BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Sunday, March 30, 2008

Satu cawangan MIC Jebong Estet ,Simpang Halt Bubar

TAIPING,SABTU- Masyarakat India kini telah bersatu untuk bersama Barisan Rakyat.Sebanyak 110 orang telah menyerah borang menjadi AHLI KELAB PENYOKONG PAS Kawasan Bukit Gantang,malam tadi.(29/03/08)

Penyerahan borang berlangsung penuh dengan semangat perpaduan.Borang-borang diserahkan kepada YB Haji Roslan Shaharum,Ahli Parlimen Bukit Gantang.Dalam ucapan YB,beliau berharap masyarakat India tidak lagi bergantung kepada MIC.

Kini ,kerajaan yang mememerintah Perak,kerajaan Barisan Rakyat. Justeru itu menjadi tanggungjawab kita membantu penduduk India ,Cina dan Melayu.Beliau berjanji akan membela nasib rakyat Parlimen Bukit Gantang tanpa mengira warna kulit dan agama.

"Kita akan membantu rakyat,bersama-sama wakil rakyat kita, YB Kapten(B) Osman Jailu ADUN Changkat Jering dan YB En Tai Sing Ng ADUN Kuala Sapetang."kata Hj Roslan.Beliau berharap di masa hadapan kita dapat membentuk Kerajaan Malaysia. Dengan ini

akta zalim ,AKTA ISA dapat dimansuhkan. Mereka yang bersalah perlu dibicarakan bukannya memisahkan meraka daripada kaum keluarga.Beliau bersimpati dengan nasib mereka yang ditahan di bawah Akta ISA.

Berkaitan masalah banjir ,yang baru-baru ini melanda kampung Simpang Halt dan kawasan sekitarnya,pegawai khas beliau telah berurusan dengan Jabatan Parit & Saliran.Harapan beliau agar masalah ini dapat diselesaikan segera."Masalah tuan-tuan,masalah saya juga."
:saspas

0 comments: