang baru menggantikan Bekas Ahli Parlimen Grik, Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh.
Roslan Shaharum yang menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang, menggantikan Wan Hashim berkuatkuasa 1 Julai lalu.
Beliau berkelulusan Sarjana Pembangunan Sumber Manusia dari Unuiversiti Pertanian Malaysia (UPM).
Majlis penyerahan tugas telah diadakan pada majlis ringkas petang semalam dengan disaksikan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Ketika ditemui, Roslan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Perak kerana memberikan kepercayaan kepadanya memimpin Yayasan Perak
"Saya akan berusaha sedaya mungkin bagi memberikan khidmat terbaik," katabeliau..

baspas:

Monday, July 7, 2008

Perak bekal air paip percuma


Jul 7, 08 4:57pm
Selepas Selangor memberikan 20 meter padu air percuma, kini Perak - sebuah lagi kerajaan Pakatan Rakyat - turut memperkenalkan langkah serupa untuk mereka berpendapatan rendah.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata penduduk berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan akan mendapat kemudahan itu bermula Ogos ini.

Selangor, yang menunaikan janji dalam manifesto PAS dan PKR, mula melaksanakan kemudahan itu bulan lalu seluruh negeri kepada pemilik meter air individu.

Menteri besar Perak menambah, 15,000 penduduk miskin di negeri ini dikenal pasti bakal menerima manfaat itu dengan anggaran kos perbelanjaan yang ditanggung Lembaga Air Perak (LAP) sebanyak RM2 juta sebulan.

"Pemberian air percuma itu adalah sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk miskin di Perak bagi meringankan beban mereka berikutan harga barang yang semakin meningkat," katanya hari ini, lapor Bernama. sumber:malaysiakini



baspas:

DARI SISI BUKIT- RASIONAL

Baru-baru ini 30 jun 2008 berlaku banjir kilat,dianggarkan terdapat 200 keluarga yang terlibat.Kawasan sekitar Kg Tupai,Larut Tin ,Taman Sri Kota dan Jelapang,Simpang ditenggelami air sekitar beberapa jam.Banyak penduduk bersungut ketiadaan bantuan,banjir kilat tidak dikira sebagai perlu dipertimbangkan.

Sisi Bukit- RM 30 000 peruntukan untuk bantuan kecemasan bagi satu tahun untuk daerah
sudah tidak mencukupi. Saranan kami lebihkan mungkin RM 1 JUTA, untuk semua bencana
termasuk banjir kilat.


Menurut MB Perak,kini terdapat individu dan kumpulan yang cuba menimbulkan suasana
tidak aman penduduk.Kumpulan itu menyatakan Kerajaan Perak,kerajaan boneka.

Sisi Bukit- Saranan YAB MB perlu diambilkira, kita kena hormat dengan DYMM Sultan yang memberi kebenaran kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Perak. Adakah kita hendak
dipanggil derhaka kepada DYMM SULTAN.


Pihak sekretariat Parlimen, membuat siasatan terhadap projek yang menimbulkan unsur penyelewengan dan rasuah. Terdapat ketidakseragaman antara jabatan kerajaan.

Sisi Bukit - Mereka cuba merasuah untuk menutup kes. Bagi kita ketelusan dan intergriti
adalah penting.



abdulrahman .sgi . 2.29 pm

Sunday, July 6, 2008

CERAMAH PERDANA BERSAMA D S ANWAR IBRAHIM


SEMUA DIJEMPUT HADIR 8 JULY 2008 JAM 9.00 MALAM.