BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Tuesday, December 23, 2008

ISLAM BERHAJAT KEPADA PEJUANG-PEJUANG YANG MEMBANTUNYA

Sesunggguhnya Islam adalah agama yang agung.Allah telah menganugerahkan agama ini kepada kita,begitu juga Allah telah menganugerahkan dengan nabi yang mulia,kitab yang agung dan sempurna.Allah Taala telah berfirman dengan maksudnya :Dialah yang mengutuskan rasulnya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan terhadap semua agama.
Sesungguhnya Islam sangat memerlukan pejuang:pejuang yang berjuang untuk kemenangan,berjuang untuk kemuliaan Islam,berjuang untuk menyebarkan Islam.Setiap mereka menjadi model kepada Islam di dunia ini,menjadi pengamal Islam yang setia sehingga apabila manusia melihat mereka,mereka akan menyaksikan itulah Islam.Apabila ada yang melintasi mereka,mereka berkata"kamu lihatlah,inilah contoh Islam,Al quran menerangi dirinya sebagaimana Nabi s.a.w dan para sahabat.
Islam berhajat kepada orang-orang yang berjiwa besar untuk mendokongnya.Sesungguhnya Islam itu ramai. Islam pewarisan.Mereka tidak beramal dengan Islam.Mereka ibarat digambar dalam hadis Nabi.s.a.w "buih seperti buih mengalir".
Kita mahukan sedikit yang beriman tetapi bukan ramai yang tidak berakhlak.Kita mahukan sedikit yang bernilai bukan ramai yang kosong.Kita tidak mahu buih yang banyak.Kita tidak mahukan jenis ini,kita mahukan Muslim,Muslim yang sebenar ,seorang seumpama seribu.
Firman Allah Taala bermaksud: Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah.
Marilah kita berpakat untuk memenangkan Islam,bersama-sama mendidik diri kita dengan Islam,degan politik Islam. Apabila kita mahukan kemuliaan di dunia maka tidak ada kemuliaan melainkan dengan Islam.

sgi-08

0 comments: