BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Friday, April 25, 2008

ziarah jenazah...............

TAIPING: Pelajar dan guru sebuah sekolah menengah di Bukit Gantang dekat sini, gempar apabila 13 pelajar diserang histeria sekembali mereka menziarahi jenazah seorang guru wanita, pagi semalam. Pelajar tingkatan tiga dan lima itu menjerit-jerit seperti orang gila ketika mengikuti pembelajaran di kelas kira-kira jam 11.30 pagi.Berikutan itu, lima bomoh dipanggil ke sekolah berkenaan bagi memulihkan pelajar terbabit yang kebanyakannya perempuan.Menurut bomoh terbabit, mangsa mungkin terkena gangguan makhluk halus kerana ada yang menjerit seperti orang gila.
“Mereka berjaya dipulihkan menggunakan ayat suci al-Quran,” katanya.
Insiden itu mengejutkan pengetua, guru dan kira-kira 900 pelajar lain yang mengikuti pembelajaran.Seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang enggan namanya disiarkan, berkata ketika kejadian, beberapa rakan sekelasnya menjerit-jerit dan ada antara mereka kelihatan tidak bermaya dan ketakutan.“Ia berlaku secara tiba-tiba dan begitu menakutkan. Saya bersama beberapa rakan cuba menenangkan mereka tetapi gagal,” katanya.Dia berkata, 13 pelajar itu menziarahi guru wanita yang meninggal dunia jam 8.30 pagi sebelum menyambung semula pembelajaran.Guru wanita itu meninggal dunia, kelmarin.Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum yang dimaklumkan pihak sekolah mengenai kejadian itu, segera memanggil lima bomoh ke sekolah berkenaan.“Kelima-lima bomoh yang datang berjaya meredakan keadaan dan memulihkan semangat semua pelajar yang diserang histeria itu.“Mereka membaca ayat suci al-Quran bagi memulihkan semangat pelajar terbabit dan alhamdulillah, keadaan mereka stabil.“Bomoh memberitahu, pelajar berkenaan mungkin terkena gangguan makhluk halus. Pihak sekolah akan mengadakan majlis bacaan surah Yasin esok (hari ini),” katanya.
sumber:Harian Metro.25/04/08
baspas.

0 comments: