BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Thursday, October 30, 2008

Kotak Ikan Berinsulasi

30/10/08.KualaSepetang.

LKIM akan mewajibkan pengunaan Kotak Ikan Berinsulasi LKIM ,kepada semua pengimport,pengeksport,pemborong,peniaga,syarikat pengangkutan ikan dan juga semua nelayan kawasan bermula 1hb dis 2008.


kotak Ikan Berinsulasi LKIM



Penerangan disampaikan oleh Pegawai LKIM di satu majlis penerangan di dewan Pusat Sumber Kuala Sepetang jam10 pagi tadi.



Pegawai LKIM dan KF marketing berikan penerangan

KF Marketing merupakan pengedar tunggal untuk membekalkan Kotak itu yang bernilai RM250 untuk 200 litre,RM 150 untuk 100 litre manakala untuk 60 litre bernilai RM120 setiap satu.


Denda sebanyak rm15 ribu atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali kepada yang engkar,budibicara pegawai LKIM akan diambil kira dalam urusan pemindahan ikan-ikan tempatan (untuk satu tempoh yang akan dimaklumkan) manakala pengimport,pengeksport diwajibkan tanpa sebarang alasan bermula 1 dis 2008.


Kotak tersebut turut di pasang dengan Micro Chip untuk kemudahan pemereksaan LKIM dalam mencegah penyeludupan dan sebagainya.



baspas:

Wednesday, October 29, 2008

Bakal -bakal Haji Kawasan Bukit Gantang diraikan

28/10/08.Seramai 60 orang bakal-bakal haji dalam kawasan Bukit Gantang diraikan dalam satu majlis di masjid Kg Air Kuning.


Majlis dimulakan oleh dengan bacaan Yasin dan seterusnya doa selamat pergi dan balik
Majlis dihadiri oleh YB Roslan,YDP Kawasan Ust Nordin Jaafar dan ketua ursan Ulamak Kawasan Ust Basiron Lat.



YB Roslan ,memberikan motivasi perangsang kepada bakal-bakal haji.


S/u Seketeriat En sharuddin, ini adalah majlis yang pertama dianjurkan seumpama ini dalam kawasan Bkt Gantang,kehadiran seramai 60 Bakal haji dari 93 yang dijemput amat membanggakan .
cenderahati disampaikan YB Roslan
baspas:

Banjir.....Penternak2 ikan kerugian........



tebing sungai yang pecah


susulan Banjir minggu lepas..pada 21/10/...YB bersama rombongan melawat Pekan Temerlok,untuk meninjau kawasan penternakan ikan keli yang mengalami kerosakan teruk.

YB menaiki motor untuk meninjau kawasan terlibat


kami dibawah menaiki motosikal untuk melihat tebing sungai yang pecah,limpahan air memenuhi kolam ternakan ikan keli,mengakibatkan kerugian yang besar..ikan lari/dihanyutkan air banjir..Penternak2 dinasihatkan untuk membuat laporan Polis


kolam2 ikan dipenuhi air limpahan sungai,




baspas

Sunday, October 26, 2008

Dakwa saya jika benar saya bersalah


Sila dakwa saya di mahkamah jika benar saya telah menyalahgunakan kuasa! Saya sedang berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan liar yang di lontarkanke atas sya Dua orang pegawai BPR telah berkunjung ke pejabat saya baru-baru ini pada Rabu, 22 Oktober lalu, jam lebih kurang 10.00 pagi.Dua orang pegawai BPR telah berkunjung ke pejabat saya baru-baru ini pada Rabu, 22 Oktober lalu, jam lebih kurang 10.00 pagi.Kehadiran mereka ekoran laporan yang telah dibuat oleh Zainol Padzi yang juga Ketua Pemuda Umno Perak terhadap saya yang kononnya saya telah menyalah gunakan kuasa mengarahkan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyerahkan kerja menyenggara sungai, parit dan tali air kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) secara runding terus.Saya sedia untuk disiasat dan sedia untuk menghadapi dakwaan di mahkamah jika benar terbukti saya melakukan salahguna kuasa saya.


baspas:

Bantuan Kaum India


Isteri YB Roslan menyampaikan bantuan

25/10/08.Pihak Seketeriat dengan kerjasama Kelab penyokongan Pas telah menyampaikan bantuan untuk kaum india sempena Deepavali.


Pusat khidmat Trong

sebanyak 52 orang termasuk ibu tunggal dan anak yatim telah diberikan bantuan beras dsbnya ..
majlis untuk dun C,jering dan dun K,sepetang telah diadakan di DOR spg halt.



manakala untuk Dun trong pula majlis diadakan pada sebelah petang jam 4.30,di pusat khidmat masyarakat Trong.seramai 41 buah keluarga diberikan sumbangan.
Sumbangan disampaikan oleh YB Roslan dan Isteri Beliau.
baspas:

MATANG/K,SEPETANG DESA PELANCUNGAN

24/10/08 JUMAAT.

9.00 PAGI:Pembentangan projek (persekutuan) untuk memajukan kawasan Matang dan Kuala Sepetang dibawah RKK (rancangan kawasan khas) telah diadakan didewan Pejabat Penghulu matang pagi tadi.

Pihak seketeriat dan ketua-ketua kampung sekitar dijemput untuk mengadakan perbincangan dan dialog mengenai projek itu.Kajian perancangan yang menelan kos sebanyak rm700 ribu dibentengkan oleh wakil pembangunan dari putrajaya.

seluas 1158.14 hektar kawasan meliputi Matang dan Kuala Sepetang,yang mana anggaran kos melibatkan sebanyak rm182 juta.Sebuah jambatan yang akan menghubungkan kg seberang dan K sepetang dan juga akan didirikan stesyen Bas dan teksi,rumah2 tumpangan dan berbagai lagi kemudahan yang diharap akan meningkatkan sosio ekonomi penduduk setempat.

Kami dari pihak seketeriat yang mewakili YB Roslan,tiada sebarang halangan untuk memajukan kawasan itu dengan syarat tiada sebarangan penindasan atau pun sebarangan kepentingan penduduk setempat dipinggirkan.

Seterusnya wakil YB turut mencadangkan untuk memajukan Balai Polis supaya dapat menampung peningkatan anggota untuk tujuan keselamatan dimasa hadapan.Rumah2 ibadat khasnya masjid turut dicadangankan dalam projek tersebut.


sebelah petang jam 4.30 projek tersebut dibentengkan di kg seberang bersama penduduk setempat.pada dasarnya tiada sebarangan bantahan kecuali penduduk mencadangankan penempatan semula diberi perhatian yang sewajarnya,mereka mohon diberikan rumah teres dan bukannya rumah flat seperti dalam perancangan.

baspas:

Kg Teratai


23/10..pihak seketeriat telah mengadakan lawatan ke Kg Teratai, susulan aduan dari penduduk setempat mengenai rumah-rumah mereka(6buah) yang dirobohkan pihak berkuasa.
rumah2 yang diroboh
Daripada siasatan, kami dapati semua rumah2 yang dirobohkan adalah rumah-rumah baru yang tidak dibanci,pihak seketeriat meluangkan masa menunjuk ajar cara menyelesaikan isu tersebut,mereka diminta buat permohonan baru terus ke pejabat PTD ,walau pun pengerusi bertindak En kadir melahirkan kekesalan beliau kerana permohonan sebelum PRU telah dikemukakan kepada pihak-pihak yang mengaku org kuat BN ,tapi tiada sebarang rekod permohonan di kesan di pejabat PTD.Dengan nada kesal beliau mengakui kesilapan beliau dan akan kemukan permohonan baru dengan bantuan pihak seketeriat kata beliau.
dalam kesibukan, sempat merakamkan gambar sepasang merbok.(kg Jaha)
menanti penuh debaran walau pun didekati hampir 5 kaki.
"mungkin berfikiran selamat dibawah PAKATAN RAKYAT..."
baspas: