BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, November 29, 2008

BUKTI RAKYAT KG LARUT TIN DIBERI PERHATIAN

Masyarakat Penduduk Larut Tin membantah projek salai daging babi di RKT
Larut Tin.

Bangunan kekal yang dibuat Pengusaha Salai Daging Babi yang menimbulkan persoalan penduduk bagaimana boleh dibuat di Perkampungan Tersusun Larut Tin .Penduduk menagih tindakan Pentadbir Tanah Dearah LMS

Hj Roslan berharap para penduduk bersabar.Tindakan kita perlu berdasarkan undang-undang.



Ketua Kg Larut Tin En Bad Ali sedang menyatakan masalah Kg Larut Tin




sgi-08

Friday, November 28, 2008

Dari Sisi Bukit- Projek Sakit

Terdapat projek pembangunan "sakit" contohnya dibawah Majlis Perbandaran Taiping,dua cadangan projek :Membina &Menyiapkan kemudahan infrastruktur Di Zoo Taiping sepatutnya siap ikut jadual,tetapi hanya 65% yang siap. Kedua projek Menaiktaraf Infrastruktur Asas Estet Perinsustrian Tupai Fasa 1,II dan III tidak siap mengikut jadual,hanya setakat 65% sahaja yang siap.

Sisi Bukit : Supaya MPT atau agensi lain tidak memilih konkrator yang bermasalah.

Cukai pintu , MPT(Majlis Perbandaran Taiping) banyak yang tertunggak.Harapan rakyat Taiping, tidak memilih kasih untuk mengambil tindakan.Harapan rakyat agar defisit MPT selama lima tahun dapat diatasi.

Sisi Bukit : RM 240,000.00 agensi kerajaan tertunggak sama MPT, agensi Kerajaan Persekutuan perlulah bayar. Tolong sama dengan Kerajaan Pakatan Rakyat. Dari Rakyat untuk rakyat.

Projek bangunan salai babi di Kg Larut Tin ,satu perkampungan tersusun penduduk hairan tindakan lambat diambil.

SiBukit: ADO Tanah berjanji akan mengambil tindakan mengikut prosedur undang-undang. Kita tunggu dan lihat. Bersabarlah.

Tuesday, November 25, 2008

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI, DERMA DARAH DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA.

ANJURAN : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN CHANGKAT JERING
TARIKH : 25 NOVEMBER 2008 (SELASA)
WAKTU : BERMULA JAM 8 PAGI
TEMPAT : DEWAN MPT CHANGKAT JERING





Peristiwa Bergambar-Hj Roslan Di Jamuan Persatuan Pengedar Akhbar India Taiping

TETAMU PERSATUAN PENGEDAR AKHBAR

HJ ROSLAN BERSAMA YB NGA KOO MENG
HJ ROSLAN RANCAK BERBUAL BERSAMA PENGERUSI PANDA

WAKIL PERSATUAN AKHBAR MENYEMAT BUNGA
Taiping- 19 November.
Hj Roslan hadir ke Jamuan Persatuan Pengedar Akhbar India Kali Ke 10. Hj Roslan berharap hubungan ini diteruskan ,dalam erti kata dunia tanpa sempadan .Beliau tiba mengikut jadual
pada pukul tujuh malam.Apabila ditanya masyarakat India ,sudahkah bersembahyang .'Saya sembahyang sama Isyak ,nanti. ' kata Roslan. 'Dalam Islam panggil Sembahyang jamak' tambah Hj Roslan
SGI-08

Sunday, November 23, 2008

MP PAS Bukit Gantang: Sesi soalan jawab lisan, 20 Nov. 2008

Soalan No. 2 - Tuan Roslan bin Shaharum [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah yang dilakukan oleh Kementerian untuk memajukan industri sumber mineral negara dalam kes perlombongan tanah liat kaolin dan pasir selika.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Datuk Douglas Uggah Embas]: Terima kasih Yang Berhormat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah merangka beberapa strategi dan langkah untuk memajukan industri sumber mineral negara meliputi termasuk perlombongan tanah liat, kaolin dan pasir selika.Antara langkah-langkah ialah:(i) mengambil tindakan-tindakan dalam aspek pembangunan mampan yang merangkumi pelbagai bidang termasuk pembangunan sumber mineral selaras dengan Pelan Pelaksanaan Johannesburg kerajaan bagipembangunan mampan;(ii) menjalankan eksplorasi mineral secara berterusan untuk mengenal pasti sumber-sumber mineral yang berpotensi untuk dibangunkan bagi menjamin bekalan mineral mentah bagi industri pembuatan danpenggunaan tidak terjejas;(iii) menjalankan penyelidikan dan penggunaan R&D dalam aktiviti pemprosesan bagi meningkatkan kualiti dan gred mineral-mineral tersebut supaya mempunyai nilai pasaran yang kompetitif dan bolehdigunakan dalam produk-produk yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.
Antara hasil penyelidikan ialah formulasi seramik berkualiti tinggi, mengguna lempong bebola tempatan di Pahang dan Sarawak dan penghasilan formulasi untuk produk kaca kristal yang akan dikomersialkan oleh sebuah syarikat di Negeri Sembilan. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, sejumlah RM6.5 juta telah diperuntukkan kepada Jabatan Mineral dan Geosains untuk kajian tanah liat, selika dan kaolin.

Tuan Roslan bin Shaharum [Bukit Gantang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa kemajuan industri mineral negara ini masih lagi di tahap rendah ataupun dengan izin, tidak fully utilize lagi. Tidak digunakan ke maksimum yang mungkin, sedangkan kita lihat bahawa mineral-mineral ini adalah merupakan mineral yang amat berkualiti tinggi dan juga nilai komersia yang begitu tinggi.
Misalnya besi, bijih timah, silika, ball clay, pasir dan sebagainya. Kalau kita melihat sebagai satu contoh, misalnya penjualan pasir secara pukal dan juga secara doket yang berlaku di selatan tanah air ke negara jiran, Singapura. Ini sesuatu yang merugikan kerana pasir yang dijual ke negara jiran, saya difahamkan mengandungi besi, emas, silika dan sebagainya yang mempunyai nilai yang tinggi.
Kemudian terdapat juga kawasan-kawasan mineral di negeri-negeri, misalnya di Bidor, di Terong, Taiping, terdapat ball clay dan juga tanah liat, bijih timah tetapi di atas tanah tersebut terdapat kawasan-kawasan perumahan dan juga kampung-kampung tersusun serta kelapa sawit dan sebagainya. Jadi apakah Kerajaan Pusat di bawah kementerian tidak mempunyai koordinasi, perancangan dan juga penyelarasan di antara kementerian dan negeri-negeri.
Seterusnya saya ingin bertanya tentang adakah kerajaan menyediakan satu skema untuk upgradekan atau valued addedkan nilai-nilai mineral yang amat berpotensi ini? Jadi itu soalannya. Terima kasih.
Akhirnya kita menggalakkan pertumbuhan industri-industri hiliran yang menggunakan mineral-mineral tersebut sebagai bahan mentah seperti industri pembuatan barang kaca, seramik, bata, refraktori dan sebagainya. Terima kasih.

Datuk Douglas Uggah Embas: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Memang seperti yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat tadi, perusahaan mineral kita di seluruh negara telah pun berkurangan kalau kita bandingkan pada tahun 70-an. Ini kerana, yang pertama, selepas tahun 70-an harga-harga mineral ini agak menurun.
Yang kedua, selepas itu ada persaingan yang hebat di antara pembangunan-pembangunan tanah. Di antara pembangunan tanah sama ada kita hendak menerokanya sebagai pelombong ataupun membangunkannya sebagai perumahan ataupun sebagai tanaman-tanaman seperti tanaman kelapa sawit.
Bagaimanapun, baru-baru ini kerajaan telah mendapati bahawa mineral ini adalah mempunyai prestasi yang besar kerana sebelum kegawatan ekonomi yang berlaku di seluruh dunia, harga-harga mineral ini telah pun mencapai harga yang tertinggi dalam sejarah.
Oleh yang demikian, maka kerajaan telah pun menerusi Majlis Mineral Negara kerana majlis ini ialah satu majlis untuk menyeragamkan atau untuk mengkoordinasi segala pembangunan mineral di seluruh negara telah pun merayu supaya kerajaan-kerajaan mengeluarkan lebih banyak lagi permit-permit untuk melombong.
Dalam masa yang sama, kita telah pun juga menjalankan beberapa kajian dan dalam negara kita telah ada 14 penemuan telah pun didapati, bagaimana mineral-mineral ini dapat digunakan dalam produk-produk hiliran.
Untuk makluman Dewan ini, sekarang kita ada 925 syarikat yang berasaskan mineral di seluruh negara. Maka, nampak ada pembangunan yang baik yang menggunakannya selain daripada mengeksportkan mineral-mineral ini, mereka juga telah memprosesnya di negara kita.
Mengenai penjualan pasir ke negara jiran, ingin saya memaklumkan di sini bahawa pengeksportan pasir ini telah pun dilarang oleh kerajaan. Jadi saya tidak tahu dari mana Yang Berhormat dapat maklumat mengenai pengeksportan pasir kerana ianya telah pun dilarang.
Mengenai kawasan-kawasan mineral seperti yang saya sebut tadi yang Yang Berhormat kata telah dibangunkan sebagai tapak perumahan, ini adalah satu challenge, cabaran yang berhadapan dengan kerajaan negeri kerana pengeluaran lesen permit-permit mengusahakan mineral ini adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan negerilah yang akan memilih sama ada hendak membina rumah di tanah yang sama ataupun untuk melombong, tetapi dalam majlis yang dahulu kita merayu bahawa kerajaan negeri akan menimbang untuk membangunkan industri perlombongan untuk kepentingan negara. Terima kasih.



mppas wordpress
baspas:

Biro Hal Ehwal Wanita



23/11/08 Bukit Gantang,

Biro HalEhwal Wanita dari JKKK Bukit Gantang ,telah mengadakan program Hari keluarga di Padang Bola Bukit Gantang.

Belbagai acara sukaneka untuk kanak-kanak,remaja dan juga veteran telah diadakan.

YDP Pas telah diberikan penghormataan untuk berucap dalam upacara penutup majlis itu.
lari adik lari ..jaga buku

baspas:

MB -IR NIZAR SAMPAIKAN MAKLUMAT BENAR


IPOH- 22 November 2008.

Menteri Besar Perak ,berharap pemerintahan yang adil dapat memperkukuhkan kerajaan.
Harapan beliau agar tenaga jentera parti Pakatan Rakyat dan para bloggers dapat menyampaikan maklumat yang benar.
Dato' Seri Ir Nizar menyatakan persembahan ADUN Pakatan Rakyat dalam sidang DUN kali ini amat baik."Adun kita,berjaya menentang ADUN BN, " kata Ir Nizar. "Ini menimbulkan kegerunan dan seolah mereka tidak berdaya menghadapi hujah ADUN kita."tambah Hj Nizar lagi.
Y.A.B memberi penghargaan kepada tenaga penerangan parti PR yang berupaya menghadapi tohmahan pihak lawan BN.
Dalam ucapannya di Program Cambah Fikiran Isu-isu Semasa Bersama Jentera Penerangan Negeri Perak di Ipoh, beliau berasa kesal masih terdapat pihak yang tidak mahu bekerjasama kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
" Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) meluluskan sebarang cadangan,permohonan dalam masa sehari tetapi apabila sampai kepada rakyat memakan masa sehingga 6 bulan" tambah Hj Nizar lagi.
Harapan MB ,kita tidak akan menganiaya rakyat yang telah memberi mandat kepada kita
untuk memerintah Perak. "Bagi kita ,kita mahu mencerdikkan rakyat dan memberi rakyat ilmu"ujar MB lagi.
"Pekerjaan kita satu ibadat,kita hendaklah bekerja berlipat kali ganda untuk membantu nkerajaan Pakatan Rakyat.



sgi-08