BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Friday, July 18, 2008

TERIMAKASIH UNIT AMAL &NISA`


T/PENGARAH UNIT AMAL NEG BERSAMA KETUA KAMPUNG DAN AJK SEKRETARIAT
18/07/08. BukitGantang.
Pihak skretariat Parlimen Ucapkan Jutaan terima kasih diatas daya usaha Unit Amal bersama Nisa` dalam program, membersihkan rumah2 mangsa banjir.
Unit Amal bukit gantang dengan dibantu U.Amal T/Malim,Tambun,Taiping dan beberapa kawasan lain ,setakat jam630ptg berjaya membersihkan sebanyak 7buah rumah dan sebuah surau.
Pengarah Umit Amal Negeri Sdr ZamarulAini turut turun padang bersama-sama anak buah beliau.
Kerja-kerja akan disambungkan pada esok hari,kata Timbalan Pengarah Jabatan Amal Negeri Perak,sdr Rosalan Talib
sehingga berita ditulis 20/07/08 jam 11.45.Unit Amal masih lagi meneruskan kerja2 pembersihan..

BERSIAPSEDIA UTK SOLAT MAGHRIB

baspas:

BANJIR KILAT, MELANDA TAIPING.


Rel kembar yang menghalang pengaliran air

17/07/08.Taiping .
Sebahagian besar kawasan Bukit Gantang dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat +- jam 4ptg tadi.
Pembinaan rel kembar menghalang pengaliran air,mengakibatkan hakisan benteng landasan berkembar,seterusnya berlaku banjir kilat, kata pak long mat yg menetap dikg air kuning hampir 30 tahun.
Ini adalah sejarah dlm masa 30 tahun tambah beliau.
Beliau turut mengucapkan ribuan terimakasih kepada YB Roslan dan petugas beliau yang perihatin,yang telah memberikan segala bantuan dengan cepat.

Bekalan nasi sebanyak 200 bungkus dan minum telah disediakan oleh pihak sekeratariat Parlimen,kata s/u Sekratariat shahrudin mat sani.
Kita akan uruskan pembersihan kaw dan rumah-rumah mangsa dengan kerjasama Unit Amal tambah beliau.Pihak sekratariat telah membuka BILIK GERAKAN BANJIR Dipejabat Ahli Parlimen di Markaz Negeri Air Kuning,untuk sebarang maklumat boleh hubungi di talian 05-8552249.
Balai Polis Simpang turut ditengelami air.

Balai Polis simpang

Taman Pengkalan Makmur

Melawat mangsa

YB di pusat pemindahan sg Lidin


peristiwa bergambar:





baspas:

Thursday, July 17, 2008

YB Mahfuz Omar,,,,,,,


YB Mahfuz
Taiping:Umno sedang merangka strategik untuk mengadakan satu muzakarah bersama pas,dalam soal Islam dan Melayu.
Menjadikan kemenangan, banyak kerusi DUN oleh DAP perak sebagai isu utama,menjaja merata-rata bahawa Pas dipinggirkan...sedangkan hakikatnya umno semakin meroyan/gila kuasa,masih tak dapat menerima hakikat kekalahan,ditolak oleh rakyat neg Perak..
tegas YB Mahfuz Omar dalam siri ceramah malam tadi di Kg Pecah Batu Jelutong.

Politik Msia sekarang semakin merapu,dan pemimpin BN khasnya Umno semakin meracau,berlaku berbagai2 fitnah...mungkin ini sebagai tanda2 untuk kehancuran Umno Bn.
Kita bukan mempertahankan samada DSAI betul atau tidak,tapi cara pengutkuasan undang-undang mengikut gred,kenapa dia perlu ditahan pada jam 1.14 t/hari sedangkan DSAI dah berjanji utk hadir ke IPK jam 2 t/hari,kenapa perlu penahanan beliau seakan DSAI ketua kumpulan mafia.,tambah beliau.

Beliau turut menyentuh bagaimana YB YB dari BN yang ditemui beliau ,selalu menyentuh tentang ketidakpuashatian mereka, cara perjalanan politik yang diterajui Umno BN,banyak berlaku,diskriminasi,ugutan,tawaran2 projek,fitnah dan pelbagai cara yg digunapakai pihak2 tertentu hanya semata-mata untuk mengekalkan kuasa,yang semakin hampir hilang dalam masa terdekat ini.
Menyentuh balik ttg kerjasama PAS dan Umno,I`allah tidak akan berlaku selagi umno dengan dasar perjuangan sekular,tegas beliau.


Bersama hadirin majlis

baspas:

Monday, July 14, 2008

HADIAH GALAKAN-BIASISWA RM 1000.00.JANJI MANIFESTO


Taiping-Kerajaan negeri Pakatan Rakyat-Perak menyatakan janji-janji dalam
manifesto akan ditunaikan secara berperingkat.

Justeru itu ,hadiah galakan RM 1000.00 kepada anak negeri Perak yang berjaya
melanjutkan pelajaran ke IPTA ,ijazah pertama pada sesi tahun 2008 akan dilaksanakan.

Haji Roslan Shaharum ,sebagai Pengerusi Yayasan Perak ,menyatakan anak Perak yang
mempunyai keluarga berpendapatan RM1500.00 layak untuk memohon.

Biasiswa rakyat ini akan disalurkan melalui Yayasan Perak.Borang-borang permohonan
boleh didapati di Pejabat Yayasan Perak dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pakatan Rakyat.

Roslan Shaharum menyatakan borang permohonan akan diproses secepat mungkin.Harapan
Roslan Shaharum cek dapat dikeluarkan dalam tempoh tiga hari.

Jikalau borang permohonan belum didapati di daerah,diharap bersabar Yayasan Perak dalam proses menghantar borang ke Pusat Khidmat Masyarakat Pakatan Rakyat.

Biasiswa Rakyat ini terbuka untuk semua kaum yang layak.

Sementara itu mereka yang berpendapatan lebih RM1500.00 boleh dipertimbangkan.
Namun mempunyai kriteria tertentu seperti anak yang ramai serta bersekolah,
mempunyai keluarga OKU.

Roslan Shaharum menyatakan tiada terhad peruntukan,ini berdasarkan jumlah anak Perak
yang berjaya ke IPTA.

Harapan kami rakyat tidak terpengaruh dengan propaganda yang menyatakan Kerajaan Perak
memungkiri janji. Janji tetap ditunai berdasarkan peruntukan undang-undang.

Bersabarlah kita baru memerintah .




abdulrahman 11.49 am.

Sunday, July 13, 2008

PADA HEMAT HJ ROSLAN SHAHARUM



Ahli Parlimen Malaysia bertugas untuk semua,sesuai dengan slogan "PAS FOR ALL".

Jadi harapan Roslan Shaharun agar ketua kampung bersikap adil,telus dan berintergriti.

Penjawat awam hendaklah bertugas untuk semua secara profesional.Justeru itu Ketua Kampung ,khususnya di Parlimen Bukit Gantang merupakan pegawai kerajaan negeri.

Seharusnya bertindak bijak dan adil. Bersikap matang ,menjaga kebajikan rakyat dan memelihara perpaduan . Bagi Roslan Shaharum kepentingan rakyat diutamakan.

Ketua Kampung,mesti membantu saya, sebagai rantaian khidmat masyarakat.Apa yang penting kurangkan bercakap gandakan perkhidmatan.

Kita boleh mengkritik ,tetapi membina. Kita boleh berbahas tetapi menyelesaikan masalah.
Kita boleh berhujah tetapi untukkepentingan rakyat.

Justeru itu JKKK tidak perlu bermusuh dengan JKKP, duduk berbincang untuk melicinkan
pentadbiran negeri.

Tuan-puan boleh mengkritik Roslan Shaharum tetapi membina. Namun begitu tetap diingat
PAS itu memungkinkan saya di sini.

Kenduri Kesyukuran Ketua Kampung Matang Gelugor

Ketua kampung Matang Gelugor Sdr Abd Ghani,telah mengadakan Kenduri Kesyukuran dirumah beliau pada. 13/06/08.Beliau menjemput semua KK dalam kaw Bukit Gantang.Turut dijemput YB Roslan dan YB Tai.

YDP ,AJK SEKRETARIAT MEWAKILI YB

PARA TETAMU SDG MENJAMU SELERA


baspas:bila pulak kk yg lain nak buat kenduri...khasnya kk batu tegoh