BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Showing posts with label sekretariat. Show all posts
Showing posts with label sekretariat. Show all posts

Tuesday, December 16, 2008

MB bersama pelanggan di Daerah LMS


ahli-ahli majlis.....para hadiran sedang mendengar ucapan MB

16/12...Dewan MPT kamunting...Lawatan kerja MB ke daerah Taiping mendapat sambutan menggalakan..

diantara ucapan MB Dato seri Ir Hj Nizar Jamaludin.

  • 51 tahun kita dirosakkan minda oleh pemimpin terdahulu , perkauman dan sebagainya,menyaran menolak parti politik yang membawa perkauman.

  • Kutipan PTD meningkat sehingga 36juta walau pun yang dijangkakan sekitar 33 juta
  • Pakatan Rakyat tidak membenarkan sebarangan kelulusan projek berdasarkan aspek perkauman,parti politik atau kaum keluarga,kita berharap berikan hak kepada yang berhak.


menyampaikan geran tanah


  • Bantuan kepada SAR dan sek-ek cina.tiada sekolah tamil persendirian di perak jadi tiada bantuan(jawapan kepada soalan yang di ajukan).
  • rasuah akan menghancurkan diri dan negara....sebagai contoh kes bkt antarabangsa..dipercayai ujud unsur-unsur rasuah sebelum pembinaan..pada tahun 2003

sidang akhbar......
  • tubuhkan satu kawatankuasa khas untuk menangani masaalah +- 40 ribu pekerja dari perak yang akan diberhentikan oleh K`jaan Singapura..yang dipengerusikan oleh YB Sivanesan


seketeriat bersama YB-YB dan MB....

  • beliau turut ucapkan ribuan terimakasih diatas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.
  • turut menasihati semua kakitangan k`jaan Perak menjalankan tugas dengan lebih efsiyen jauh unsur-unsur negatif.....kita akan dipersoalkan di Akhirat kelak dengan tanggung jawab dan amanah yang diberikan pada kita...

baspas:lagi gambar-gambar majlis....sila lihat kiri...

Sunday, October 5, 2008

SELAMAT JALAN...MEMANDU DENGAN PENUH BERHEMAH

05/08/..AHAD.TOL CHANGKAT JERING.
Kakitangan Plus turut diraikan

Penguna-penguna lebuhraya yang balik kedestinasi masing-masing selepas seminggu dikampung menyambut Raya ,diraikan sekali lagi oleh Ahli Parlimen Yb Roslan Shaharum bersama Rombongan Pas Kawasan Bukit Gantang di Pondok Tol Changkat Jering.
Mereka dibekalkan dengan minuman dan risalah.. Memandu dibawah
Naungan Ilahi/Memandu secara Berhemah.
klik disini untuk baca risalah seterusnya
http://parlimen059.blogspot.com/2008/10/kempen-jalan-rayaahli-parlimen-bukit.html


sebanyak 600 bungkusan diagihkan

Yb sedang menyampaikan risalah.

gambar2 sila klik folder gambar

baspas:

Friday, September 19, 2008

51 TAHUN MERDEKA- YAB MB TAZKIRAH DI MASJID SIMPANG


jemaah memenuhi ruang masjid

Simpang,Taiping- YAB Menteri Besar Perak,bersyukur masyarakat Simpang dapat memakmurkan Masjid Ikhwaniah ,untuk bersolat jamaah,solat tarawih dan bertazkirah .Beliau memuji Pengerusi Masjid Encik Yahya Seliman dan ahli jawatankuasa masjid yang bekerjasama dengan Sekretariat Parlimen Bukit Gantang menjayakan program malam ini , 18 Ramadhan.

YAB MB sedang menyampaikan Tazkirah.
"Langkah-langkah untuk memakmurkan masjid perlu disokong." tegas MB.Beliau menegaskan solat sebagai tiang agama perlu ditekankan. "Biar masjid penuh selepas ramadhan ini,biar 11 bulan berikutnya kita terus bersolat jamaah,sekurang-kurangnya sembahyang Maghrib dan Isyak" saran MB.

Beliau menyatakan ,biarlah kita melaksanakan langkah-langkah yang mudah dan dibolehkan dilaksanakan tanpa memikirkan perubahan -perubahan dasar yang lebih besar."Saya telah melancar kempen bulan sembahyang di Ipoh,pada bulan Rejab yang lalu" tegas MB lagi.

"Saya meminta rakyat Perak,bersembahyang,Tuan Pegawai Daerah meminta rakyatnya bersembahyang ,Ketua Kampung menyuruh anak buahnya bersembahyang, Ibubapa pula meminta anak mereka bersembahyang." ujar MB lagi.

Pemberita STAR sdg menemuramah MB

YAB Menteri Besar Perak,menyarankan kita agar memerdekakan diri dengan mencari ilmu dan mematangkan diri dengan program-program ilmu.

"Kemerdekaan mutlak ,kita bebas dari pemikiran atau belenggu fahaman kebangsaan dan jahiliyyah ."ujar MB. " Alquran petunjuk,kenapa kita tak iktiraf al quran, menyuruh puasa ,satu ayat sedang menyuruh sembahyang 60 ayat ,jadi kita kena tekan sembahyang sebagai tiang agama" kata Ir Nizar lagi.

Solat tarawih dan tazkirah di Masjid Ikhwaniah turut dihadiri oleh Dato ' Mahmod Mosridi ,Pegawai Daerah dan Pegawai Tadbir Agama Daerah,Ustaz Mustafa Abdul Rahman dan
Tuan Peghulu Kanan ,Hj Musanip serta Ketua-ketua Kampung.

Menteri Besar Perak Berbuka Puasa di Masjid Nurul Hidayah,Trong


YDP dan AJK sedang menyambut MB dan Rombongan.

Trong,Taiping- Masyarakat Trong berasa gembira dapat bersama berbuka puasa bersama Menteri Besar Perak pada 17 September lalu di Masjid Nurul Hidayah Sg Bemban,Trong.

Majlis yang bermula tepat pada pukul 6.00 petang.Program bermula dengan penyampaian doa oleh Alfadhil Ustaz Basiron Lat,Ketua Urusan Ulamak Kawasan Bukit Gantang.Sementara acara berakhir dengan tahlil yang dipimpin Alfadhil Ustaz Nordin Jaafar ,Yang Dipertua Pas Kawasan Bukit Gantang .

YAB Menteri Besar Perak,Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin turut menyampaikan sumbangan Pejabat Baitulmal Daerah Taiping kepada 6 0rang fakir miskin.Setiap orang mendapat RM 200.00 untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri .

sumbangan utk fakir miskin
Dalam ucapannya, Dato'Seri MB ,menyatakan kita patut bersyukur kepada Allah s.w.t,kerana kita kini berada dibawah kerajaan Pakatan Rakyat. "Jadikan peristiwa Badar al Qubra dan Fathul Mekah sebagai satu panduan dan peringatan" tegas MB. YAB MB menerangkan peristiwa itu nenunjukkan dua kumpulan satu bangsa berperang antara satu sama lain.
"Di sini menunjukkan fahaman perkauman,fahaman bangsa dan asobiyah tidak diterima oleh Allah s.w.t." tegas Ir Nizar lagi. Beliau menegaskan Nabi Muhammad s.a.w menyatakan bukan dikalangan umatnya jikalau kita bersikap perkauman ,mementingkan kaum masing-masing,tanpa mempedulikan keadilan untuk rakyat.

"Saya tidak mahu dipertanggungjawab disisi Allah s.w.t ,bersikap tidak adil kepada rakyat" ujar MB lagi.

Monday, September 15, 2008

Tazkirah DI Pejabat Daerah LMS.

15/09/08.jam 1.00 t/hari ,YDP Pas Kawasan Bukit Gantang telah menyampaikan tazkirah/ceramah di Pejabat Daerah LMS mengantikkan YB Roslan yang tidak dapat hadir kerana beliau telah ke Kuala Lumpur atas urusanpenting.
Tajuk /tazkirah yang telah beliau sampaikan ialah Ilmu dan Amal Memartabatkan Kemajuan Tamaddun Ummah.

YDP sedang menyampaikan ucapan

baspas: