Paling membosankan Majlis Menteri Besar Bersama Pelanggan pada 16 Disember 2008. Dengan P.A. system yang bergaung. Dengan D.O yang berjalan-jalan untuk menjawab soalan rakyat. Pengerusi Majlis yang tidak profesional melayan pertanyaan rakyat.
Sisi Bukit- Namun tahniah kepada D.O yang barjaya meningkatkan hasil pendapatan daerah ke 36 juta ringgit. MB memuji untuk kita tingkatkan hasil usaha membantu rakyat.
Cuba bayangkan 40,000 pekerja Perak yang balik ke Perak untuk mencari pekerjaan setelah kemelesetan ekonomi Negara Singapura.Dengan kilang-kilang di Perak yang cuba mengatasi masalah kemelesatan ekonomi.Bagaimana hala tuju kerajaan Pusat dan Perak?
Sisi Bukit- Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Menangani Pekerja Perak Dari Singapura diketuai YB Sivanesan semoga berjaya mengecilkan masalah kehilangan pekerjaan rakyat Perak.
MB Perak berharap kesemua Ketua Jabatan Kerajaan yang hadir semasa Majlis Bersama Pelanggan pada 16 Dis 2008 ,di Dewan MPT,Kamunting mengambil berat masalah rakyat.Harapan MB agar diberi jawapan bertulis kepada mereka yang pertanyaan mereka /masalah mereka tidak dapat diselesaikan pada hari itu .
Sisi Bukit- Kelihatan tidak terdapat pegawai yang mencatat masalah rakyat.Kebanyakan Pegawai Kerajaan tidak memandang serius pandangan MB.
Friday, December 19, 2008
DARI SISI BUKIT- Dari Luar Kotak
Posted by
parlimen059
at
5:57 PM
0
comments
Thursday, December 18, 2008
Perak Mampu Bekal Air Bawah Tanah Mulai Tahun Depan
Posted by
parlimen059
at
10:34 AM
0
comments
Labels: perak
Tuesday, December 16, 2008
MB bersama pelanggan di Daerah LMS
ahli-ahli majlis.....para hadiran sedang mendengar ucapan MB
16/12...Dewan MPT kamunting...Lawatan kerja MB ke daerah Taiping mendapat sambutan menggalakan..
diantara ucapan MB Dato seri Ir Hj Nizar Jamaludin.
- 51 tahun kita dirosakkan minda oleh pemimpin terdahulu , perkauman dan sebagainya,menyaran menolak parti politik yang membawa perkauman.
- Kutipan PTD meningkat sehingga 36juta walau pun yang dijangkakan sekitar 33 juta
- Pakatan Rakyat tidak membenarkan sebarangan kelulusan projek berdasarkan aspek perkauman,parti politik atau kaum keluarga,kita berharap berikan hak kepada yang berhak.
menyampaikan geran tanah
- Bantuan kepada SAR dan sek-ek cina.tiada sekolah tamil persendirian di perak jadi tiada bantuan(jawapan kepada soalan yang di ajukan).
- rasuah akan menghancurkan diri dan negara....sebagai contoh kes bkt antarabangsa..dipercayai ujud unsur-unsur rasuah sebelum pembinaan..pada tahun 2003
sidang akhbar......
- tubuhkan satu kawatankuasa khas untuk menangani masaalah +- 40 ribu pekerja dari perak yang akan diberhentikan oleh K`jaan Singapura..yang dipengerusikan oleh YB Sivanesan
seketeriat bersama YB-YB dan MB....
- beliau turut ucapkan ribuan terimakasih diatas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.
- turut menasihati semua kakitangan k`jaan Perak menjalankan tugas dengan lebih efsiyen jauh unsur-unsur negatif.....kita akan dipersoalkan di Akhirat kelak dengan tanggung jawab dan amanah yang diberikan pada kita...
baspas:lagi gambar-gambar majlis....sila lihat kiri...
Posted by
parlimen059
at
7:29 PM
0
comments
Labels: sekretariat
Monday, December 15, 2008
CALON BN YANG PALING LAYAK ?????
Posted by
parlimen059
at
7:51 PM
0
comments
Labels: prk
BUSH di baling Kasut.........
:ini yang aku rasa
baspas:jgn sampai jadi begini........wahai pemimpin-pemimpin...........?????
Posted by
parlimen059
at
11:40 AM
1 comments
Labels: renungan
Sunday, December 14, 2008
Cabang keempat
Gambar..... pemilihan Ketua Kampung ..di Tmn Berkat
Sebelum pilihanraya ke12, keputusan pilihanraya sering memihak kepada Umno/BN. Rakyat hanya mengambil bahagian semasa musim kempen. Selepas keputusan diumumkan…masing-masing balik membuat kerja sendiri…membiarkan negara dikendalikan oleh mereka yang menang. “Kami dah pilih hangpa…ikut pandai hangpa la.”
Kerajaan dimiliki oleh parti yang menang. Segala keputusan…tak perlu merujuk kepada rakyat yang memilih. Parti yang memerintah mempunyai cek kosonguntuk melakukan apa yang mereka suka.
Pilihanraya ke12 mengubah system politik ini. Rakyat sudah berani mengubah kerajaan, walaupun belum cukup untuk mengubah kerajaan pusat.
Lima negeri jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Dan bagi rakyat dikelima-lima negeri ini, perubahan kerajaan akan mematangkan kefahaman politik mereka.
Rakyat dilima negeri ini sudah dapat membandingkan kemampuan dua pemerintah yang berbeza. Kalau dulu mereka melihat Umno/BN, sekarang mereka memerhatikan Pakatan Rakyat.
Apa yang berbeza..kemenangan Pakatan Rakyat bukanlah cek kosong untuk dipergunakan oleh kepimpinan PR untuk melakukan apa yang mereka suka. Kepimpinan PR perlu sedar, bahawa kerajaan yang ada hari ini bukan milik parti, tetapi milik rakyat. Parti-parti yang memerintah hanyalah diamanahkan untuk mengurus, bukan menjadikan negeri ini milik parti.
Sudah ada pemimpin parti yang merasakan bahawa negeri ini milik mereka. Setiap jawatan politik adalah hak mereka.
Kalau diperingkat awal, mereka berebut jawatan Ketua Kampong…yang tak tau buat kerja pun tak mengapa…asalkan jawatan itu dapat kepada pendukung parti, diikuti dengan Ahli-Ahli Majlis…yang tak tau apa-apa pun dilantik…janji memenuhi kuota parti, sekarang jawatan-jawatan dalam GLC pula yang dicemburui.
Ada yang hanya takat SPM gred 3 pun berebut nak jadi Pengerusi GLC! Sedar la sikit.
Jangan jadi macam Terengganu 1999. Bila menang saja…asalkan ada title ustaz…terus lantik. Akhirnya lingkup.
Rakyat sedang memerhatikan Pakatan Rakyat, apa yang telah dilakukan selama sembilan bulan yang lalu.Kalau kahwin Sembilan bulan yang lalu..dah ada yang melahirkan anak. Sekurang-kurangnya ramai yang dah bunting. Tapi apakah yang boleh dilihat oleh rakyat tentang Pakatan Rakyat?
Rakyat masih ternanti-nanti, apakah program yang akan dilakukan oleh EXCO Pertanian. Apakah peluang-peluang yang boleh diperolehi melalui EXCO Pelancungan. Bagaimanakah boleh memohon bantuan kebajikan, bantuan pinjaman peniaga kecil, pinjaman pertanian?
Setakat ini…belum ada apa yang boleh dicanangkan. Bila membaca Citra Perak…yang timbul hanyalah persoalan. Kita baca tentang MB menyampaikan bantuan..tapi kita tak tau macam mana kalau kita nak minta bantuan. Macam mana orang-orang tu dapat bantuan? Pasai apa depa dapat…kita tak dapat?
Apa peluang-peluang ekonomi yang ada? Nak jumpa sapa? Macam mana nak mohon?
Maklumat…maklumat…maklumat. Kita ketiadaan maklumat. Setakat ini…kita hanya mendengar pengumuman.. Ada Tabung Kifalah, Tabung Khas Kebajikan Rakyat, Tabung Pinjaman Peniaga Kecil..tapi tanyalah Ketua bahagian, YDP Kawasan…masing-masing tak tau.
Nak kata kerajaan ini diperintah oleh parti…orang parti sendiri tak tau. Nak kata kerajaan ini kerajaan rakyat…rakyat pun tak tau.
Habis sapa yang tau?
Rakyat hari ini bukan sahaja memilih parti untuk memerintah…tapi mereka juga mahu menjadi sebahagian daripada pemerintah.
Posted by
parlimen059
at
10:42 AM
0
comments
Labels: renungan