BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, November 22, 2008

KERTAS PENJELESAN BERITA UTUSAN MALAYSIA




SUSULANberita Utusan Malaysia bertarikh 1 nov.



pejabat Tanah Daerah telah mengeluarkan satu KERTAS PENJELASAN untuk memberi gambaran sebenar isu yang dibangkitkan.


Penjelasaan Penuh:

1.


  • KG Teratai Tambahan penempatan setinggan yang diteroka.

  • keseluruhan keluarga berjumlah 53 mengikut bancian PTD sehingga 15 sept 2006 dibawah Program Setinggan Sifar Negeri Perak 2010.

  • Tapak Kg Teratai Tambahan telah diluluskan sebagai kawasan perumahan kpd PKNP.Pihak PKNP dengan usahasama Syarikat Antaraya Sdn Bhd memajukan kawasan tersebut sebagai skim perumahan.

  • Keseluruhan kawasan tersebut telah pun dikeluarkan hakmilik,sehingga kini telah dan sedang memajukan projek perumahan.

  • Fasa pertama telah siap dan sebahagian lagi sedang dalam pembinaan.

  • Fasa kedua dalam tindakan kerja-kerja awal tetapi kini diterokai secara haram oleh sindiket yang diketuai oleh Kader Maiden Bin Kaber Mohammad.

2



  • PTD mendapat aduan pencerobohan di Kpg Teratai pada 09 jun 2008 dan menyempurnakan notis "PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN' pada 11.06.2008

  • pihak PTD mendapat kerjasama Unit Cawangan Khas PDRM untuk mengenal pasti sindiket dan dalang bagi membendung aktiviti ini.

  • setelah mengenal pasti beberapa peneroka anggota dan bekas tentera,pihak PTD telah mengambil tindakan berikut.


  1. memaklumkan kpd pihak tentera supaya menasihati anggota2 tersebut dan membantu pihak PTD untuk menyelesaikan isu ini

  2. memaklumkan pada YB Kuala Sepetang yang juga Exco.

  3. membuat lawatan bersama PDRM.

  4. memasang papan tanda 'LARANG PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN'

  5. membuat tangkapan kepada 2 pekerja yang sedang membina bangunan haram diatas tanah kerjaan (sek 425(2).Tangkapan mengikut peruntukkan sek 426(A)(1)(a).

Pihak PTD telah memohon pihak PKNP menyerah semula sebahagian dari kawasan tersebut untuk menempatkan semua setinggan asal seramai 53 keluarga yang telah dibanci.PKNP telah meluluskan seluas kira-kira 6.8 ekar untuk tujuan itu.


PKNP juga telah bersetuju untuk membangunkan kawasan penempatan setinggan dengan menambak kawasan itu dan memberi RM1000,sebagai sagu hati bagi yang bersetuju berpindah kekawasan yang disediakan.


ULASAN PENTADBIR TANAH:



  • mengambil langkah proaktif dgn meminta PKNP menyerahkan semula sebahagian utk menempatkan setinggan seramai 53 keluarga.

  • isu notis pencerobohan timbul bila PTD mendapat aduan awam wujud sindiket peneroka baru yang memplot dan membahagikan tanah k`jaan sesuka hati.Golongan ini juga telah membersihkan banyak lagi tanah k`jaan dan memancang kaw-kaw baru untuk membina rumah-rumah tanpa mengambil kira kawasan tersebut adalah tanah k`jaan atau pun tanah bermilik PKNP yang telah diluluskan untuk skim perumahan.

  • Siasatan PTD menunjukkan beberapa buah rumah yang sedang dibina adalah diatas tanah milik PKNP yang telah dikeluarkan hakmilik.Sindiket ini menggunakan media massa utk menyakinkan org ramai dengan isu seramai 300 orang peneroka asal telah diabaikan oleh PTD sedangkan mereka adalah peneroka baru.

  • Utusan Malaysia cuba memburukkan Pentadbiran Kerajaan dengan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas,sebenarnya yang diroboh cuma tiang-tiang dan bangunan yang tidak diduduki,kecuali sebuah rumah kediaman yang dirobohkan.

  • Akhbar tersebut memburukkkan lagi keadaan dgn mendakwa operasi tersebut dilakukan diwaktu hujan tetapi keadaan sebenar adalah hujan turun semasa operasi hampir tamat.

  • Dakwaan terdapat 300 setinggan tidak dapat diterima kerana rekod bancian cuma 53 setinggan sahaja.

baspas:kami melawat kawasan tersebut.....sehari selepas dirobohkan.....mengikut kiraan kami +-14 buah rumah yang terlibat...itu pun kebanyakkan tapak tidak kelihatan..seakan-akan telah dibersihkan sepantas kilat...musykil...kesan -kesan rumah-rumah tersebut telah dihuni tiada langsung....hanya rumah digambar diatas saja nampak macam ada penghuni.


300 penghuni.....nampak sangat temberang Utusan Malaysia..boleh dikira dengan jari jumlah setinggan yang terlibat dalam operasi ini.


baspas:

0 comments: