BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Sunday, February 8, 2009

Nizar MB Perak - Tengku Razaleigh

nizar sedang menyampaikan ucapan

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Hrkh) - Sambil menyifatkan kejadian di Perak memalukan, bagi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Besar Perak ialah Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

"Menurut Perlembagaan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan secara sukarela, atau dijatuhkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dewan (Undangan Negeri) yang rasmi.
"Perlembagaan tidak membuat sebarang peruntukan untuk membolehkan beliau dijatuhkan dengan sebarang cara lain,termasuk petisyen atau arahan dari manamana pihak berkuasa yang lain," tegas Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Tengku Razaleigh juga menekankan bahawa usaha menjatuh atau menubuhkan sesebuah kerajaan dengan apa jua cara lain dianggap pencabulan Perlembagaan Malaysia, penghakisan kedaulatan undang-undang dan menghadapi risiko menubuhkan kerajaan haram (kenyataan penuhnya di sini).
Ketika ditemui wartawan selepas mesyuarat khas Exconya, Mohammad Nizar memberitahu, Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang sah atau sebaliknya.
"Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.
"Belum pernah ada dalam dunia begini," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh tengah hari semalam.
Beliau mengulas kerumitan yang bakal timbul sekiranya majlis angkat sumpah barisan exco kerajaan negeri BN dilangsungkan Selasa ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir selamat mengangkat sumpah di Istana Iskandariah sebagai menteri besar baru Jumaat lalu.
Mengulas mengenai mesyuarat khas exco yang dijalankan tanpa mengadap Sultan Perak sebagaimana kebiasaan mesyuarat exco, Nizar berkata, perkara itu "dibolehkan" kerana itu mesyuarat khas.
Ditanya adakah beliau akan pergi bertugas ke pejabat Menteri Besar Perak Selasa ini sedangkan Zambry sudah dilantik sebagai menteri besar baru, secara bergurau Mohammad Nizar berkata, "saya akan berebut, siapa datang awal"._


walau adanya undang-undang yang jelas(bold),tapi kenapa Tuanku sendiri tidak dapat menerimanya,atau adanya tangan -tangan ghaib yang menghalang Tuanku dari memahami akta-akta tersebut...lupakah saudar/i bahawa umno pernah melantik Sultan yang baru dikelantan suatu masa dulu...begitu jahatnya umno.....

Thursday, February 5, 2009

Kita lawan konspirasi Umno

Saya terima SMS dari Setiausaha Akhbar MB, Anuar Hashim sebentar tadi dan dari Cina Islam , maksud yang sama :
Makluman; kita masih kerajaan minoriti di Perak. Pentadbiran berjalan seperti biasa. Dalam keadaan sekarang ada 3 keadaan kerajaan boleh bertkar.1. Sultan bubar DUN untuk pilihan raya negeri.2. MB dengan sukarela mengundur diri.3. Undi tidak percaya dalam sidang DUN akan datangsebarkan maklumat ini untuk umum.Kita tentunya tidak akan mengambil pilihan nombor 2. MB kita bukan jenis pengecut dan mudah menyerah kalah macam pondan!
Pilihan ke-3 , masih lama lagi.DUN hanya akan bersidang bulan April nanti. Yang kita nampak terbaik sekali ialah pilihan angka 1 - Sultan bubar DUN untuk pilihanraya negeri!
Kita berharap benar kebawah Duli Tuanku akan bertindak membubarkan DUN supaya mandat dapat dikembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru.Menang kalah adat pertarungan.Kita tak mahu menyerah begitu sahaja kepada petualang bangsa yang khianat itu.Kalau BN/ Umno mahukan semula kerajaan negeri Perak ini, silakan ambil secara pahlawan dan berjuang digelanggang.Buat apa banyak dalih itu ini?
sumber:http://alhusseyn51.blogspot.com/

Wednesday, February 4, 2009

Perangkap yang tak dapat di hidu Pakatan Rakyat

Empat Adun Perak kini di pejabat TPM

PUTRAJAYA: Empat Adun Perak kini berada di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini, dipercayai bagi mengumumkan pendirian mereka menyertai Barisan Nasional (BN). Mereka ialah Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu; Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim; dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong, dari DAP. Kehadiran mereka ada kaitan dengan sidang khas Datuk Seri Najib Razak pada jam 5 petang ini, dipercayai bagi mengumumkan kedudukan politik semasa di Perak.

Jamaluddin dan Mohd Osman semalam mengumumkan mereka kini wakil rakyat Bebas manakala Nasarudin sebelum ini meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

baspas:sedang menanti pengumuman rasmi............

DUN PERAK AKAN DIBUBAR BILA-BILA MASA DARI SEKARANG..

DUN Perak akan dibubarkan bila-bila masa sahaja daripada sekarang bagi memberi mandat semula kepada rakyat memilih kerajaan Yang baru . Keadaan politik di Perak tidak menentu. Ura-ura ADUN Pakatan Rakyat melompat kepada BN bertiup kencang.

Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, BN akan melakukan apa sahaja cara bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan(jahanam lah mereka). Bagi menyelamatkan suasana tidak menentu ini, kerajaan memutuskan akan membubarkan sahaja Dewan Undangan Negeri dan serahkan kepada rakyat menentukan siapa yang memerintah. Inilah keputusan yang adil. Kita yakin rakyat sudah bijaksana. Dua pilihanraya kecil membuktikan rakyat menolak BN. YAB MB Perak akan menghadap Tuanku pada jam 5 petang hariini mohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

semua ini angkara awal dari si osman dan jamal posmen yang berlagak nak jadi superman,kesudahannya 2 ekor itu kehilangan semua kedudukan.dan juga kawan..Parti mana pula nak beri mereka kerusi untuk bertanding....mai nak tengok..Umno nak pandang mereka sebelah mata pun tak mau.Jamal nak menjawat jawatan posmen kembali..pos malaysia pun tak mau..dulu diakan ada kes buang/curi surAT...
nyah kome...

Tuesday, February 3, 2009

ALASAN SPR TAK MUNASABAH


mungkin pengerusi SPR takut ini....
February 3, 2009
IPOH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak perletakan jawatan Adun Behrang dan Adun Changkat Jering dengan menyifatkan surat perletakan jawatan mereka masing-masing hanya diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perak
SPR hanya menerima salinan surat atau penduanya sahaja, maka surat perletakan jawatan itu tidak terpakai atau sah.Pada kebiasaannya SPR akan menunggu pakai surat atau pemakluman speaker dewan undangan negeri mengenai perletakan jawatan seseorang Adun.
Sebenarnya teramat nyata lucu untuk SPR berkata demikian. Alasan yang tidak munasabah. Namun oleh kerana itu setakat ini Jamaludin Mohd Radzi dan Kapt (B) Osman Jailu kekal masing-masing sebagai Adun Behrang dan Adun Changkat Jering.
Sesungguhnya menghairankan jika itulah alas an SPR untuk mempertahankan dua adun itu. Secara akliah dan legislatifnya, seseorang Adun akan menghantar surat perletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, yang merupakan secara legislatifnya adalah seorang ketua.
Berbelit nampaknya alas an kali ini. Sepatutnya selepas seseorang Adun menghantar surat pada speaker , maka baharulah speaker memanjangkan surat perletakan jawatan berkenaan. Umpamanya seseorang jika berlaku kematian pada seseorang Adun, maka menjadi kewajipan speaker negeri berkenaan memaklumkan kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya. Tidak pernah kedengaran setakat bini SPR membuat pilihan raya kecil tanpa surat pemakluman speaker negeri berkenaan. Pelik.
baspas:

Sunday, February 1, 2009

kenyataan media PKR



sumber:https://mt.m2day.org/2008/content/view/17434/84/

Friday, January 30, 2009

PERISYTIHARAN CUTI UMUM NEGERI


Bagi menjulang serta memartabatkan kegemilangan upacara perayaan sambutan jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, maka dengan ini kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak telah bersetuju dan meluluskan pengisytiharan tarikh 3 Februari 2009 (Selasa) bersamaan 7 Safar 1430H sebagai cuti umum bagi seluruh jajahan takluk negeri Perak Darul Ridzuan.
Upacara penganugerahan bintang tertinggi AZLANII yang akan berlangsung pada 3 Feb. 2009 jam 10.00 pagi, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar turut mendapat liputan langsung. Dengan cuti umum ini, akan memberi peluang kepada seluruh rakyat Perak khususnya bagi mengikuti siaran langsung tanda memperingati tarikh tersebut.
Maka saya mengajak seluruh rakyat Perak mengambil kesempatan cuti umum ini untuk merayakan Jubli Perak bersama-sama kerajaan negeri. Berbagai-bagai majlis dan program telah diatur bagi memperingati sambutan jubli Perak ini. Kemuncaknya ialah pada 14 Feb. 2009 yang mana semua DYMM Tuanku Sultan setiap negeri termasuk TYT Sabah, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak) , DYMM Sultan Brunei dan pemimpin negara akan berada di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi satu upacara gemilang.
Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT melindungi kebawah DYMM Paduka Sri Sultan Perak dan Permaisuri serta seluruh kerabat diraja dikurniakan kesihatan, keampunan serta keadilan dalam memerintah negeri Pereak DR yang kita cintai ini.
sumber:http://kamparinn.blogspot.
baspas:

Thursday, January 29, 2009

UMNO Perak bakal mendapat Pengerusi pembohong?

Pengerusi Umno Perak Tajol Rosli menyerahkan surat perletakkan jawatan pada Timbalan Presiden Umno isnin lepas?.Bermula isnin hingga kini dan seterusnya jawatan Pengerusi disandang oleh Najib?....Akan berlaku perubahan dlm Umno Perak ,,,bila?




kemungkinan zahidi hamidi akan jadi pengerusi???
nasib lah kau ahli-ahli umno perak yang berketuakan orang seperti zahid hamidi !

balik mekah banyak kenyataan dia merapu semacam aje...layak kah dia menjadi ketua kamu semua wahai ahli-ahli umno ...nilai sendiri.....atau pun memang dia yang paling layak untuk mengetuai kamu semua.. fikir-fikirkan.......???



baspas:

Wednesday, January 28, 2009

Lagi Adun Perak pasang niat keluar BN


27/01/2009 Selepas kejutan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, kini wakil rakyat Lintang pula Datuk Ahmad Fakeh Adam sedang menimbang untuk meninggalkan Umno "beberapa hari lagi"."Ketika ini 50-50.
(Niat) nak kekal (dalam Umno) dengan masuk pembangkang sama banyak."Orang PAS, PKR dan DAP hari-hari telefon dan hantar SMS. Yang dah datang jumpa pun ada, yang nak jumpa pun ada lagi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.Beliau bagaimanapun belum memutuskan parti pembangkang yang bakal disertainya jika meninggalkan BN.
Beliau menambah, ada pemimpin DAP ingin menawarkan jawatan menteri besar Perak tetapi "saya tahu itu gula-gula sahaja.""(Tetapi) hati rasa hendak keluar (Umno). Kita (Adun) telah dipinggirkan."Kami seolah-olah tidak penting. Yang lebih penting sekarang ialah ketua Umno bahagian," katanya.
Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua Umno bahagian Sungai Siput, Oktober lalu, berkata, ada beberapa Adun lagi yang tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku sekarang.Beliau kalah kepada timbalannya Datuk Mohd Zulkifli Harun dalam pertandingan satu lawan satu jawatan tersebut.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Adun Kubu Gajah), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat) diura-urakan turut kecewa. Ahmad Fakeh bagaimanapun tidak pasti sama ada mereka juga berhasrat untuk meninggalkan Umno dan menyertai parti pembangkang."Saya sudah membawa perkara ini dalam mesyuarat Umno Perak tetapi tiada tindakan yang diambil."Tetapi bila (Datuk) Nasharuddin Hashim (Adun Bota) keluar parti, baru kelam-kabut, baru kami ini penting," katanya.Nasharuddin mengumumkan menyertai PKR hujung minggu lalu, menjelang sambutan Tahun Baru Cina.Ahmad Fakeh berkata, beliau kecewa kerana kerajaan pusat lambat memberi peruntukan kewangan walaupun wang sudah ada.
Sebaliknya, kata beliau, peringkat persekutuan begitu cepat meluluskan bantuan kepada ketua Umno bahagian.Sebagai contoh, katanya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mudah memberikan bantuan kepada ketua bahagian walaupun mereka bukan wakil rakyat.“Ini menjadi masalah kepada Adun yang tidak memegang jawatan ketua bahagian,” katanya lagi.Bantuan tetap kerajaan pusat kepada setiap Adun ialah RM300,000 setahun, tidak termasuk peruntukan tambahan yang perlu dimohon, tambahnya.Katanya lagi, seseorang Adun sukar membantu penduduk di kawasan yang diwakilinya tanpa wang peruntukan tersebut.



baspas:

Tuesday, January 27, 2009

MB Perak Dakwa Lagi Adun BN Mahu Keluar Parti


IPOH, 26 Jan (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mendakwa tiga lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat.Beliau berkata perbincangan dengan ketiga-tiga Adun terbabit sedang berlangsung dengan Pakatan Rakyat."Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di sini hari ini.Ketika ditanya mengenai identiti Adun berkenaan, beliau berkata ketiga-tiga Adun berkenaan ialah dari Umno."Kami mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat dan kami terbuka untuk menerima mereka," katanya.Semalam, Adun kawasan Bota Datuk Nasaruddin Hashim dari BN mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.Dengan ini, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.-- BERNAMA
baspas: zahid hamidi kata ini bukan berita mengejutkan ,mungkin mereka ada alasan kenapa mereka lompat kita akan cari sebab -sebab itu...tapi yang tiga ini jadi....wa caya kena lawat zahid hamidi di wad......'pengsan' dibuatnya..kalau jadi ADUN Lintang.....lintang pukang dibuatnya si zahid....pakleh lenaaaaaaaaaa

ADUN Lintang sahkan ada perbincangan.

IPOH, 26 Jan.: - Salah seorang yang disebut akan meninggalkan UMNO iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam mengesahkan menerima tawaran untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).Beliau yang tewas dalam pemilihan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput baru-baru ini bagaimanapun belum memutuskan untuk menerima tawaran tersebut atau tidak."Memang saya ada terima tawaran semalam dan diajak bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi takkan hendak terus pergi sahaja, kita tunggu dan lihat selepas pertemuan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur petang ini."Dah orang anggap ketua UMNO bahagian lebih penting daripada wakil rakyat, jadi tengoklah macam mana nanti," katanya.Kenyataan beliau menjawab dakwaan masih ada kemungkinan ada ADUN UMNO akan meninggalkan partinya.
sumber:http://idhamlim.

baspas:bukan yang ini satu aje...ada lagi....3...cepat umno dah nak karam dah..kita tinggalkan umno kepada karam singh walia aje...

Monday, January 26, 2009

Jangan jadi spesis terakhir....

Jangan jadi spesis terakhir...ayooh sahabat-sahabat..khasnya YB rosli adun Trong...
kami bersama anda.....

Tuesday, December 30, 2008

Isu pemilihan Ketua Kampung Baru diputar belit media.


Saya kesal dengan sikap media yang tidak habis-habis memutar belit berita Kerajaan Negeri Perak dengan pemberitaan yang berat sebelah serta mengambarkan apa yang dilakukan semuanya salah dan tidak betul, Terkini dalam isu pemilihan Ketua Kampung Baru Gunung Rapat di DUN Simpang Pulai yang hangat diperkatan media arus perdana sekarang.


Sebenarnya tidak ada percangahan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye dengan dasar Kerajaan Negeri seperti yang digambarkan oleh Utusan .


Yang berlaku cuma kesilapan maklumat dan salah faham yang sedang dan akan diselesaikan segera oleh kedua-dua belah pihak.
Pemilihan ketua kampung tradisional yang kebanyakannya didiami oleh orang Melayu telah selesai dilakukan disemua kampung di Negeri Perak dengan cara pemilihan. Namun begitu pemilihan ketua kampung baru tertangguh beberapa ketika dan akan diselesaikan pada tahun 2009.


Sedangkan apa yang berlaku di Kampung Baru Gunung Rapat adalah kes yang terpencil yang cuba diperbesarkan malah digunakan oleh media yang tidak bertanggungjawab bagi melagakan YAB Menteri besar dengan dua orang wakil rakyat tersebut.


Sebetulnya apa yang dilakukan adalah tidak bercanggah kerana mereka mengambil kira keputusan asal cara memilih ketua kampung tradisional sebelum pengumuman baru yang dikeluarkan oleh Menteri Besar seperti disiarkan malaysiakini.Disebabkan proses yang di umumkan lebih awal dengan cara pengundian bagi memilih ketua kampung itu , adalah satu kewajaran ianya diteruskan bagi menentukan calon dan seterusnya calon yang terpilih akan disahkan oleh Kerajaan Negeri seperti yang dinyatakan oleh YAB Menteri Besar siapakah yang paling layak.


Saya yakin ini adalah masalah kecil yang sengaja diperbesarkan bagi menutup masalah yang lebih besar. Pihak yang memutar belit berita ini difahamkan tidak menemui semua pihak untuk memberitakan keadaan yang sebenar. Pemberitaan yang dilihat sangat berat sebelah itu adalah andaian dan rekaan orang yang tidak bertanggungjawab semata-mata.


Perkataan MB Perak "terkilan" adalah perkataan yang tidakpun diucap oleh YAB Menteri Besar.Nasihat saya kepada semua ADUN Pakatan Rakyat dalam BBC supaya sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan tugas kerana ada saja "pihak" yang ingin mencuri peluang bagi memutar belit setiap tindakan yang dilakukan kerana mereka mempunyai "agenda tersembunyi" yang semua sudah maklum.Berita awal yag disiarkan mengenai ketua kampung bari itu sila lihat disini http://www.malaysiakini.com/news/95486. dan di http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2008&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm -cinaIslam-idhamlim.blogspot.com

Monday, December 29, 2008

Demo ..membantah keganasaan zionis keatas penduduk Palestin

29-12-08..Demonterasi membantah kekejaman zionis keatas penduduk-penduduk Palestin,diadakan t/hari tadi selepas solat zohor dan solat hajat ,dihadapan masjid sultan Azlan Shah jalan dairi Ipoh.


demo anjuran Teras dihadiri lebih 300 orang ...






Demo aman itu berakhir selepas 40 minit tanpa sebarang halangan ....



berita penuh dari harakah daily:
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) -Selepas PAS mengutuk serangan Israel di Gaza, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa supaya dilancarkan demonstarsi di seluruh negara bagi menyatakan bantahan keras terhadap tindakan biadap Israel itu.

Selain turut mendesak supaya bantuan ketenteraan daripada negara-negara Islam dihantar segera untuk melindungi rakyat Gaza.
Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid berkata Persidangan Negara-negara Islam (OIC) mesti segera bersidang untuk melaksanakan kerahan bantuan ketenteraan ini kerana serangan yang tidak berperi kemanusiaan itu telah mengorbankan lebih 200 orang dan ratusan lagi tercedera malah kesannya bukan sahaja mempengaruhi keadaan semasa di Gaza tetapi dalam jangka masa panjang juga kerana banyak kemudahan awam seperti hospital,air dan elektrik telah musnah dalam serangan tersebut.
"Kita menyeru umat Islam seluruh negara mengadakan dan solat hajat dan demonstrasi di semua masjid bagi menyatakan bantahan keras terhadap serangan ini.
"Umat Islam di Malaysia mesti menegaskan pendirian terhadap negara pengganas Israel yang didalangi Amerika Syarikat. Untuk itu umat Islam mesti memperharui serta mempertajam kempen boikot terhadap produk Amerika da Israel," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Dalam masa yang sama Teras juga mengesa supaya semua kerajaan negara-negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika yang menghalalkan tindakan Israel di Gaza. - azm _

baspas:

Tuesday, December 23, 2008

Sebelum keranda diusung pergi.... hutang jangan diabai


Dilaporkan, lebih 2,000 peminjam pelajaran negeri Perak, yang setengahnya sejak tahun 1973, gagal melunaskan hutang mereka kepada kerajaan negeri Perak dan dipercayai, pinjaman tersebut mencecah hampir RM19juta.Menurut sumber tersebut, usaha-usaha untuk mendapatkan semula pinjaman tersebut telah dibuat, tetapi mereka memilih untuk tidak memperdulikan segala surat peringatan yang dihantar.


Mereka sepatutnya menemui pihak kerajaan negeri jika menghadapi masalah menyelesaikan hutang tersebut, syarat pembayaran semula adalah fleksibel dan tidak dikenakan bayaran faedah.Keengganan mereka membayar semula pinjaman tersebut, telah menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menolak 20 permohonan yang ingin mengambil kursus lanjutan (post-graduate) kata sumber itu lagi.Kerajaan negeri telah menghantar surat notis perundangan sejak 2006 kepada 2,372 peminjam pelajaran.Sesetengahnya ada yang telah membayarnya serta merta setelah menerima notis tersebut, tetapi majoritinya tidak.Mereka yang enggan ini antaranya merupakan ahli perniagaan yang telah berjaya atau telah mempunyai kedudukan tinggi disyarikat-syarikat tertentu.


Kerajaan negeri sehingga kini telah mengeluarkan RM54 juta pinjaman kepada 5,243 pelajar anak negeri Perak.Mereka yang sengaja tidak mahu membayar semula pinjaman tersebut sebenarnya adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan tidak tahu membalas jasa baik orang lain kepadanya.Adakah berkat hidup dengan cara demikian? Setelah mendapat pinjaman tanpa dikenakan ‘bayaran faedah’ dan diberikan kelonggaran cara untuk membayarnya, takkanlah mereka yang telah berjaya dan berkemampuan untuk membayar pinjaman tersebut mengabaikan tanggung jawab hingga sedemikian lamanya?


Kegagalan mereka melangsaikan hutang tersebut menyebabkan ramai pelajar-pelajar lain yang berhak tidak dapat menikmati pinjaman seperti mana mereka dahulu kerana kekurangan dana disebabkan sikap peminjam yang sengaja tidak mahu membayar semula pinjaman tersebut.Sebagai tanda kesyukuran kita, bantulah kerajaan kita dalam perkara ini untuk masa depan anak bangsa sendiriSebelum keranda diusung pergi , pewaris keluarga selalu mengingatkan kita persoalan hutang diatas dunia ini supaya memudahkan roh kita di alam barzah nanti.Ingatlah itu.-alhusseyn51.blogspot.com.

Monday, December 22, 2008

Kenapa orang Perak Patut Bersyukur Kepada Allah??

JAWAPAN ........SILA LIHAT BANNER INI..


Thursday, December 18, 2008

Perak Mampu Bekal Air Bawah Tanah Mulai Tahun Depan


IPOH, 17 Dis (Bernama) -- Perak telah mengesan sumber air bawah tanah yang mampu menghasilkan kira-kira 500 juta liter air sehari di Daerah Batang Padang bagi kegunaan komersil, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beliau berkata sumber air berkenaan dikesan oleh Sime Darby Bhd yang telah menggali sebanyak 97 telaga di kawasan berkenaan sejak tahun lepas.
"Sime Darby mendapati jumlah air bawah tanah yang terdapat di kawasan Batang Padang ini boleh dikeluarkan sebanyak 500 juta liter," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat dari Sime Darby mengenai operasi pengkajian dan potensi air bawah tanah di Batang Padang, Rabu.
Turut hadir pada sesi taklimat ialah Presiden Sime Darby Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid.Menteri Besar berkata kerajaan negeri melalui Lembaga Air Perak (LAP) akan bekerjasama dengan syarikat berkenaan dalam usaha mengeluarkan air bawah tanah dan cadangan menyalurkannya ke Selangor.
"Semua agensi teknikal kerajaan negeri akan memberikan kerjasama kepada Sime Darby untuk memastikan sasaran mengeluarkan air bawah tanah sebanyak 500 juta liter setiap hari ini berjaya... Air ini kemudiannya akan digunakan melalui LAP melalui perjanjian atau dibekalkan terus kepada kerajaan negeri Selangor," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri turut berpuashati dengan teknologi terkini yang diperkenalkan oleh Sime Darby dalam usaha pengeluaran air bawah tanah kerana ia menepati syarat-syarat yang dikenakan Jabatan Alam Sekitar.
Teknologi dari Eropah itu digunakan meluas di Jerman, Denmark dan Switzerland, katanya.Mohammad Nizar sementara itu mengumumkan bahawa pengeluaran air bawah tanah secara komersial terhad kepada telaga yang mampu mengeluarkan air lebih 0.5 juta liter sehari kerana telaga yang kapasitinya kurang daripada itu akan diserah kepada penduduk tempatan bagi kegunaan mereka kerana ia tidak komersial.Beliau berkata jika projek berkenaan berjalan mengikut jadual, telaga pertama yang mengeluarkan 50 juta liter air sehari dijangka beroperasi penghujung tahun depan manakala tahap pengeluaran 500 juta liter sehari pula akan dicapai pada akhir 2010.-- BERNAMA
baspas:

Wednesday, December 3, 2008

BERITA BAJET 2009





  • Sebanyak 4,428 rakyat berpendapatan kurang RM700 menerima bekalan air percuma RM10 sebulan.

  • Seribu hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan secara komersial

  • RM6 juta untuk dermasiswa rakyat RM1,000 seorang ke IPTA.

  • RM 4.9 juta untuk pendidikan Islam - elaun guru/Penyelia KAFA, Tadika Islam dan bantuan per kapita SAR.(1 jan 2009)

  • RM1 Juta untuk Takaful Kifalah kepada kematian warga emas berusia 65 tahun ke atas.(bermula 1 jan 2009)

  • RM4.88 juta untuk kenaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan SU JKKK RM200.(1 jan 2009)

  • RM2 juta untuk Tabung Khas Kebajikan Rakyat - membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang susah.(1 jan 2009)

  • RM1 juta untuk Tabung Pinjaman Peniaga Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal/peniaga kecil.(1 jan 2009)

  • RM2 Juta untuk Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi aktiviti kebudayaan, keagamaan dan pendidikan.(1 jan 2009)

  • Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam di setiap daerah dinaikkan dari RM30 ribu ke RM50 ribu.(1jan 2009)

  • Meluluskan 138 RPT untuk setinggan seluas 4,299 ekar yang boleh menempatkan 34,392 lot rumah.
  • RM60 juta untuk JKR melaksanakan pelbagai projek baru.(1jan 2009)

  • RM8.9juta untuk JPS bagi rancangan tebatan banjir.(1 jan 2009)

  • Peruntukan EXCO dinaikkan dari RM100 ribu ke RM150 ribu setahun.(1 jan 2009)

  • Peruntukan ADUN dinaikkan dari RM150 ribu ke RM200 ribu setahun (1 jan 2009).

    sumber:blog dunkualasepetang

baspas:

Kerajaan Perak Umum Hakmilik Selama-lamanya untuk RPT dan Kg. Baru.


Dato Ngeh bersama Exco dan ADUN lain dalam sidang media tersebut

IPOH, 2 Disember : Kerajaan Negeri Perak Pakatan rakyat hari ini mengumumkan mulai hari ini penghuni-penghuni Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Kampung-kampung Baru di seluruh Negeri Perak boleh memohon untuk hakmilik selama-lamanya (In Perpetuity), demikian pengumuman dari Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak ,YB Dato’ Ngeh Koo Ham dalam Sidang media di Bilik Media Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Exco Kerajaan Perak, Yb. Mohd Zainuddin Yusuf, YB. Thomas Su dan YB. Tai Sing Ng. Sementara ADUN yang hadir ialah YB. Drs. Khalil Idham Lim( Titi Serong), YB. Ong Boon Piao (Tebing Tinggi) dan YB. Leong Mee Meng(Jalong). Hadir sama ialah Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Perak, Ust. Zulkifli Ibrahim.
Permohonan hanya dapat dibuat sekarang kerana Kerajaan Negeri Perak telah mengambil masa beberapa Bulan yang lepas untuk menilai hartanah diseluruh 349 RPT dan 134 Kampung baru di seluruh Negeri Perak.

Beliau juga mengumumkan proses permohonan hak milik selama-lamanya ini telah dipersingkatkan kepada 4 proses sahaja dan dapat dikeluarkan dalam masa sehari sahaja jika perlu :
Jumlah Premium yang perlu dibayar adalah 20 % daripada perbezaan nilai tanah hakmilik selama-lamanya dan nilai tanah baki tempoh pajakan. Nilai tanah hendaklah menggunapakai Jadual Penilalain Tanah RPT dan Kg baru yang disediakan oleh jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Perak

Dato’ Ngeh juga menjelaskan pemberiaan hak milik ini adalah memenuhi janji parti-parti Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lepas. Dasar ini juga merupakan polisi Kerajaan pakatan Rakyat untuk memperkayakan dan memperkasakan rakyat. Jelasnya dasar ini dapat meningkatkan nilai tanah dan rumah sehingga melebihi RM 1.5 billion
Beliau menafikan tohmahan yang sengaja diputar belit oleh sesetengah parti politik bahawa ia memihak kepada sesuatu kaum sahaja. RPT mempunyai 102,00 hakmilik dan 134 Kg Baru mempunyai lebih kurang 47,000 hakmilik.

Kebanyakan RPT adalah orang Melayu dan Kg baru didiami orang-orang Cina. Orang India juga menghuni dikedua-dua pertempatan itu.
Dengan pemberiaan hakmilik itu meleyakkan penghuni-penghuni boleh mendapat pinjaman daripada institusi kewangan untuk membina semula kediaman atau kedai perniagaan yang usang. Kerajaan menjangkakan lebih kurang 20,000 rumah dan kedai perniagaan di RPT dan kg Baru dalam masa 5 tahun akan datang.

Kerajaan juga menggalakkan penghuni di RPT dan kg Baru untuk memohon untuk hakmilik selama-lamanya jika tempoh pajakan hakmilik mereka tamat kerana kadar premium yang dikenakan adalah lebih rendah daripada permohonan untuk pajakan 60 tahun atau 99 tahun. Ini disebabkan diskaun tidak diberikan lagi diberikan pada masa kini untuk permohonan pajakan 60 tahun atau 99 tahun. Jelas Dato’ Ngeh dalam sidang media itu.
Menjawab soalan mengenai dakwaan setengah pihak dasar ini menimbulkan masalah pengambilan tanah untuk pembangunan di masa akan datang beliau menafikan dakwaan itu kerana tanah tersebut tetap boleh dibangunkan dengan menggunakan dasar pengambilan tanah yang sedia ada dengan harga semasa yang dibayar kepada pemilik.

Sumber : Cina Islam

baspas:

Sunday, November 23, 2008

MB -IR NIZAR SAMPAIKAN MAKLUMAT BENAR


IPOH- 22 November 2008.

Menteri Besar Perak ,berharap pemerintahan yang adil dapat memperkukuhkan kerajaan.
Harapan beliau agar tenaga jentera parti Pakatan Rakyat dan para bloggers dapat menyampaikan maklumat yang benar.
Dato' Seri Ir Nizar menyatakan persembahan ADUN Pakatan Rakyat dalam sidang DUN kali ini amat baik."Adun kita,berjaya menentang ADUN BN, " kata Ir Nizar. "Ini menimbulkan kegerunan dan seolah mereka tidak berdaya menghadapi hujah ADUN kita."tambah Hj Nizar lagi.
Y.A.B memberi penghargaan kepada tenaga penerangan parti PR yang berupaya menghadapi tohmahan pihak lawan BN.
Dalam ucapannya di Program Cambah Fikiran Isu-isu Semasa Bersama Jentera Penerangan Negeri Perak di Ipoh, beliau berasa kesal masih terdapat pihak yang tidak mahu bekerjasama kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
" Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) meluluskan sebarang cadangan,permohonan dalam masa sehari tetapi apabila sampai kepada rakyat memakan masa sehingga 6 bulan" tambah Hj Nizar lagi.
Harapan MB ,kita tidak akan menganiaya rakyat yang telah memberi mandat kepada kita
untuk memerintah Perak. "Bagi kita ,kita mahu mencerdikkan rakyat dan memberi rakyat ilmu"ujar MB lagi.
"Pekerjaan kita satu ibadat,kita hendaklah bekerja berlipat kali ganda untuk membantu nkerajaan Pakatan Rakyat.



sgi-08