BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Monday, November 3, 2008

MP PAS Bukit Gantang: Ingin tahu asas kenaikan pangkat Guru?




Tuan Roslan bin Shaharum [Bukit Gantang] minta Menteri Pelajaran menyatakan, sejauh manakah asas keadilan yang dipatuhi oleh pihak kementerian dalam merangka proses sistem kenaikan pangkat melalui Time Based kepada guru siswazah dan bukan siswazah yang telah lama berkhidmat dengan guru-guru yang telah memenuhi syarat minimum.


Timbalan Menteri Pelajaran II [Dato' Razali bin Ismail]:Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha memberikan keadilan dan sifat ihsannya kepada semua guru-guru kita terutamanya dalam konteks naik pangkat ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kita ada tiga cara naik pangkat bagai pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu:(i) melalui time based promotion dan ini adalah merupakan satu-satu kaedah yang terdapat di kementerian-kementerian yang ada yakni Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja yang ada time based promotion;(ii) melalui naik pangkat secara guru cemerlang, pengetua cemerlang, guru besar cemerlang; dan(ii) naik pangkat secara hakiki.


Proses kenaikan pangkat pegawai-pegawai Perkhidmatan Pelajaran termasuk melalui kaedah time based promotion ini yang dilaksanakan menerusi maklumat-maklumat berikut yang perlu dilengkapkan:(i) maklumat perkhidmatan seperti tarikh lahir, tarikh lantikan, tarikh sah dalam jawatan;(ii) tarikh lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan, PTK minimum Tahap 3;(iii) markah Laporan Prestasi selama 3 tahun berturut-turut yakni dengan average purata markahnya 78%;(iv) laporan bebas tindakan tatatertib;(v) laporan kelulusan pengisytiharan harta;(vi) laporan bebas dari senarai pinjaman tegar institusi pendidikan; dan(vii) laporan kelulusan tapisan Badan Pencegah Rasuah (BPR).Untuk makluman Yang Berhormat, segala urusan proses kenaikan pangkat ini kebiasaannya mengambil masa antara 3 sehingga 6 bulan.
Bagaimanapun Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha untuk mengambil inisiatif langkah-langkah penambahbaikan dengan mempercepatkan lagi proses urusan naik pangkat ini dengan:(i) mempercepatkan permulaan proses bagi urusan kenaikan pangkat secara time based setahun lebih awal; dan(ii) menambah kakitangan sokongan untuk memproses urusan naik pangkat.


Tuan Haji Roslan Shaharum [Bukit Gantang]: Tuan Yang di-Pertua dan timbalan menteri, soalan tambahan saya apakah Kementerian Pelajaran menyedari bahawa prinsip time based yang diguna pakai sebenarnya telah menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan guruguru yang telah lama berkhidmat berbanding dengan guru-guru yang junior. Didapati gaji di antara mereka sama walaupun berbeza dari sudut pengalaman dan personaliti mereka.


Contoh kita boleh lihat kenaikan time based DGA 32, gaji yang diterima oleh guru yang telah mengajar 18 tahun adalah sama yang diterima dengan guru yang baru mengajar 10 tahun atas asas kenaikan pangkat bermula tahun 2005 yang lalu. Ini menimbulkan masalah kepada guru-guru iaitu rasa tak puas hati dan sebagainya. Terima kasih.


Dato’ Razali bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat. Saya kira itu perlu dilihat secara case by case, lihat apa sebenarnya masalah itu. Sebenarnya ini adalah merupakan satu kaedah yang harus diberi ucapan terima kasih oleh guru-guru kita.


Jumlah guru seluruh negara kira-kira 360,000 orang semuanya dan kaedah kenaikan time based adalah satu kaedah yang diperkenalkan di Kementerian Pelajaran. Tadi telah disebut tentang lama tempoh itu, barangkali ada beberapa perkara yang perlu saya jelaskan di sini.
Syarat untuk kenaikan time based ini adalah sepuluh tahun daripada katakan DG 41 kepada DG 44, sepuluh tahun. Mungkin berlaku kelewatan, saya tak dapat nafikan kerana keluarga Kementerian Pelajaran terlalu ramai. Proses birokrasi daripada peringkat sekolah, guru besar ataupun pengetua, PPD dan seterusnya sampai kepada JPA.


Satu keistimewaan juga telah diberi iaitu insentif kepada guru-guru daripada DG 32 yang mereka belajar di universiti untuk mendapatkan sarjana muda, mereka telah diberi insentif. Tiga tahun pengalaman mereka sebagai guru bukan siswazah disamakan dengan satu tahun gred siswazah. Ini adalah di antara proses dan penambahbaikan yang dilakukan kepada program-program naik pangkat Kementerian Pelajaran.




baspas:

0 comments: