BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, May 3, 2008

Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP

Oleh Greenboc
Seperti biasa setiap isu yang memperlihatkan akan mempunyai nilai untuk menyerang Menteri Besar dari mana-mana negeri Pakatan Rakyat akan mendapat lputan meluas di media arus perdana.Begitulah yang berlaku di dalam isu Sultan Perak mengarahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan pertukaran serta-merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.
TV3 sebentar tadi misalnya menggunakan isu berkenaan hampir 10 minit di permulaan Buletin Utamanya malam ini sedangkan stesyen tv yang sama hanya menyiarkan tak sampai 2 minit sewaktu titah ucapan Raja Muda Perak semasa keputeraan Sultan Perak beberapa minggu lalu, malah liputan itu hanya terselit di tengah timbunan isu-isu lain dan berita mengenai pengurniaan Datuk Seri kepada Menteri Besar Perak itu lansung tidak mendapat liputan.Demkian TV3!Berbalik kepada isu arahan Sultan Perak berkenaan. Apa yang dikesalkan bahawa yang digembar-gemburkan hanyalah "arahan penarikan balik penukaran Pengarah JAIP berkenaan", sedangkan perkara mengenai Kerajaan negeri Perak diminta mempersembahkan secara rasmi kepada Sultan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan kesalahan oleh Jamry terhadap pentadbiran kerajaan negeri untuk Baginda menitahkan proses undang-undang selanjutnya tidak lansung diberikan perhatian oleh media arus perdana.Sebenarnya isu ini adalah isu yang bersifat lokal yang tidak perlu perdebatan panjang. Menteri Besar Perak berpeluang untuk menghadap Sultan Perak dan mempersembahkan aduannya terhadap perilaku Pengarah berkenaan yang didakwa tidak bekerjasama dengan kerajaan negeri.Sekalipun hal ehwal agama Islam adalah tertakluk di bidang kuasa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, namun dari segi perlaksanaannya amatlah janggal untuk sebuah majlis yang tidak memberikan kerjasama kepada sebuah kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.Apakah salah dan dosa Pakatan Rakyat dan Menteri Besarnya, YAB Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaladdin kepada hal-ehwal agama Islam negeri Perak selama ini yang menyebabkan beliau tidak mendapat kerjasama sewajarnya dari sebuah majlis yang berada di bawah pentadbiran kerajaan pimpinannya sendiri?Apa hal di majlis sambutan maulud nabi yang lalu, Jabatan Agama Islam Perak menafikan hak Menteri Besar untuk membuat ucapan selaku seorang Menteri Besar? Mengapa di dalam hal-hal sedemikian, Jabatan Agama Islam masih lagi bertaut di dalam kemelut politik balas dendam hanya semata-mata UMNO telah tewas di dalam pilihanraya yang lalu?Saya amat yakin bahawa Sultan Perak dan baginda Raja Muda Perak juga bukanlah terdiri dari kelompok monarki yang menidakkan hak dan kedaulatan rakyat. Malah di dalam banyak segi rakyat Perak khususnya dan negara amnya telah terhutang budi dengan sikap dan pandangan Sultan Perak dan Raja Muda selama ini yang menyimpang dari sikap dan pandangan kebanyakan raja-raja dan raja muda Melayu.Dan arahan yang dikeluarkan oleh baginda itu sebenarnya ingin menjelaskan dengan lebih adil sebarang tindakan MB Perak selepas ini mengenai hal-ehwal agama Islam negeri Perak dirujukkan terlebih dahulu kepada baginda supaya restu baginda tidak dikesampingkan di dalam apa jua tindakan MB Perak sebagai Ketua Kerajaan dalam melaksanakan sesuatu tindakan hendaklah memperlihatkan berlakunya keadilan dengan mematuhi prosedur dan tata cara pentadbiran berlandaskan peraturan dan undang-undang yang ada.Dan arahan itu tidak boleh dilihat sebagai kemenangan Datuk Jamry Sury atau kekalahan MB Perak seperti yang cuba ditonjolkan media arus perdana di negara ini. Kerana, siapa tahu selepas Menteri Besar Perak menghadap Sultan, YAB Datuk Seri dapat meyakinkan baginda bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinannya yang telah terlebih disisihkan oleh Jabatan Agama Islam Perak yang dinaungi baginda. Dimana UMNO dan media arus perdana nak letak muka ketika itu?
sumber:http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9613&mode=thread&order=0&thold=0

baspas.

Teguran Pertama anak Perak untuk Kerajaan Pakatan Rakyat dan MB Perak!!

Oleh Reformis Muda
Ketika Saya menulis ini, genap 40hari Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ditubuhkan dibawah kepimpinan Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin, Seingat saya Cuma Ir Nizar sahaja pemimpin tertinggi yang mempunyai model yang sama dengan kepimpinan baru Australia, yang mana perdana Menterinya juga mempunyai kelebihan dalam menguasai bahasa mandarin. Banyak sudah artikel pujian bagi saudara Nizar. Itu mungkin satu perspektif bagi orang diluar Perak.

Tiba pula masanya saya sebagai anak jati negeri Perak mengimbangi pujian orang ramai terhadap kepimpinan Ir Nizar dengan membuat sedikit teguran, teguran ini bukanlah berniat menjatuh atau memburuk burukkan Kerajaan baru ini, Cuma ia satu perspektif saya sebagai anak jati Perak yang menilai dan membuat teguran membina agar satu pengukuhan politik berlaku di Perak.. ramai kalangan kita mengagung agungkan kelebihan yang ada pada saudara Nizar termasuk setiausahanya sendiri sehingga mereka lupa hala tuju Negeri dan kebaikan dasar bagi negeri Perak itu sendiri.
Sekarang bukan masanya kita berbangga dengan apa kelebihan yang ada pada MB Perak itu tetapi dimana hala tuju dan dasar yang memberi kebaikan kepada negeri Perak.dan bagaimana politik orang melayu yang ditunjangi PAS dapat diperkukuhkan. Sehinggakan penulis “ AL- Bakistani mencadangkan agar Nizar di letakkan sebagai Timbalan Presiden PAS begitulah gelojohnya politik orang melayu, pernahkah kita bertanya atas sokongan siapa kita menang di Perak? Tidakkah hanya kerana sokongan Cina dan India ? Perak bernasib baik kerana 40peratus rakyatnya terdiri dari komposisi cina dan India.Malah kerusi Ir Nizar di manjung itupun dimenangkan oleh masyarakat India .
Bagi kerusi kerusi majoriti Melayu kita boleh dikatakan kalah teruk. Kerusi majoriti Melayu yang menang pada tahun 1999pun kita kalah dalam pilihanraya ini. Mengapa? Tidakkah ini memberikan indikasi bahawa PAS Perak masih tidak kukuh? Mengapa kita tidak dapat menawan hati orang Melayu?Ramai orang berkata membuat perjumpaan dengan ketua Kampung satu tindakan bijak, tetapi tidak bagi saya! Melayan karenah ketua kampung membuatkan soalah olah ketua kampung merasa mereka ini sangat penting, atas sebab itu ketua kampung membuat perangai selepas perjumpaan dengan MB Perak dengan mereka. Bagi otak ketua kampung ini bacalah tafsiran 30Juzuk Al-Quranpun belum tentu mereka ini faham, maklumlah jenis otak berkarat.
Alangkah eloknya satu perjumpaan MB Perak dibuat terhadap jawatan kuasa Masjid terlebih dahulu kerana disitulah medan dakwah bagi orang PAS. Andai jawatan kuasa Masjid masih lagi orang UMNO jangan harap pengajian dan dakwah kita dapat masuk ke masjid masjid.Atas sebab itu Kerajaan Negeri Selangor , Kedah dan Pulau Pinang tidak pernah melayan ketua kampung ini. Dengan melayan mereka hanya membuatkan konfrantasi berlaku seperti yang berlaku di Perak. Di Kedah dan selangor mereka menyerahkan surat perletakan jawatan tanpa diminta, akhirnya tidak ada konfrantasi dan perang mulut. Bila mereka berkonfrantasi nasibnya kita dapat lihat apa yang pernah berlaku di Terengganu. Biarpun menang besar tahun 1999 tetapi hingga kini kita kalah.kerana apa? Kerana mereka menyimpan dendam terhadap kepimpinan PAS, Ingat dalam politik pendekatan hikmah menjadi senjata utama dalam kita mendekati masyarakat.

1. Setiusaha MB lebih Sudu dari Kuahhikmah lebih penting dari ketegasan yang tidak bertempat. Lihat bagaimana dalam satu artikel sebelum ini bagaimana setiausaha MB Perak melayan orang yang datang dan mahu dia dilantik dijadikan ketua Kampung? Hikmahkah kita kalau setiausaha MB Ust Misbahul Munir itu memerli orang tersebut? Antaranya dengan meletakkan syarat atas apa kesempurnaan yang ada pada MB, mesti ada pada ketua kampung, ini bukan Negara Taliban Sheikh..!!masyarakat Islam di Perak tidak sama dengan di Kelantan, mereka masih baru dalam soal agama, anatara syarat yang diletakkan ketua kampung mesti boleh jadi Imam, membaca Khutbah, membaca tahlil dan berceramah. Seingat saya kalau macam tu nak cari orang Pas pun payah, tak payah cari UMno.
Lalu setiausaha MB ini memerli dengan meletakkan syarat jika mahu jadi ketua kampung BN boleh berkaroeke, mengapa perlu keluar perkataan perli memerli kepada orang yang datang dan mahu bekerjasama? Jadi saya ingatkan agar PAS berjaga jaga dengan orang disekeliling MB. Saya amat risau dengan tindakan menukar 24jam pengarah Jabatan Agama sebelum acara perasmian bersama Sultan di Mahkamah Syariah dibuat atas pengaruh orang keliling.persoalannya kenapa perlu arahan 24Jam. Jangan bagi ruang Media Umno membuat bahan berita. jadi diminta Setiausaha MB jangan jadi sudu lebih dari kuah, jadi berhati hati dalam tindakan dan kata kata. Biarpun ketua Kampung itu tidak alim agama, andai dia ada kesedaran ingin belajar, dan patuh kepada dasar Kerajaan Pakatan Rakyat tidak ada sebab mereka ditukar.Kita tidak mahu orang nampak Islam ini susah, agaknya sebab itu orang jauh dari Islam.

2. Mana BLOG dan Khutbah MB ?Seingat saya dari awal kemenangan kita diwarwarkan MB boleh membaca khutbah, bila rakyat dari pelosok negeri Perak bersembahyang jumaat lebih 3minggu menunggu namun kelibat MB entah kemana? Tahukah mereka ramai yang menunggu nuggu MB membaca Khutbah di Masjid Negeri Ipoh.antaranya mereka datang dari jauh. Saya memuji Selangor kerana minggu pertama kemenangan Dr Hassan Ali sudah berada diatas mimbar di masjid mujaheden. Saya nasihatkan Setiausaha MB melaporkan aktiviti MB dalam sebuah BLOG. Bukan duduk pejabat memerli orang sahaja, dengan ini rakyat tahu hala tuju dan arah pakatan rakyat.
3. Jangan Buat Konfrantasi dengan MUFTI.Mungkin tidak yang diatas, tetapi dalam mesyuarat Pemuda Pas Tambun baru baru ini kedengaran suara sumbang yang cuba memburuk burukkan Mufti Perak, antaranya cuba mengaitkan Mufti cuba menyatukan PAS dan UMNO. Andai benarpun perkaran ini terjadi diharap jangan membuat mulut, selesaikan cara baik, dan husnu zhan kerana beliau mufti Perak bukan ahli politik. Kebimbangan dia pada awal pemerintahan dengan DAP ada asasnya. selesaikan dengan cara baik. Bukan dengan berkonfrantasi. Malah ada yang cuba mengatakan MB tidak membaca khutbah dek kerana MUFTI melarang… please la… naik je atas mimbar tu jangan soksek sana soksek sini,
4. Perlukan “Think tank” pemikir bagi negeri PERAK.Saya ingat andai orang keliling MB ini kekal, minda sebagai pemerintah masih jauh dari tujuan, Perak perlukan pemikir seperti Saifudin Nasution yang berjaya mencorak pemikiran baru 4tahun kebelakangan di kelantan, kita boleh mengimport siapa sahaja bagi memperkasakan Pas di Perak.bukannya terus terusan dengan corak pemikiran lama yang terus berkonfrantasi dengan orang UMNO. Ingat dalam kempen Anwar sebelum pilihanraya kenapa dalam ucapan dia, dia sering mengulangi dia bukan musuh ahli Umno, tetapi musuh pemimpin Umno yang rasuah. Atas penekanan boleh bersahabat, membuatkan orang luar keadilan senang memerima parti Pakatan rakyat.
Bagi saya saudara Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin masih baru dalam soal kepimpinan Negeri, dan ruang pembaharuan masih jauh. Bagi saya , saya bersyukur kerana Perak dikurniakan MB yang mempunyai kelebihan dalam pelbagai sudut, namun keseimbangan dan peranan orang keliling perlu diperhatikan agar mereka tidak menjadi punca dan tembok kepada hasrat rakyat mahukan perubahan. Orang keliling diminta tidak mengagung agungkan keistimewaan yang ada pada MB lalu hilang punca memikirkan dasar dan arah tuju pembagunan Negeri.
Jentera Pemuda dan Unit Amal Pas diminta bersedia digerakkan merialisasikan hasrat menjadikan PAS dilihat sebagai Negeri berkonsepkan kebajikan. Mendekatkan diri bersama masyarakat dan berhubung baik dalam hubungan rakyat pelbagai latar belakang Parti.Saya sebagai orang muda mahu melihat Perak maju kehadapan, ada peranan anak muda dalam pentadbiran, memelihara hubungan antara rakyat dengan pelbagai latar belakang Parti dan menghidupkan kembali kehidupan beragama dengan mempelbagaikan acara dan kuliah agama.Kita akan dedahkan selepas ini salahguna kuasa dalam jabatan agama Perak dan bagimana pegawai pegawai hidup mewah.- Reformis Muda.
sumber:http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9618

baspas

Friday, May 2, 2008

Rakyat Pandang Tinggi Pas

Taiping- " Ramai tokoh-tokoh BN ucap tahniah kepada PAS" kata Ustaz Nasharudin Mat Isa.
"Kita tidak melatah dan tidak terpengaruh dengan suasana Persidangan Parlimen,baru-baru ini"
tegas Timbalan Presisden Pas .

"Kita kini dilihat dan diperhati oleh masyarakat,sebab itu Ahli Parlimen kita bertindak matang" tegas Ustaz Nasharudin lagi.Beliau mengulas isu terkini berkaitan dengan persidangan parlimen yang disiarkan secara langsung itu.

Dalam ucapannya lagi sewaktu merasmikan Muktamar Dewan Muslimat Perak Ke 45 ,di Markaz Negeri Air Kuning,Taiping." Kita mesti mempunyai pendekatan berbeza
mengikut bahasa semasa"


sgi 3.30 pm

Thursday, May 1, 2008

Muktamar Dewan Muslimat PAS Perak ke45

Markaz Pas Negeri:Air Kuning.01/09 pagi
Muktamar DMPP dirasmikan oleh Ust Nashahruddin Mat Isa.
Dalam ucapan,beliau menyentuh satu forum anjuran London School of Academy,dimana beliau dijemput sebagai salah seorang ahli panel,turut dihadiri oleh Dato Azim(bekas calon Parlimen BN Bkt Gantang).Ulasan Dato Azim berkisar ttg post mortem kekalahan BN dlm pru12,menyentuh 4 sebab utama.
1:hilang pengundi Cina
2:kekurangan undi dari kaum India
3:Perang Siber yg memihak kpd PR.
4 dan yg UTAMA:kerana BONGKAK dan SOMBONGnya calon dan pemimpin BN.
beliau juga mengingatkan bahawa BN telah mulakan reform ,hasil dari analisis Post mortem tersebut,bagaimana dengan pihak PR khasnya PAS masih lagi leka dengan keraiaan kemenangan.Beliau menyeru setiap Ahli tak kira apa jawatan supaya bangkit dari kelekaan,dan lipat gandakan usaha mempertahankan dan juga mengambil kira langkah2 yg perlu untuk memastikkan kemenangan yg lebih besar dlm PRU 13 akan datang.Beliau juga menyentuh satu pertemuan beliau bersama samy velu dan PakLah dalam satu majlis anjuran BAR Council,dimana bila beliau bertanya pada Datuk samy ,kenapa kalah,,jawab samy secara seponton :kerana itu org tua le:merujuk pada PakLAH.

kehadiran YAB Menteri Besar Perak turut memeriahkan Muktamar tersebut.
dlm ucapan YAB,beliau merakkamkan ribuan terimakasih pada seluruh petugas2 muslimat dinegeri Perak.
Beliau juga merakkamkan jutaan terimakasih Pada Ahli/ Pimpinan PAS seluruh peringkat,khasnya pada PESURUHJAYA Negeri Perak Ust Ahmad Awang.
Beliau turut menyelar Kementeriaan Luar Bandar (Mat Taib),dalam hal penubuhan JPP....
baspas

Wednesday, April 30, 2008

Pengarah JAIP-Pertukaran Biasa

TAIPING-Isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak,menjadi buah mulut penduduk Parlimen Bukit Gantang.
Pegawai-pegawai kanan kerajaan yang tidak mahu dikenali menyatakan,pertukaran Pegawai Kanan Kerajaan merupakan perkara biasa.Apabila mereka telah berkhidmat selama tiga tahun
kebiasaannya pertukaran sering berlaku. Ini untuk melicinkan lagi pentadbiran kerajaan.

" Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Kangsar" kata seorang pegawai kanan di Wisma Persekutuan ,Taiping. "Kini di JAIP dan sekarang bertukar ke pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri, sebagai kakitangan kerajaan kita kena taat" dakwa pegawai kanan lain yang berhubung dengan telefon.

Rakyat perlu sedar Jabatan Agama,di bawah pentadbiran kerajaan negeri,sementara
Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perak di bawah pentadbiran DYTM Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak.

Tuesday, April 29, 2008

Sidang Parlimen-Soalan Jawab Lisan Roslan Shaharum

KUALA LUMPUR- Haji Roslan Shaharum ,Ahli Parlimen Malaysia,Bukit Gantang mengemukakan sepuluh soalan jawab lisan dalam persidangan parlimen kali ini.

Antara lain soalan itu:

1.Minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan berapakah jumlah
unit rumah pangsapuri kos rendah yang telah dibina oleh Syarikat Perumahan Negara dalam tempoh 2004-2008 dan berikan pecahan mengikut negeri.

2. Minta Menteri Pelajaran menyatakan berapa peratuskah pelajar Luar Bandar yang memasuki MRSM dari sejak penubuhannya sehingga kini dan jelaskan dasar pengambilannya.

3. Minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah tender untuk Projek Pembinaan
"DOUBLE TRACKING" KTM dari Ipoh ke Padang Besar ditawarkan kepada
Syarikat JV MMC-GAMUDA dan kenapa SYARIKAT itu sahaja yang dipelawa dan tidak
dibuka kepada syarikat lain.

4. Minta penjelasan Menteri Pertahanan apakah status "service ability" (siapsenggara)
pesawat penggempur Skuadrom MIG 29 ketika ini? Megapa terdapat masalah dalam mendapat
alat ganti?


sgi2.15pm290408

Monday, April 28, 2008

Baru Kita Sedar

Taiping- Dewan orangramai Kg Air Kuning,Taiping dikunjungi ramai. Mereka datang untuk bertemu dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat,Daerah Larut,Matang & Selama.

" Dianggarkan sebanyak 50 orang datang untuk bertemu pegawai JKM." kata Shaharudin ,Setiausaha Seketeriat Parlimen Bukit Gantang.

Pegawai JKM dijemput hadir berdasarkan permohonan seketeriat untuk membantu masyarakat,khususnya di Parlimen Bukit Gantang.

"Apa yang menyedihkan ,mereka yang datang itu terdiri OKU,warga emas,ibu tunggal
berdapatan dibawah paras kemiskinan" kata Shaharudin.

"Terdapat mereka berpendapatan RM 200.00" tegas Setiausaha Seketeriat.
" 50 tahun merdeka masyarakat Melayu ,rupa-rupanya terus miskin."ujar Pak Ngah,salah seorang yang ditemui.

Sesuai dengan Negara Berkebajikan, Seketeriat Parlimen Bukit Gantang akan membantu rakyat .



sgi

Sunday, April 27, 2008

Sidang PARLIMEN- Lima soalan Jawab Bertulis Hj Roslan Shaharum

TAIPING-Mesyuarat Pertama,Penggal Pertama,Parlimen Kedua Belas(2008) yang akan bersidang bermula 28 April hingga 27 MEI 2008.
Ahli Parlimen Malaysia,kawasan Bukit Gantang,Perak telah mengemukakan
Lima Soalan Jawab Bertulis kepada persidangan parlimen Malaysia.
1. Tuan Haji Roslan Shaharum minta Menteri Tenaga,Air dan Komunikasi menyatakan adakah Kerajaan Pusat bercadang untuk memujuk Kerajaan Negeri Sabah untuk tidak membatalkan Projek Janakuasanya , yang mana telah dikenal pasti oleh TNB "viability"nya terlebih dahulu dan adakah usaha untuk membawa kepimpinan Negeri Sabah melawat sistem Janakuasa TNB yang menggunakan arang batu
di Paka,Terengganu dan Seri Manjung,Perak.

2. Minta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan berapa ramaikah yang telah ditahan di bawah akta ISA dari sejak mula diperkenalkan akta tersebut hingga kini. Apakah tidak bercadang untuk memansuhkannya.

3. Minta Menteri Penerangan menjelaskan mengapa berlaku double standard
dalam aktiviti dan program serta berita-berita dalam siaran TV dan radio disemua siaran.

4. Minta Menteri Penerangan menjelaskan mengapa terlalu banyak rancangan
hiburan yang melalaikan daripada rancangan dan program akademik,ilmiah dan berguna kepada masyarakat majmuk di negara ini.

5.Minta Menteri Alam Sekitar menjelaskan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menghalang mereka mendirikan bangunan-bangunan ditepi sungai di seluruh Negara terutama di Lembah Klang.

CERAMAH DIALOG KG KURNIA JAYA

27/04/08 jam 11 pagi.
Satu program ceramah, dialog diantara YB,YB dan penduduk tempatan KG Kurnia Jaya dalam kaw Bkt Gantang.Penduduk diberi kesempataan meluahkan masaalah yg dihadapi kepada wakil-wakil rakyat yang diwakil oleh YB Tn Hj Roslan,YB Tai di wakili oleh sdr khairul merangkap S/u Politik beliau.
Kebanyakkan masaalah yg diutarakan oleh penduduk mengenai ,masaalah Air,sosial,pendapataan dan penganguran.
Wakil YB Tai ,berjanji menyelesaikkan dengan syarat beliau memerlukkan dokumen dokumen dan bukti yang boleh dihantar terus kepejabat YB TAI.
Dalam ucapan YB Roslan, beliau juga berjanji Insyallah akan cuba menyelesaikkan masaalah2 tersebut dengan kerjasama YB Tai, beliau juga mencadangkan agar masaalah2 itu dirujuk kepada ketua cawangan PAS/PKR dikaw tersebut supaya dapat mengenal pasti kebenaraan masaalah itu.Seterusnya untuk pengetahuan penduduk setempat beliau juga mengatakkan bahawa PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT yg sekarang berada di AIR KUNING akan bertukar ke CHANGKAT JERING sebangunan dengan pejabat YB KAPT OSMAN JAILU (exco).Beliau juga mencadangkan agar penduduk2 menjadi ahli PAS/PKR,tapi yang mana masih mahu kekal dalam umno teruskan,kerana beliau bukannya hanya mewakili ahli PAS/PKR tapi beliau mewakili seluruh Penduduk kaw Bukit Gantang .
Dalam ucapan YDP PAS kaw BKT Gantang,beliau mengikatkan agar penduduk tolong menolong dalam kerjakerja kebajikkan,jangan sekalikali tolong menolong dlm kerjakerja maksiat,beliau juga merayu agar diberi sedikit masa pada YB YB kerana pakatan rakyaat masih lagi baru,walau pun dalam tempoh yang singkat ini YB YB telah menyelesaikkan banyak masaalah,dan beliau berjanji akan memastikkan YB (pas) akan lebih aktif dalam gerakkerja kemasyaraktaan.
baspas:

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA PARLIMEN KEDUA BELAS(2008)

TAIPING- Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung pada 28 April hingga 27 Mei 2008.Persidangan kali ini dijangka panas kerana Pakatan Rakyat berjaya menafikan suara
dua pertiga kerajaan Barisan Nasional.

Dengan Pakatan Rakyat menguasai 82 kerusi sedangkan BN hanya menguasai
140 kerusi parlimen.

Menurut jurucakap seketeriat Parlimen P059 Bukit Gantang,satu usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri akan dibuat." Melihat ucapan pemimpin BN yang semakin resah dan goyah, usul ini mungkin menjadi kenyataan" dakwa jurucakap itu.

Sementara itu setiausaha seketeriat ,menyatakan Haji Roslan Shaharum mengemukakan sepuluh soalan jawab lisan dan lima jawab bertulis.

Soalan itu merujuk kepada banyak kementerian seperti soalan untuk Menteri Pertahanan,Menteri Penerangan ,Menteri Pelajaran dan Menteri Kewangan.

Untuk rekod Haji Roslan Shaharum difahamkan akan menjaga Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

"Bagi kami rakyat Parlimen Bukit Gantang ,Haji Roslan Shaharum akan menyuarakan masalah rakyat bukan sahaja masalah tempatan tetapi merangkumi dunia tanpa sempadan." kata setiausaha Jabatan Pilihanraya Kawasan.