BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Thursday, October 2, 2008

KEMPEN JALAN RAYA......AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG

02/10/08
MEMANDULAH DI BAWAH NAUNGAN ILAHI

JGN SAMPAI JADI BEGINI:gambar ehsan kerenahdunia
Slogan “Jangan biarkan yang tersayang menanti dalam tangisan” yang dipaparkan dalam iklan keselamatan jalanraya mungkin dianggap enteng oleh sebahagian daripada kita selagi mala petaka dan kesengsaraan akibat daripada kemalangan tersebut tidak terkena diri sendiri. Sikap acuh tak acuh dengan nasihat dan tunjuk ajar sudah dianggap suatu kebiasaan bagi masyarakat Malaysia tanpa mengira batas kaum ataupun latar belakang sosial. Tanpa disedari, gejala ini kian meroyak menjadi kudis dalam masyarakat.

Statistik daripada PDRM menunjukkan bahawa sepanjang Ops Sikap Aidilfitri tahun lalu misalnya, 15,911 jumlah kemalangan dicatat dengan 203 daripadanya merupakan kemalangan maut dan 225 nyawa menjadi korban. Daripada jumlah itu, Ops Sikap Aidilfitri yang bermula pada 7 hingga 21 Oktober tahun lalu mencatatkan kematian 15 nyawa sehari. Statistik itu dicatatkan hanya dalam tempoh dua minggu, sedangkan angka kemalangan sepanjang Januari hingga Julai tahun ini pula menunjukkan jumlah yang lebih menakutkan.

Sepanjang tempoh itu, 231,688 kemalangan dicatatkan dengan 3,464 daripadanya merupakan kemalangan maut yang mengorbankan 3,814 nyawa. Jumlah kadar kematian purata sekitar kira-kira 6,000 orang setahun.
Sebahagian daripada kita mungkin telah menyedari tentang jumlah yang dipaparkan di atas merupakan suatu angka yang cukup besar. Malah sebahagian besar daripada kita juga tahu tentang punca-punca berlakunya kemalangan. Namun, pengetahuan tanpa diiringi dengan kesedaran dan tindakan tidak akan mengubah suasana. Setiap daripada kita kini perlu berubah dan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan di jalanraya dpelihara dengan sebaik mungkin.

Islam mengajar umatnya supaya menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan maruah secara bersungguh-sungguh. Kealpaan di jalanraya merupakan ancaman kepada nyawa dan semestinya perbuatan ini amat bertentangan dengan aturan Islam. Justeru itu, orang yang mengadai nyawa akibat mengikut nafsu serakah akan berhadapan dengan pendakwaan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah ayat 195, bermaksud “... dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baiklah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”.

Marilah bersama-sama kita bertekad untuk menjadikan perjalanan kita pada hari ini suatu perjalanan yang penuh tertib dan mengutamakan keselamatan.

Sumbangan :
AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG PAS KAWASAN BUKIT GANTANG.
(sekalung tahniah untuk Khairul :)
baspas:

0 comments: