BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Wednesday, June 25, 2008

Awan payungi pesawat bawa jenazah ulama

Membaca majalah Mastika bulan Julai 2008 amat menarik. Bagaimana seorang Pilot memeluk
Islam setelah melihat jenazah seorang Ulama dipayungi awan sepanjang perjalanan Kapal Terbang dari Kuala Lumpur Ke Alor Setar.

"Ana dah saksikan,sepanjang penerbangan itu,ana takjub.Ana belum pernah lihat fenomena ajaib begitu. Ana tengok tempat lain panas,tapi pesawat ana dipayungi awan.Sepanjang perjalanan dipayungi awan seolah-olah ada awan mengekori kami.Langsung tak kena panas terik."

"Itulah ana paling takjub.Ana tanya kawan,mereka pun kata tak pernah alami kejadian macama itu.MasyaAllah,awan sentiasa payungi pesawat yang bawa almarhum daripada terkena terik matahari"

Kejadian itu,kata bekas pilot tersebut ,bukan sahaja disaksikan olehnya seseorang ,tetapi lain-lain krew penerbangan yang mengendalaikan pesawat.

Baru-baru ini selepas Forum Wacana Ilmu ,pada 21 Jun 2008 ,Ustaz Taib Azamudin ,Ahli Parlimen Baling menyatakan perkara yang sama.

Ustaz Taib Azamuddin ,maksudkan beliau ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor.

Alfatihah untuk almarhum Ustaz Fadhil Nor.Pejuang yang memberi bekas kepada kita.

0 comments: