BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Friday, August 29, 2008

Kutu-kutu di SUK


Hari ini aku baca kat NST, Menteri Besar Perak mengarahkan semua pelawat perlu meninggalkan beg dan handphone kepada pegawai bertugas ketika hendak berjumpa MB atau EXCO.
Hari tu aku dah kata, Pejabat MB dan SUK dah jadi macam pasar borong. Macam-macam manusia ada kat sana. Ada yang betul-betul susah, datang nak minta bantuan, ada yang minta rekomen, ada yang datang nak duit kopi. Pasai apa semua perlu datang ke SUK nak minta tolong?
Sepatutnya, rakyat perlu diberitahu kat mana nak mengadu, yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Bayangkan ada yang datang dari Bagan Datoh, nak minta EXCO selesai masalah tanah. Ada yang datang dari Bagan Serai, nak selesai pembahagian harta. Ni semua kerja gila. Aku tau, banyak pusat khidmat masyarakat ADUN dah dibuka, tapi perlu bagi tau kat orang ramai la. Kadang-kadang kesian tengok Mak Cik yang naik bas dari Kuala Kangsar, pergi pejabat SUK nak selesai masalah dia.
Aku tau, tujuan MB mengeluarkan arahan ini adalah untuk mengelakkan sabotaj dari puak-puak Ameno, tapi jangan la bebankan makcik-makcik dan opah-opah yang betui-betui datang nak minta pertolongan. Arahan tersebut sepatutnya ditujukan kepada kutu-kutu yang cari makan kat SUK.
Sejak PR memerintah, ramai kutu-kutu yang dulunya barua-barua Umno, sekarang beralih kepada PR. Masing-masing mengaku kenal MB, kenal EXCO, kenal YB… sapa nak kontrak, nak projek, depa boleh tolong. bukan sorang dua, tapi ramai.
Kerja depa duduk kat kafetaria SUK atau kat Kluang Station Cafe.Kalau dengar sembang, boleh ambil jadi menantu. Roslan Sahat yang kena cekup BPR, dituduh bersama dengan EXCO PKR tu pun kerja macam tu jugak. Dia mengaku, dia adalah Penasihat GLC bagi PKR Perak. Sapa nak buat investment kat Perak, boleh jumpa dia. Janji jolok sikit la. Orang macam ni memang pandai cakap, sampai Usaili pun boleh kena sembelih.
Ada lagi sorang yang aku kenai. Sekejap dia mengaku Pegawai Khas MB. Pi tempat lain, dia kata dia Pegawai Khas Pengarah Penerangan Negeri. Hari tu dia tipu orang PKR kat Kuala, sapa nak beli baju korporat lambang PKR, boleh order kat dia. Duit semua dah ambil, baju masih tak sampai. Kemudian dia pi masuk kampung-kampung, bawa borang dermasiswa Yayasan Perak. Kalau bagi kat dia RM50.00, dia boleh bawa borang tu terus kat MB. Gerenti dapat…..tapi habuk pun tarak.
Tadi aku pergi kat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lubuk Merbau. Ada sorang Mat Arop tu, dah jadi Pembantu Khas Hj. Zainudin, EXCO Perak. Tapi bila nampak aku, dia lari. Pasai dia pernah songlap duit aku RM130.00. Muka dia ni, sebut saja kat Kampong Station, semua orang tau kaki belit. Puih!! Masa kempen, …..aku tak mau nak ungkit lagi la… tapi malaun macam ni boleh jadi Pembantu Khas EXCO…apa dah jadi?
Malaun-malaun macam ni la yang akan menjatuhkan PR diPerak nanti. Pemimpin-pemimpin PR Perak kena tengok dulu orang yang depa ambil. Jangan sebab nak ambil hati orang Umno, hangpa pi kutip semua kutu-kutu ni masuk geng hangpa. Tukang pasang bendera, tukang bentang tikaq masa ceramah dulu, hangpa buat tak tau. Orang yang tolong menaikkan hangpa, hangpa tinggal…hangpa pi ambil geng-geng BN…kononya nak menangi undi depa. Orang ni la yang jatuhkan hangpa balik nanti.
Ada tiga lagi ADUN, yang kalau tak jaga-jaga, akan jadi macam EXCO PKR. Dua dari DAP, satu PKR. Tiga orang ni dah kena marked. Silap langkah, masuk lubang.
Pegawai-pegawai tinggi kerajaan pun ramai yang nak sabotaj PR Perak. Kena perhatikan Pengarah Perhutanan Negeri tu… tok sah kat EXCO, silap-silap MB pun tumbang. Macam mana 16 syarikat diberikan kelulusan untuk membalak? kebanyakannya diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipunyai oleh orang Umno.
Setiausaha Kerajaan Negeri tu pun, kalau boleh tukarkan saja. Hari tu, dia cadangkan supaya dua EXCO Perak ini digantung tugas! Hello brader! Dua ekoq ni bukan pegawai kerajaan, depa ni pegawai yang dilantik untuk memegang jawatan politik, yang bukan ada kuasa eksekutif!
PR Perak bukan saja menghadapi lawan diluar macam UMNO/BN, tapi ramai lagi pegawai-pegawai kerajaan yang karat dengan Umnonya.
Kutu-kutu macam ni patut dibersihkan.

sumber:http://perakexpress.com/?p=1073

baspas:

2 comments:

Anonymous said...

t.kasih kerana mendedahkan isu ini.saya memang akui banyak sangat isu sebegini bukan saja di ipoh tapi boleh dikatakan kebanyakan kawasan yang dimenangi oleh PR..tapi yang menghairankan saya kenapa wakil-wakil PR boleh melantik mereka-mereka yang semalam BN hari ini PR untuk membantu mereka ,macam sua tenguk untuk dijerat,takkan alasan kita Pakatan Rakyat kena berbaik dengan semua,adake mereka fikirkan petugas2 yang bertungkus lumus dimasa PRU tanpa mengharapkan balasan..macam YB Osman dalam lantikan ahli majlis...yang dilantik wakil india/melayu adalah seoarang yang tidak popular atau tidak disukai oleh kaum mereka sendiri.mereka lebih mirip nak tunjuk Power dia aje..kerja out.macam itu juga kawan2 baru mereka banyak yang muka-muka baru,mengaku aje saya berkorban untuk PR terus jadi rapat..takkan YB YB PR tidak dapat menilai ....ini kelemahan mereka sangat2.sepatutunya YAB kena bagi mereka kursus khas dalam soal Public Relation...dan juga saya tak setuju cara mereka yang terlalu defencef kena juga sekali sekala menyerang.macam YB BN mereka selalu menyerang yang PR selalu memepertahankan aje bila lagi nak menyerang,bukan nya bermaksud ini bukan budaya kita tapi untuk mempertahankan K`jaan PR kena menyerang ..baru BN akan letih dalam menyusun stratejik dan diwaktu yang sama mereka juga kena mempertahan diri mereka.

Anonymous said...

Saya setuju sangat tentang kisah ini dipaparkan sbagai satu peringatan kepada ADUN dan AP pakatan Rakyat supaya lebih berhati-hati. Pengajaran dicekup BPR perlu dijadikan sempadan. Trend kacang lupakan kulit memang dah nampak. Orang yang berjuang biasanya tidak kan ke depan tetapi selalaunya yang menonjol ialah golongan yang sentiasa mahu mencari kesempatan. MB juga bukan sahaja perlu berhati-hati tentang yang dinyatakan di atas, tetapi termasuk juga dengan yang dilantik sebagai pegawai khas.