BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Friday, January 9, 2009

JENTERA PAS BUKIT GANTANG GEMPUR KUALA TERENGGANU

Changkat Jering- 9 Januari

Pas Kawasan Bukit Gantang menghantar 40 orang tenaga penting PRU 12 ke Kuala Terengganu.
Jentera Pilihanraya Kawasan Bukit Gantang diberi tugas sebagai tenaga pembantu di Unit Peti Undi Gong Tok Nasik dalam DUN Batu Buruk.
Ketua Penyelaras Sdr Ali Jaafar Sidek. Pas Kawasan Bukit Gantang menghantar seramai lima tenaga muslimin dan tiga tenaga Halwa untuk setiap kali mengikut giliran,
"Kita telah menghantar dua pasukan setakat ini" kata Sdr Khairul Ismail,Pengarah Jabatan Pilihanraya Kawasan Bukit Gantang.
"Sementara itu, mulai 10 hingga 11 Januari , Jentera Sekretariat Parlimen akan turun membantu di Kuala Terengganu".tambah Sdr Khairul Ismail.
Ahli Parlimen Bukit Gantang,Hj Roslan Shaharum telah mula membantu sejak 8 Januari lagi.Beliau dijangka memberi rawatan percuma Pengubatan Darul Shifak.
Pas Kawasan Bukit Gantang berharap petugas dapat menimba pengalaman berguna di Kuala Terengganu seterusnya menggunakan ilmu itu untuk mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di Parlimen Bukit Gantang.

sgi 09

0 comments: