BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Friday, August 29, 2008

Kutu-kutu di SUK


Hari ini aku baca kat NST, Menteri Besar Perak mengarahkan semua pelawat perlu meninggalkan beg dan handphone kepada pegawai bertugas ketika hendak berjumpa MB atau EXCO.
Hari tu aku dah kata, Pejabat MB dan SUK dah jadi macam pasar borong. Macam-macam manusia ada kat sana. Ada yang betul-betul susah, datang nak minta bantuan, ada yang minta rekomen, ada yang datang nak duit kopi. Pasai apa semua perlu datang ke SUK nak minta tolong?
Sepatutnya, rakyat perlu diberitahu kat mana nak mengadu, yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Bayangkan ada yang datang dari Bagan Datoh, nak minta EXCO selesai masalah tanah. Ada yang datang dari Bagan Serai, nak selesai pembahagian harta. Ni semua kerja gila. Aku tau, banyak pusat khidmat masyarakat ADUN dah dibuka, tapi perlu bagi tau kat orang ramai la. Kadang-kadang kesian tengok Mak Cik yang naik bas dari Kuala Kangsar, pergi pejabat SUK nak selesai masalah dia.
Aku tau, tujuan MB mengeluarkan arahan ini adalah untuk mengelakkan sabotaj dari puak-puak Ameno, tapi jangan la bebankan makcik-makcik dan opah-opah yang betui-betui datang nak minta pertolongan. Arahan tersebut sepatutnya ditujukan kepada kutu-kutu yang cari makan kat SUK.
Sejak PR memerintah, ramai kutu-kutu yang dulunya barua-barua Umno, sekarang beralih kepada PR. Masing-masing mengaku kenal MB, kenal EXCO, kenal YB… sapa nak kontrak, nak projek, depa boleh tolong. bukan sorang dua, tapi ramai.
Kerja depa duduk kat kafetaria SUK atau kat Kluang Station Cafe.Kalau dengar sembang, boleh ambil jadi menantu. Roslan Sahat yang kena cekup BPR, dituduh bersama dengan EXCO PKR tu pun kerja macam tu jugak. Dia mengaku, dia adalah Penasihat GLC bagi PKR Perak. Sapa nak buat investment kat Perak, boleh jumpa dia. Janji jolok sikit la. Orang macam ni memang pandai cakap, sampai Usaili pun boleh kena sembelih.
Ada lagi sorang yang aku kenai. Sekejap dia mengaku Pegawai Khas MB. Pi tempat lain, dia kata dia Pegawai Khas Pengarah Penerangan Negeri. Hari tu dia tipu orang PKR kat Kuala, sapa nak beli baju korporat lambang PKR, boleh order kat dia. Duit semua dah ambil, baju masih tak sampai. Kemudian dia pi masuk kampung-kampung, bawa borang dermasiswa Yayasan Perak. Kalau bagi kat dia RM50.00, dia boleh bawa borang tu terus kat MB. Gerenti dapat…..tapi habuk pun tarak.
Tadi aku pergi kat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lubuk Merbau. Ada sorang Mat Arop tu, dah jadi Pembantu Khas Hj. Zainudin, EXCO Perak. Tapi bila nampak aku, dia lari. Pasai dia pernah songlap duit aku RM130.00. Muka dia ni, sebut saja kat Kampong Station, semua orang tau kaki belit. Puih!! Masa kempen, …..aku tak mau nak ungkit lagi la… tapi malaun macam ni boleh jadi Pembantu Khas EXCO…apa dah jadi?
Malaun-malaun macam ni la yang akan menjatuhkan PR diPerak nanti. Pemimpin-pemimpin PR Perak kena tengok dulu orang yang depa ambil. Jangan sebab nak ambil hati orang Umno, hangpa pi kutip semua kutu-kutu ni masuk geng hangpa. Tukang pasang bendera, tukang bentang tikaq masa ceramah dulu, hangpa buat tak tau. Orang yang tolong menaikkan hangpa, hangpa tinggal…hangpa pi ambil geng-geng BN…kononya nak menangi undi depa. Orang ni la yang jatuhkan hangpa balik nanti.
Ada tiga lagi ADUN, yang kalau tak jaga-jaga, akan jadi macam EXCO PKR. Dua dari DAP, satu PKR. Tiga orang ni dah kena marked. Silap langkah, masuk lubang.
Pegawai-pegawai tinggi kerajaan pun ramai yang nak sabotaj PR Perak. Kena perhatikan Pengarah Perhutanan Negeri tu… tok sah kat EXCO, silap-silap MB pun tumbang. Macam mana 16 syarikat diberikan kelulusan untuk membalak? kebanyakannya diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipunyai oleh orang Umno.
Setiausaha Kerajaan Negeri tu pun, kalau boleh tukarkan saja. Hari tu, dia cadangkan supaya dua EXCO Perak ini digantung tugas! Hello brader! Dua ekoq ni bukan pegawai kerajaan, depa ni pegawai yang dilantik untuk memegang jawatan politik, yang bukan ada kuasa eksekutif!
PR Perak bukan saja menghadapi lawan diluar macam UMNO/BN, tapi ramai lagi pegawai-pegawai kerajaan yang karat dengan Umnonya.
Kutu-kutu macam ni patut dibersihkan.

sumber:http://perakexpress.com/?p=1073

baspas:

Merdekakah kita!

'Dan di antara manusia ada orang yang berkata,"kami beriman kepada ALLAH; maka apabila disakiti (kerana ia beriman) kepada ALLAH,ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab ALLAH.Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu,mereka pasti akan berkata;"Sesungguhnya kami adalah bersertamu'.Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada mereka? Dan sesungguhnya ALLAH benar-benar mengetahui orang-orang yang beriman ,dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang munafiq'
Ankabut;10-11

Ayat ini lelas membayangkan kewujudan golongan yang oppurtunis dari sebarang keadaan yang dialami jamaah.Mereka ini meminggirkan diri semasa susah sebaliknya menonjolkan diri ketika senang.Membiarkan sebahagian kita menjadi korban perjuangan tanpa sebarang pembelaan yang sewajarnya adalah satu tindakan yang tidak sewajarnya malah menzalimi saudara sejamaah.Apatah lagi bertindak menikam dari belakang ataupun membiarkan jamaah tertekan meranduk kegelapan undang-undang draconian.

Tindakan parlimen menggubal akta-akta yang menghakis hak-hak kebebasan rakyat mesti dihentikan.Justeru itu langkah ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan untuk membuktikan
kita mahu ketelusan dan kajian mendalam oleh mereka yang pakar dalam bidan DNA.

Dialog peradaban antara kaum perlu direalisasikan oleh kerajaan Pakartan Rakyat.Isu perkauman sempit tidak perlu diutarakan. Sewajarnya kita merapatkan perpaduan yang tidak mampu dicapai oleh BN sepanjang pemerintahan mereka.Kenyataan seorang ketua UMNO bahagian yang menganggap orang Cina sebagai penumpang perlu diambil perhatian.Ini menujukkan mereka tidak merdeka.Masih duduk dibawah kepompong pemikiran penjajah.
Merdekkah kita jikalau masih tidak menerima hakikat negara kita negara berbilang bangsa agar kita saling mengenali.

Dasar Pas sejak 1951 perlu dipertahankan ."Sesungguhnya agama(yang benar dan diredhoi)di sisi ALLAH Islam "Al Imran : 19

Kita mesti yakin Islam sebagai dasar perjuangan . Pas For All menunjukkan keyakinan kita,dan diterima ramai.Namun begitu kita mesti beramal dengan Islam baik melalui perbuatan (bi al-hal)mahupun perkataan(bi al-qaul).

Marilah kita bersedia membina Malaysia baru .Pemerintahan baru kelak berupaya untuk memperluaskan lagi konsep keadilan,ketelusan dan berkebajikan kepada rakyat. Gagasan ini boleh diterjemahkan jikalau harapan ini disahut oleh Ahli Parlimen.Marilah kita bersama-sama berkongsi komitmen rakyat ke arah Malaysia baru.

Bagi kita jadikan Bulan Ramadhan 1429 ini memulakan gagasan Malaysia baru.
Selamat Merdeka dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak.


sisibukit 11.50 am.

Thursday, August 28, 2008

ketua2 kampung..DUN Chngt Jering menerima sumbangan


T/Ydp Pas Kaw bersama Kapt Osman


YB Osman sedang menyampaikan sumbangan
28/08/08.
Yb Kapt Osman selaku ADUN Changkat Jering menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada ketua-ketua kampung dlm dun Changkat Jering untuk majlis -majlis dibulan Ramdhan ini.
Beliau turut menyentuh tentang operasi pihak pembangkang untuk menguling kerajaan PR di Negeri Perak dan mencemarkan nama baik PR dalam PR kecil Permatang Pauh.
2 minggu yang lepas beliau masih lagi ditawarkan dengan satu jumlah yang besar untuk menyertai BN..alasan-alasan mereka Perak diperintah oleh Cina,tetapi beliau menolak dengan baik,akhirnya beliau dan rakan diperangkap.
Beliau turut yakin kes yang difailkan keatas beliau akan gagal, beliau dan rakan telah memfailkan saman malu keatas pihak-pihak tertentu .

baspas:

Tuesday, August 26, 2008

keputusan permatang pauh

????????????

DSAI++++=31195
ARIF SHAH bn==15524
AKIM==92
MAJORITI==15671.

Monday, August 25, 2008

2 EXCO PERAK DIIKAT JAMIN

25/08/08..

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini membebaskan kelima-lima tertuduh didalam kes rasuah yang membabitkan dua Exco Perak dengan ikat jamin.

Jamaluddin Mohd Radzi (Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan) dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM8,000.00 manakala Kapt (B) Osman Mohd Jailu (Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO) dibenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000.

Sementara itu, Ketua Bahagian PKR Parit, Kapt (B) Usaili Alias dibenarkan ikat jamin sebanyak RM31,000.00, Ahli Majlis Perak Tengah, Zul Hassan sebanyak RM3,000.00 dan Juruteknik PKNP, Roslan Sahat sebanyak RM10,000.00.

Dimasa yang sama juga, Kerajaan Negeri Perak memfailkan saman RM100 juta ringgit terhadap BPR jam 9 pagi tadi dan writ saman akan diserahkan kepejabat BPR negeri jam 2 petang ini.

SUMBER:http://perakexpress.com/?p=956

baspas:

Penafian RAMLANG PORIGI

PERMATANG PAUH:24/08/08.
Mesjid Bandar Baru Perda.
Malam Munajat bersama Tuan Guru Nik Aziz turut disertai Ustaz Ramlang Porigi,saksi sumpah M Saiful.

Ustaz Ramlang dalam ucapan ringkas beliau ,sumpah laknat yang dibuat saiful adalah salah dan ditanggung oleh dia(saiful) sendiri,tidak ada kene mengena dengan saya,saya yang menghadiri majlis nikah disitu diarahkan pihak tertentu untuk duduk dan dengar sumpah saiful.

Walau pun beliau ahli umno tapi dalam soal sumpah saiful beliau tidak terlibat,dan cara sumpah saiful adalah salah tegas beliau.
saya memang imam bertugas dimesjid itu.

Ramlang sedang berucap didepan jemaah mesjid


Ribuan hadir dalam program munajat dan pengakuan Ustaz Ramlang.

baspas: