BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Friday, December 19, 2008

DARI SISI BUKIT- Dari Luar Kotak

Paling membosankan Majlis Menteri Besar Bersama Pelanggan pada 16 Disember 2008. Dengan P.A. system yang bergaung. Dengan D.O yang berjalan-jalan untuk menjawab soalan rakyat. Pengerusi Majlis yang tidak profesional melayan pertanyaan rakyat.
Sisi Bukit- Namun tahniah kepada D.O yang barjaya meningkatkan hasil pendapatan daerah ke 36 juta ringgit. MB memuji untuk kita tingkatkan hasil usaha membantu rakyat.

Cuba bayangkan 40,000 pekerja Perak yang balik ke Perak untuk mencari pekerjaan setelah kemelesetan ekonomi Negara Singapura.Dengan kilang-kilang di Perak yang cuba mengatasi masalah kemelesatan ekonomi.Bagaimana hala tuju kerajaan Pusat dan Perak?
Sisi Bukit- Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Menangani Pekerja Perak Dari Singapura diketuai YB Sivanesan semoga berjaya mengecilkan masalah kehilangan pekerjaan rakyat Perak.

MB Perak berharap kesemua Ketua Jabatan Kerajaan yang hadir semasa Majlis Bersama Pelanggan pada 16 Dis 2008 ,di Dewan MPT,Kamunting mengambil berat masalah rakyat.Harapan MB agar diberi jawapan bertulis kepada mereka yang pertanyaan mereka /masalah mereka tidak dapat diselesaikan pada hari itu .
Sisi Bukit- Kelihatan tidak terdapat pegawai yang mencatat masalah rakyat.Kebanyakan Pegawai Kerajaan tidak memandang serius pandangan MB.

0 comments: