BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Wednesday, July 9, 2008

Telus dan Intergriti

Bukit Gantang- Dahulu lagi kita menghadapi karenah birokrasi Jabatan Kerajaan.

Apabila sekretariat mula beroperasi pada 17 Mac 2008,kita mendapat pelbagai aduan rakyat.

Setakat ini hampir 250 kes telah kita kendali ,ada yang berjaya diselesaikan.

Terdapat juga kes mengambil masa ,sehingga hari ini 9 Julai belum diselesaikan.Contoh satu
kes ,memohon bantuan bina rumah melalui sumbangan Pejabat Baitulmal LMS.

Terbaru sekretariat cuba membongkar satu isu mencuri pasir . Karenah jabatan yang berkaitan
melambatkan proses mengesan dan mencegah curi pasir.

Sehingga dibangkitkan perkara teknikal perlu diselesaikan di peringkat daerah,tanpa perlu merujuk Menteri Besar barulah hendak diambil tindakan.

Menurut Fadhil Idris" Isu ini akan meletup". Sementara itu menurut Shaharudin Ahmad Sani,
"Apa yang penting ketelusan dan mengikut peraturan."

"Kenapa doket tidak dikeluarkan untuk membawa keluar pasir?" tegas Shaharudin lagi.

Bagi penulis pihak kerajaan tidak rugi ,alam tidak tercemar.Tahniah pegawai-pegawai
Hj Roslan Shaharum , teruskan kecemerlangan memberi perkhidmatan kepada rakyat.



abdulrahman. 3.35 pm.

2 comments:

Mohd Ashraf Bin Ahmad Khidzar said...

Karenah birokrasi jabatan kerajaan sedari dulu mmg memualkan.
Jika tidak turun-naik pejabat,tidak jumpa in-direct pegawai berkenaan,mmg melambatkan.
mind-setting kakitangan kerajaan ini perlu perbubah.
Apabila MB Nizar dilantik ke kerusi tersebut,perkara ini yg dititik beratkan beliau.
Insyaallah segala permasalahn akan dpt diatasi,syabas sekretariat!

ashrafkhidzar.blogspot.com

Anonymous said...

kita tunggu dan lihat siapa yg meletup....tapi kalau boleh diselesaikan secara baik ..lagi bagus...kecurian dielakkan, k`jaan negeri pun ada pendapatan..kita PUN SENANG.

baspas: