BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Sunday, July 13, 2008

PADA HEMAT HJ ROSLAN SHAHARUM



Ahli Parlimen Malaysia bertugas untuk semua,sesuai dengan slogan "PAS FOR ALL".

Jadi harapan Roslan Shaharun agar ketua kampung bersikap adil,telus dan berintergriti.

Penjawat awam hendaklah bertugas untuk semua secara profesional.Justeru itu Ketua Kampung ,khususnya di Parlimen Bukit Gantang merupakan pegawai kerajaan negeri.

Seharusnya bertindak bijak dan adil. Bersikap matang ,menjaga kebajikan rakyat dan memelihara perpaduan . Bagi Roslan Shaharum kepentingan rakyat diutamakan.

Ketua Kampung,mesti membantu saya, sebagai rantaian khidmat masyarakat.Apa yang penting kurangkan bercakap gandakan perkhidmatan.

Kita boleh mengkritik ,tetapi membina. Kita boleh berbahas tetapi menyelesaikan masalah.
Kita boleh berhujah tetapi untukkepentingan rakyat.

Justeru itu JKKK tidak perlu bermusuh dengan JKKP, duduk berbincang untuk melicinkan
pentadbiran negeri.

Tuan-puan boleh mengkritik Roslan Shaharum tetapi membina. Namun begitu tetap diingat
PAS itu memungkinkan saya di sini.

0 comments: