06/12/08.
Saturday, December 6, 2008
Yb dan keluarga di Jamuan Kenduri Kahwin
Posted by
parlimen059
at
1:59 PM
0
comments
Labels: aktiviti yb
Kerajaan Pakatan Rakyat yang berkebajikan -Teruja pinjaman pelajaran dilupus
Posted by
parlimen059
at
1:52 PM
0
comments
Labels: yayasan
Jalan masuk ke lokasi terputus, ratusan penguni terperangkap
8 orang dikuatiri maut apabila 14 banglo tertimbus dalam kejadian tanah runtuh paling dahsyat di Jalan Bukit Mewah dan Jalan Mewah Utama di Bukit Antarabangsa, Ampang, kira-kira jam 4 pagi tadi.
Salah sebuah banglo yang terbabit dalam runtuhan di Ampang ialah milik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.
sumber BH
Posted by
parlimen059
at
10:22 AM
0
comments
Labels: bencana
Thursday, December 4, 2008
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Changkat Jering Temu Ketua Kampung.
Kapten (B) Osman mendengar penjelasan Ketua Kampung
Posted by
parlimen059
at
7:51 PM
0
comments
Labels: Dun c Jering
Wednesday, December 3, 2008
BERITA BAJET 2009
- Sebanyak 4,428 rakyat berpendapatan kurang RM700 menerima bekalan air percuma RM10 sebulan.
- Seribu hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan secara komersial
- RM6 juta untuk dermasiswa rakyat RM1,000 seorang ke IPTA.
- RM 4.9 juta untuk pendidikan Islam - elaun guru/Penyelia KAFA, Tadika Islam dan bantuan per kapita SAR.(1 jan 2009)
- RM1 Juta untuk Takaful Kifalah kepada kematian warga emas berusia 65 tahun ke atas.(bermula 1 jan 2009)
- RM4.88 juta untuk kenaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan SU JKKK RM200.(1 jan 2009)
- RM2 juta untuk Tabung Khas Kebajikan Rakyat - membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang susah.(1 jan 2009)
- RM1 juta untuk Tabung Pinjaman Peniaga Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal/peniaga kecil.(1 jan 2009)
- RM2 Juta untuk Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi aktiviti kebudayaan, keagamaan dan pendidikan.(1 jan 2009)
- Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam di setiap daerah dinaikkan dari RM30 ribu ke RM50 ribu.(1jan 2009)
- Meluluskan 138 RPT untuk setinggan seluas 4,299 ekar yang boleh menempatkan 34,392 lot rumah.
- RM60 juta untuk JKR melaksanakan pelbagai projek baru.(1jan 2009)
- RM8.9juta untuk JPS bagi rancangan tebatan banjir.(1 jan 2009)
- Peruntukan EXCO dinaikkan dari RM100 ribu ke RM150 ribu setahun.(1 jan 2009)
- Peruntukan ADUN dinaikkan dari RM150 ribu ke RM200 ribu setahun (1 jan 2009).
sumber:blog dunkualasepetang
baspas:
Posted by
parlimen059
at
10:48 AM
0
comments
Labels: perak
Kerajaan Perak Umum Hakmilik Selama-lamanya untuk RPT dan Kg. Baru.
Dato Ngeh bersama Exco dan ADUN lain dalam sidang media tersebut
IPOH, 2 Disember : Kerajaan Negeri Perak Pakatan rakyat hari ini mengumumkan mulai hari ini penghuni-penghuni Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Kampung-kampung Baru di seluruh Negeri Perak boleh memohon untuk hakmilik selama-lamanya (In Perpetuity), demikian pengumuman dari Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak ,YB Dato’ Ngeh Koo Ham dalam Sidang media di Bilik Media Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi ini.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Exco Kerajaan Perak, Yb. Mohd Zainuddin Yusuf, YB. Thomas Su dan YB. Tai Sing Ng. Sementara ADUN yang hadir ialah YB. Drs. Khalil Idham Lim( Titi Serong), YB. Ong Boon Piao (Tebing Tinggi) dan YB. Leong Mee Meng(Jalong). Hadir sama ialah Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Perak, Ust. Zulkifli Ibrahim.
Permohonan hanya dapat dibuat sekarang kerana Kerajaan Negeri Perak telah mengambil masa beberapa Bulan yang lepas untuk menilai hartanah diseluruh 349 RPT dan 134 Kampung baru di seluruh Negeri Perak.
Beliau juga mengumumkan proses permohonan hak milik selama-lamanya ini telah dipersingkatkan kepada 4 proses sahaja dan dapat dikeluarkan dalam masa sehari sahaja jika perlu :
Jumlah Premium yang perlu dibayar adalah 20 % daripada perbezaan nilai tanah hakmilik selama-lamanya dan nilai tanah baki tempoh pajakan. Nilai tanah hendaklah menggunapakai Jadual Penilalain Tanah RPT dan Kg baru yang disediakan oleh jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Perak
Dato’ Ngeh juga menjelaskan pemberiaan hak milik ini adalah memenuhi janji parti-parti Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lepas. Dasar ini juga merupakan polisi Kerajaan pakatan Rakyat untuk memperkayakan dan memperkasakan rakyat. Jelasnya dasar ini dapat meningkatkan nilai tanah dan rumah sehingga melebihi RM 1.5 billion
Beliau menafikan tohmahan yang sengaja diputar belit oleh sesetengah parti politik bahawa ia memihak kepada sesuatu kaum sahaja. RPT mempunyai 102,00 hakmilik dan 134 Kg Baru mempunyai lebih kurang 47,000 hakmilik.
Kebanyakan RPT adalah orang Melayu dan Kg baru didiami orang-orang Cina. Orang India juga menghuni dikedua-dua pertempatan itu.
Dengan pemberiaan hakmilik itu meleyakkan penghuni-penghuni boleh mendapat pinjaman daripada institusi kewangan untuk membina semula kediaman atau kedai perniagaan yang usang. Kerajaan menjangkakan lebih kurang 20,000 rumah dan kedai perniagaan di RPT dan kg Baru dalam masa 5 tahun akan datang.
Kerajaan juga menggalakkan penghuni di RPT dan kg Baru untuk memohon untuk hakmilik selama-lamanya jika tempoh pajakan hakmilik mereka tamat kerana kadar premium yang dikenakan adalah lebih rendah daripada permohonan untuk pajakan 60 tahun atau 99 tahun. Ini disebabkan diskaun tidak diberikan lagi diberikan pada masa kini untuk permohonan pajakan 60 tahun atau 99 tahun. Jelas Dato’ Ngeh dalam sidang media itu.
Menjawab soalan mengenai dakwaan setengah pihak dasar ini menimbulkan masalah pengambilan tanah untuk pembangunan di masa akan datang beliau menafikan dakwaan itu kerana tanah tersebut tetap boleh dibangunkan dengan menggunakan dasar pengambilan tanah yang sedia ada dengan harga semasa yang dibayar kepada pemilik.
Sumber : Cina Islam
baspas:
Posted by
parlimen059
at
10:05 AM
0
comments
Labels: perak
Tuesday, December 2, 2008
Majlis Penyampaian Lap Top untuk Ketua-ketua Kampung DUN Trong
01/12/08.Pusat Khidmat Masyarak Dun Trong...9.00 Mlm.
sebanyak 13 set Laptop,printer dan fax telah disumbangan untuk kegunaan JKKK dalam dun Trong.
Ust Nor Azli Musa selaku Penyelia Dun telah menyerahkan barangan tersebut kepada Pengerusi Jkkk ,turut hadir dalam majlis itu YDP pas kawasan Bkt Gantang .

Nisa` dan Halwa menerima cek rm5000 dari UstNor Azli.
Selepas majlis penyerahaan ,dun Trong terus mengadakan mesyuarat Qurban sempena aidiladha yang bakal menjelang tiba.
sebanyak 6 kawasan akan adakan program qurban.
1 sg che rahmat
2 surau kg kelubung
3 markas sg tinggi
4 kg sg nyiur
5 kg permatang raja
6 kg salak.
untuk maklumat lanjut boleh hubungi sdr khairul ditalian:0134406825.
Posted by
parlimen059
at
4:21 PM
0
comments
Labels: Dun Trong
Monday, December 1, 2008
PERISTIWA BERGAMBAR- HJ ROSLAN BERSAMA RAKYAT
30 November 2008
6.00 ptg
Hj Roslan bersama Pengarah Sekretariat Parlimen sedang berdoa untuk allahyarham PakTalib
Posted by
parlimen059
at
12:05 PM
0
comments
Sunday, November 30, 2008
HJ ROSLAN SHAHARUM-BANYAKKAN CAWANGAN DAN AHLI
Hj Roslan sedang memberi motivasi kepada Ketua Cawangan dan Setiausaha Cawangan
Posted by
parlimen059
at
2:24 PM
0
comments