Esok ,22 Mei keputusan bicara Hj Nizar lawan Zamri akan diketahui.Selepas solat jumaat dan rakyat solat hajat minta yang terbaik buat mereka.
Bagi kita sesiapa sahaja yang menang ,pilihanraya negeri Perak perlu.Kes Perak satu kes akademik ,satu kes yang akan dikaji dalam abad 21.Zaman penjajahan Inggeris 1850 an ,kita ada dua Sultan dan dua MB. Kini 2009 kita ada 2 MB 2 Speaker 2 Kumpulan Exco dan dua kumpulan UBN dan PR.
Rakyat kita matang dan terbuka,52 tahun kita boleh menerima kerajaan dan perubahan kerajaan,mengapa kita tidak boleh menunggu pilihanraya negeri.Kita berharap agensi kerajaan tidak berpolitik ,jagalah kepentingan rakyat dan awam.
Esok kita menunggu penuh sabar untuk keputusan yang tepat .Keputusan memberi kuasa kepada rakyat untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil. Kita merupakan rakyat.Rakyat Perak yang sememangnya mencipta sejarah.
Admin sudah Keluar PAS masuk Amanah
-
Makluman:
Mulai Oktober 2015 Admin telah telah Isytihar Keluar PAS menyertai AMANAH.
Jadi blog ini tidak akan diaktifkan lagi. Sebarang kelewatan atas maklu...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment