Saturday, March 14, 2009
TERIMA KASIH PENGUNDI- ALMARHUM HJ ROSLAN SHAHARUM
Almarhum Hj Roslan tidak melupakan ucapan terima kasih kepada rakyat setelah dipilih sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Bukit Gantang. 8 Mac 2008
Posted by
parlimen059
at
2:17 PM
0
comments
NAJIB UMUM ISMAILSAPIAN CALON BN
Perang sudah bermula Ismail Sapian menjadi calon BN di Parlimen Bukit Gantang.Ismail Sapian menjadi calon BN dengan jaminan tidak melawan Cikgu Rosli Husein sebagai Ketua Bahagian Bukit Gantang. Kita difahamkan penyokong-penyokong Timbalan Ketua Bahagian Bukit Gantang ,Kamarulail tidak bersetuju Ismail Sapian menjadi calon. Pengundi kini berubah untuk bersama rakyat mengundi calon kita PAS. Pas Bukit Gantang menuju kecemerlangan.
Posted by
parlimen059
at
12:26 PM
0
comments
Friday, March 13, 2009
PRINSIP KITA
Menarik mendengar ucapan YB Osman Jailu di Kampung Air Kuning pada 12 Mac 2009.Walaupun bebas menyokong BN.
Kami antara mereka yang membantu Osman Jailu kempen dari rumah ke rumah.Mana taman yang tidak kami pergi bersama Almarhum Hj Roslan Shaharum.Mendengar kandungan ucapannya,seolah-olah ada penulis skrip untuk beliau. Osman bukanlah seorang pemidato yang baik.Bukan juga seorang yang boleh menarik pengundi berdasarkan ucapan .Apabila disuruh berucap akan mengelak.Hj Roslan yang banyak membantu.
Semasa dinamakan sebagai calon ,kami mengingatkan calon mestilah bermoral dan berakhlak.Calon bukan kaki judi bukan juga kaki karoeke.Namun itulah realitinya.Menurut satu sumber .Beliau menjadi Pengerusi Syarikat Pelancongan Kerajaan Perak,sementara isteri muda pula menjadi pengurus syarikat.Bukankah ini bukti sememangnya beliau tidak boleh bekerja.Dakwa pemberi sumber lagi ,masa mesyuarat exco ,tidak bersedia. dan kini mencari salah Ir Nizar.
Posted by
parlimen059
at
8:41 PM
0
comments
BERITA BERGAMBAR -PRK 059 BUKIT GANTANG
9 MAC ,BUKIT CEMPEDAK,BUKIT GANTANG TUAN GURU HJ NIK AZIZ BERDOA UNTUK KEMENANGAN ISLAM DI MALAYSIA KHUSUSNYA PARLIMEN BUKIT GANTANG
Posted by
parlimen059
at
11:10 AM
1 comments
Thursday, March 12, 2009
SATU UNDI UNTUK PAKATAN RAKYAT
Banyak kes disiplin berlaku di seluruh sekolah menengah LMS.Namun ,secara tiba-tiba apabila berlaku masalah disiplin berlaku di sekolah di daerah LMS, pemimpin UMNO mengambil berat.Contohnya Kes Di SMK Dato' Wan Rashdi ,Bt 8,Jln Trong. Kes murid maki hamun cikgu tidak dipedulikan,tetapi murid yang kena tampar pula dibela.Hanya arahan YB ,Pegawai PPD LMS , terus meminta laporan.Cikgu juga dipersalahkan.Mungkinkah kerana kecewa Dato' Hishamudin Husein ,tak dapat datang ke SMK Dato'Wan Rashdi, Sekolah itu dimangsakan.
Ingat cikgu ramai jadi pengundi.Undi cikgu boleh berubah .Jom cikgu ,di Parlimen Bukit Gantang,satu undi untuk Pakatan Rakyat.
Posted by
parlimen059
at
5:44 PM
0
comments