BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Wednesday, April 9, 2008

Adun DAP dakwa ditawar hingga RM80 juta jika sertai BN

KUALA LUMPUR, 8 April (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong, A. Sivasubramaniam (DAP) mendakwa menerima banyak panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menyertai BN dengan tawaran wang tunai cukup lumayan iaitu sehingga RM80 juta. -->-->
Dalam pada itu Bernama melaporkan, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis telah memulakan siasatan berhubung dakwaan seorang wakil rakyat DAP ditawarkan wang antara RM10 juta hingga RM65 juta oleh pihak tertentu supaya menyertai Barisan Nasional (BN).
Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran berkata beliau telah memberi keterangan kepada pegawai BPR semalam.
"Saya didatangi oleh pegawai BPR semalam selepas mereka dimaklumkan oleh polis berhubung kes tersebut dan saya memberi kerjasama sepenuhnya apabila disoal," katanya pada sidang akhbar di pejabat DAP Perak di sini hari ini.
Kulasegaran berkata polis juga telah mengambil keterangan daripada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V. Sivakumar semalam dan beliau akan memberi keterangan berhubung kes yang sama kepada BPR petang ini.
Isnin lepas, Sivakumar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh mendakwa ditawarkan wang tunai RM10 juta hingga RM65 juta untuk menyertai BN.
Menurut beliau, tawaran melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) itu bermula sejak BN tewas di Perak pada pilihan raya umum lalu dan berlaku semakin kerap menyebabkan beliau tertekan dan membuat laporan polis.
Jurucakap BPR ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara tersebut.
Sementara itu, Sivasubramaniam pula akan membuat laporan polis kerana mendakwa turut menerima tawaran yang sama.
Sivasubramaniam berkata cubaan memujuknya menyertai BN bermula sebaik sahaja beliau diumumkan memenangi kerusi Buntong pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.
"Saya menerima banyak panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajak menyertai BN dengan tawaran wang tunai cukup lumayan iaitu sehingga RM80 juta," katanya.
Katanya beliau akan membuat laporan di Balai Polis Buntong esok. -
:baspas

5 comments:

alhusseyn said...

Tuan, apalah yg nak diharapkan sangat BPR tu? Menghabihkan boreh ajo!

Pengasas: said...

Assalamu 'Alaikum YB!
Saya hanya mengucap tahniah atas kejayaan YB dalam PRU12. Saya menjadi ahli PAS sejak 60an di Selangor turut mendapat hasil perjuangan selama ini. Apa yang ALLAH berikan adalah yang terbaik untuk kita dan rakyat. Bersyukurlah kita. Tunduk dan sujudlah kita kapada ALLAH!
Wassalam!

pasrokam said...

YB, klik Sini

fahmi said...

Salam sejahtera Ustaz,

Baru tau ada blog ni. Saya masih ingat malam kiraan mengundi hari tu Ustaz pun macam tak percaya masa mula-mula dapat mendahului Azim. Tak sia-sia Ustaz bertanding selama ni. Kalau tak silap PRU 12 adalah yang kali yang ke 3 Ustaz bertanding.

Kalau tak silap Ustaz dulu ada pengalaman di Bahagian Sumber Manusia PKNP. Jadi, saya harap ustaz dapat usahakan supaya lebih banyak peluang2 kerja diujudkan di kawasan Taiping. Masa Tesco Taiping nak buka dulu nak ambil pekerja tetap dalam 450 orang je tapi yang datang memohon dekat 5000 orang. Harga pasaran untuk gaji pula sangat rendah di Taiping eg. gaji permulaan untuk SPM RM350-RM450 dan graduan ijazah dlm RM1400 je.

Sebelum berundur saya ucapkan tahniah sekali lagi kepada Ustaz. Semoga berjumpa di lain masa.

parlimen059 said...

terima kasih utk semua yg perihatin,ana akan forwadkan pada ust...