BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Thursday, April 3, 2008

GAMBAR /SENARAI BARISAN EXCO NEGERI PERAK




bapas

Tuesday, April 1, 2008

AMBIL KESEMPATAN?

Taiping,1 April 2008- Dewasa ini banyaknya penyokong PAS dan Keadilan. Rata-rata yang ditemui mengaku menjadi penyokong PAS sejak 50 tahun lalu.Malah batang hidung mereka sewaktu kempen selama musim pilihanraya dahulu pun tak nampak.
Tegasnya jasa-jasa pejuang-pejuang Islam dahulu tidak diambil kira."Jangan lupa pejuang kita , dahulu cabaran adalah kuat,ibarat dagang" kata Pak Long.
Petugas-petugas BA yang ditemui berharap Kerajaan Rakyat tidak lupa dengan janji.
Rakyat berharap kerajaan Barisan Rakyat tidak membazir khazanah negara. Harta negeri perlu diagih secara adil tanpa perbezaan warna kulit dan agama. Sikap bongkak lagi sombong perlu ditinggalkan.
PAS dengan perjuangan Islam, dalam slogan kempennya Kerajaan Beramanah, Adil dan Berkebajikan perlu diteruskan . Petugas-petugas BA perlu mesra rakyat. "Ingat untuk mengurus kemenangan amat sukar" kata Pengarah JPK Pas Bukit Gantang. saspas

Exco kanan ganti jawatan timbalan menteri besar perak

9.10am 1 AprIPOH: Kerajaan negeri pakatan PAS, DAP dan PKR tidak mewujudkan jawatan timbalan menteri besar yang tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak sebaliknya melantik wakil DAP sebagai Exco kanan.
Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dilantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri dengan memegang portfolio Kewangan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga, Air dan Hal Ehwal Bukan Islam.
Difahamkan jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam adalah portfolio baru yang diwujudkan kerajaan negeri.
:baspas

Monday, March 31, 2008

SENARAI EXCO NEGERI PERAK

Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin. Menteri Besar bertanggungjawab bagi portfolio Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan dan Pembangunan Luar Bandar
1. Ngeh Koo Ham (Adun Sitiawan): Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam.
2. Nga Kor Ming (Pantai Remis): Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam.
3. A. Sivanesan (Sungkai): Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia.
4. Seah Leong Peng (Pasir Bedamar): Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan.
5. Chen Fook Chye (Keranji): Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna.
6. Su Keong Siong (Pasir Pinji): Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi.
7. Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang): Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian dan Perdagangan.
8. Tai Sing Ng (Kuala Sepetang): Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Penerangan.
9.Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering): Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
10. Mohd Zainuddin Mohd Yusof (Lubuk Merbau): Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan.
:baspas

Sunday, March 30, 2008

Satu cawangan MIC Jebong Estet ,Simpang Halt Bubar

TAIPING,SABTU- Masyarakat India kini telah bersatu untuk bersama Barisan Rakyat.Sebanyak 110 orang telah menyerah borang menjadi AHLI KELAB PENYOKONG PAS Kawasan Bukit Gantang,malam tadi.(29/03/08)

Penyerahan borang berlangsung penuh dengan semangat perpaduan.Borang-borang diserahkan kepada YB Haji Roslan Shaharum,Ahli Parlimen Bukit Gantang.Dalam ucapan YB,beliau berharap masyarakat India tidak lagi bergantung kepada MIC.

Kini ,kerajaan yang mememerintah Perak,kerajaan Barisan Rakyat. Justeru itu menjadi tanggungjawab kita membantu penduduk India ,Cina dan Melayu.Beliau berjanji akan membela nasib rakyat Parlimen Bukit Gantang tanpa mengira warna kulit dan agama.

"Kita akan membantu rakyat,bersama-sama wakil rakyat kita, YB Kapten(B) Osman Jailu ADUN Changkat Jering dan YB En Tai Sing Ng ADUN Kuala Sapetang."kata Hj Roslan.Beliau berharap di masa hadapan kita dapat membentuk Kerajaan Malaysia. Dengan ini

akta zalim ,AKTA ISA dapat dimansuhkan. Mereka yang bersalah perlu dibicarakan bukannya memisahkan meraka daripada kaum keluarga.Beliau bersimpati dengan nasib mereka yang ditahan di bawah Akta ISA.

Berkaitan masalah banjir ,yang baru-baru ini melanda kampung Simpang Halt dan kawasan sekitarnya,pegawai khas beliau telah berurusan dengan Jabatan Parit & Saliran.Harapan beliau agar masalah ini dapat diselesaikan segera."Masalah tuan-tuan,masalah saya juga."
:saspas