Dalam ucapan YB TAI beliau turut menyentuh ttg projek-projek yang dapat memajukkan penduduk kampung,beliau turut meminta penduduk menubuhkan Koperasi agar mudah menyalurkan sebarang bantuan/projek..yg kelak menguntungkan penduduk setempat.
Saturday, May 17, 2008
Perjumpaan penduduk Matang Gelugor bersama YB
Dalam ucapan YB TAI beliau turut menyentuh ttg projek-projek yang dapat memajukkan penduduk kampung,beliau turut meminta penduduk menubuhkan Koperasi agar mudah menyalurkan sebarang bantuan/projek..yg kelak menguntungkan penduduk setempat.
Posted by
parlimen059
at
7:41 PM
0
comments
Friday, May 16, 2008
Gambar :Taklimat di Rumah MB Perak.
Posted by
parlimen059
at
12:28 PM
4
comments
Labels: kaw bkt gantang
PENANTIAN ZABIDAH SELAMA 7 TAHUN>>>>
Pihak Kontraktor sedang menjalankan kerja
PN zabidah dgn senyum membuka Paip Air
LARUT TIN :16/05/08
Penantian selama 7 tahun seorang penduduk Zabidah dari Kampung tersusun Larut tin sambungan,untuk mendapatkan bekalan Air , akhirnya berakhir hari ini bila pihak seketeriat Parlimen Bkt Gantang dengan kerjasama Pejabat Daerah,LAP dan Pihak Kontraktor berjaya memasang bekalan Air pada pagi ini +- jam 11.00 pagi.
Pn zabidah,kakak,SU Rukun tetanga, Ajk seketeriat.
PN Zabidah menunjukan tangki utk menakung air hujan
Kami selama ini bergantung pada air hujan untuk keperluan seperti mandi dan sbgnya ,dan mengambil air dari rumah ibu dilorong sebelah ...bila ditanya oleh ajk seketeriat bagaimana beliau uruskan diri dan keluarga selama ini.
Mohd Noor selaku Setiausaha RT turut mengucapkan ribuan terimakasih pada pihak -pihak yg telah memberikan kerjasama sehingga berjaya dimasukkan bekalan Air.
AJK seketeriat mengucapkan ribuaan terimakasih pada Pejabat Daerah dan LAP yg telah memberikan kerjasama yg cukup baik dan turut mengucapkan terimakasih Pada pihak Kontrakter yg telah memberikan kerjasama yg cukup baik dan memberikan Potongan Istimewa untuk kerja-kerja yg dilakukan.
baspas:
Posted by
parlimen059
at
11:30 AM
0
comments
JAWATAN KOSONG
PEMBANTU PENYELIA KESELAMATAN/KONSTABLE POLISBANTUAN TM (GREDSK) KELAYAKAN SPM SILA DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT
:http://www.tmcareer.com.my/
baspas:
Posted by
parlimen059
at
11:28 AM
0
comments
Thursday, May 15, 2008
5 MB Pakatan Rakyat ajak rakyat boikot akhbar Utusan
Salmiyah Harun Thu May 15, 08 3:45:01 pm MYT
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Majlis Menteri-menteri Besar lima buah negeri yang ditadbir di bawah Pakatan Rakyat, menyeru rakyat supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. -->-->
Salah seorang ahli majlis, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berpendapat akhbar itu bersikap keterlaluan dan tidak profesional serta tidak adil, kerana terus memburuk-burukkan serta memutar-belit berita tentang pentadbiran negeri dan juga gabungan Pakatan Rakyat.
Khalid juga menegaskan akhbar terbabit membesar-besarkan isu untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap pentabiran serta parti dan juga membakar api perkauman yang sempit.
Katanya, semua ahli majlis ini meminta semua jabatan dan institusi kerajaan di lima negeri di bawah pentadbiran Pakatan berhenti membeli akhbar tersebut dan juga berhenti memberikan iklan kepada mereka.
Justeru, ahli majlis ingin menyeru supaya semua pembaca Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia berhenti membeli akhbar tersebut serta-merta.
Sehubungan itu, katanya, para pemimpin parti-parti dalam Pakatan Rakyat kesal dan bimbang kerana kontroversi mengenai kuasa serta kedudukan
Raja-Raja dipolitikkan secara besar-besaran dan tidak bermaruah, terutama oleh media milik parti-parti dalam kerajaan BN Pusat dan sesetengah pemimpin Umno.
"Kami berpendirian tegas mendukung kedudukan Raja-Raja sebagai Raja ber-Perlembagaan, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, semua pihak harus menerima bahawa seseorang Menteri Besar mempunyai bidang kuasa untuk memindahkan mana-mana pegawai eksekutif di negerinya.
Namun, katanya, bagi jawatan yang berkaitan dengan Majlis Agama Negeri, Sultan sebagai Ketua Agama Negeri seharusnya dirujuk terlebih dahulu.
Justeru, Ahli Majlis Menteri-menteri Besar menegaskan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi DAP Yb Karpal Singh adalah pandangan beliau dari perspektif undang-undang.
"Kami menerima penjelasan YB Karpal Singh bahawa beliau tidak bertujuan untuk menghina Sultan. Kami berharap semua pihak akan menerimanya juga dan berhenti segera dari menggembar-gemburkan isu ini sehingga boleh menimbulkan ketidakstabilan dan ketegangan kaum," kata Khalid. - mr
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14484&Itemid=85
baspas:
Posted by
parlimen059
at
4:07 PM
0
comments
Pejabat DAP Perak dilontar bom petrol awal pagi ini
IPOH, 15 Mei (Hrkh) - Bernama melaporkan ibu Pejabat DAP Perak di Bandar Ipoh Raya di sini dilempar bom petrol oleh dua lelaki awal pagi ini menyebabkan dua letupan kuat berlaku. -->-->
Kejadian pada pukul 2.20 pagi tadi disedari oleh seorang pengawal keselamatan Ammeri Ahmad, 45, yang ketika itu bertugas di sebuah sekolah berhampiran pejabat itu yang kemudian menghubungi pihak polis.
Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. Dua tingkap pejabat itu mengalami kerosakan.
Ketika ditemui, Ammeri berkata beliau melihat dua lelaki melemparkan sesuatu ke tingkap atas pejabat itu menyebabkan dua letupan kuat berlaku. Katanya apabila beliau menghampiri pejabat berkenaan, dua lelaki itu melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.
Pengerusi DAP Perak Dato' Ngeh Koo Ham menganggap kejadian itu bermotif politik dan berharap polis membuat siasatan rapi.
"Ia merupakan satu cubaan untuk membakar pejabat DAP yang dipercayai dilakukan oleh mereka yang ada unsur khianat kepada parti," katanya ketika melawat pejabat itu pagi ini.
Ngeh, yang juga Anggota Exco Kanan Negeri, meminta masyarakat menghormati kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS yang kini memerintah Perak kerana ia adalah pilihan rakyat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Idris Abdullah ketika dihubungi berkata siasatan sedang dijalanan mengikut Seksyen 435 kerana khianat dengan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.
"Belum ada tangkapan dibuat," katanya.
Anggota Bomba dan Penyelamat Ipoh dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima maklumat kejadian pada pukul 3 pagi. - mr
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14481&Itemid=28
baspas:
Posted by
parlimen059
at
1:15 PM
2
comments
Tuesday, May 13, 2008
Bathing, washing with drain water
E. Chandran and his wife M. Danaletchumy, both in their 30s, failed in their application for piped water supply from the Perak Water Board (PWB) as they could not produce the land title for their house.
Danaletchumy said her mother, P. Segamani, 66, and her three school-going children C. Khesavinnothini, 11, Thanneswaran, nine, and one-year-old Divyasree were used to bathing with water from the drain.
“We use the water from the drain which originates from a swamp behind our house to bathe and wash.
That's the drain: Ponni showing the source of her water supply.
“As for our supply of drinking water, we pay our neighbour 30sen per gallon of water,'' she said.
Danaletchumy said she found out that her land title had been approved by the district land office but the family did not have the money to pay the land premium.
Her neighbour S. Ponni, a single mother, said she used a small electric pump to siphon water from the drain.
The plight of Ponni and her seven-month-old son S. Thushanthkumar recently caught the attention of Persatuan Pekhidmatan Komuniti Taiping’s (Esda) founding director Stephen Chow who pledged to find the family a house with piped water.
Bukit Gantang MP Roslan Shaharum’s aide, Basir Ahmad, said he would seek a waiver of the ruling requiring a land title to be produced before piped water could be connected under the present Pakatan Rakyat-led Perak Govern-ment.
“Recently, we connected tap water supply to the home of an elderly woman in nearby Larut Tin after she failed to get tap water supply for the past eight years,” he said.
Posted by
parlimen059
at
1:41 PM
0
comments
Monday, May 12, 2008
UCAPAN YDP PAS KAW BKT GANTANG
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Mohd Nordin Jaafar ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bukit gantang kali ke-41 merakamkan sekalung penghargaan kepada semua petugas pilihan raya di semua peringkat atas kerja keras yang telah dicurahkan dalam pilihan raya yang lalu. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada penderma-penderma yang membantu PAS untuk mengalahkan Barisan Nasional. Beliau juga turut berasa amat terhutang budi dan mengucapkan terima kasih kepada Kelab Penyokong PAS yang bertungkus-lumus menaburkan keringat untuk membantu kemenangan yang diperoleh oleh Pakatan Rakyat bagi Parlimen Bukit Gantang dan dua DUN iaitu Changkat Jering dan Kuala Sapetang.
Namun, beliau mengingatkan semua perwakilan supaya sentiasa menginsafi bahawa kemenangan yang dikecapi adalah anugerah Allah SWT yang berupa suatu peransang untuk meningkatkan keyakinan dan kesungguhan untuk bekerja dalam kalangan para petugas di samping memberikan suatu amanah untuk dipertanggungjawabkan kepada semua pendukung PAS Kawasan Bukit Gantang. Perubahan kecenderungan pengundi dalam pilihan raya ke-12 merupakan suatu lakaran baru dalam politik tanahair. Beliau meminta agar setiap ahli PAS sentiasa memelihara hubungan baik dengan kaum India/cina di samping sentiasa berusaha untuk mendampingi mereka.
Ustaz Nordin juga menyeru kepada semua ahli untuk bekerja lebih gigih dan kuat lagi untuk memikat hati pengundi. Kemenangan yang diperoleh berupa anugerah Allah. PAS perlu mengorak langkah mendahului dalam menyusun gerak kerja untuk mendahului dalam usaha menangani permasalahan rakyat. Segala gerak kerja perlu dirancang dengan baik dan teratur di samping sentiasa bekerja sama dan bergabung tenaga untuk memenuhi segala janji yang telah ditaburkan kepada rakyat. Beliau mengingatkan ahli bahawa untuk “mendapatkan kemenangan” lebih mudah berbanding dengan “untuk mengekalkan kemenangan”.
Isu tentang ketuanan Melayu yang ketika ini menjadi isu hangat juga diulas oleh yang Dipertua PAS Kawasan. Beliau mempertikaikan tentang keikhlasan UMNO untuk membela kaum Melayu kerana banyak bukti menunjukkan bahawa UMNO lah yang mengadai ketuanan Melayu demi kepentingan diri masing-masing. Malah UMNO sendiri yang menunjuk jalan kepada orang lain untuk berani berlaku biadap kepada Istana sebagai mana yang berlaku di Terengganu/Perlis. Beliau menyarankan supaya setiap ahli PAS sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kaedah yang akan digunakan oleh UMNO untuk melemah dan memusnahkan PAS. Ahli PAS perlu berpengetahuan luas untuk menangkis segala tohmahan tersebut di samping mengatur strategi untuk melakukan serangan balas.
Di akhir ucapan, beliau meminta semua hadirin supaya sentiasa berpegang kepada tujuan dan matlamat perjuangan dalam PAS yang juga merupakan badan dakwah dan bukan parti politik semata-mata. Ahli PAS perlu menunjukkan teladan yang baik untuk menawan hati orang luar agar lebih dekat dengan PAS.
:baspas
Posted by
parlimen059
at
7:18 AM
0
comments
Labels: kaw bkt gantang
Sunday, May 11, 2008
Mesyuarat Agung Ke41 Pas Kaw Bkt Gantang
Posted by
parlimen059
at
8:20 PM
0
comments
Labels: kaw bkt gantang
YB Roslan Bersama YB Osman di Dewan org ramai Air Kuning
10/05/08 jam 10 pagi.
Posted by
parlimen059
at
6:29 PM
0
comments
Labels: kaw bkt gantang