Ipoh- Kerajaan negeri menjangka akan memperoleh premium tanah antara RM300 hingga RM450 juta jika semua 102,000 pemilik kediaman di 349 Rancangan Perkampungan Tersusun(RPT) dan 47,000 pemilik di 134 kampung baru di Perak menukar status tanah mereka daripada pajakan kepada pemilikan selama-lamanya.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam,Tenaga ,Air dan Hal Ehwal Bukan Islam,Dato' Ngeh Koo Ham berkata,ia berdasarkan unjuran peningkatan nilai hartatanah di RPT dan kampung baru dijangka melebihi RM1.5 bilion selepas pemilik kediaman dibenarkan menukarkan status tanah mereka kepada selama-lamanya.
"Tawaran kami berikan kepada penghuni RPT dan kampung baru adalah hak milik selama-lamanya dan bukan pajakan 99 tahun sebagaimana anggapan sesetengah pihak" kata Dato Ngeh Koo Ham.
Mengenai dakwaan status tanah itu,khususnya kampung baru bercanggah dengan Kanun Tanah Negara, YB Dato' Ngeh menyatakan ,kerajaan negeri sudah mendapat nasihat daripada bekas hakim dan panel penasihat undang-undang yang dianggotai 20-30 peguam.
Sementara itu menurut Hj Roslan Shaharum ,Ahli Parlimen Bukit Gantang jikalau tanah itu perlu untuk pembangunan ,Kerajaan boleh mengambil semula tanah berkenaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah tetapi perlu membayar pampasan mengikut nilai pasaran semasa.
sgi 09
Thursday, January 1, 2009
TUKAR STATUS TANAH- PERAK JANGKA PEROLEH PREMIUM TANAH ANTARA RM300 HINGGA RM450 JUTA
Posted by
parlimen059
at
12:19 PM
0
comments
Wednesday, December 31, 2008
MUNAJAT RAKYAT BUKIT GANTANG
Changkat Jering- Pas Kawasan Bukit Gantang melalui Lajnah Tarbiyyah dan Lajnah Penerangan menganjurkan Munajat Rakyat.Munajat rakyat itu akan berlangsung pada:
Tarikh: 2 Januari 2009
Hari : Jumaat
Tempat: Kg Kepala Bukit,Bt 9 Jln Trong
Agenda:- Solat Isyak Berjamaah
- Solat Hajat
- Ceramah Selamatkan Palestin / PRK Kuala Terengganu
1. Ustaz Idris Haji Ahmad- AJK Pas Malaysia
2. Tn Hj Zainuddin Yusuf- Exco Kerajaan Perak
3. Tn Hj Roslan Shaharum- Ahli Parlimen Bukit Gantang
Sehubungan dengan itu Pas Kawasan Bukit Gantang berharap masyarakat tempatan dapat menderma bagi menjayakan Kemenangan Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu . "Kita berharap dapat mengumpul seramai mungkin masyarakat tempatan dalam Program Munajat Rakyat itu" ujar YDP Pas Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Nordin Jaafar.
sumber- penerangan kawasan.
Posted by
parlimen059
at
5:43 PM
0
comments
Pemindahan Kubur ..berusia 205 tahun
Bukit Gantang 31/12/08.............
dimasukkan dalam plastik sebelum pemindahan
Posted by
parlimen059
at
1:30 PM
0
comments
Labels: kaw bkt gantang
Lagi-lagi soal.....Menghina Islam
Masing-masing ingin menjadi jaguh dlm soal mempertahankan agama….kenapa sifat dan tindakan sedemikian tidak ditunjukkan semasa kenyataan-kenyataan yang lebih biadab oleh pemimpin dan bekas-bekas pemimpin…..
- "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)
'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)- 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'. ( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)
- 'Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur'. (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)
- "Hal-hal mengenai keagamaan (Islam), harus dipisahkan dari Sekolah Kebangsaan bagi membolehkan ibu bapa bukan Islam menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan (Bekas Presiden Gerakan, Lim Liong Sik, 2007)
Cuba renungkan salah siapa,kalau ada penulis-penulis blog atau individu-individu yang berani menghina,mempersoalkan islam….jika Pemimpin/Ketua yang mengaku Islam, lebih hebat dalam memperlekekan Islam.!
p..jem
Posted by
parlimen059
at
10:24 AM
0
comments
Labels: peringatan
Tuesday, December 30, 2008
Isu pemilihan Ketua Kampung Baru diputar belit media.
Pemilihan ketua kampung tradisional yang kebanyakannya didiami oleh orang Melayu telah selesai dilakukan disemua kampung di Negeri Perak dengan cara pemilihan. Namun begitu pemilihan ketua kampung baru tertangguh beberapa ketika dan akan diselesaikan pada tahun 2009.
Posted by
parlimen059
at
4:33 PM
0
comments
Labels: perak
Monday, December 29, 2008
Demo ..membantah keganasaan zionis keatas penduduk Palestin
29-12-08..Demonterasi membantah kekejaman zionis keatas penduduk-penduduk Palestin,diadakan t/hari tadi selepas solat zohor dan solat hajat ,dihadapan masjid sultan Azlan Shah jalan dairi Ipoh.
demo anjuran Teras dihadiri lebih 300 orang ...
Demo aman itu berakhir selepas 40 minit tanpa sebarang halangan ....
berita penuh dari harakah daily:
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) -Selepas PAS mengutuk serangan Israel di Gaza, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa supaya dilancarkan demonstarsi di seluruh negara bagi menyatakan bantahan keras terhadap tindakan biadap Israel itu.
Selain turut mendesak supaya bantuan ketenteraan daripada negara-negara Islam dihantar segera untuk melindungi rakyat Gaza.
Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid berkata Persidangan Negara-negara Islam (OIC) mesti segera bersidang untuk melaksanakan kerahan bantuan ketenteraan ini kerana serangan yang tidak berperi kemanusiaan itu telah mengorbankan lebih 200 orang dan ratusan lagi tercedera malah kesannya bukan sahaja mempengaruhi keadaan semasa di Gaza tetapi dalam jangka masa panjang juga kerana banyak kemudahan awam seperti hospital,air dan elektrik telah musnah dalam serangan tersebut.
"Kita menyeru umat Islam seluruh negara mengadakan dan solat hajat dan demonstrasi di semua masjid bagi menyatakan bantahan keras terhadap serangan ini.
"Umat Islam di Malaysia mesti menegaskan pendirian terhadap negara pengganas Israel yang didalangi Amerika Syarikat. Untuk itu umat Islam mesti memperharui serta mempertajam kempen boikot terhadap produk Amerika da Israel," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Dalam masa yang sama Teras juga mengesa supaya semua kerajaan negara-negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika yang menghalalkan tindakan Israel di Gaza. - azm _
baspas:
Posted by
parlimen059
at
5:57 PM
0
comments
Labels: perak
INTIFADAH DI KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT-SELAMATKAN PALESTIN
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA akan mengangjurkan INTIFADAH di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.
Semua rakyat Malaysia dijemput hadir beramai-ramai memberi sokongan membantah kezaliman Kerajaan Israel laknatullah.
PROGRAM BERLANGSUNG PADA:
TARIKH: 30 DISEMBER 2008/ 2 MUHARRAM 1430
HARI: SELASA
TEMPAT: DEPAN KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT,
JLN TUN RAZAK KUALA LUMPUR.
MASA: 11 PAGI.
Posted by
parlimen059
at
4:09 PM
0
comments
YAYASAN PERAK BANTU RAKYAT
Hj Roslan memberi perangsang kepada para pelajar penerima sumbangan,supaya cemerlang rohani , fizikal dan sosial.
Haji Roslan Shaharum bersama Penghulu Kanan Hj Musanip Ahmad,Penghulu Mukim Matang,Encik Rosli dan Penghulu Bukit Gantang ,Encik Abu Jamil Sani bergambar bersama penerima sumbangan Yayasan Perak
Changkat Jering-27 Dis 08-
Yayasan Perak akan terus membantu rakyat. Peruntukan untuk derma siswa akan terus diberi bagi sesi 2009 dan juga peruntukan untuk Ibu Tunggal yang memerlukan bantuan perniagaan sebanyak RM5000.00 akan mula diberi pada tahun 2009.
Menurut Haji Roslan, peruntukan sebanyak RM 140,000.00 telah diluluskan untuk memberi bantuan peralatan persekolahan seperti beg,pakaian sekolah dan kasut."Kita telah luluskan peruntukan bantuan beg,kasut dan baju sekolah untuk 60 orang pelajar pelbagai kaum di Parlimen Bukit Gantang."tegas Hj Roslan.
"Peruntukan itu bagi meringankan beban ibu-bapa untuk sesi persekolahan tahun 2009"tambah Hj Roslan. Bantuan daripada Yayasan Perak ini meliputi seluruh negeri Perak,disalurkan melalui Pusat Khidmat ADUN masing-masing.
"Jika harga kelapa sawit meningkat ,keuntungan Yayasan Perak bertambah,peruntukan untuk rakyat akan terus bertambah" tambah Hj Roslan sewaktu merasmikan bantuan persekolahan untuk Parlimen Bukit Gantang.Turut hadir pada hari itu,Tn Haji Musanip Ahmad, Penghulu Kanan Larut ,Matang dan Selama dan Ustaz Zulkifli Ahmad ,Timbalan YDP Pas Kawasan Bukit Gantang.
Posted by
parlimen059
at
11:36 AM
0
comments
Sunday, December 28, 2008
LAJNAH PENERANGAN PAS KAWASAN EDAR RISALAH FAKTA
Hj Roslan memberi FAKTA kepada pengunjung Pasar Minggu Changkat Jering
AJK Pas Kawasan Fadil Idris mengedar FAKTA.
Posted by
parlimen059
at
12:07 PM
0
comments