PRU 12 membawa pengertian mendalam kepada PAS Kawasan Bukit Gantang.Hj Roslan Shaharum mewakili PAS menang di Parlimen Bukit Gantang.Sementara itu Kapten Osman Jailu
di DUN Changkat Jering (PKR) dan Tai Sing Ng Kuala Sapetang(PKR).
Dalam hujan lebat rakyat Parlimen Bukit Gantang mengundi Barisan Alternatif.Dengan tekad
membawa perubahan "Makkal Sakhti " atau kuasa rakyat. Sepanjang melawat pusat mengundi
"mood" rakyat menyebelahi kita. Pimpinan Kawasan menyatakan tsunami politik .
Setelah enam bulan kita di " Blogger: PAS FOR ALL", cuba bersikap lembut dan tidak memburuk parti lawan .Namun setelah berlaku tsunami banjir kita mengetahui sikap rakyat.
Segelintir rakyat mengambil kesempatan. Contohnya mereka yang menjaja cerita di Buletin TV3. Bagi kami Ketua Kampung Larut Ulu,Encik Tajei Husein memainkan peranan penting
membantu penduduk kampung .Beliau memastikan semua penduduk di bawa keluar sewaktu banjir berlaku pada Khamis 17 Julai 2008.
Kedua-dua penduduk yang bersiaran pada 24 Julai 2008 pada pukul 1.30 tgh,merupakan pelakon yang tidak berbakat. Apakah perlu kita menceritakan keburukan mereka?
Apakah perlu kita memberitahu ,mereka bukannya mengundi kita? Apakah perlu kita menyatakan sewaktu mereka kematian keluarga,ahli Pas bersama rombongan yang membantu
bertahlil? Malahan menyedia khemah untuk kegunaan keluarga si mati.
Banyak rakyat yang terlibat,di Kg Cheh,Changkat Ibol,Jelutong,Matang Gelugor,Sg Mati,Kg Jelapang,Kg Pak Darus,Bt 2 1/2,Kg Benggali, Larut Tin dan Tmn Pengkalan Makmur serta jiran kita Taman Sri Kota.
Seorang pengundi menyatakan kami pembayar cukai,cukai tanah,cukai pintu dan cukai pendapatan." Sepatutnya kami yang berhak menerima bantuan " Bagi penulis mereka tidak mensyukuri nikmat, mana mungkin projek landasan berkembar di bawah Kementerian Pengangkutan kerajaan negeri menyediakan tapak rumah .Di daerah LMS ,297 setinggan KTM,
Kerajaan Pakatan Rakyat memberi lot tapak rumah.
"Mereka hanya setinggan " dakwa seorang guru yang tinggal di Tmn Pengkalan Makmur.
Bagi penduduk Kg Air Kuning , Syarikat Gamuda-MMC wajar membayar ganti rugi,projek mereka menghalang laluan air sehingga berlaku tsunami banjir.
Jelas sekali pembangunan yang tidak terancang boleh mempengaruhi alam sekitar. Kawasan tadahan air semakin sempit sementara taman perumahan semakin bertambah.Justeru itu pihak berkuasa tempatan seharusnya mengambil tindakan segera, agar banjir kali kedua di sekitar Parlimen Bukit Gantang tidak berlaku.
Rakyat Kelantan selama 18 tahun difitnah kenapa kita di Parlimen Bukit Gantang hanya baru lima bulan tidak boleh bersabar?
Saturday, July 26, 2008
Bersabar Mendepani Ujian
Posted by
parlimen059
at
4:34 PM
2
comments
Friday, July 25, 2008
Akhirnya .............Terbukti
Mangsa Mat Isa menerima bantuan.
Mangsa banjir sekitar Air kuning yang menetap di Pusat pemindahan banjir akhirnya tunjukan belang mereka.
24/07/08 berita TV3 jam 1.30 menyiarkan berita mengenai ketidakpuashatian mereka kononnya tiada sebarang pembelaan.
- Pada malam kejadian makanan dibekalkan oleh pihak sekratariat sebanyak 50 bungkus.
- Bermula 18hb hingga 20hb makanan dibekalkan oleh Gamuda ,T/hari dan malam
- 21hb ,makanan mlm dibekalkan oleh sekratariat Parlimen
- 22hb hingga 24hb makanan dibekalkan oleh Gamuda.
- pada 19hb jam 8.00mlm YB Roslan hulurkan sumbangan peribadi beliau sebanyak RM350 sekeluarga untuk 6 buah keluarga.
- pada 20hb +- jam1 pagi Ust Idris Ahmad hulurkan sumbangan peribadi sebanyak rm50 sekeluarga
- pada 20hb Gamuda sumbangankan RM1000 sekeluarga untuk 8 keluarga ,rm100 untuk setiap pelajar sebanyak 13 orang.
Berkat ke makanan kalau dah fitnah yang bukan2..nampak duit aje ...minda siraman baja umno....
Pada awalnya bila YB Roslan hadir didewan, silaili pompuan yang tak pakai tudung ,jerkah....kami undi YB ini mesti kena tolong..sedangkan petugas2 pas PRU12 sangat2 mengenali silaili..perayu undi BN totot..lagi pun dia tidak mengundi sebab ic alamat kedah...walau pun kami pihak sekratariat menerima maklumat awal,tapi kami AJK sekratariat tanpa memilih bulu, berikan bantuan kepada semua,sebab mereka adalah rakyat dikawasan kami..
MOTTO kami dan YB Roslan berkhidmat untuk rakyat setempat tanpa pilih kasih,parti,kaum atau pun agama..Adil dikacamata kami dahulukan yang sangat perlu,teruskan dengan yang lain.walau pun yang lain ini ahli Pas,yang sangat perlu ini UMNO ...kita akan utamakan yang sangat perlu walau pun tahu mereka itu penyokong kuat BN...
Hanya balasan dari Allah yang Maha Adil..mangsa menerima sumbangan
baspas:
Posted by
parlimen059
at
4:01 PM
0
comments
Labels: banjir
Wednesday, July 23, 2008
PAMPASAN BANJIR
baspas:23/07.7.15am
Posted by
parlimen059
at
7:02 AM
2
comments
Monday, July 21, 2008
DARI SISI BUKIT- TSUNAMI BANJIR
Lawatan kerja ke Jabatan Kerajaan penuh dengan pengalaman.Baru-baru ini pergi ke pejabat
penghulu,Tuan Penghulu mendakwa berlaku banyak unsur rasuah pada agensi seperti BPR dan Polis.Seorang bekas Ketua Kampung , dakwa kita sama sahaja macam mereka ,masuk poket.Apabila didesak lapor BPR mereka tak mahu. Terima laporan sahaja,tindakan tiada.
Sisi Bukit- Bila agaknya Pemerintahan Baru Malaysia,untuk selamatkan Malaysia.
Terima kasih kepada semua yang menolong rakyat semasa banjir. Banjir sepatutnya
menginsafkan kita ,menjadi kita semakin beriman dan mendekatkan kita dengan
ALLAH s.w.t. Namun begitu terdapat mereka yang mengambil kesempatan ,membawa
pulang bekalan makanan seperti beras , pada hal mereka bukan mangsa banjir. Menumpang tidur di pusat pemindahan ,sepatutnya bawalah keluarga tidur bersama di rumah.
Sisi Bukit- Seorang petugas beritahu terdapat sejumlah VCD terlampau semasa membersih
rumah. Sampuk seorang petugas mungkin ini bala' Tuhan.
Rata-rata rakyat tidak percaya berkaitan kes Dato Seri Anwar Ibrahim.Mereka menyatakan
jikalau kes aduan Saiful polis menyiasat Anwar,kenapa akuan bersumpah Raja Petra, Dato Najib
dan Datin Rosmah tidak disiasat.
Sisi Bukit- Berilah keadilan untuk semua bukan untuk Anwar sahaja tetapi untuk semua rakyat.
Syukur alhamdulillah ,Tuan Guru Musyidul Am Pas ,Tuan Guru Nik Aziz meredakan perasaan
ahli PAS,kita tidak perlu bermuzakarah dengan UMNO.Biarlah UMNO terjun dengan labu-labunya.
Sisi Bukit- Mengapa semasa kuat tidak mahu muzakarah,semasa kehilangan banyak negeri ingin bermuzakarah?
Posted by
parlimen059
at
9:17 PM
1 comments
PADA HEMAT ROSLAN SHAHARUM
Bagi kita PR merupakan Penyelamat Rakyat. Terima kasih petugas-petugas Unit Amal,Nisa', Ketua Kampung,Penghulu,Pasukan Polis,JPA 3, Bomba ,JKM ,individu-individu dan penderma-penderma.
Pengalaman mematangkan kita. Kurang bercakap banyakkan perkhidmatan.
Bagi kita ,bersikap adil untuk semua,tanpa mengira fahaman politik,agama ,bangsa dan jantina.
InsyaAllah kita akan berusaha membantu mereka.
Rakyat keutamaan saya,saya berasal keluarga susah, mempunyai adik-beradik sebelas orang. Harapan saya semua pihak membantu rakyat. Kita dapat membezakan tugas kerajaan negeri dan tanggungjawab kerajaan pusat.
Tsunami politik melanda Bukit Gantang pada 8 Mac 2008, kini tsunami memberi kita keinsafan supaya kita menjadi rakyat yang berkuliti.
Posted by
parlimen059
at
4:33 PM
0
comments
Sunday, July 20, 2008
Bantuan di teruskan
YB Roslan sedang menyampaikan sumbangan
rmh-rmh yang mengalami kerosakkan teruk..
Dalam kesibukkan menguruskan mangsa banjir,Pihak sekratariat turut menganjurkan wacana Ilmu didataran Changkat Jering yang merupakkan aktiviti bulanan dalam menjadikan Medan tersebut tempat menimba ilmu,untuk rakyat setempat dan juga kepada para pengunjung pasar malam.Ahli panelis terdiri dari Ust Idris Ahmad dan Ust saari.
baspas:
Posted by
parlimen059
at
11:55 AM
0
comments